Kalau keluar rumah tanpa pakai minyak wangi mesti kita rasa cam tak best kan? Seharian rasanya bad Mood. Wangian jugak boleh buat kita happy sepanjang hari. Tu la kuasa Perfume tau.
Eyza dari zaman sekolah lagi memang suka wangian dari Enchanteur ni. Simpan duit sekolah sikit-sikit nak beli. Nasib baik perfume ni tahan lama. Jimat.
Seiring dengan masa, Enchanteur Paris Eu De Toilette kini hadir dengan wajah baru yang menarik dilengkapi dengan haruman yang lebih memikat hati. Botol kaca yang anggun terkenal dengan signature berbentuk riben kini dipamerkan didalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan ilustrasi gadis yang berbeza.
Wangian yang memberikan sentuhan Sofistikated Perancis ini boleh didapati didalam 4 jenis yang berbeza.
Eyza dah tentulah tak nak terkecuali daripada mempunyai kempat-empat koleksi ni.
Dan sejak setahun lepas, Enchanteur telah bekerjasama dengan Pakar Wangian dari Paris untuk menghasilkan wangian EDISI TERHAD daripada Enchanteur Paris iaitu Magique. Ianya direka berdasarkan trend wangian Antarabangsa dengan kombinasi haruman Flora, Buah-buahan dan Gourmand bagi merangsang deria para wanita moden dan pasangan mereka.
Enchanteur Paris Magique Eu De Toilette (Edisi Terhad)
Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.
Enchanteur Paris Adore Eu De Toilette
Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.
Enchanteur Paris Mon Amie Eu De Toilette
Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.
Enchanteur Paris Belle Amour Eu De Toilette
Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.
Enchanteur Paris Eu De Toilette menyerlahkan kecantikan, kelembutan dan keayuan tersendiri setiap wanita. Tawan hati yang tersayang dengan wangian romantis ni tau!
Wangian Enchanteur Paris Eu De Toilette ni memang murah. Ianya cuma berharga RM 28.20 (termasuk 6% gst) untuk botol 50ml dan ianya boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
WEB : Enchanteur
FB : Enchanteur
No comments:
Post a Comment