Glamour Resque Private Workshop With Shizens - Blog Eyzamiel

17.4.16

Glamour Resque Private Workshop With Shizens

2 April hari tu,  eyza diberi peluang oleh The Butterfly Project utk join "Glamour Resque Private Workshop with Shizens". Memang eksited la nak pergi sebab ramai yang cakap Lip Tattoo dari jenama Shizenz ni adalah yang terbaik dan best seller kat sini.


Workshop kali ni dibuat di Shizens Pavillion. Memang ekslusif sangat.


Sampai je dah nampak banyak barang skincare dan mekap.


Cushion Powder jenama Shizens adalah yang terbaik eyza pernah pakai. Tak perlu pakai foundation. Just dap dap kat muka terus cantik. Muka nampak natural macam tak pakai bedak sangat. 


Barang-barang skincare pun tak mengecewakan. Eyza dapat rasa beza kulit muka sebelum dan selepas guna skincare Shizens. Muka jadi lembut dan nampak segar je.


Produk Shizens ni dibuat dari bahan semulajadi dan memang sesuai dengan kulit org Asia. Eyza sempat try Lip Tattoo Shizens. Memang best dan menjimatkan sbb Lip Tattoo ni selain guna kat bibir untuk jadi lipstik, ianya juga bertindak untuk mencerah dan melembapkan bibir yang hitam dan kering. Bukan tu saja, ianya boleh juga guna untuk buat blusher dan eyeshadow.Memang serbaguna.


Dekat Workshop ni jugak, kami diajar cara menggunakan skincare dan mekap yang betul. 


Dah tau teknik, apa lagi terus je teruja nak buat sendiri.



Ms Honey ni la yang banyak ajar macam mana nak guna semua benda2 tu. Pergi muka togel, balik event trs mekap. Hihihi.


Ni plak partner menconteng eyza, Emi dan Shafiqah.



Ok, dah banyak tips yang eyza dapat kat workshop ni. Muka pun dah siap mekap.


Jom balik. 


Untuk info lanjut bole layari :

Web : http://www.shizens.com
Instagram : @myshizens
Facebook : Shizens

2 comments:

  1. Sumpahhh ena dah jatuhhh hatiii.... huaaaa smart bekasnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kak Yong suka bedak dgn lip tattoo dia.best

      Delete