Sekarang ni dah ada Shopping Mall baru kat Putrajaya iaitu IOI City Mall. Eyza tak pernah pergi sana. Kebetulan hari tu Ayue ajak lepak kat Restoran NINE CHEFS yang terletak di Signature Walk dalam Shopping Mall ni.First time eyza sampai kat sana.
Sebut pasal Restoran NINE CHEFS ni, mula la eyza terbayang makanan yang sedap-sedap kat sana. Terliur la plak.Hahaha.
Pertama kali sampai kat Restoran ni eyza dah suka dengan dekorasi dalam kedai ni. Kemas, santai dan selesa kalau kita nak lepak dengan kawan-kawan atau keluarga.
Kita boleh pilih nak duduk dalam kedai atau kat luar. Kalau kat dalam ada aircond dan kat luar berkonsepkan "free air".
Kebanyakan yang lebih suka santai dan rilek akan pilih duduk diluar.
Kami pulak pilih duduk kat dalam. Best sikit ada aircond. hihihi.
Ada pelbagai jenis menu di NINE CHEFS ni. Ada Appertizers, Salad, Kids Menu, Vegetables, Signature Nasi Lemak, Kelantanese Favourite, Fried Rice, From The Wok, Noodles dan pelbagai jenis air.Eyza dengan kawan-kawan pun dah pening nak order apa sebab banyak sangat pilihan.
Mula-mula mestilah kita pilih air dulu.
Dari kiri ke kanan :
Ninechefs Coffee , Ribena lemon, Soda herbs, 3 Layer Tea dan Coconut Blend.
Ni pulak makanan yang kami pesan. Kalau ikut hati banyak lagi nak pesan cuma takut tak habis.Tak baik tau tamak-tamak. hihihi
Fried Salted Egg Sotong
Yang ni memamg sedap sangat. Tak cukup sepinggan ni. Cuma fikir banyak lagi yang kami nak makan, kalau tak memang akan order lagi semangkuk.
Fruit Rojak
Rojak buah ni pun layan gak. Buah pun fresh. Sembang2 sambil makan tak sedar dah habis sepiring.
Fried laksa
Ni kali kedua eyza makan laksa goreng. Sedap. Terasa bunga kantan yg digoreng sekali. Siap ada cili kicap utk sesapa yg suka extra pedas.
Nasi Kerabu Served With Ayam Percik
Nasi Kerabu kat sini memang lengkap. Ada telur masin, solok lada, ayam percik, cili, keropok, sayur, nasi biru dan yg paling penting, Budu.
Rice Set Served With Masak Lemak Daging Salai
Ni jugak antara menu wajib cuba. Daging masak lemak ni mmg terbaik. Dengan pekat, pedas dan secukup rasa, Daging pun lembut.
Nasi Lemak Combo
(Includes Ayam Goreng Berempah, Beef Rendang and Sambal Sotong)
Sambal agak pedas sikit. Kalau yg suka pedas bole la try.Ayam memang besar. Portion pun banyak, boleh share 2 orang.
Rice Set Served With Butter Cream Prawn
Ni menu yang eyza pesan. Udang ni pun sedap. Kejap je clear. Cuma kalau orang yg suka mknn berkuah, tak sesuai yg ni sbb ianya agak kering. Tapi eyza suka je set ni. Udang tu sedap.
Dip Fried Chicken Wing Served With House Dip
Chicken Wing ni disalut tepung yg rangup dan secukup rasa.Sesuai untuk anak-anak yang tak suka makan nasi.Untuk diet pun sesuai sebab ada Salad jugak dalam ni.
Salted Fish Fried Rice Served With Dip Fried Chicken Wing
Nasi Kerabu ni digoreng dengan sayur-sayur sama macam kita makan nasi Kerabu Biru. Cuma bezanya yang ni Nasi Kerabu versi goreng.
Desert pun banyak pilihan. Eyza ni dah la pencinta Desserts, rambang mata gak la. Tak tau nak order yang mana. Last2 ini yang jadi pilihan kami.
Banana Split With Ice Cream
Rasa kemanisan pisang dan Aiskrim tu bila dimakan sekali.
Cendol
panas-panas kalau makan cendol layan gak la.
Banana Fritters With Ice Cream
Yang ni memang recommed. Sedap. Pisang yang digoreng rangup dan disiram dengan madu, lepas tu makan dengan Aiskrim. Heaven!
NineChefs Pisang Cheese Combo
Coklat tak muak dan gabungan ni memang serasi
Ice Cream
Aiskrim Vanilla yang ditaburi dengan coklat rice.
Kami puas hati sangat dengan makanan di NINE CHEFS, Portion pun besar. Memang mengenyangkan.
Sekarang ni NINE CHEFS ada promosi untuk SET LUNCH . Sesiapa yang ofis dekat Putrajaya atau berada berdekatan time Lunch, boleh la makan kat sini. Dengan harga serendah RM 14.90 satu set termasuk air memang berbaloi. Ada 5 pilihan Nasi dan Mee untuk dipilih.
Selain itu, ada juga PROMO untuk PELAJAR. Ada diskaun 30% untuk SEMUA MINUMAN DAN DESSERTS dari pukul 2 petang hingga 7 petang setiap hari. Bestnya jadi student ni kan.
Kalau anda berada berdekatan sana atau tak tahu nak makan kat mana, bole la try makan di NINE CHEFS IOI City Mall Putrajaya.
Website : ninechefs.com.my/
Facebook : facebook.com/ninechefs/
Nine Chefs
GE11, Ground Floor,
IOI City Mall, Lebuh IRC,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya
Teringat kat laksa goreng dia! aduhai!
ReplyDeleteKan. Banana Fritters pun best. Terliur. Hihihi
DeleteWow makanan sedap plak tuh.. portion besar puashati..bayar mahal pun..janji sedap..
ReplyDeleteTu la.. bole share. Sedap plak tu.
DeleteBanyak lagi tempat kedai makan yang tak explore kat Ioi ni. Tapi saya kalo ke Ioi selalu makan kat Sukiya. sedap makanan jepun dan murah.
ReplyDeleteO.. eyza first time sampai sana. Pasni bole pg try jalan2 kat sana.
Deletedapnya...terliur tgk
ReplyDeletememang sedap. Rasa nak pergi lagi.hihihi
Delete