Aku memang suka cuba makanan kat kafe yang tampilkan kelainan
dan sedap.Baru-baru ni aku gi lepak ngan member-member kat satu cafe ni. Kat
Cafe ni, ianya memperkenalkan Pretzel dan Kopi sebagai menu utama. Pretzel dan
Kopi memang gandingan yang serasi. Tak kisah la pagi, petang atau malam pun
kita boleh nikmati hidangan ni.Cafe yang dimaksudkan ialah Cafe Pretz n' Beanz yang terletak di Solaris, Mont Kiara.
Mula-mula sampai kat cafe ni, aku ingatkan Pretzel kat sini
sama je dengan pretzel lain yang aku pernah try. Tapi, bila tengok je menu, aku
dah tau kat sini memang ada kelainannya. Tengok gambar kat menu memang buat aku
rasa nak order semua. Tapi, fikir balik, jangan tamak. Kang kalau tak habis,
kan membazir.hihihi..
So, jom tengok apa yang aku n geng order.
Pretzel Basil Cheese |
Pretzel Cinnamon Sugar |
Memandangkan kat sini menu utama adalah pretzel, rugi la
kalau tak cuba kan? Aku order Pretzel Cinnamon Sugar dan Pretzel Basil Cheese.
Untuk penggemar Cheese macam aku, mesti suka Pretzel Basil Cheese sebab rasa
kemasinan dan lemak cheese tu. Ditambah pulak dengan kelembutan Pretzel. Erm..
yummy. Tapi, Pretzel Cinnamon Sugar pun sedap jugak. Rasa serbuk kayu manis
yang serasi bila dimakan dengan Pretzel. Buat rasa tak cukup satu.
Kalau nak lagi best, korang boleh order extra dip selection
yang ada macam Caramel Sauce, Chocolate Sauce, Cream Cheese & Sour Cream
with Onion.
Pizza Hot Pepper Chili Chicken |
Pizza Hawaian Chicken |
Bagi penggemar Pizza pulak, kat sini pun ada Pizza jugak
tau. Apa yang menariknya Pizza kat sini ialah Doh Pizza dibuat dari Doh yang
sama dengan Pretzel. Memang lembut dan gebu. Dah sejuk pun masih lembut.Untuk
pizza, aku order 2 jenis iaitu Hawaiian Chicken
& Hot Pepper Chilli Chicken. Boleh pilih nak saiz 7 inci atau 10
inci. Memandangkan kami Cuma berlima, baiklah pilih 7 inci je. Kang tak habis.
Sebab banyak lagi makanan lain. Harga pulak berbeza mengikut topping. Tapi
jangan risau, harga sangat la berpatutan sesuai dengan rasa dan kualiti.
Sebelum datang sini, aku sempat baca review pelanggan.
Diaorang cakap, kat sini ada hidangan Pretzel dimakan dengan Stew. First time
dengar ni. Ramai yang suggest suruh try Green
Curry Chicken. Dah alang-alang datang, baik kita try kan. Betul ke
sedap?
Pretzel, Butter Rice and Green Curry |
Bila dah try, memang betul sedap. Rasa lemak, masin, pedas
semua cukup rasa. Tak berhenti-henti aku dok makan Green Curry ni. Kalau tak
nak cicah ngan Pretzel, korang boleh jugak order Butter Rice. Sedap jugak bila
digandingkan bersama. Untuk sesiapa yang tak suka kari, jangan risau tau sebab
korang boleh pilih Beef Goulash atau Cheesy Chicken.
Champignon Baked Egg |
Kat sini juga, diaorang ada sediakan menu Breakfast untuk
sepanjang hari. Kalau datang malam, dan teringin nak makan menu Breakfast.
Order saja. Untuk ‘All Day Breakfast’ ni, aku try Champignon Baked Egg. Aku
suka sangat menu ni sebab ada campuran telur, Cheese dan Cendawan yang banyak.
Rasa macam tak cukup semangkuk. Hahahah. Tak muak walaupun cheese banyak. Memang
puas hati.
Volcano Chocolate Cake With Ice cream |
Triple Chocolate Cake |
Untuk desert pulak, aku try Triple Chocolate Cake dan
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream. Dua-dua sedap. Cuma, kalau tanya aku antara dua ni mana lebih
sedap. Dah tentu-tentu aku akan pilih Volcano chocolate Cake With Ice Cream. Kek
yang rangup kat luar, cair kat dalam pastu makan pulak dengan aiskrim. Memang
Melting. Aku sorang je boleh hadap sepiring kek ni.
Green Tea Ice Blended & Florentino Cookies |
Lemon Breeze (Green Apple , lemon and Honey) |
Green Mint Chocolate |
Alamak, asyik cerita pasal makan je kan? Aku lupa nak cerita
pasal air. Aku order air 2 jenis. Masa mula-mula aku order Green tea Ais
Blended. Green Tea kat sini lain tau dengan Green Tea Thailand. Rasa lebih
pekat dan tak ada rasa jasmine yang kuat. Air kedua yang aku order, adalah Jus
Sihat Lemon Breeze. Campuran Epal Hijau, Madu dan lemon yang sesuai untuk detox
semula selepas makan macam-macam. Hihihi..
Dekorasi dalam kedai jugak simple dan menarik. Kalau sukakan
ruang yang berhawa dingin boleh duduk di dalan cafe dan kalau suka ruang yang
lepak santai dan untuk merokok bolehlah lepak di meja yang disediakan di luar
kedai. Dua-dua best. Pilih je yang mana suka.
Ok, kalau korang masih tercari-cari tempat yang santai dan
untuk lepak dengan kawan-kawan bole la try kat sini. Macam-macam makanan sedap
ada.
Pretz n’ Beanz Café
22, Jalan Solaris 4, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-62049733
Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website : http://pretznbeanz.com
Facebook : pretznbeanz
Opening Hours:
Monday – Thursday (7.30 am – 12.00 am)
Friday – Sunday (7.30 am-1.00 am)
memang menarik nampak tu..rasa macam pernah nampak kat the curve. kalau tak salah la..hehe
ReplyDeleteCafe ni ada jugak kat IPC. tapi yang kat sana eyza x pernah try.
Deletewahh.... tempat lepak baru dan menarik ni!!!
ReplyDeletenanti nak p cuba ngan anak-anak laa..
kolin zainal
sesuai sgt cafe ni untuk lepak satu family. santai je
DeletePretzel Cinnamon Sugar dia yang best gilaaa...adoiii!
ReplyDeletejom Sally.. kita repeat
Delete