Aku ngan hubby memang penggemar Seafood. Sebulan sekali kami akan pegi Kuala Selangor untuk beli Seafood yang fresh dan murah. Kalau dah sebut Seafood tu mesti la Udang, Sotong dan Ketam yang paling kami suka. Cuma kalau kat sana, tak ada la Lobster atau Seafood yang jarang dijumpai. Hari tu teringin nak makan Lobster, kami pegi Kota Kinabalu untuk makan. Jauh kan? Memang keja giler betul.
Bila aku dapat tau yang kat The Manhattan Fish Market ada jual Lobster dan pelbagai makanan laut yang fresh, memang teruja la. Lepas ni dah tak perlu pegi jauh-jauh lagi semata-mata nak makan Seafood. Pegi je mana-mana Cawangan The Manhattan Fish Market.Macam-macam Seafood ada.
Hari tu, aku makan dekat Cawangan Nu Sentral. Tempat makan santai dan cozy. Sesuai untuk makan dengan kawan-kawan, pasangan atau keluarga. Jujur aku cakap, ni first time aku makan kat sini. Dan untuk pengalaman pertama aku ni, aku dah jatuh cinta dengan menu Seafood kat Restoran ni. Memang kena repeat lagi datang sini pasni.
Makanan Laut di The Manhattan Fish Market ni diterbangkan jauh tau untuk sampai ke Malaysia. Walaupun jauh dia terbang, tetap fresh uolls.
Kalau tak tahu nak buat pilihan, jangan risau. Staf dari The Manhattan Fish Market akan suggest Seafood yang paling best untuk korang.
Kat depan kedai, tersusun bermacam-macam makanan laut yang segar. Pilih je. Harga makanan kat sini sangatla berpatutan dengan kualiti dan kuantiti yang akan kita dapat.
Kalau korang makan Seafood kat sini, aku recommed korang try air Citrus Mint. Memang gandingan yang serasi. Aku suka sangat air ni. Ada rasa masam, manis dan segar dari Mint. Sebenarnya cawan dia besar, yang aku punya ni mula-mula nak rasa je. Minum yang kecik, bila dah minum tak cukup plak. Terus order yang besar pulak lepas tu.
Kat sini mereka sediakan Lobster dengan cara Grill atau kukus saja.Ada 4 sos yang kita boleh pilih untuk hidangan Lobster ni. Aku sempat rasa 3 jenis sos yang sedap untuk Lobster ni iaitu Honey BBQ Flaming Sauce, Ebiko Flaming Sauce dan Spicy Flaming Sauce.
Lobster yang belum dimasak |
Dah siap dimasak |
Selalunya kan, kalau pegi mana-mana restoran Seafood mesti takut nak ambik Lobster kan? Bukannya apa, takut harga yang mahal tu. Tapi, kat sini, harganya memang mampu makan. Nak tau tak berapa ringgit seekor Lobster ni? Ha.. Seekor Lobster yang dah siap dimasak ni cuma berharga RM 48.65 termasuk gst.
Ni pulak King Crab. Raja tau. Hihihi. Tengok je la badannya yang berduri tu. Memang Raja la. Aku suka King Crab ni. Isi dia padat. Setiap inci ada isi.Sedap plak tu. Puas hati.
Yang ni pulak Spanner Crab. Spanner Crab ni banyak isi cuma agak tawar sikit. Tapi jangan risau sebab hidangan ini didatangkan dengan 2 jenis sos yang akan membuatkan hidangan ni jadi lebih menarik. Disertakan dengan sos Garlic Butter dan Spicy Dip. Aku suka Sos Garlic Butter. Siap kitaorang minta resepi lagi camne nak buat sos tu.hihihi.
Spanner Crab ni cuma berharga RM 59.25 termasuk gst.
French Crab ni pulak padat dengan telur ketam. Kalau korang jenis yang suka makan telur ketam, memang ni la pilihan yang paling terbaik. Tapi, aku tak berapa suka yang ni, aku asyik terbayang King Crab je.hahaha.
Kalau nak udang kecik sikit pun ada kat sini. Aku suka perisa Garlic Butter dan Cajun Spice. sedap.
Selain dari hidangan kat atas tu, ada juga makanan lain yang tak kurang hebat dan sedap.
Sweet Alabama - rasa kacang dan coklat .. sedap cuma aku rasa tak sesuai makan ngan seafood sebab berlemak. |
Chocolate Mashmellow |
Icy Hot Fish Banana - Sedap sangat, aku suka yang ni. |
Aku memang suggest korang makan Seafood kat sini. Segar dan harga berpatutan. Kalau korang nak booking atau nak tahu Seafood ni semua ada stok atau tak kat Restoran, bole je pm kat Facebook The Fish Manhattan. InsyaAllah, nanti diaorang akan balas.
kredit gambar : Sally
Dia punya freshness tuu yang kita nakkan! benda sedap, mahal sikit pun tutup mata je bayar :P
ReplyDeleteKan. Teringat-ingat King Crab ngan Lobster.
Deletepernah sekali je makan kat sini. itu pun kawan belanje huhu
ReplyDeleteeyza pun ni baru first time makan. Tapi pasni wajib repeat.
DeleteApe resepi sos garlic butter die? Huhu
ReplyDelete