Pencuci Muka Dashing Men, Keperluan lelaki aktif masa kini. - Blog Eyzamiel

10.1.16

Pencuci Muka Dashing Men, Keperluan lelaki aktif masa kini.

Dari zaman aku sekolah lagi jenama Dashing ni dah ada kat Malaysia. Dulu-dulu, zaman sekolah bebudak lelaki akan beli bedak dashing pakai gi sekolah bagi gantikan deodarant. Tu pun dah wangi dah. Ye la, masa tu mana la mampu nak beli purfume bagai. Aku suka bau Bedak Dashing sebab bau dia maskulin tapi bau best. Kekadang aku pun suka curi-curi pakai bedak ayah aku.rilek je bau maskulin gi sekolah.  hahaha.

Seiring dengan masa, Dashing pun dah keluarkan pelbagai rangkaian produk di bawah jenama mereka dan yang terbaru ni Dashing keluarkan Pencuci Muka khas untuk lelaki.


DASHING salah satu produk nombor 1 Malaysia yang bergabung dengan Manchester City Football Club telah menghasilkan produk yang menjanjikan kepuasan dan bakal memberikan pengalaman yang tidak akan dilupai oleh semua peminat sukan di Malaysia. Selain daripada pencuci muka Dashing juga mempuyai produk lain seperti  EDT, Deodoran, Mandian Badan, Gel rambut dan juga Bedak talkum.

Zaman sekarang lelaki juga mempunyai komitmen seperti wanita dimana kebersihan diri sentiasa dijaga supaya tuan punya badan nampak lebih kemas dan bakal dikelilingi oleh ramai orang. Siapa sangka lelaki yang dikatakan Macho hampir semuanya menjaga perapian diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Contoh Lelaki yang menjaga penampilan dan personaliti mereka adalah seperti Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan juga David Silva.

Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk terbaru pencuci muka mereka yang di inspirasikan  oleh Manchester City Football Club. Rumusan produk pencuci muka ini khas untuk kulit dan cuaca di Asia. Kandungan produk telah dipilih dengan baik untuk masalah kulit yang biasa di alami oleh kaum lelaki di  Malaysia. Walaupun pencuci beraksi dengan Hebat namun ianya lembut pada kulit. 


Terdapat 5 jenis pencuci muka Dashing yang dapat mengatasi masalah-masalah kulit lelaki masa kini.

Icy Fresh 


Mengandungi Ice Glacier Water untuk menyegarkan dan penghidratan kulit. Membuatkan kulit segar dan sensasi penyejukan kulit yang tahan lama. Mengatasi masalah kekeringan kulit wajah.


Acne Free

Diformulasikan dengan Zinc & Clay untuk melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat di kulit wajah. Kulit bertambah licin & sihat serta bebas dari Jerawat.


Extra White

Diformulasikan dari Swiss Alpine Plants, Dashing EXTRA WHITE memberikan anda kulit yang lebih cerah dan tona kulit yang sekata serta mengatasi masalah kulit muka yang disebabkan oleh UV.


Oil Clear


Dirumuskan dengan ramuan rahsia Bamboo Charcoal yang berkesan menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah menjadikan kulit wajah bebas minyak.


WHITENING SCRUB


 Ingin mendapatkan kulit yang flawless? Boleh cuba Dashing WHITENING SCRUB. Diformulasikan dari Sea Salt yang membersihkan as well as exfoliates kulit wajah anda yang bermasalah. Mencegah masalah liang roma, membuang kekotoran dan bintik –bintik hitam (blackheads) pada kulit wajah anda.

Aku bagi 5 jenis pencuci muka ni kat hubby n suh dia pakai. Dia paling suka yang Charcoal sebab muka dia memang jenis berminyak. Dia kata lepas dia pakai Pencuci Dashing ni muka dia dah kurang minyak dan nampak lebih bersih. Ye la, kerja site. Balik kerja dah legam. Dengan pencuci Dashing ni nampak la cerah sikit. Nak ambik gambar dia untuk testimoni dia tak nak pulak. Malu katanya. Takut glamer nanti. Pulak! Perasan sangat ni. hahaha.

Apa kata korang try? dan untuk para isteri apa kata belikan Pencuci Muka Dashing ni untuk husband tersayang. Hensem untuk kita jugak kan?

Kesemua Pembersih Muka Dashing yang disenaraikan boleh didapati dengan harga RM6.90 untuk 50 g dan RM10.90 untuk 100 g.


Maklumat lanjut bole layari Facebook Dashing. Klik Sini


No comments:

Post a Comment