2015 - Blog Eyzamiel

28.12.15

FOOD TRAIL PUTRAJAYA BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 3

Monday, December 28, 2015 4
FOOD TRAIL PUTRAJAYA  BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 3
Untuk hari terakhir kat Hotel Everly ni, kami sarapan dulu kat hotel.


Kali ni aku ambik jugak Nasi Lemak sebab ramai yang cakap sedap. Nasi lemak memang sedap cuma sambal pedas sikit. Tapi aku ok je sebab aku ni memang penggemar pedas.


Selesai makan, dalam pukul 10 pagi kami semua check out dari hotel dan terus ke destinasi berikutnya, Only Mee . Restoran Only Mee ni terletak Di Marina Putrajaya dan baru beroperasi selama lebih kurang 3 bulan.



Kat sini, 4 dari 6 mee yang dijual dibuat sendiri di Only Mee. Kami juga dapat tengok demonstrasi buat Mee live depan mata.

mesin yang digunakan untuk membuat mee..


acuan yang digunakan untuk buat wantan mee
mee dah keluar

Annahita volunter nak belajar buat mee..

4 jenis mee yang diproses sendiri kat sini ialah Ramen, Wantan Mee, Pan Mee dan Spagethi. Untuk laksa, Only Mee ambil dari pembekal.


Ada pelbagai pilihan kuah kat sini.. Antaranya ada tomyam, sup dan kari.

Memandangkan Hari Jumaat, kami yang perempuan ni menunggu je kat Restoran Only Mee sampai la budak lelaki balik dari sembahyang. Selesai semua tu, kami pun gerak ke Pasar Tani Putrajaya di Presint 2. Awal diaorang bukak gerai. Pukul 3 dah ramai yang bukak.



Macam-macam gerai ada kat sini. Dah la harga murah.. rambang mata kami... Tapi, kat sini kami diberi task untuk cari gerai yang menjual cekodok... Finally jumpa, terus semua orang serbu gerai Nadjimi Peneram. Glamer kejap abang tu. hihihi..


Mengikut kata owner gerai, selalu diaorang buat 10 jenis cekodok. Tapi hari tu cuma buat 6 je. Banyak kan? Ada Cekodok Durian, Labu, Pisang, Jagung, Udang dan Bilis. Aku sempat beli cekodok ni. Campur2 perisa. Memang sedap lebih-lebih lagi cekodok labu ngan pisang. mabeles.

Selain dari gerai cekodok, aku sempat jugak gi satu gerai yang jual lemang dan rendang tok. Owner dia siap letak sample untuk kita rasa. Sedap tau. Aku sempat jugak beli lemang, rendang tok dan rendang ayam.






Selesai di Pasar Tani, kami menuju pulak ke Monumen Alaf Baru. Dengar kata, kat sini la TUN MAHATHIR simpan kapsul wawasan 2020.


Kat sini juga, ada tertulis sejarah Malaysia yang tertulis di cermin sebelum kita naik ke Monumen ni.



Kawasan kat sini hijau dan sesuai untuk photoshot. Kami apa lagi, terus je berbaring atas rumput. hihihi..

Selesai berphoto gedik kat situ.. kami pun terus menuju ke lokasi terakhir untuk Food Trail ni.. iaitu di Spring Garden Restaurant yang terletak di Taman Botani Putrajaya.. Kat sini lokasi untuk kami Dinner dan Majlis Penyampaian hadiah untuk setiap task yang kami buat selama 3 hari kat Putrajaya ni..










Kat sini juga aku dapat pengalaman gaul Yee Sang.. selama ni kalau Chinese New Year je aku akan nampak orang ramai-ramai akan sepakat dengan gaul Yee Sang ni.. Sekarang dah x perlu tunggu Tahun Baru Cina, Kat Spring Garden ni sentiasa ada.. Sedap jugak sebab ada campuran buah-buahan dalam tu...



Alhamdulillah. aku menang 2 task.. Task kat Taman Botani dan Task kat Spring Garden.. Alhamdulillah...

Selesai Majlis penutup, kami semua gerak balik ke Hotel Everly untuk ambil barang dan balik rumah masing-masing. 

Dengan uncle Mat Salleh.. Pemandu Pelancong kitaorang selama 3 hari kat Putrajaya.. Sporting..
Happy sangat sebab dapat pengalaman best dan tak ternilai sepanjang Food Trail ni.. Dapat kawan baru dan pengalaman baru. Kalau ada lagi program macam ni memang aku akan join sebab pengalaman macam ni bukan senang nak dapat dan tak bole dijual beli.. Bye..

#EatTravelWritePutrajaya
#GayaTravel
#PPJ
#PerbadananPutrajaya

kredit :














27.12.15

Fish Head Sandal! Cantik dan Selesa

Sunday, December 27, 2015 2
Fish Head Sandal! Cantik dan Selesa

Review | Aku ni suka sangat beli kasut. Selalu aku akan beli kasut sebab cantik. Pastu bila balik umah mula la rasa menyesal sebab cantik dan berjenama tak semestinya selesa.

Dah banyak kali aku kena. Pakai je kali pertama kaki dah melecet teruk. Kalau takpun, kaki  akan sakit sebab kasut keras sangat. Bila dah rasa tak best  sekali tu je la aku pakai pastu buat pekasam dalam rak kasut.

Sekarang ni kalau nak beli kasut, aku akan lebih hati-hati.  Aku akan tengok keselesaan dulu baru la fikir tentang cantik.

Tapikan, kalau dapat cantik dan selesa lagi best kan? Pakej lengkap. Sekarang ni aku dah tak risau sebab aku dah jumpa kasut yang aku suka. Cantik dan Selesa. Ala-ala slipper  tapi bertutup. Ada jugak orang panggil Fish Head Sandal sebab depan tu macam kepala ikan. Tak kisah la panggil apa.yang penting happy.. hihihi..



Fish Head Sandal ni,dah la selesa, tahan lasak dan kalis air plak tu. Ada pelbagai design dan corak yang korang boleh pilih. Contohnya macam kat bawah ni.





 Banyak plak pilihan. Yang bestnya, Slipper ni adalah handmade. Kita bole tempah ikut citarasa sendiri.



Disebabkan handmade, selalunya akan ambik masa sikit. Tapi paling lama pun dalam 2 minggu kasut yang kita tempah tu akan siap. Pastu, diaorang akan terus pos pada pembeli. Aku punya kaler biru. Mula-mula sampai aku risau jugak. Betul ke selesa ni. Tapi bila dah pakai. Memang best. Sekarang ni pegi mana-mana aku dok pakai kasut Slipper ni je.



Ni  pattern yang aku pilih. Cantik tak? aku suka design ni sebab simple..



Untuk tempahan atau pertanyaan, bole contact :

Whatsapp Azie – 01131550787
Instagram - @rifqyrizqy
Facebook – Azeey  Amin

*Untuk review bole emailkan ke eyzafarza@gmail.com

24.12.15

FOOD TRAIL PUTRAJAYA BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 2

Thursday, December 24, 2015 0
FOOD TRAIL PUTRAJAYA  BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 2
Alhamdulillah... pagi hari kedua kami semua  mulakan aktiviti pukul 9.30 pagi. Tapi sebelum tu sarapan la dulu kat Hotel Everly. Banyak jugak pilihan makanan untuk sarapan kat sini...


Sarapan kat hotel ni aku makan sikit je sebab takut sakit perut. Aku ni pagi-pagi ada masalah sikit kalau terlebih makan. hahaha.. tapi walau makan sikit tetap kenyang tau.. sebab misi kami kan makan.. so, tak sempat lapar, dah makan balik..


Selesai sarapan, kami semua bertolak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Kat sini, kami diberi macam-macam penerangan tentang tumbuh-tumbuhan .. Sebelum ni aku memang tak tau yang kat Putrajaya ni ada Taman macam ni.. dah macam kebun buah... ada jugak buah yang aku tak pernah tengok pun ada kat sini.


TIKET MASUK
1. Lawatan ke DUSUN: RM2 (Individu)
2. Lawatan Berpandu: RM5 (Individu) RM3 (Pelajar)
3. Lawatan Buggy: RM4 (Individu) RM3 Pelajar)
4. Permainan Tradisional: RM5 (Individu)
5. Argo Telematch: RM2 (Individu)
6. Rubber Art: RM3 (Individu)
7. Colouring & Drawing: RM5 (Pelajar)






Ni CempedakNangka.. sebab buah ni kawen.. sebab tu nama dia panjang..

Kat sini ada jugak pokok berries... sedap bila kita makan terus dari pokok.. masam-masam manis rasa dia..



Dalam trip kami ni ada media dari Malaysia, Eqypt dan Indonesia. Dan yang bestnya Juara Dewi Remaja 2003/2004 Annahita pun ada.. Sporting plak tu.. ceria je dia.. apa kitaorang buat semua dia buat jugak.. takde pun nak sombong2.. i like.




Penat berjalan dalam tu, kami semua berehat kat rumah pekebun kecil.. tak sangka diaorang ada sediakan air kelapa dan buah-buahan yang fresh dari pokok.. sukanya.. lega tekak.. buah dah la manis.. siap kitaorang tapau bawak balik..


Kat sini jugak ada pokok getah dan mesin memproses getah keping.. so, untuk sesiapa yang tak pernah tengok macam mana proses getah keping, bole la datang tengok kat sini.


Settle je melawat Taman Warisan Pertanian, kami semua berehat makan tengahari kat Medan selera yang terdapat kat sini. Nama Medan selera ni ialah Penanggah. Kat sini jugak ada surau dan tandas. Korang bole solat kat sini. Aku makan Nasi Ayam dan minum air sirap bandung.




Bila semua dah kenyang, kami bertolak ke tempat Cruise Tasik. Wah. Aku tak pernah naik tau. Ni kira First time naik. Kat sini juga, ada orang akan ambilkan gambar kita dengan ular sawa atau burung merpati. Si Eina ni nampak je ular terus nak bergambar. Aku awal-awal dah lari. Untuk 2 keping gambar cuma berharga RM 20.00




Mula-mula aku ingatkan naik kapal ni.. rupanya kapal kami lagi best.. Kami naik Picnic Boat. wah.. memang lain dari yang lain.. Sekarang ni tengah ada promosi.. Cuma RM 50 untuk 30 minit dan Boat ni boleh memuatkan 8 orang dalam satu boat. Kalau nak tau pakej lain atau nak tau apa-apa tentang cruise ni.. bole klik sini..


Sebelum naik boat kami kena ambik bekalan picnic dulu.. ye la, kalau xde makanan bukan picnic namanya kan...


Aku suka tengok mangkuk tingkat comel dari @Tiffinayan ni ..Comel..pastu warni warni.. Adam anak Ruby pun suka sangat ngan mangkuk tingkat ni.. comel..senang dia nak bawak ke sana sini..



Aku satu Boat dengan Blogger FatinBella , Mahamahu , Eina ,  Tarmizi dan Naomie . Picnic Boat ni kita bole kemudi sendiri dan nak tau tak sape kapten kami? FatinBella ye. Jangan pandang rendah dengan Lady Driver. 



Selesai berpiknik, kami sempat singgah di Moroccon Pavillion Putrajaya.. Kat sini kami sempat la melawat rekabentuk bangunan di Moroccon dan kami rasa bertuah sangat sebab dapat masuk ke kawasan yang sebelum ni dilarang mengambil gambar.. kiranya gambar-gambar kami ekslusif la.. 





dah selesai bergambar kat sana, kami balik ke hotel untuk mandi dan berehat. malamnya kami semua ke Umai cafe untuk makan malam pulak.


Ramai betul orang kat Umai Cafe ni.. Kami semua dah disediakan tempat khas di Roof Top... Macam-macam makanan yang ada.. 


Dari Umai Cafe kita bole nampak Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali dengan Masjid Besi.. Cantik sangat dengan lampu-lampu yang bercahaya...

Tapi ramai yang cakap Umai cafe ni Specialty dia Nasi Goreng Umai dengan cekodok.. Bila dah try.. memang betul, sedap..





Dan yang paling best masa kami kat Umai Cafe ni bila kami diajar buat cekodok pisang oleh Owner Umai Cafe sendiri..




Nampak macam senang je kan.. comel dan sekata masaknya... 


Dah habis demonstrasi, kami diberi task untuk buat cekodok pisang jugak... kami kena buat 4 kumpulan.. 


cekodok kumpulan A
cekodok kumpulan B
cekodok kumpulan C

cekodok kami.. Kumpulan D
 Juri pun pening nak pikir pemenang.. sebab bila dah belajar dengan owner Umai Cafe.. semua jadi expert buat cekodok...


Dan selepas penat juri memikir dan merasa... Cekodok kumpulan A menang no 1 dan cekodok kami menang no 2.. Yeay...

Alhamdulillah.. dah selesai 2 hari kat Putrajaya ni.. esok ada sehari lagi.. Nak tau apa aktiviti esoknya? Tunggu next entry ye.. :)

#EatTravelWritePutrajaya
#GayaTravel
#PPJ
#PerbadananPutrajaya


kredit :