Diet Atkins : Menu Hari Pertama - Blog Eyzamiel

2.5.14

Diet Atkins : Menu Hari Pertama

Sana sini orang dok cakap pasal Diet Atkins.. aku yang x ambik kisah.. tapi, bila timbang dah makin naik.. aku dah mula risau.. sampai bila nak macam ni? takkan nak tunggu berat cecah 100kg baru nak berubah?

Langkah permulaan.. aku try search tentang Diet Atkins... ramai yang dah berjaya.. apa lagi, aku makin berkobar-kobar la nak try.. diet kali ni aku langsung tak nak ambik ubat atau supplement untuk kurus.. bukan apa, bila makan ubat.. kita kena maintain makan..kalau berenti, ha..mula la badan naik macam dipam-pam...

Untuk sesapa yang blom tau apa itu Diet Atkins... Ha.. mai sini aku bagitau... tapi ni pun aku copy paste je dari Blog ni..

Apabila korang dah nekad nak ikut jugak diet ni. Korang kena ikut rules diet ni. Yang mana korang :

Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  1. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  1. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  1. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  1. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  1. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  1. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  1. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  1. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  1. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  1. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  1. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  1. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  1. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)

Dah baca? Agak-agak tabah tak hati tu nak meninggalkan nasi, mee, roti, sos, kicap dan sebagainya?
Tabah? Kuat? Bagus!
Kita tengok pulak apa yang korang boleh makan bila amalkan diet ni.


Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  1. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  1. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  1. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  1. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  1. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  1. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  1. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  1. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  1. Rumpai laut.
  1. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  1. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  1. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  1. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)



Orait, ini semua adalah menu yang korang boleh makan. Korang boleh makan semua makanan ni. Kecuali karbohidrat yang tinggi-tinggi sangat tu. Itu pun kalau betul korang nak turunkan berat. Aku tak paksa. Cuma aku beri laluan untuk memudahkan korang dalam urusan berdiet. Dapat?

Ini syarat semasa berinduction. Tolonglah ikut kalau korang serius nak turunkan berat.


Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)


Oke ya, ini semua perkara terpenting semasa mengikuti dan mengamalkan diet ni.Ia adalah sebahagian tentang fasa induction. Korang jangan sempitkan pemikiran, "eh apa ni? semua tak boleh?" "takkan nasi sikit pun tak boleh?" (erkk kalau nak makan nasi bukan waktu induction Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi jangan ikut Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi, boleh ikut diet rendah kalori. Dan korang boleh google untuk dapatkan info tentang itu.)
Korang boleh jadi seorang yang "HAPPY ATKINERS" apabila korang tak terlalu stress untuk menurunkan berat. Korang ikut saja flow. Kalau tak turun berat banyak sangat dalam seminggu, korang boleh ukur lilit badan korang. Mesti ada yang kurang! Bila berdiet ni, bukan ia hanya tertumpu pada penurunan berat korang, tapi apa yang korang rasakan. Sebagai contoh, kalau korang timbang, dan berat korang nampak macam tak turun banyak, tapi dalam masa yang sama korang ada try baju lama korang yang kecik sikit tu, bila sudah try, dan ternyata korang boleh pakai balik baju tu. Itu tandanya diet itu sedang 'berjalan'. Korang jangan risau. Kalau korang stress, berat pun susah nak turun. Serius!
Aku suggest, tolonglah buat "clean diet" kalau korang nak turunkan berat dengan cepat. Jangat nak cheating sangat. Boleh? Mesti boleh! Orang lain boleh, takkan kita tak boleh?
Kena selalu ingat. Diet ni bukan magic. Bila korang amalkan seminggu, then korang terus jadi kurus. Tak! Bukan! Korang akan melalui selama beberapa bulan. Dan setiap hari yang korang lalui itu pasti ada pengalaman yang tersendiri.
Aku start buat diet ni dengan hati yang suka-suka untuk menurunkan berat, sekadar cuba-cuba ialah pada 1 November 2013. Yang mana berat aku yang terakhir kali aku timbang ialah 68kg. Berat kan wehhhh? Baju tak payah cakaplah. Semua saiz L ke XL je. Baju peplum yang pernah aku beli awal tahun tu tak tahu la tahun bila boleh muat! Haha.
Dan untuk pengetahuan korang, aku masih dalam fasa Induction. Untuk melangkah ke fasa ke dua, aku perlu turunkan sehingga 4 kilo sebelum ke berat ideal. Contohnya berat ideal mengikut BMI aku ialah 51kg. Jadinya bila berat aku sudah capai 55kg. Baru aku boleh pergi ke fasa 2. Itu melalui pembacaan aku lah.
Oke, semasa diet atkins ini jugak, korang akan mengalami berat yang statik. Contohnya berat korang tak naik dan tak turun. Yang ini aku tak berani nak share sebab aku belum masuk fasa ini. Jadi korang boleh google ataupun tanya pada senior dalam group KELAB DIET ATKINS yang ada kat FB korang tu.

Perkara paling mencabar semasa aku amalkan diet ini sudah semestinya ialah untuk mengawal nafsu makan. Kau gila ingat mudah aku nak tahan tengok orang makanKFC, DOMINOS, KEK SECRET RECIPE, NASI GORENG, ROTI CANAI, BISKUT, SUSU, SOS, KICAP, POPIA BASAH, BUAH-BUAHAN semua tu. Tak lah korang. Tak mudah untuk aku tahan. Susah. Rasa nak menangis tau! Gila semua makanan kegemaran aku tak boleh nak di makan. Sob. Sob. Susu dengan oats yang aku selalu minum tu pun aku tak boleh minum. Sedih bhaiii!
Tieheee, tapi nak diet punya pasal. Wa buat tak endah je la. Hati kena jadi tabah. Telinga kena jadi telinga kuali, telinga sudip, telinga periuk, telinga besi dan sebagainya. Heehe.Korang nak tau kenapa? Sebab orang sekeliling korang akan cakap "huyooooo, nak dietttt...huyooo.."," alahhhh makanlah sikit ni, tak jejaskan pun diet awak tu", "alaaa dah lama diet, tak kurus pun, sama jek". Tolong, tolong ,tolonglah tahan dengan ayat-ayat begini.
Perlian sebegini selalunya adalah kerana lumrah masyarakat di Malaysia, perkataan DIET itu hanya untuk di sindir-sindirkan. Bila sudah berjaya, baru mereka diam. Untuk buat mereka diam, kita kena berusaha sampai berjaya walau ambil masa yang agak lama. Kan aku dah kata, diet ni bukan magic. Kau diet minggu ni, minggu depan kau fikir kau dah kurus? TIDAK SAMA SEKALI ya!

Meh aku share lagi.Minggu pertama aku buat atkins ni berat aku turun dalam 2.8 kg sahaja. Tak banyak pun. Sebab ada orang turun sampai 5 kg tau dalam seminggu. Tapi aku tetap bersyukur. Okelah dari takde. So, bersemangat nak turunkan lagi berat. Chayok Yani! Kau boleh!
Minggu kedua, kalau tak silap turun dalam 2 kg sahaja. Erk tak banyak, tapi okelah, dari tak ada.  (Aku selalu cakap dalam hati, okelah dari tak ada langsung kan?) Dalam masa dua minggu aku berjaya turunkan 4.8 kg. Aku kagum dengan usaha aku. Cewahhhh! Padahal ini malas lagi tau. Sebab aku tak exercise.Minggu pertama aku bersenamlah juga. Minggu kedua?Hampeh! Sebab aku accident. Kaki bengkak, luka sana sini. Jadi, keadaan tak memungkinkan untuk aku bersenam.
Tapi idaklah aku meninggalkan diet ni. Diet ni tetap aku teruskan. Walau sakit selepas beraccident, tetap aku gagahkan kaki ke dapur untuk memasak makanan diet aku. Korang nampak tak kat sini? Untuk mendapat sesuatu yang korang inginkan, ia bukanlah mudah. It takes pain!Allah takkan bagi kita sesuatu perkara itu dengan mudah. Bila Allah beri dengan kesusahkan baru kita akan lebih menghargainya.
Ok, minggu ketiga. Jeng jeng jeng. Minggu ini adalah minggu yang tersangat sukar sepanjang aku mengamalkan diet ni. Ia adalah kerana aku telah mengalami sakit kepala yang teruk (migraine sebab terkena hujan masa balik kerja), dan malamnya perut aku tak sedap lalu aku muntah sebanyak 4 ke 5 kali. Esoknya aku pun MC. Tak larat gila nak pergi kerja. Lemah rasa badan.
Adakah kerana diet ini puncanya? Pada aku bukan kerana diet ini. Tapi kerana aku migraine dan tekak aku terasa nak muntah. Korang tau tak, masa itu aku terpaksa ambil sebiji buah kurma untuk melegakan tekak dan perut aku. Sebiji buah kurma mengandungi 5gm karbohidrat! Dan aku tak pasti, adakah aku ter cheating hari itu. Sebab pemahamannya aku, kita tak boleh ambil buah semasa induction. Hurmm.
Dipendekkan cerita, minggu ketiga, aku kurang makan, kurang minum air. Nak tau berat aku turun berapa? 200gram jeh! Ayooyoo. Stress makkk! Rugi tau minggu tu. Aku bajet bila aku tak makan, berat aku turun banyak gila la. Sekali, habuk pun tarak! So, aku baca file kat KDA, aku google, aku dengar info dekat radio.
UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, ANDA TIDAK BOLEH BERLAPAR!
Hambekkk kau Yaniii!!! Rugi seminggu. Kbai. Haha. Namun diet ini tetap ku teruskan.Korang tolonglah cakap aku ni TABAH. Tolonglah~ Haha. Susah tau cabaran nak turunkan berat ni.

Dan minggu keempat. Sekali lagi aku diuji. Aku telah demam teruk dan sakit kepala kerana minggu tu, semua keluarga aku demam. Ciankan kitorang. Dari ayah, ibu, aku, adik beradik, semua sekalilah. Tapi oleh kerana aku nak juga teruskan diet ni, dan aku sudah belajar dari kesilapan minggu lepas. Aku cukupkan minum air 2.5 - 3 liter sehari. Sarapan tak tinggal. Kuatkan semangat. Sapu pelbagai jenis minyak kat kepala. Alhamdulillah. Demam kebah. Cuma selsema dan batuk tu baru minggu lepas baik. :)
Hasilnya setelah sebulan aku mengikuti diet atkins ni, Adalah dekat 8kg turun. Punyalah suka time tu. Maunya tak suka, aku dapat balik berat aku masa aku masuk Unisel dulu. Hihihi. Erk berapa ye?Tak kurus pun, aku gemuk je lagi. Berat aku 60.8 kg. Alhamdulillah. Syukur tak terkira.Baju-baju lama, memang banyak dah boleh pakai balik. Jimat. Tak payah beli baju baru. Duit nak simpan untuk kahwin atau buat umrah dulu (jika diizinkan Allah).
Sebagai seorang atkiners, aku juga sangat berdisiplin untuk menurunkan berat. Aku tak kan mudah mengalah dengan kesukaran yang aku alami untuk membuatkan usaha aku tergendala. Eceyyy ayat poyo je selalu keluar ni. Menyampah je aku rasa.
Eh tapi aku ada berita buruk la.Oleh kerana dua minggu lepas aku ada kursus, maka aku rasa aku telah terlebih mengambil carbs di hotel berkenaan. Aku takdelah ambil nasi semua tu. Cuma, hari-hari aku makan kambing. Huahaha. Jadi berat aku naik 2 kg. Rugi lagi. Hehe. (Selamba badak aku je boleh gelak walaupun berat naik. Ye aku tak risau sangat, sebab bila kita buat clean diet, insya Allah, tak susah nak turunkan 2 kg.)
 Minggu lepas yang sepatutnya aku timbang berat, aku belum timbang lagi. Maybe esok baru aku timbang berat aku. Erm lantak lah haih berat tak turun banyak, asalkan baju peplum yang aku beli awal tahun tu dah muat oiiii. Sikit saja lagi untuk di jadikan longgar selesa. Hiihihi. Oke, pakai next year kerana sepupu aku nak kahwin. Tak payah tempah baju. Jimat lagi duit. Subhanallah. Sukanya aku.
Bukanlah niat aku untuk riak sebab berat dah turun atau badan aku dah susut sikit. Tapi aku suka nak share pengalaman supaya kalau ada orang lain nak turunkan berat badan, aku boleh share ilmu sama-sama. Aku boleh tolong beri semangat. Kan? Walau kawan-kawan ofis aku selalu kata tak boleh nak ikut diet aku ni, aku cakap kat diorang, kalau tak boleh ikut atkins ni, kiralah kalori kalau nak turun berat. Insya Allah. Boleh membantu, cuma agak lambat.
Yang pentingnya, diri kita sendiri. Kuat ke tak kuat nak lawan nafsu makan. Mudah ke tak mudah nak tepis segala godaan makanan sedap dalam Malaysia ni. Tepuk dada, tanyalah selera.Jangan risau, setiap kesusahan dan usaha yang kita lakukan, pasti ada hikmah dan pasti akan berhasil satu ketika nanti. Pentingnya kena sabar jangan terlalu tergesa-gesa.
Ohh lupa nak beritahu. Ibu mengandung tak boleh amalkan atkins.Ibu yang breastfeeding, kalau tak silap aku, boleh. Tapi anda kena ambil 120gram karbohidrat dalam sehari. Bukan macam kami, kena ambil 20gram sehari waktu induction. Lain fasa, lainlah jumlah karbohidrat yang perlu diambil.Google lah untuk lebih tahu ye. Aku belajar pun semua sebab cari info kat google dan join Kelab Diet Atkins.  

Ok.. sekarang dah tahu kan apa tu Diet Atkins? Aku pun sebenarnya baru je mula semalam.. sempena hari pekerja.. memandangkan semalam cuti, aku try la ikut menu Diet Atkins... Nak tau apa menu untuk hari pertama... Ha..cuba tengok kat bawah ni...

Untuk Sarapan
aku cuma makan telor dadar dengan air kosong... telor dadar ni mudah je nak buat... guna 2biji telor, bawang, garam sikit (light2 je sbb langsung xde rs garam pun) dan sebiji cili padi... pukul semua bersama.. goreng dan dah siap.. Alhamdulillah.. kenyang sampai tengahari.. aku pun tak sangka.. aku ingat pukul 10 dah mengelupur cari nasi.. tapi.. memang tak sangka.. aku x sedar...tengok-tengok  jam dah pukul 1 ptg.. baru rs lapar...mula masak.. saja masak lambat sikit sbb hubby kerja.. malam baru balik...

Telur dadar 
 Untuk Lunch
Aku goreng ayam dengan buat sayur labu air... sekali je dengan menu hubby.. senang..cuma beza untuk hubby aku masak nasi.. Aku pulak cuma ambik lauk....  Air pulak aku buat sebotol teh hijau... aku cuma minum tu je.. kalau aku lapar sementara nak tunggu dinner, aku minum jer green tea tu... xde la rasa lapar...

2 ketul ayam goreng bahagian isi... selalunya bahagian ni yang paling aku x suka.. tapi nak diet punya pasal.. makan je..nasib baik sedap.. hahaha..puji masakan sendiri pulak...

semangkuk sayur labu air masak rebus... yang ni aku tak tau samada diluluskan oleh Menu Diet Atkins sbb kat rumah aku cuma tinggal sayur ni jer.. aku pun telan je la...

Green Tea sebotol..

Menu Lunch..

 Untuk Dinner
Dinner pulak aku cuma goreng ikan kembung dengan  olive oil.. makan itu jer... dengan air kosong..


ikan kembung goreng 2 ekor..

mula-mula perut rasa macam pedih gak sbb x makan nasi..tapi aku tekad jugak nak teruskan sebab aku bukan setakat nak kurus untuk sihat..tapi jugak untuk dapatkan anak...mudah2an aku bertahan dan berjaya untuk dapat berat yang ideal.. Amin...

Notakaki : Semalam genap 9 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan.. Alhamdulillah...

41 comments:

  1. Chaiyok...chaiyook!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello admin. thanks for the share. I bru je start diet atkiins ni for 2 weeks. and dh nmpk sikit perubahan hehe. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.

      >>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<

      Delete
  2. chaiyok..atkins adalah yg terbaiikkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh.. extreme nih... masih dengan diet ni lg ke... sy tgh cr info tentang atkins ni.. tp kene hati2...sbb kalau nutrien x cukup... akan memudaratkan plak.. apapun good luck ye... jom singgah ke blog sy... ada kongsi tips untuk kekal sihat cara yang mudah dqan selamat... >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

      Delete
  3. Kena kuatkan semangat juga lepas ni utk diet atkins....kn buat waktu pantang.

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing, saya baru nak mula ...

    ReplyDelete
  5. Sy br je 4 hari amalkn diet Atkins ni.Terasa mncabar gk ms hr pertama tu sbb x blh mkn mcm2.Alhamdulillah masih boleh trus berdiet.Yg pnting kte kna mnum byk air dan ambil jg supplement.Br la bdn ok.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... akak br nk cuba.. today is my 2nd day.. smlm brjaya mngawal selera nk mkn nasi n lain2.. berat bdn kita lebih kurang la.. sakit hati bila try baju kat kedai asyik x muat je.. mcm x percaya aku dh gumuks!! B4 this ada gak diet x mkn nasi.. just mkn lauk.. sayur n buah.. ptt la x jadi.. huh.. this time hopefully mnjadi.. tabahkan ht kuatkn smgt n pekakkan telinga mndengar komen dr juri awam... lantak korang lah.. aku nk sihat.. aku nk kurus.. sbb bila trlebih berat mcm2 penyakit singgah nt..

    ReplyDelete
  7. wah kalau urusan badan emang nomer satu buat cewek, tapi jangan salah karbohidrat masih dibutuhkan walaupun diet menurunkan berat badan

    ReplyDelete
  8. Salam sy ade sikit problem bile diet . Bila hujung mesti ade cheat day satu/dua hri akn mkn nasi. Sekrang sy cuba atkins diet turun 2kg pd mnggu induksi 1dan selera makan sy tak tinggi. Tapi hjung mnggu sy mkn nasi . boleh ke sy teruskan atkins diet pd mnggu ke2 . Berat akan bertambah semula ke.

    ReplyDelete
  9. Salam sy ade sikit problem bile diet . Bila hujung mesti ade cheat day satu/dua hri akn mkn nasi. Sekrang sy cuba atkins diet turun 2kg pd mnggu induksi 1dan selera makan sy tak tinggi. Tapi hjung mnggu sy mkn nasi . boleh ke sy teruskan atkins diet pd mnggu ke2 . Berat akan bertambah semula ke.

    ReplyDelete
  10. Sape mahu kurus dalam masa singkat?sy ad jawapan nye. ..xperlu ikat perut,xperlu keluar duet bnyak...kalo nak tahu...text sy

    ReplyDelete
  11. Sape mahu kurus dalam masa singkat?sy ad jawapan nye. ..xperlu ikat perut,xperlu keluar duet bnyak...kalo nak tahu...text sy

    ReplyDelete
  12. green tea akak tu bubuh gula dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x.. minum camtu je.. kalau nak letak gula kena guna gula stevia..

      Delete
  13. Lada hitam dgn lada sulah dipersetujui oleh Atkins tak? Sbb semalam start diet ni, sya masak ayam bahagian dada hiris2kan lepastu perap dgn lada hitam dan lada sulah.

    ReplyDelete
  14. tq awk utk info, sy pon baru nak start. tapi permulaannya sy berpuasa (puasa ganti)..
    cuma tgh fikir nak berbuka nanti nak makan apa..

    ReplyDelete
  15. diet menyeksakan.. kene la juga kuat semangat makan ikan je ;_;

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...berjaya trunkan berat badan dr 130kg ke 78kg dlm ms 3 bln dgn diet atkins... 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooooooooaaaahh!! Tahniah! Tapi uish respect!

      Delete
  17. Assalamualaikum sis...gula xboleh ambik..garam boleh x?

    ReplyDelete
  18. Diet untuk kurus tapi jangan lupa untuk sihat juga. Banyak penyakit bahaya kalau tak cukup zat.

    ReplyDelete
  19. Skrg mcm mna berat sis dh turun byk x???

    ReplyDelete
  20. Nak tanya .. Sis senam tak .?

    ReplyDelete
  21. teh hijau tuh..tiap2 hari ker minum?lg satu..senam tiap hari ker?

    ReplyDelete
  22. nk tanya la klau kite minum air sunquik tanpa gula bole x dlm diet atkins ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh sbb dalam tu still ada gula jugak

      Delete
  23. Makin smngat nk truskn DA..3mnggu bru trun 5kg..ada cheet coz husband dtg..kami suami istri pjj..niat utama utk dptkn baby..sama2la kta doakan...

    ReplyDelete
  24. Thanks admin. Esok saya pun nak mulakan diet atkins ni. Memang nak turunkan berat badan. Dah mcm bebola dah badan ni hahahaha. Wish me luck

    ReplyDelete
  25. already try..7 kilo per week turun berat...mueheheheh

    ReplyDelete
  26. Nak tanya kalau minum collagen? seperti aurawhite boleh ke? thank you.

    ReplyDelete
  27. Suka post ini... makanan yg di makan pun xderlah hipster berbagai.. tak der keju2 berbagai... selari dgn kehidupan rakyat Malaysia... ramai org boleh jadikan contoh...

    ReplyDelete
  28. chaiyok admmin.. sy pon baru nk try diet atkins utk mendaptkn zuriat. dh xde jln lain nk ikhtiar jln trnkn berat pulak...

    ReplyDelete
  29. Saya nak tanya. Ayam tu dimasak mcm mana ? Yg makan tengahhari tu ? Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam tu Eyza perap dengan rempah campuran untuk buat Nasi Ayam. Ada jual kat pasaraya.

      Delete
  30. Gak boleh makan semua buah kah macam bangkuangpepaya nanas

    ReplyDelete