Tema Mek Mulung menjadi pilihan Hairi Safwan dan Fara Afiza - Blog Eyzamiel

5.6.14

Tema Mek Mulung menjadi pilihan Hairi Safwan dan Fara Afiza

Kan hari tu aku ada cerita tentang Majlis pernikahan pelakon Hairi Safwan dengan Jaja.. Ha.. setelah menanti lebih kurang 3 bulan.. pasangan ni akan buat Majlis Persandingan sebelah pengantin lelaki pulak... Ha.. jom kita baca petikan dari MyMetro ni..

Melangsungkan majlis perkahwinan dalam suasana istimewa bersama ahli keluarga dan rakan adalah impian bagi setiap pasangan pengantin baru.
Begitu juga dengan juara Anak Wayang musim pertama, Hairi Safwan, 26, dan isterinya Fara Afiza Azman, 24, yang akan mengadakan majlis persandingan sebelah pihak pengantin lelaki di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah, Sabtu ini.
Menariknya, pasangan mempelai berkenaan akan menghiburkan tetamu mereka dengan persembahan teater tradisional ma-syarakat Melayu Kedah, Mek Mulung.
Di sebalik perasaan teruja untuk naik pelamin, Hairi atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan mengakui gementar membuat persembahan Mek Mulung di hadapan lebih 1,000 tetamu yang bakal hadir.

“Seperti pasangan pengantin lain, saya dan isteri juga mengidamkan majlis perkahwinan yang istimewa. Jadi selepas berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk membuat konsep perkahwinan seperti suasana kampung, sesuai dengan persembahan Mek Mulung,” katanya.
Menurutnya, persembahan teater itu selama 45 minit dan akan dijayakan dengan kerjasama barisan penari Persatuan Penggerak Warisan Budaya Kedah (AKRAB).
“Watak saya sebagai Putera Cahaya Bulan manakala isteri pula sebagai Puteri Nang Mara. Kelebihan persembahan ini ada nyanyian, tarian serta kemunculan pelbagai watak antaranya Raja Gergasi dan Mak Inang,” katanya.
Tambah Hairi lagi, teater tradisi itu sememangnya sukar bagi mereka berdua terutama isteri dan sudah membuat latihan persembahan sejak April lalu.
“Walaupun ada pengalaman dalam lakonan, saya sendiri merasakan teater ini susah kerana perlu menunjukkan adat serta tradisi masyarakat Kedah kepada tetamu.
“Apatah lagi bagi isteri saya kerana dia baru belajar berlakon di pentas tambahan pula dia perlu menyanyi dan bercakap dalam dialek masyarakat utara serta Siam,” katanya.
Mengenai persiapan perkahwinan, Hairi berkata, dia dan isteri akan memperagakan busana pengantin seperti pakaian putera serta puteri Kedah rekaan Nurul Hussein.
“Busana pengantin kami direka menggunakan kain songket dan tetamu diminta memakai pakaian klasik tradisi bagi memeriahkan suasana majlis,” katanya.
Pada 22 Mac lalu, Hairi sah bergelar suami kepada Fara yang adalah guru pelatih dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas, Jamal Darus.
Pada majlis itu juga, Hairi menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 dengan wang hantaran RM15,000.
Pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas sebelas dulang oleh pihak perempuan.
Dalam perkembangan lain, Hairi baru saja selesai penggambaran telefilem komedi berjudul Opps Terlebih Pulak arahan Nizam Zakaria terbitan Primeworks Studios.
Saksikan juga kemunculan Hairi dalam drama adaptasi novel berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan yang kini bersiaran di TV3 serta Walau Sedetik Cuma di TV AlHijrah.Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/04Kredit : hmetro

Aku pun dapat jugak jemputan untuk kenduri ni kat Alor Setar.. tetamu kena pakai tema batik...yang bestnya kenduri ni buat malam.. macam kenduri zaman dulu-dulu... mula2 aku mmg plan nak balik jugak.. tapi... atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat balik... mesti meriah majlis tu nanti sebab Jaja pun akan berlakon dan menyanyi disamping Hairi.. Good Luck Jaja..  mesti nanti makin tambah cantik dan berseri-seri.. :)

No comments:

Post a Comment