Kenangan manis bila dapat join Treasure Hunt Bersama Ephyra.. - Blog Eyzamiel

27.5.14

Kenangan manis bila dapat join Treasure Hunt Bersama Ephyra..


Sabtu lepas aku join Treasure Hunt Ephyra.. tak pernah-pernah aku join.. tetiba kali ni macam terdetik pulak hati ni nak join... sebab apa aku join? sebab... 1st sekali , aku sebenarnya dah lama tahu tentang keberkesanan serta khasiat Ephyra ni...nak sangat cuba Ephyra ni.. tapi asyik dok bertangguh-tangguh nak beli.. sebab kedua pulak...mestila dek kerana aku nak jugak kenal blogger-blogger yang otai2 ni... kalau nak dibandingkan dengan aku.. blog aku ni biasa2 je kan... so, bole la aku mintak tips berblog dari diaorang pulak.....bila dah bagi kesempatan macam ni..mesti la aku x nak lepaskan peluang.. walaupun hakikatnya aku ni malu sangat-sangat nak join....

7 kumpulan
7 kereta
27 Blogger

Kami semua kena berkumpul dekat Puspanitasari, Presint 10 Putrajaya... Aku keluar dari rumah pukul 8 pagi... singgah LRT Sg. Besi dulu sbb ambik blogger Emi... sebelum pukul 9 pagi kami dah sampai kat situ.. tengok2 dah ramai jugak la blogger yang dah sampai....

Antara blogger yang sampai awal..
Bila semua dah berkumpul..urusetia pun bagitau kumpulan... aku dapat Team 2.. satu kumpulan dengan Ujang (Ketua kumpulan) , Qaseh dan Norfa .... pastu, kami semua dapat T-shirt Ephyra dan sarapan pagi..

T-shirt untuk kami pakai sepanjang Treasure Hunt ni... 

Sarapan kami.... Mewah betul dengan makanan.. 
Task pertama, sebelum makan, kami semua kena minum Ephyra dan buat Insta Video dulu... pastu bole la makan...


Sambil makan sambil dengar taklimat dari urusetia... 

tak sangka kak Amiza Ephyra pun sanggup turun padang bagi semangat kat semua peserta...
Kak Amiza bagi taklimat dan kata-kata semangat jugak untuk kami sebelum bertolak.. ops.. lupa pulak.. Kak Amiza jugak dah tukar nama kumpulan..Nama kumpulan dipilih dari bahan-bahan dalam Ephyra.. Kumpulan aku dapat nama Gluthathione..




Kereta team Gluthathione..
 Dah settle semua kat situ.. kami pun mula buat task kedua yang lebih mencabar...


Ha.. kalau korang baca soalan ni korang rasa kat mana? Bukan jauh pun.. kat Taman Botani Putrajaya tu jer... 


Kumpulan kami adalah kumpulan yang 1st sampai.. apa lagi.. cepat2 la kami selesaikan tugasan sebelum group lain sampai... kat sini kami kena cari pokok berdasarkan nombor pokok.. cari nama tempatan dan saintifik.. bagus game ni.. baru la kita tahu nama-nama pokok kat situ..kalau x masuk treasure hunt ni, agak2 aku akan saja2 gi tengok nama pokok?.. Non ado la rasanya...

Task seterusnya pulak... kami semua kena selfie depan Papan Iklan Ephyra.. dah la panas terik.. tepi highway pulak tu... selamba je kami semua... entah2 orang yang lalu lalang semua cakap "Apa la yang budak2 ni dok buat tepi jalan tu" ...hahaha..

semua sibuk dok selfie...
Settle task tu... kami semua gerak ke KLIA2 pulak... kalau tak kerana aku join Treasure Hunt ni..lambat la aku dapat jejakkan kaki kat sana... kat sana kami diberi beberapa Task untuk diselesaikan... Antara task yang kami kena buat mmg betul2 menguji ketahanan emosi dan fizikal.. ada jugak la yang kami kena reject ngan penumpang kat situ.. tapi, kental jer.. pergi cari yang lain...



Selfie kami bertiga...

Team Gluthathione.
salah 1 task..bergambar dengan pelancong asing...
dan yang paling best sekali masa kat sana, bila kami diberi tugasan untuk cari makanan PALINGGGG PEDASSS kat situ... mula2 ingat nak pergi Kedai Indonesia (Dapur Nusantara) tapi.. sayangnya, kedai tu blom bukak.. Ujang ajak pergi Jaya Grocer..kami beli Spagethi.. nasib baik budak-budak yang kerja kat situ sporting.. diaorang siap keluarkan serbuk cili ngan serbuk lada hitam untuk kitaorang tambah dalam spagethi tu bagi pedas...


Yeay dah dapat...
Macam2 benda pedas yang kami letak kat dalam tu.. tapi.. team urusetia cakap x pedas langsung... hihihi.. lidah diaorang mmg betul-betul kebal ni... habis task terakhir kat KLIA2 tu, kami terus pg solat Zohor dulu...





Keluar dari KLIA2, kami singgah makan tengahari dekat Petronas. area situ gak.. tak jauh pun dari Airport...Lepas makan, kami dapat Task yang seterusnya.. kami semua kena menuju ke lokasi terakhir.. iaitu di Booth Ephyra di Karnival Jom Heboh..


Kalau ikutkan task, kami kena parking dekat PICC dan naik Shuttle Bus ke Jom Heboh.. tapi.. sayangnya parking pulak tak ada.. ingat nak parking kat PICC, tapi x bole sebab malam tu ada ABPBH.... pastu, kami terus je gerak ke Jom Heboh.. jauh giler kami parking.... semput gak la nak sampai Jom Heboh tu.. :)

Muka dah keletihan sebab jauh berjalan..
Happy giler aku bila kami selamat sampai kat Booth Ephyra... ingatkan kami dah terlambat.. rupa-rupanya... kumpulan kami yang pertama sampai kat situ... Sampai je, terus minum Ephyra.. nak charge balik tenaga.. Alhamdulillah.. semua kumpulan berjaya sampai dengan selamat...

Task terakhir kami adalah Blind Soccer... kiranya game ni.. kita kena tutup mata.. pastu, group mana yang dapat jaringkan gol dulu dikira menang sebab ianya game kalah mati... Wakil Group aku adalah Qaseh dan Norfa.. Ujang pulak bagi direction bola kat mana.. aku mesti la jadi jurugambar.. kalau tak, sapa yang nak ambik gambar moment ni.. hihihi..


Alhamdulillah.. untuk game ni, group aku menang lagi... pastu, kami kena buat Team Cheer depan Norman dan Memey... Task semua settle... berdebar pulak nak tunggu keputusan...



Dup dap dup dap jantung aku selagi tak tau keputusan.... last2 bila diumumkan...


Tempat Ketiga
(RM 800 dan Goodies Dari Ephyra)
Team Tomato


Tempat Kedua
(RM 1200 dan Goodies Dari Ephyra)
Team Acai Beri

dan masa yang ditunggu-tunggu... tempat pertama...... dimenangi oleh.......



Tempat Pertama
(RM 2000 dan Goodies Dari Ephyra)
Team Gluthatione


Yeay.. Alhamdulillah.. team kami menang tempat pertama.. Tahniah jugak untuk semua blogger yang join event ni... Yang tak menang pun x balik tangan kosong.. semua dapat bawak balik Goodies dari Ephyra..






Alhamdulillah.. terlalu banyak pengalaman manis sepanjang Treasure Hunt Ephyra ni.. tak dapat nak diceritakan satu persatu kat sini... Terima kasih untuk team Denaihati dan Oceanlife.. Lain kali buat la lagi event macam ni.. korang memang best!

* Nak tau pengalaman blogger lain pulak? korang terjah je blog diaorang ... Ni antara blogger yang dah update cerita Treasure Hunt ni...


Sekarang ni Ephyra tengah buat Promosi tau.. sekotak (30 sachet) hanya berharga RM180.. berbaloi tau beli masa promo ni... Macam mana nak beli? Jap ek.. korang klik jer kat bawah ni..


Nak tau detail tentang Ephyra? Jangan risau.. next entry aku citer yer.. entry ni dah panjang sangat.. takut korang bosan pulak.. :)

*Tambahan

13 comments:

  1. wah kak lily menang jugak.... he he he...congrats kepada semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. Kak Lily menang No. 3.. Team Tomato.. group ni pun kira saingan sengit group kitaorang jugak ni..

      Delete
  2. tahniah Champion
    salute dengan team Glutathion, smua checkpoint sampai awal
    memang tangkas la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Tq... eyza bertuah dapat partner macam Ujang, Qaseh ngan Norfa....x sangka pulak team kami menang..rezeki.. alhamdulillah..

      Delete
  3. Whoaaa...... memang rezeki la kan tapi tugasan kat klia2 mencabar sungguh pasal line internet...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki.. a'ah.. line intenet eyza pun buat hal.. nasib baik Norfa sharekan wifi dia.. baru la internet laju... kalau x, nak bukak insta pun x lepas..

      Delete
  4. Tahniahhhhhh kak eyza sebab group akk menang juara. Happy for you. Hehehehehe. Memang terbaiklah group korang. Alhamdulillah, rezeki akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. Group Aina pun best jugak sebab dapat Naib Juara.. Saingan sengit la untuk team kitaorang.. apepun, pengalaman ni mmg best sangat...

      Delete
  5. tahniah..wah duit masuk je p shoping..hehe...group korang memang the best..memang layak menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Thank's Nadia.. Group korang pun best gak.. Rocks!

      Delete
  6. Hebat lah group kak eyza...dapat no 1 tu. Group emi tak menang pun tapi xpe, pengalaman dapat jin tu pun dah happy sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala Emi.. K.Eyza sebenarnya untung sebab dapat partner2 yang hebat dalam group tu.. rezeki jugak la..kira group Emi pun hebat.. Girl Power! :)

      Delete
  7. Whenever treasure is included, it is commonly a progressively appropriate plan to build the difficulties of your mission. best starter metal detector

    ReplyDelete