Dashing keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki - Blog Eyzamiel

5.7.19

Dashing keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki


Eyza suka kalau Hubby wangi-wangi. Rasa tak puas nak cium. Hihihi. Tapi dulu kena beli deodoran 1, pewangi 1. Kiranya 2 item la kan. Sekarang ni dah tak perlu nak beli sampai 2 sebab Dashing dah keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk lelaki dalam 1 botol je. Senang sangat. Just beli 1 item dapat 2 kegunaan.

Guna 2 produk untuk bau yang hebat selalunya mencabar tau. Mencabar sebab susah nak cari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Dah la minyak wangi sekarang ni mahal, sebab tu sesetengah lelaki just guna 1 produk je iaitu deodoran sebab janji dapat hilangkan bau badan. Tapi, kekadang deodoran je tak dapat cover masalah bau badan hi kalau berpeluh yang terlalu banyak.

Pastinya lebih best kalau semuanya ada dalam SATU! Ringkas,mudah dan cepat untuk lelaki. Sebab tu la DASHING melancarkan semburan badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME BODY SPRAY berkesan memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Semburan Deodoran biasa cuma dapat bertahan 2 ke 3 minggu je, tapi DASHING DEO +PERFUME ni adalah 100% deodoran. Ianya jimat sebab dapat bertahan lama kerana 1 botol boleh menyembur sehingga 800 semburan dan tahan sehingga 146 hari!

DASHING DEO + PERFUME SPRAY ni ada 4 variasi iaitu:


ULTIMATE KICK
- Wangian sebenar sang juara. Ianya menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan lelaki moden.Wangian ini menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


HITMAN
- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana saja. Didahului dengan kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


HATTRICK
- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


SPEED
- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma Klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


Hubby pun suka dengan semua haruman dari DASHING ni. Last-last semua dia ambik. Puas hati la dapat empat-empat. Eyza pun suka sebab hari-hari hubby wangi. Balik dari kerja pun still rasa bau fresh gitu.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120 ml dan dijual pada harga RM 12.20. Produk ni boleh didapati di seluruh negara termasuk Pasaraya Utama, Pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari :



No comments:

Post a Comment