SLAÉ Cosmetics dapat menjimatkan masa untuk cantik - Simple macam mana pun kita, mesti nak juga mekap walaupun sikit kan?. Cukup hanya pakai bedak dan secalit lipstik pun dah buat kita rasa lebih Confident nak keluar dari rumah.Tambah-tambah bila kita jadi mak-mak ni, nak mekap beria tak ada masa. So, kita mekap simple-simple je tapi still nak cantik. Kadang-kadang memang terpaksa mekap dalam kereta la jawabnya.
Eyza ni pulak sejenis suka mekap. Selalu wajib akan pakai Cushion Faoundation, Maskara, Blusher dan lipstik. Tapi kalau nak mekap Heavy sikit memang akan tambahkan dengan foundation dan Compact Powder.
Hari tu Eyza try la cari Produk Local tapi setanding dengan produk-produk antarabangsa yang lain. Nak cari yang memudahkan kita mekap dan mesra Wuduk sebab senang nak mekap dan cuci kat mana2 pun. Dalam mencari tu, Eyza jumpa dengan koleksi mekap dari SLAÉ Cosmetics. Sangat sesuai untuk wanita zaman sekarang yang sentiasa sibuk. Guna beberapa item je pun dah cantik.
SLAÉ Cosmetics ni rupanya diasaskan oleh anak tempatan iaitu Datin Dr. Nik Sarina Hashim. Apa yang buat Eyza suka dengan produk ni ialah ianya 100% inspirasi kecantikan semulajadi dan Mesra Wuduk.
Pertama kali Eyza pakai, Eyza dah jatuh cinta dengan produk ni. Antara Set Mekap yang Eyza dah pakai ialah:
~ Bare & Boujee Cushion Foundation (Natural Beige)
~ Bare & Boujee Liquid Foundation (Light Beige)
~ Bare & Boujee Compact Powder (Natural Beige)
~ Summerkiss Liquid Lipmatte (Tropical Pink)
~ Bloom This Way Powder Matte Lipstick (Dusty Peony)
~ Feline Triple Threat Mascara
Bare & Boujee Cushion Foundation best sebab ada SPF 50 yang dapat melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya. Ianya juga sesuai untuk menutup cela atau kulit kusam dan buatkan kulit berseri dan sekata.Yang bestnya ialah ianya Medium Coverage dan dapat tahan sehingga 12 jam dan buatkan kulit nampak Natural tanpa bercapuk. Eyza suka sebab BB Cushion ni ringan dan dapat merawat kulit muka sebab salah satu bahan di dalamnya ialah daun pegaga yang memang sesuai untuk kulit muka. Tak hairan la kalau Cushion Foundation ni adalah terpaling Hot Selling dari jenama ni sebab ianya menggunakan Formula Korea. Terdapat 3 warna mengikut kesesuaian kulit muka iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige. Untuk kulit muka Eyza, Natural Beige sesuai sebab kulit tak cerah sangat dan tak gelap sangat. Sedang-sedang gitu.
Bare & Boujee Liquid Foundation ni Eyza gunakan untuk buat Concealer di bawah mata dan kawasan-kawasan yang perlu ditutup. Tekstur dia pekat dan memang sesuai untuk buat concealer untuk kening jugak bagi menutup lebihan kening supaya kening terbentuk cantik. Letak sikit je dah cukup untuk cover tempat yang kita nak tutup tu.
Bare & Boujee Compact Powder dapat membantu mencantikkan lagi wajah selepas kita pakai Cushion Foundation. Eyza suka sebab ianya tak buat kulit berminyak dan buat kulit muka glowing. Teksturnya pun ringan serta ada SPF 20.
Summerkiss Liquid Lipmatte ni tekstur dia ringan dan warna dia cantik. Eyza suka sebab bila pakai tak rasa melekit pun kat bibir dan tak mengeringkan bibir. Warna tahan lama sepanjang hari dan terasa bibir mungil je . Eyza pilih Tropical Pink sebab warna dia ala-ala pink and nude gitu.
Bloom This Way Powder Matte Lipstick ni adalah lipstik dengan teknologi ultra colour Natural yang dirumus khas minyak alpukat dan minyak biji delima untuk melembapkan dan mencantikkan bibir.Tekstur dia berkrim dan licin untuk memudahkan kita sapu dan nampak rata di bibir. Pakai mask pun tak melekat warna di mask.
Feline Triple Threat Mascara ni menggunakan berus kecil dan buatkan kita mudah nak sapu. Eyza suka sebab pakai sekali je dah buatkan bulu mata panjang dan lentik. Apa yang paling best ianya buat mata rasa selesa, galak, bulu mata rapi dan tak berat serta yang paling penting ianya tak comot.
Boleh kata semua produk dari SLAÉ Cosmetics ni Eyza suka. Cushion Foundation dia Coverage, Compact Powder ringan dan tak bercapuk, Foundation dia boleh cover eye bag semua, Liquid Lipmatte dan Matte Lipstick warna cantik dan Pigmented sampai boleh buat eyeshadow dan blusher la dan Mascara dia memang the best sebab bulu mata eyza lentik giler dan tak comot.
Bagi yang berminat untuk dapatkan produk SLAE Cosmetics, jangan lupa guna code diskaun yang tertera di bawah untuk dapatkan 10% diskaun bagi pembelian SLAE Cosmetics ini.
Website : https://www.SLAE.com.my
[Coupon Code for 10% OFF : Eyza]
[First Time Purchase, will get extra 15%!]
Shopee : https://shopee.com.my/slae_ hq
[Coupon Code for 10% OFF : SLAEEyza)
Jom join Telegram Channel #SLAEBabe : https://t.me/+_ uj1IpbAl3k5YzQ1 untuk SLAE's OFFERS, DISCOUNT, FREE GIFT, CONTEST, GIVEAWAY etc,
Kalau ada nak bertanya pasal produk ke, warna apa yang sesuai ke atau apa-apa berkaitan boleh wasap Beauty Consultant di http://wasap.my/60192225712/ SLAECosmetics
Untuk maklumat lanjut mengenai SLAE Cosmetics boleh layari :
Website : www.SLAE.com.my
Facebook : www.facebook.com/slae.hq
Instagram : www.instagram.com/slae_hq
TikTok : www.tiktok.com/slae_hq
No comments:
Post a Comment