Luckin Kopi menawarkan kopi terbaik dengan tempat lepak hipster di Kuala Lumpur - Blog Eyzamiel

6.10.19

Luckin Kopi menawarkan kopi terbaik dengan tempat lepak hipster di Kuala Lumpur

Hai korang. Lamanya rasa Eyza tak update blog. Tak tau la busy sangat lately ni. Rasa tak cukup kaki tangan semua dah. Hari-hari balik kerja lambat. 

Sabtu hari tu, Eyza pun cari la port lepak yang best kat KL ni. Asyik kerja je kan. Kena jugak ada waktu santai. Maklum la, lama sangat tak lepak dengan kawan-kawan. Cari punya cari, Eyza jumpa satu port lepak baik punya.

LUCKIN KOPI! Hangpa pernah dengar tak? Ha.. Eyza selalu jugak dok baca review dan ushar ig depa. Ok, kali ni Eyza sendiri nak try pi makan kat situ. Betui ka makanan kat sini best? Lets try!


Eyza pi hari Sabtu. Boleh tahan ramai jugak la. Tapi takpa, sini diaorg amalkan sistem queue pakai mesin je. Kita just tekan kat mesin depan kedai. Ikut ja arahan kat situ. Nanti dia bagi nombor. Kat luar kedai pun diaorg ada letakkan kerusi untuk kita tunggu sampai meja kosong.


Masuk je dalam, nampak hiasan dia so cantik. Klasik gitu. Kat luar pun dia buat ala2 klasik tapi Eyza lupa plak nak amik gambar. Kedai ni ada 2 tingkat. Eyza dan kawan-kawan makan kat tingkat atas.

Minuman



Eyza sempat rasa ABC dan Kopi Ais. Kopi dia Pahit2 gitu. Tapi coffee lover mesti suka sbb kopi dia kaw.

Makanan











Banyak jugak pilihan makanan kat sini. Menu dia pelbagai. Yang agak rare bagi Eyza bila Pasta makan dengan Petai. Sambal petai dia memang best. Kena try la kalau datang sini. Kat sini Muslim Friendly dan menghidangkan makanan Asean Delights.





Kalau tak nak makan heavy, boleh la try 4 jenis makanan ni. Tapi.. korang wajib try Rojak buah dia. Bagi Eyza memang terbaik. Eyza dah la suka rojak yang ada keropok. Kombinasi ni memang best sebab keropok rangup, buah fresh dan kuah sedap.


Dah kumpul ramai-ramai ni, rasa waktu kejap je berjalan. Tak puas jumpa kawan-kawan sebab sekejap sangat. Tak sempat nak bergossip banyak-banyak. Upss.. Hahaha.


Untuk yang nak datang sini naik public transport, korang boleh naik LRT atau MRT dan turun dekat stesyen Pasar Seni. Memang dekat sangat la. Dari kedai pun boleh nampak Stesyen MRT. Kalau drive pulak depan kedai ada parking kupon, kalau penuh boleh masuk parking yang org jaga tu. Kalau x silap sejam RM 5, maksimum RM 10.


Alamat:
Luckin Kopi,
14, Jalan Panggong, 
50000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
7.00 pagi - 9.00 malam

2 comments:

  1. 1st time dgaq ni. kalau p kl boleh la riki2 sini hehhe Blogwalking weekend sini :D

    ReplyDelete
  2. amboi syioknya, ngopi tak ngajak kak ana pun tau hehe :)

    ReplyDelete