Hai korang! Sape kat sini hantu coklat macam Eyza? Eyza ni kalau dengar je pasal coklat, teruja lain macam. Selalu kalau stress pun, Eyza akan makan coklat untuk tenangkan diri. Memang coklat ni terapi yang baik la untuk Eyza. Sentiasa serasi bersama gitu.
Ahad lepas, Eyza sempat join gang Butterfly Project berparty coklat dekat Belgische Chocolatier yang terletak di 163, Mont Kiara.
Sampai je kat kedai, Eyza dah teruja. Dengan bau wangi coklat tu buat Eyza terus jadi lapar. Haish la Eyza. Tak sabar kalau tengok coklat.
Masuk je dalam kedai, benda pertama yang Eyza nampak dah tentu la Chocolate Fountain yang tinggi ni. Ada 3 jenis coklat iaitu Milk, Dark dan White. Coklat-coklat kat sini diimport dari Belgium tau.
Pastu, ada pulak buah-buahan segar yang dah disusun cantik. Buat Eyza tak sabar nak celup buah-buah tu dalam coklat. Sabar Eyza sabar. Hahaha.
Three Musketeers
Three shot glasses of milk chocolate, white chocolate and dark chocolate to satisfy any chocoholic’s cravings.
Serius Eyza cakap, tiga-tiga jenis coklat ni ada rasa dan keunikan yang tersendiri. Siapa yang berani, boleh minum je coklat2 ni. Sally try la. Eyza tak berani sebab pekat.
Ada beberapa hidangan yang Eyza sempat cuba. Mana satu yang Eyza suka? Aci tak kalau Eyza cakap semua Eyza suka. Betul! Tak tipu. Semua best.
Tapi.. kalau korang suruh jugak Eyza pilih satu yang terbaik, dah tentu la Eyza pilih Churros dia. Terbaik! Garing kat luar, lembut kat dalam. Sampai sekarang dok teringat.
Fettucini Crepe
Strips of Fettucine served with velvety chocolate sauce and your choice of ice cream flavour.
French Fries Churros
Freshly made churros that’s similar to French fries, coated in a dash of sugar and cinnamon which is served with our signature milk chocolate sauce.
Belgium's Finest
Waffles coated with Belgian milk chocolate, white chocolate and dark chocolate. The rich texture of the chocolate combined with our own secret waffle recipe will blow you away.
Walnut Brownie
Walnuts add textural variety to this freshly made brownie served with ice cream. You’d be NUTS not to try it!
Triple Heart Doughnut
Three heart shaped doughnuts coated in milk chocolate, dark chocolate and white chocolate respectively that will win your heart immediately.
Chocolate Sushi Crepe
Strawberries, cream, rice krispies and chocolate sauce all wrapped in mini crepes. The combination will guarantee you a hot pleasurable sensation.
Volcanic Lava Cake
A moist chocolate cake which holds a delicious creamy filling that will drive chocolate lovers insane due to its rich texture and overpowering flavour.
Sizzling Brownie
A freshly made brownie served on a hot pan with ice cream sending a rush through your tastebuds. It’s paired with a milk chocolate sauce to smooth over your tongue.
Ni antara coklat yang Eyza makan kat sana. Semua ada rasa dan keunikan yang tersendiri. Memang rugi la kalau korang tak try. Harga pun sangat berpatutan.
Untuk pelajar, ada diskaun 30% kalau korang tunjuk kad student korang. Untung sangat jadi student kan.
Lepas ni kalau ada Birthday Party atau perjumpaan dengan kawan-kawan, Eyza nak lepak sini je la. Dah la tempat cozy, makanan pun sedap. Happy Coklat uolls.
Alamat :
1F-16 Kiara, 163, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Website:
Facebook:
Instagram:
Contact for booking:
+603-64125175
Ain bukan peminat chocolate tpi nmpk gmbar mengancam jugak la hehe
ReplyDeletehaha boleh potong kaki tue tgk pekat coklat tue
ReplyDeleteseronoknya.. tempting betul makanan
ReplyDeletewalawehhhh
ReplyDeleteserius jealous gila tengok
dah lah Hans peminat tegar coklat
sob sob sob