Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Bongsu Bonda Rozita Ibrahim Bertemakan Kesultanan Melayu Klasik - Blog Eyzamiel

28.10.19

Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Bongsu Bonda Rozita Ibrahim Bertemakan Kesultanan Melayu Klasik

Siapa yang tak kenal kan dengan Bonda Rozita Ibrahim, Dato' Seri Aliff Syukri dan Yatie Sendayu Tinggi. Mereka ini antara Usahawan yang berjaya di Malaysia dan apa yang lebih membanggakan, mereka adalah anak-beranak dan semuanya berjaya dengan produk masing-masing. Kiranya diaorang ni bersaing secara sihat sesama sendiri.

Semalam telah berlangsungnya Majlis Resepsi adik lelaki Dato Seri Aliff Syukri dan Yatie Sendayu Tinggi yang juga merupakan anak kepada Pengasas Jamu Ratu Malaya iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah telah melangsungkan Akad Nikah pada Hari Jumaat lepas, resepsi sebelah perempuan pada Hari Sabtu dan malam tadi adalah kemuncak untuk Majlis sambut menantu.


Sebelum Majlis bermula, Eyza sempat la bertanya kepada Dato Aliff kenapa Majlis tak dibuat dihotel? Tahu tak apa jawapan dia? Maknya kedekut! Lawak betul Dato Aliff ni. Tergelak-gelak semua. Sempat dia kenakan Bonda dia sendiri.




Majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda ni dihias cantik dengan Dekorasi Alam seperti yang Bonda mahukan. Melangkah je dalam dewan, Semua dah terpukau dengan tema yang berkonsepkan Zaman Kesultanan Melayu Lama. Pelamin serba mewah berwarna Emas tersergam cantik. Memang sesuai dengan Raja dan Ratu sehari.

Kredit : Reef


Pasangan pengantin diarak masuk dengan tandu seperti Raja dulu-dulu sambil diiringi dengan selawat. Memang cantik sangat pasangan Raja sehari ni. Terselah kegembiraan dan seri pengantin mereka berdua. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Majlis ini seperti mengenang kembali ke Zaman Bangsawan dan Melayu dulu-dulu.

Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 1000 tetamu yang cantik berpakaian tradisional. Semua sporting sebab pakai baju tradisional klasik seperti songket dan hiasan kepala. Tetamu Kehormat yang dijemput ialah Menteri Besar Selangor dan Isteri. 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa dan selepas itu semua hadirin ditayangkan dengan cerita pendek berlatar belakangkan dua darjat dan cinta tidak direstui antara seorang Raja dan seorang gadis biasa.

Semua hadirin dihiburkan dengan tarian tradisional, nyanyian ghazal dan yang lebih happening ialah persembahan dari Dato Jamal Abdillah. Suara dia memang sama live atau kat TV. Memang best la.

Apa yang menariknya ada juga acara cabutan bertuah dan hadiah untuk pakaian tercantik di Majlis Resepsi ni. Antara hadiahnya ialah barangan Mewah yang ditaja oleh Bonda iaitu Handbag Michael Kors dan barangan dari butik Bonda iaitu Deratu Butik serta Handbag berjenama Coach dan Charles & Keith dari Dato Aliff Syukri. Bestnya. Tak pernah lagi rasanya Majlis perkahwinan yang bagi hadiah mewah macam ni. Bertuah la siapa yang dapat tu.



Majlis yang menelan belanja lebih dari setengah juta ni boleh dikatakan Wedding Of The Year dan Perkahwinan ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak pun. Semuanya dari Bonda sendiri dan keluarga. Majlis ini bertujuan untuk menyatukan dan merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa meyokong Bonda dari dulu lagi.


Semoga perkahwinan ini kekal ke Jannah dan Tahniah Bonda kerana dapat menantu baru. Semoga keluarga Bonda sentiasa ceria dan murah rezeki.



2 comments: