Dapat Baucer RM 50 dengan Promosi Half Pay Back dekat Lulu Hypermarket - Blog Eyzamiel

11.8.19

Dapat Baucer RM 50 dengan Promosi Half Pay Back dekat Lulu Hypermarket


Eyza ni jenis yang tak kisah nak shopping dekat mana-mana pun. Janji harga murah dan promosi pun berbaloi. Dah la sekarang ni semua barang mahal. So, Eyza kena la jadi bijak dalam berbelanja ni.

Sekarang ni, tempat shopping favourite Eyza dah tentu la dekat LuLu Hypermarket. Sebab apa Eyza suka shopping kat sana? Ha.. sebab kat sana ada banyak pilihan.

Hari tu saja la jalan-jalan dekat LuLu Hypermarket KL, naik la tingkat 1. Pusing-pusing dulu tengok apa yang berkenan.

Lagipun sekarang ni tengah ada promosi Half Pay Back. Half tau bukan sale 10% ke 20%. Half means 50%. Memang berbaloi sangat la.

Half Pay Back ni bila kita beli barang RM 100 kita akan dapat balik baucer bernilai RM 50. Best kan? Memang jimat banyak la.

Promo ni ada di bahagian Fesyen, Kasut, Bag Tangan Wanita, sari dan Churidar. Korang boleh tebus baucer ni dan guna untuk beli barang dalam kategori yang sama je.

Selain dari barang basah dan keperluan harian, Eyza paling gemar ke bahagian jual sari. Eyza suka tengok kain-kain sari ni. Warna dah la cantik-cantik.

Lagi satu, untuk Eyza yang berbadan besar ni sangat sesuai beli kain sari buat baju kurung sebab kain sari ni kan meter dia lebih panjang dari kain baju kurung biasa. Nasib baik la sari pun termasuk dalam promo Half Pay Back. Boleh la tempah untuk baju raya tahun depan. Untuk raya Haji ni dah tak sempat.



Dah banyak pilihan Eyza pun pening nak pilih warna apa. Semua nampak cantik pulak tu. Bahagian sari ni just ada kat LuLu Hypermarket Kuala Lumpur je tau. Dekat Shamelin tak ada. Jangan pulak nanti korang ke Shamelin. Nan hado.



Nasib la ada kawan-kawan sudi nak pakai. Baru la Eyza boleh buat pilihan sebab terletak kat badan kan. Dah la dua-dua warna ni favourite.




Kalau korang ada dinner bertemakan Bollywood, Eyza memang suggest korang datang sini sebab banyak pilihan yang ada. Lagpun, kat sini ada jual sari instant. Dah tak perlu nak susah-susah pin bagai. Sini dah siap jahit. Just pin dan lilit sikit dah siap. Mudah kan?

Kalau dah beli sari, tak lengkap la kalau tak pakai aksesori sekali. Korang dah tak perlu susah-susah nak cari kat Masjid India. Kat sini semua lengkap. Aksesori untuk kita pakai dengan baju kasual pun ada.





Tak ada bag nak pergi dinner? Jangan risau la. Kat sini ada jugak. Eyza ada berkenan dengan 2 bag ni. Dua-dua cantik pulak tu. Haish.. Saje je kan.


Bukan setakat bag dinner, handbag dengan purse pun ada.


Eyza pun tengok-tengok jugak baju untuk hubby. Dah alang-alang kan datang sini. Banyak jugak pilihan untuk lelaki. Dari kasual, baju pejabat hingga la ke baju santai semua ada.




Untuk diri sendiri, hari tu Eyza dah beli. Tapi kali ni ada koleksi baru lagi. Eyza tengok-tengok je la dulu. Mana tau nanti termimpi boleh la Eyza terbeli. Eh.. terbeli pulak. Hahaha.


Tengok jugak koleksi baju tidur kat sini. Not bad. Tapi segan nak letak gambar baju tidur seksi. Nanti kontroversi pulak.


Koleksi abaya pun ada. Eyza memang dah lama plan nak beli abaya. Tapi kali ni Eyza just tengok-tengok je dulu. Nampak menarik je. Nak pujuk hubby minta beli la.


Selain dari tu, promo Half Pay Back ni jugak kita boleh dapat kalau kita beli kasut dan barangan kanak-kanak.







Ok, Eyza dah rambang mata dan tershopping kat sini. Ni yang malas nak datang LuLu Hypermarket ni. Ada je benda nak beli.


Sekarang ni dok fikir macam nak beli bag merah ni pulak. Agak-agak Eyza patut beli ke tak?

Eyza tak nak la shopping sorang. Nak jugak korang dapat jimat macam Eyza. 

Promo Half Pay Back ni bermula pada 5 Ogos hingga 25 Ogos 2019.

Kalau nak tau maklumat lanjut boleh tengok dekat:

Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/

Instagram : https://instagram.com/luluhypermarketkl?igshid=z4sh17uv93l8

7 comments:

  1. Wah, macam-macam ada. Boleh rambang mata nak shopping ni

    ReplyDelete
  2. Membeli sambil berjimat.. Terbaik

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. tak pergi lagi lulu hypermarket ni..haishh..nk kene terjah ni

    ReplyDelete
  4. Biar betul separuh harga tu.. wow

    ReplyDelete
  5. brg yg ala ala kraftangan tu so shantek! ema datang singgah dari blog baru ematunz.blogspot.com, jemput singgah ye

    ReplyDelete