Berita baik ni untuk orang-orang Cheras. Tambah-tambah untuk Eyza la yang gemar sangat beli barang dapur dekat LuLu Hypermarket. Lepas ni Eyza dah tak perlu pergi LuLu dekat KL tu sebab diaorg dah bukak dekat 1Shamelin Mall Cheras pada 1 Julai hari tu.
Masa pembukaan tu, banyak giler offer. Rambang mata tengok semua barang-barang murah kat sana.
Pembukaan LuLu Hypermarket & Department Store di Tingkat LG 1Shamelin Mall Cheras ni dapat bagi peluang dekat masyarakat setempat untuk dapatkan barangan harian dengan harga yang sangat berpatutan.
Pasaraya yang berpengkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ni dibina di atas tapak seluas 80,000 kaki persegi dan merupakan cawangan kedua yang dibuka di Malaysia dan sekaligus menjadikan cawangan ini yang ke 174 di dunia.
Maknanya sebelum ni pasaraya ni memang dah terkenal dan ada di seluruh dunia. Kita kat KL ni bertuah sebab dah ada 2 cawangan LuLu Hypermarket kat Malaysia ni.
Perasmian Cawangan terbaru ni disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru LuLu di Cheras ni, satu jualan murah telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 1 Julai sehingga 4 Julai 2019. Banyak barangan yang dijual cukup murah dari harga pasaran.
Pengerusi LuLu Group, Yusuff Ali berkata, Pembukaan cawangan baru adalah sebahagian daripada rancangan peluasan syarikat dan akan membuka lagi 4 cawangan iaitu di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang, Melaka dan juga di Johor Bahru sebelum berakhirnya tahun 2020.
Pengerusi LuLu Group, Yusuff Ali berkata, Pembukaan cawangan baru adalah sebahagian daripada rancangan peluasan syarikat dan akan membuka lagi 4 cawangan iaitu di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang, Melaka dan juga di Johor Bahru sebelum berakhirnya tahun 2020.
Masa pembukaan tu, LuLu Hypermarket jual ayam dengan harga RM 2.99 sekilo. Murah sangat-sangat. Tak dapat tau kat tempat lain.
Selain ayam, ada juga dijual ikan, daging, sotong dan udang. Eyza kalau pergi sana, paling sula shopping ikan Bawal Emas. Sedap tau buat masak Kengsom.
Dekat sini bukan saja ada jual barangan basah dan makanan laut, tapi juga ada groceries, barangan tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan kering, fashion, elektrik, elektronik, alat tulis, alatan sukan, kasut, luggage dan macam-macam lagi.
Tengok la harga beras ni. Murah sangat-sangat. Telur pun sepapan baru RM 5.99. Ramai yang tak nak terlepas beli barang-barang ni.
Sakan betul pengunjung yang datang shopping dan tak nak terlepas peluang grab barangan promosi dan murah.
Dibahagian baju pulak, ada sale sehingga 50% untuk selected item. Boleh la shopping raya haji dekat sini. Berbaloi sebab banyak diskaun.
Yang paling bestnya bila ada antara pengunjung bertuah dapat beli tv 40" dengan harga RM 699 je. Murah amat tu. Untung sangat.
Untuk penggemar manisan Arab macam Baklava tu, boleh la datang beli kat sini. Ada pelbagai jenis yang kita boleh pilih.
So, sekarang ni Eyza dah dapat tempat shopping yang baru. Lepas ni, memang kat sini la tempat untuk Eyza cari barangan keperluan. Semua ada dibawah 1 bumbung. Mudah dan jimatkan wang serta masa.
Maklumat lanjut:
Alamat :
LuLu Hypermarket & Department Store
1Shamelin Mall
Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur
Website:
Facebook:
Instagram:
banyaknye barang offer, murah dari harga biasa. untung korang yang berdekatan sini.
ReplyDelete