Buffet Ramadhan 2019 : Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas menampilkan pemandangan Kuala Lumpur dan makanan Thailand yang sedap - Blog Eyzamiel

24.3.19

Buffet Ramadhan 2019 : Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas menampilkan pemandangan Kuala Lumpur dan makanan Thailand yang sedap



Hai korang. Kali ni Eyza nak inform tentang satu lagi tempat pilihan berbuka puasa yang best iaitu Chakri Palace yang terletak Rooftop Hotel Dorsett Hartamas.

Tahun-tahun sebelum ni Eyza dah pernah ke Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavillion. So, tahun ni Eyza nak try something new pulak sebab tu Eyza datang ke Chakri Palace Sky View Hotel Dorsett Hartamas.



Kelainan kat sini ialah ianya terletak dekat Rooftop. Tingkat 27 uolls. Dah la depan Restoran ada Swimming Pool. Ditambah pulak dengan pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Siap boleh nampak KLCC dengan KL Tower lagi. Cantik ambik gambar dekat sini dan sementara tunggu waktu berbuka tu bolehlah bergambar dulu.



Korang rasa la kan, kenapa dah tiga tahun berturut-turut Eyza datang Chakri Palace? Ha.. dah tentu la sebab makanan kat sini sedap. Rasa rugi plak kalau tak datang.



Tahun ni Chakri Palace ketengahkan tema  "Tantalizing Taste Of Thailand" yang menampilkan makanan yang sedap2 dan asli dari Thai di sini, KLCC dan Pavillion dari 13 Mei 2019 dan seterusnya.














Eyza terpaling suka dengan Ayam Kapitan. Meratah macam tu je pun dah sedap.


Tiap-tiap tahun menu yang dihidangkan mesti lain-lain. Tapi.. Eyza akan setia jugak mencari Kerabu Mangga dekat sini. Korang kalau datang sini wajib try Kerabu Mangga dan Somtam. Sedap.





Lagi satu, agak lain la bila kat sini hidangkan Green Curry tapi makan dengan Bihun. Menarik kan?




Kalau dah kedai Thai, tak sah la kan kalau tak ada Tomyam. Makan dengan bihun pun layan tau.




Desert tak payah cerita la. Tiap-tiap tahun Eyza akan cari Red Ruby Waterchesnut dengan Pulut Mangga. 










Dan.. lagi satu yang korang wajib try kat sini dah tentu la Mieng Kam. Sos tu yang buat rasa lain dan tak sama dekat tempat lain. 





Menu hidangan buffet bertukar dari tiga menu berbeza yang disediakan khas untuk bulan Ramadhan dan ianya akan di buka dari jam 7.00 malam dan seterusnya.


Harga Buffet Ramadhan Imperial Chakri Palace

Chakri Palace Sky View Dorset Hotel Hartamas
Dewasa : RM128 ++
Kanak-kanak ( > 6 tahun ) dan warga tua ( >60 Tahun ) : RM64 ++
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma.

Chakri Palace KLCC
Dewasa : RM108.80 ++
Kanak-kanak ( > 6 tahun ) dan warga tua ( >60 Tahun ) :  RM54.40 ++
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma.

Chakri Palace Pavilion
Dewasa : RM98.80 ++
Kanak-kanak ( >6 tahun) dan warga tua ( >60 Tahun ) :  RM49.40 ++
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun secara percuma.

Korang boleh nikmati 20% off dengan dapatkan voucher sebelum 9 Mei.


Promosi Early Bird
Rancang dan tempah awal untuk penjimatan mewah yang hebat!
(Pesanan minimum 4 orang)

Muat turun App Chakri di http://bit.ly/20F3M34 pada telefon bimbit untuk menikmati pembelian awal  sebanyak 20% sebelum 9 Mei 2019. Harga adalah RM102.40 ++ Untuk Dewasa (Dorsett Hotel Hartamas) RM87 ++ Untuk Dewasa (KLCC) RM79 ++ Untuk Dewasa (Pavilion) Tawaran awal boleh digunakan untuk tempoh dari 11 Mac 2019 - 9 Mei 2019 sahaja.

Tempahan Kumpulan BELI 5 PERCUMA 1.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Imperial Chakri Palace:


Dorsett Hotel Hartamas : 03 26021031
KLCC ; 03 23827788
Pavilion : 0321431141

Contact; 016 2277182
Email ; marketing@chakri.com.my atau kunjungi kami secara online di https://www.chakri.com.my/shop/



4 comments:

  1. Bestnya dah la tempat tu cantik makanan sedap2...terliur

    ReplyDelete
  2. Wuishhh nampak sodapp betul makanan diaaaa. OMG!

    ReplyDelete
  3. ohooohoi scroll tngok gambar2 makanan. tatau nak mula makan mana satu dlu.
    semua nampak nyumms =D

    ReplyDelete
  4. bila akak possing kat bucu bangunan tu .. saya naik seram gayat kak
    bila skrol2 kebawah.... perasaan gayat tu dah berpindah ke perut saye pulak ...

    ReplyDelete