PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018) - Blog Eyzamiel

5.10.18

PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018)


Sekarang ni semua mudah. Dah tak ada alasan lagi tak sempat nak ke Pusat Zakat untuk bayar Zakat.

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.


Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.



10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.

Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.
Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.


Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan:
       Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
       Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
       Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
       Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Syarat-syarat penyertaan kempen:

       Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
         11 kaunter PPZ-MAIWP
         Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
         Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
         Majikan di syarikat atau organisasi
         TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757



PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.


”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”











2 comments:

  1. tq for reminding, eyza.
    aida tak buat potongan gaji.
    tiap bulan ketepikan manually.
    next month nak kena gi langsaikan zakat dah kan.
    karang terlajak tarikh!

    ReplyDelete