Enak Rasa Dan Hype Motosports Hotel Lancarkan Pakej Perkahwinan Ekslusif Marhain - Blog Eyzamiel

14.10.18

Enak Rasa Dan Hype Motosports Hotel Lancarkan Pakej Perkahwinan Ekslusif Marhain


Sabtu lepas, Eyza dengan hubby sempat la ke HYPE MOTOSPORTS HOTEL KUALA LUMPUR yang terletak dekat Highway Sungai Besi. Kiranya kalau kita masuk Highway tu, kita akan nampak hotel ni dekat sebelah kiri. Dulu hotel yang bertaraf 3 bintang ni dikenali dengan nama Nouvelle Hotel. 

Eyza datang sini sebab nak makan. Ye nak makan kenduri. Lagipun hotel ni gunakan khidmat Katering Enak Rasa. So, rugi la kalau Eyza tak datang sebab katering ni memang dah terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap.


Hotel ni ada tiga buah dewan yang serba cantik dan mewah, kedudukan hotel  yang sangat strategik juga membuatkan hotel ni sangat sesuai utk majlis perkahwinan, majlis korporat atau majlis tertutup.

Parking pun senang kat sini sebab boleh menampung hampir 500 kenderaan dan 500 tetamu dalam satu-satu masa. Yang bestnya Dewan ni ada juga sistem audio visual dan sistem projektor.


Enak Rasa melancarkan satu pakej perkahwinan yang mampu untuk rakyat Marhain macam Eyza ni. Tapi Eyza dah kahwin, so Eyza nak war-warkan untuk korang yang masih mencari tempat dan pakej perkahwinan yang mampu milik.

Pakej Ekslusif ni cuma RM 29,000.00 sahaja. Sempena dengan perasmian ni, lima pelanggan terawal akan dapat penjimatan sebanyak RM 4000.00. Wow.. Best kan sebab pakej ni bukan saja sediakan katering tapi jugak ada tempat (Hype Motosports Hotel), butik pengantin dan fotografi. Semua dah lengkap dibawah satu pakej je.

5 pelanggan terawal akan dapat harga RM 25 per pax

Dan yang lagi best, kalau korang tempah waktu promo ni korang akan berpeluang utk menang cabutan bertuah pakej bulan madu di Malaysia atau Luar Negara.

Kalau korang tak nak pakej tu pun boleh, ada jugak pakej lain. Bincang je dengan pihak hotel dan Enak Rasa. No hal la. Tapi bagi Eyza pakej tu memang berbaloi, tak perlu nak pergi dua, tiga tempat untuk settlekan majlis.


Apa yang Eyza boleh kongsikan ialah makanan kat sini memang sedap. Eyza sampai rambang mata la tak tahu nak makan lauk apa. Ni antara menu yang sempat Eyza try hari tu 



 
 






Enak Rasa jugak ada menu istimewa iaitu Nasi Liwet. Rasanya unik sebab dimasak dalam daun pisang dan dimakan dengan ayam bakar, tauhu, tempe dan sambal. Kombinasi makanan ni memang terbaik. 


Selain dari tu, ada juga kuih muih, cendol, air teh dan kopi panas, air durian belanda dan aiskrim.



Kalau korang tak nak buat kat hotel ni, korang boleh juga tempah Katering Enak Rasa dan buat di lokasi lain. 

Antara lokasi yang ada:
1.Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya
2.Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2
3.Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang
4.Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabillillah Cyberjaya
5.Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa
6.Collosseum Glenmarie
7.Dewan Perkahwinan Banquet UIAM, Gombak
8.Rumah Tradisional FRIM
9. Cassa Detik Ampang
10.Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi
11.Emerald Ballroom Selayang
12.Dewan Azalea Seksyen 14, Shah Alam
13.Dewan Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam
14. Dewan MZ Bangi

Selain dari dewan-dewan ni, Enak Rasa juga boleh bekalkan makanan untuk dewan yang ditempah sendiri oleh pelanggan macam Dewan-dewan Komuniti DBKL, Dewan UKM, Dewan di Bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai dewan di sekitar Lembah Kelang.

Semoga dengan pakej Marhain ni, lebih ramai bakal pengantin dapat buat majlis di dewan yang elegan dan ekslusif. Jangan tunggu lama-lama tau untuk dapatkan pakej menarik ni. Tempah sebelum 31 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Cik Nurul - 0122374867
Tuan Haji Aidil - 0162580734
Puan Hajjah Salmi - 0102259734
Mohd Rusdi - 01135579805

atau boleh lawati:

3 comments:

  1. Wowww menu diaaa...
    Masuk-masuk aje nampak gambar pertama tu..uishhhhh
    Ni nanti bolehlah tanya untuk JB ada x ek..

    ReplyDelete
  2. sedapnya dapat mkn lauk kenduri. hihi. memang berpatutan dah harga mcm tu klu buat kat hotel kan..

    ReplyDelete
  3. Banyak juga hall yang Enak Rasa provided ye...

    ReplyDelete