Shawl dan Bawal Raya Cantik dari Ladyqomash - Blog Eyzamiel

2.6.18

Shawl dan Bawal Raya Cantik dari Ladyqomash

Shawl dan Bawal Raya Cantik Dari Ladyqomash|Assalammualaikum dan Salam Ramadan korang. Hari ni pergi shopping raya ke? Eyza malas nak bersesak-sesak shopping bila nak raya ni. Eyza lebih suka beli online je. Kita jimat masa, tenaga dan duit untuk minyak dan parking.

Baju Raya Eyza dah beli, sekarang ni dok ushar shawl raya pulak. Hari tu Eyza ada nampak ramai yang recommed pakai tudung dari Ladyqomash. Eyza pun jalan-jalan cuci mata kat ig diaorang dan 'terbeli' 3 helai shawl. 

Bila shawl sampai je, Eyza memang suka sangat-sangat sebab kain lembut dan senang nak bentuk. Eyza ni dah la jenis yang tak sabar, beli 3 helai dan 1 dah selamat Eyza pakai pergi kerja. Hahaha. Tinggal 2 je nak pakai raya ni. Tu pu  dok menahan je dari pakai sebelum raya.

Shawl Hydrangea Rainbow
Kawan-kawan pun dok tanya beli shawl kat mana sebab cantik diorang kata.Eyza pun rasa cantik je bila pakai shawl Ladyqomash ni.*jangan muntah baca statement perasan ni

Ingat nak tambah lagi koleksi, tup tup nampak ada contest selfie dekat ig Ladyqomash. Eyza pun try la join dan tak sangka Eyza menang 2 helai shawl. Yeay bestnya. Yang tu pun Eyza nak simpan pakai raya. Hari-hari dok tgk sbb cantik 

Dalam dok mencari Shawl bercorak, Eyza cari jugak Shawl plain tapi nak jenis Satin lembut. Tak sangka pulak Ladyqomash keluarkan koleksi Raya kali ni shawl dan Bawal Plain. Dah la kaler yang ada semua ekslusif dan agak susah nak cari.

Kalau ikutkan hati semua warna shawl yang ada dekat ig diaorang tu Eyza nak beli. Tapi kenangkan ada lagi 4 shawl Eyza belum pakai, Eyza ambik 2 dulu sebab nak tengok material kain best tak sama macam yang bercorak.

Eyza suka beli online dengan diaorang sebab servis pantas. Hari ni order, Esok dah sampai. Eyza suka berurusan dengan orang yang macam ni. Tak la kita asyik nak check tracking je.

Untuk koleksi Raya ni, semua shawl dan bawal didatangkan dalam kotak kaler pink. Koleksi sebelum ni Eyza dapat dalam kotak warna hitam. Nice sangat bila letak dalam kotak ni. Nampak ekslusif gitu.


Eyza ambik Shawl satu dan bawal satu. Dah lama tak berbawal apa salahnya kan sesekali kita pakai. Kan bila kita pakai bawal kita nampak muda. Hihihi.


Shawl Panjang (RM 59.90)


Untuk Shawl panjang, Eyza ambik warna Rose. Eyza suka warna ni sebab unik.Nama je Rose tapi bukan warna pink yang biasa tu.


Shawl ni menggunakan kain Premium Satin dengan ukuran 180cmx70cm. Panjang tau shawl ni. Kita boleh adjust ikut kesesuaian kita. Nak singkat boleh, nak labuh pun boleh.


Bawal (RM 69.90)


Tudung Bawal ni pulak Eyza ambik kaler Ocean. Yang ni pun Eyza suka sebab warna dia susah nak cari. Nasib baik ada dekat Ladyqomash ni. Kaler ni nak kata grey bukan biru pun bukan. Kombinasi dua2 warna tu yang buatkan bawal ni nampak ekslusif gitu.


Eyza ni dah lama tak pakai bawal and rasa macam dah lupa cara nak pakai. Tapi hati ni teringin bila tengok bawal Ladyqomash ni. So, kita try la grab satu dulu.

So far, bila dah pakai Eyza terus jatuh cinta dengan bawal ni sebab material bawal ni dibuat dari Premium Heavy Satin dan lembut. Walaupun lembut, tapi bawal ni senang sangat nak bentuk. Tak macam bawal yng Eyza pernah beli dari jenama lain tu. Dah la susah nak bentuk, kena kipas terus penyet. Hahaha. Bawal ni besar tau iaitu 110cmx110cm. Kalau yang pakai labuh pun Eyza sangat syorkan Bawal ni.


Kalau korang masih mencari Shawl dan bawal raya, pergi la jenguk ig Ladyqomash .Takpun beli je kat web https://www.ladyqomash.com/ . Korang pun akan jadi rambang mata macam Eyza bila dah tengok Koleksi Raya 2018 Ladyqomash ni. Sekarang ni pulak diaorang ada buat promo Beli 2 helai percuma postage. Bestkan? Ye la.. Dah jimat duit postage RM 8.00. 

So, tunggu apa lagi. Beli online je dengan diaorang, dan tunggu tudung raya korang sampai kat rumah nanti. Selamat bercantik-cantik di pagi raya. Jangan jadi macam Eyza, tak sempat raya dah pakai. Ni dok ushar lagi ig diaorang, nak grab kaler lain pulak lepas ni.Hihihi.

2 comments:

  1. Untung laaa jd cantikkkk lepas pakai shawl..hahaha..mencikk la tgk awaaaa cantik gini...insecure kitaaa..hihihi

    ReplyDelete
  2. suka yang warna pink tu.. skrng ni dok blaja2 pakai satin gak. tpi slalu comot hehe..

    ReplyDelete