Makanan Arab di Restoran Shawarma Taman Connought, Cheras| Lepas raya ni dah muak asyik makan ketupat rendang je kan. Sesekali nak jugak ubah selera.
Apa kata sesekali kita ubah angin makan makanan Arab pulak. Tak semua makanan Arab masuk dengan tekak Eyza tapi makanan Arab dekat Restoran Shawarma ni memang best.
Dekat pintu masuk kita akan nampak ayam yang dipanggang. Nampak sedap. Buat x sabar nak makan je. Dah la masa Eyza pergi ni bulan puasa. Sabar je sampai waktu berbuka.
Restoran ni dekat dengan UCSI University dan harga makanannya pun sangat berpatutan. Kat sini ada set untuk 4-5 orang, 6-7 orang dan 8-9 orang. So, kalau datang ramai-ramai memang berbaloi la ambik set Family ni.
Hummus |
Hummus ni adalah pembuka selera yang jadi pilihan kalau kita ke Restoran Makanan Arab. Ianya dibuat dari kacang kuda tang dikisar dengan Tahini, Minyak Zaitun, bawang putih, perahan limau dan garam. Hummus ni sedap kalau kita makan dengan roti.
Fatoush Salad |
Fatoush Salad ni adalah gabungan tomato, timun segar dan ditabur pulak dengan kepingan roti arab yang nilis dan telah digoreng. Sesuai sangat untuk sesiapa yang tengah diet.
BBQ Plate |
Eyza kalau makan makanan Arab memang akan cari BBQ Plate ni sebab ada ayam, kmbing, daging, fries dan roti. Lengkap dan boleh buat Eyza kenyang.
Mullawah (Yemeni bread) |
Mullawah Bread ni besar dan boleh makan lebih dari 3 orang. Roti ni sedap bila kita cicah dengan Fahsa Lamb dan dimakan panas-panas.
Big Rice Plate (Mandy/Madghout) Mandy Lamb/Hanith Lamb Roasted Chicken (Half Bird) |
Ha...ni memang berbaloi sangat sebab portion memang besar giler. Bayangkan la nasi setalam. Boleh makan 4-5 orang. Kami yang makan 4 orang pun tak habis.
Vege Soup / Lamb Soup |
Eyza suka makan nasi dengan Vege Soup / Lamb Soup ni. Baru la tak kering sangat.
Tak termasuk dalam Set (Shawarma Set) |
Tea Pot |
Eyza boleh minum tea ni bergelas-gelas sebab sedap sangat. Ada rasa halia dan teh pun tak manis sangat. Sesedap rasa orang kata.
Selain dari teh, ada juga air Jus buah. Ada air Oren, Epal atau tembikai.
Memang berbaloi sangat ambik set ni. Puas hati la makan kat sini.
Maklumat lanjut:
Shawarma Restaurant
No. 8, Jalan Menara Gading 1,
Taman Connought,
56000 Kuala Lumpur.
Waktu Buka : Daily (11 pagi-11 malam)
Waze: Shawarma Restaurant
wahhh terliur tengok semua makanan! Singgah sini & follow blog ni :D
ReplyDeleteUnik makanan orang arab..
ReplyDelete