Nak menang Gold Bar bernilai 10 Ribu? Jom join Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold - Blog Eyzamiel

24.6.18

Nak menang Gold Bar bernilai 10 Ribu? Jom join Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Jom join Peraduan Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold|Korang pernah dengar tak tentang Jus Hidayah Gold? Eyza sure korang pernah dengar sebab produk ni famous dan selalu juga keluar kat TV. 



Kalau ada yang tak tahu tu, Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.

Kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.
Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.
Sejak dari zaman dahulu, banyak jenis tumbuhan yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk mengubati penyakit luar dan juga dalaman. Namun, masih ramai di antara kita yang belum mengetahui atau berasa yakin bahawa bahan-bahan semulajadi ini sebenarnya jauh lebih baik untuk mencegah dan juga merawat penyakit. Produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.
Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan.
Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.

MACAM MANA NAK MENANG 10 RIBU?


Siapa suka Wefie? Ha.. ni ada peluang keemasan ni. Bukan saja dapat rakamkan momen raya dengan keluarga tapi juga dapat peluang untuk menang Gold Bar bernilai 10 ribu ringgit tau.

Macam mana nak sertai peraduan Wefie Raya ni? Senang je.

Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ni. Penyertaan hanya boleh dihantar bermula 17/5/2018. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.
Kepada pelangan tetap Jus Hidayah Gold ini adalah peluang terbaik anda untuk sertai peraduan ini.
Kepada anda yang belum mencuba dapatkan Jus Hidayah Gold di:-
Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.
Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.
Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.
Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam

CARA PENYERTAAN

  • Beli Jus Hidayah Gold
  • Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  • Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  • Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  • Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  • Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
    1. Gambar adalah milik anda
    2. Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
    3. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
    4. Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
  • Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

HADIAH

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas


DUTA JUS HIDAYAH GOLD



Imam Muda Asyraf dipilih sebagai duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.

Umum mengetahui Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.
Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.

SERAIMAS HERBS


Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.
Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.
Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.
Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.
Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. Setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.
Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.
Pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364
Website: www.seraimas.my 

Facebook: Seraimas HQ

Instagram: @seraimashq

Youtube: Seraimas Herbs

21 comments:

  1. wow..menarik gila hadiah dia...rm10k siapa tak nak kan???

    ReplyDelete
  2. Produk yang hebat dan hadiahnya sangat menarik....

    ReplyDelete
  3. Produk ni pon bagus.. spe yg beli untunglah.. blh join contest..

    ReplyDelete
  4. senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...

    ReplyDelete
  5. Bestnye hadiah dia. Payah nak jumpe contest wefie bagi hadiah gold bar sampai 20g sekarang ni. Kalau menang ni memang masyuk habis

    ReplyDelete
  6. selalu nampak dekat tv jus hidayah gold ni..wah dia ade buat peraduan..nampak menarik

    ReplyDelete
  7. dah femes rupanya Seraimas Herbs.. patutlah dia bagi RM10k je..

    ReplyDelete
  8. jom join ramai2...hadiah lumayannnn

    ReplyDelete
  9. baru dengar psl produk ni..tengok khasiat jus hidayah gold ni cukup luar biasa..boleh try nti..dan join contest sekali hihi

    ReplyDelete
  10. Kaki contest kena join ni :)

    ReplyDelete
  11. jom join nak .. 20g gold bar tu

    ReplyDelete
  12. adoi.. berpinar mata kita tengok nilai hadiah dia wakkkkkkk.. hee~ kena join ni..

    ReplyDelete
  13. sape tak nak emas, nak lah jom le kita semua mencuba nasib gitu hahaaaa

    ReplyDelete
  14. Wah hadiah dia sangat lumayan, kena join ni :D

    ReplyDelete
  15. Abah amik jus ni,nanti nak pinjam botol la hehehhe

    ReplyDelete
  16. beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

    ReplyDelete
  17. Mak oooii wefie je boleh menang RM10k??

    ReplyDelete
  18. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete
  19. hadiahnya lumayan sgt! untung-untung boleh menang.. :)
    wefie je kan.. senangnya lahai.. hihi

    ReplyDelete
  20. wahhh, bestnyaa hadiah dia..

    ReplyDelete