Review Filem : Best ke cerita KL Special Force? - Blog Eyzamiel

11.3.18

Review Filem : Best ke cerita KL Special Force?

KL Special Force.. Sape dah tengok Filem ni? Apa pendapat korang? 

Eyza baru tengok petang tadi. Ramai yang cakap best sebab Fattah berlakon dah tak kayu. Ok, sebab banyak review cakap best, Eyza pun ajak la Hubby gi tengok citer ni.


Kami tengok kat MBO Setapak Central. Tiket Mahal sebab weekend kan.. Ada membe blogger tengok kat Velocity baru RM 10. Huhuhu. Takpe la..  Fikir Positif.. Sesekali kita sokong Filem Tempatan kan..


KL SPECIAL FORCE
TARIKH TAYANGAN: 8 Mac 2018
GENRE: Aksi/Drama
PELAKON: Fattah Amin, Datuk Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Denial, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Siraj Alzakap, Ruzzlan Abdullah Shah
PENGARAH: Syafiq Yusof

SINOPSIS:
Sekumpulan Unit Khas PDRM diketuai oleh Roslan berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang dikenali sebagai “Geng Anarkis” yang di ketuai oleh Asyraff. Seorang anggota polis muda bernama Zul diserapkan dalam unit khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul. Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila Geng Anarkis merompak bank kepunyaan Dato Mior. Apakah rahsia tersebut? 


Pendapat Eyza:
Jalan cerita biasa sebab pasal rompakan bank dan dendam. Dalam Filem ni Eyza paling suka dengan lakonan Datuk Rosyam Nor. Lakonan Fattah Amin? Betul la macam orang kata, Eyza rasa dalam Filem ni Fattah Amin dah tak kayu. Nampak dia punya lakonan menjadi sampaikan Eyza ingat dia penjahat jugak pada mulanya. Lakonan Shamsul pun best.

Kalau tak silap ada lebih kurang 10 kereta meletup dan eksiden. Ada kereta mahal dan best pulak tu. Filem ni padat dengan aksi, kesan khas dan lagak ngeri.


Tapi.. biasalah mesti ada sikit2 kelemahan yang bagi Eyza macam tak logik iaitu babak yang mana Fattah Amin datang jumpa tunang dia bila Restoran dah nak tutup. Boleh plak restoran tu serve untuk diaorang berdua je. Dan lagi satu babak  masa Samsul nak bunuh Tania Hudson tu. Kalau ikutkan situasi masa tu rasanya boleh je polis kat belakang dia tembak. Tapi tak tembak pun. Tapi, Eyza tak tau la kalau prosedurnya mmg tak boleh tembak.

Filem ni jugak tak meleret dan buat mata kita melekat je kat screen. Dalam masa yang sama Filem ni jugak ada pengajaran yang tersirat.

Ok la.. itu je review dari Eyza yang tak pandai bab-bab Filem ni. Tapi kalau tanya Eyza, Eyza rasa filem ni adalah Filem yang boleh ditonton sebab ianya sarat dan padat dengan aksi. Kita juga boleh tengok Fattah Amin keluar dari sisi selesa dia sebagai pelakon dan dia berjaya bawakan watak dia dengan baik. Agak-agak ada KL Special Force 2 tak? Hihihi.

Bintang : 4/5

3 comments:

  1. Hahaha...Sally macam rasa cite ni sama macam Polis Evo, tapi ramai yg komen pasal lakonan Rosyam Nor tu mmg terbaik! hahaha...

    Nnt nak tgk jugak laa :D

    ReplyDelete
  2. Teringin pula nak tengok. Dah lama juga tak tengok wayang ni

    ReplyDelete
  3. Semangat acu baca... Tq review ya kak yong syg..

    ReplyDelete