Lepas keguguran hari tu badan Eyza ni macam dipam-pam.. Bulat je.. Double Chin tak payah cakap la bukan setakat double rasanya dah triple chin dah pun.. Hahaha..
Tercari-cari jugak produk yang boleh hilangkan triple chin Eyza ni.Akhirnya Eyza jumpa Dolly V Shape . Yeay. Ni pun sebab terpengaruh tengok MUA Bellaz pakai la.
Dolly V Shape Facial Lifting Mask ni dapat membantu menghilangkan double chin dan pipi tembam dengan cepat, berkesan dan selamat.
Kalau kita jenjalan kat Korea kita akan nampak gadis-gadis kat sana sangkut mask putih ni dekat dagu.Ingatkan topeng muka yang disangkut kat situ, rupanya mask nak bagi dagu runcing.
Dolly V Shape ni terbukti berkesan. Ianya juga dapat buat kita jimat duit dan masa sebab dengan pakai mask ni je kita dah tak perlu pembedahan untuk cantik. Dalam masa seminggu je kita dah boleh nampak kesannya. Dan yang paling best ada kelulusan KKM tau!
Dolly V shape ni berasaskan Hidrogel yang memberi kesan Cooling Effect dan mengurangkan saiz lipid lemak di bahagian pipi dan bawah dagu dengan cepat dan ianya juga mengandungi ekstrak hedera helix yang bertindak sebagai nutrien untuk memecahkan lemak di bahagian itu.
Ala.. lebih kurang macam kita pakai bengkung la... sama je cuma yang ni proses bakar lemak tu lagi cepat tapi jangan risau sebab ianya tak panas langsung sebab kat dalam tu ada hyloronic acid untuk mempertahankan kelembapan.
Untuk yang kulit sensitif pakai 30 minit hingga 1 jam sahaja tapi kalau kulit normal boleh pakai tidur semasa mask ni akan lebih cepat bertindak waktu kita tidur dan esoknya lepas bangun baru kita bukak. Best je rasa. Kalau terasa gatal sikit normal tau sebab gel sejuk bawah dagu tu tengah buat kerja.
Kalau nak kesan cepat boleh pakai 5 hari berturut-turut iaitu sekeping sehari.Better pakai waktu nak tidur sebab ianya sejuk dan tak sedar pun dah pagi.
Dolly V Shape ni buatkan kulit pipi dan dagu jadi lembut disamping bertindak membakar lemak. Kiranya bonus 2 dalam 1 la.
Cara nak pakai pun senang sangat. Cuma tarik je lapisan bawah tu dan letak dekat dagu biar terletak cantik je.Yang lekuk tu letak bawah dagu ye jangan silap pakai pulak.
Ni Eyza share cara MUA Bellaz pakai mask ni.
Sekotak ada 5 mask. Sekeping mask untuk sekali guna je tau.Kiranya sekotak boleh tahan untuk 5 kali penggunaan.
Sekotak cuma berharga RM 70 je. Wow. Murah kan?
Tengah murah ni boleh la beli nak hilangkan double chin kat muka ni. Moga kita semua makin cantik untuk tahun 2018 ni.
Cara pembelian senang je.Pilih je salah satu cara kat bawah ni.
Whatsapp : +60166677083
Instagram : @rznbeauty_official2
Website : www.shop.bizapp.my/rznbeauty
Acik nak la benda ni. Double chin acik berganda-ganda dah sekarang. Huaaa Stress
ReplyDelete