Eyza ni bukanlah penggemar minuman manis. Tapi bohong la kalau Eyza kata tak minum langsung. Kadang-kadang bila perasaan teringin nak minum manis datang, Eyza tetap akan minum cuma Eyza hadkan pengambilan gula. Eyza takut jugak sebab dalam family Eyza ada sejarah kencing manis.Orang kata lebih baik mencegah dari mengubati kan?
Tapi, sekarang ni Eyza dah tak risau kalau nak minum minuman manis sebab ada Pemanis Stevia SweetRoyale dari Pharmaniaga iaitu syarikat Farmaseutikal yang terbesar di Malaysia.
SweeRoyale adalah pemanis stevia yang diadun rapi menjadikan ia sesuai untuk korang yang gemarkan rasa manis seakan gula tanpa kalori tau!.
Dan kalau nak beli pastikan yang original tau sebab sekarang ni banyak sangat Stevia palsu sampai takut dibuatnya.Sebab tu la Eyza guna SweetRoyale keluaran Pharmaniaga ni.
SweetRoyale ni bukan saja kita boleh guna untuk buat minuman tapi jugak kita boleh masukkan dalam apa jua hidangan kegemaran korang.
Umum pun tahu kan yang gula putih yang biasa kita beli kat pasaraya tu memang tak sihat untuk tubuh badan kita kalau kita ambik berlebihan. Tapi, masih ramai lagi yang tak ada kesedaran untuk bertukar kepada Pemanis Stevia.
Bancuh je air kegemaran korang dengan sepeket (2gm) SweetRoyale, korang akan dapat rasa manis yang secukupnya macam kita masukkan 2 sudu gula putih.
Rupanya artis pun dah ramai yang bertukar kepada SweetRoyale ni. Rugi pulak sebab Eyza baru nak mula. Kenapa la tak tahu pasal produk ni awal-awal.
Cara penggunaan :
Guna satu sachet pemanis SweetRoyale untuk rasa manis setara dua sudu teh gula.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan ianya mudah dibawa kemana-mana kerana dah dipekkan kecik-kecik. Boleh je masukkan dalam poket atau handbag. Nak minum je baru koyakkan dan campur dengan minuman.
Dalam sekotak ada 40 sachet pek 2 gm. Memang jimat sangat. Kiranya kita boleh minum 40 gelas minuman kegemaran dengan hanya sekotak.
Eyza tahu mesti ada yang was was nak gunakan pemanis SweetRoyale ni dalam minuman. Jangan risau tau sebab pemanis ni disahkan HALAL (MS 1500:2009)
Sekotak cuma berharga:
RM 15.90
(beli di online store-harga tak termasuk postage)
RM 17.00
(Beli di Farmasi RoyalePharma dan harga boleh berubah mengikut promosi)
Tengahari tadi Eyza sempat singgah farmasi RoyalePharma yang terletak di Quill City Mall. Selain dari Quill City Mall ada jugak cawangan di:
- Seksyen 7, Shah Alam
- My Town
- Vista Alam
- Laguna Merbok
- Bangi
Kalau nak beli online pun boleh. Masuk je website www.royalepharma.com
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
*Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan laksatif.
Stevia memang bagus! Acik pun tengah amalkan stevia jenis ni. Mudah nak bawak kemana-mana. Dan boleh la mana mana hotel guna stevia ni ganti gula yang ada tu. hiks
ReplyDeleteKan.. Kak Yong pun ni baru nak amalkan.. takut jugak sebab skrg ni banyak sgt penyakit.. lebih baik kita cegah sebelum kena rawat kan Acik.
DeleteRose tak pernah lagi cuba stevia. bila baca ni, macam nak beli jugak. bolehlah bertukar dari gula biasa tu kepada stevia ni.
ReplyDelete