Sape kat sini peminat Upin dan Ipin? Majoriti mesti minat kan? Bukan setakat budak-budak, mak bapak budak pun ada yang minat.
Pagi tadi gigih tau pukul 8.15 pagi dah keluar rumah sebab nak ke Karnival Upin dan Ipin. Anak buah Eyza dah seminggu dok berdikir tanya bila nak pergi jumpa Upin Ipin. Hahaha. Budak-budak bukan boleh janji, dia ingat tau walaupun cerita seminggu yang lalu.
Saje je keluar awal sebab tak nak sangkut jammed dan nak cari parking senang. Kalau lambat-lambat nanti orang ramai sangat susah.
Sampai je sana kami terus ke kaunter tiket. Dah dapat gelang, pakai dan kena tunggu la sampai karnival bukak. Kami sampai Maeps pkl 8.50 pagi. Kaunter bukak pukul 9 dan karnival bukak pukul 10. So, pasal datang awal kena la tunggu kat luar sampai bukak.
Bukak je Karnival, semua serbu masuk. Eyza nasihatkan korang beli tiket VIP macam Eyza sebab tak payah beratur panjang untuk masuk sebab ada kaunter express dan nanti dekat pentas uolls akan dapat tempat khas dekat tepi pentas. Dekat sangat dengan Upin, Ipin dan kawan-kawan.
Kebetulan masa Eyza sampai Zati dengan Afzal pun sampai. Ha.. apa lagi, suka la anak buah Eyza dapat kawan ngan Jasmin. Siap anak buah Eyza yang kecik tu tiru cara Jasmin posing. Wah.. siap ada Mentee lagi Jasmin ni. Hihihi.
Karnival ni dibuat dalam 2 dewan iaitu Hall A dan C. Mula-mula kami masuk Hall C dulu sebab dekat dengan kaunter tiket. Dalam ni ada rumah Opah, Sekolah Upin Ipin, aktiviti tanam pokok dan macam2 la.
Dewan Magik (Dewan C)
-------
Alam Dino
Rumah Opah
Bergambar di Tadika Mesra
Bergambar bersama Ultraman Ribut
Berinteraksi bersama Kak Ros
dan banyak lagi...
Masuk je dalam Hall C, terus tuju rumah Opah. Suka la budak-budak ni sebab dapat tengok rumah Opah. Cuma anak buah Eyza frust sebab dia cari Opah takde.Kesian dia. Terpaksa la Eyza cakap Opah gi menoreh blom balik. Dia x paham pun pergi menoreh tu apa. Kena la bagitau Opah gi kerja nak beli Ayam Goreng dekat Upin Dan Ipin baru dia ok.
Dalam rumah Opah ni ada gambar Upin, Ipin dengan kawan-kawan, Buku sekolah diaorang, bilik Upin Ipin, Dapur dan ruang tamu.
Tak lupa jugak basikal Upin Ipin yang unik tu.
Selain dari tu, ada juga Dunia Dino yang ada Dinosour bergerak. Mula-mula anak buah Eyza takut. Lama-lama baru ok.
Pastu dia sibuk nak tanam pokok pulak. Biasa la dh lama tak main pasir. Kalau nak tanam pokok, 1 pasu cuma RM 5 je. Siap dapat pokok utk kita tanam.
Anak buah Eyza yang sorang lagi teruja tengok ayam. Kalau ikutkan dia nak tangkap sekor2 tu.
Depan rumah Opah ada rumah Nenek Kebayan. Menarik la rumah ni sebab masa mula-mula masuk ada banyak cermin. Lepas tu akan nampak kerusi dan kelambu bergerak sendiri. Anak buah Eyza paling suka bila nenek kebayan muncul tiba-tiba kat cermin dan nyanyi. Sampai dia tak nak berganjak dari depan cermin tu.
Bab telaga ni pun mistik gak. Mula-mula just tukar kaler je.. pastu dengar bunyi meletup.. terus lintang pukang budak2 kat situ lari sebab terkejut.
Anak buah Eyza yang paling kecik tu suka betul dekat dinding mewarna ni. Dia memang suka berangan jadi cikgu, bila dia lukis sibuk suh Eyza jadi anak murid. Hahaha.
Seronok dapat masuk tadika Upin Ipin. Selalu kita tengok dekat TV je. Kali ni kita tengok real.
Habis Hall C, kami ke Hall A pulak. Dekat Hall A lagi ada macam-macam aktiviti. Mula-mula masuk dah nampak signboard Upin Ipin.. Apa lagi. Bergambar la dulu.
Dewan Utama (Dewan A)
--------
Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Ultraman Ribut
Puteri Limau
Pada Zaman Dahulu
Upin & Ipin The Musical
dan banyak lagi...
Jalan depan sikit ada rumah Puteri. Si kakak tu memang berangan nak jadi puteri, sempat la snap gambar dia dengan puteri. Suka la dia.
Kaki pun dah lenguh, kami lepak je kat tempat VIP tepi pentas. Yang bestnya kami dapat duduk atas Bean Bag. Syok la. Santai je tengok show. Sampai rasa macam nak terlelap pun ada.
Anak-anak buah Eyza dok tertungu-tunggu show Upin Ipin. Bila keluar je, terus si kakak pergi depan sambil menari-nari. Suka betul dia. Dia paling minat dengan Upin Ipin, Mei Mei dan Ehsan. Bila dia dapat salam dengan diaorang asyik senyum je. Tapi sayang dia tak dapat bergambar dengan Upin Ipin. Tapi takpe Ummi dia sempat snap gambar dia tepi pentas. Kira ok la tu.
Lepas je Upin Ipin habis, terus keluar Ultraman Ribut dengan kawan-kawan dia. Siap ada raksaksa. Ultraman ni dibawakan khas dari Jepun tau. Wah. Patut la best. Eyza pun suka tengok.
Dah puas tengok show Upin Ipin dan Ultraman, kami sambung berjalan lagi dalam Hall A. Dalam ni ada ramai jugak yang berniaga macam-macam.
Kalau lapar, ada jugak Kedai Makan Upin Dan Ipin. Bebudak suka la sebab ada set ayam goreng.
Last but not least, sebelum keluar jangan lupa singgah Kedai Cenderamata Upin Ipin. Ada pelbagai barangan Upin dan Ipin yang dijual dekat sini.
So, korang ada masa lagi nak pergi. Esok hari last. Rugi tau cuti sekolah ni tak bawak anak-anak ke Karnival Upin Ipin ni. Eyza rasa best sangat bila dapat buat anak-anak buah Happy.
Ingat tau! Karnival Upin Ipin bertempat di Maeps Serdang dan bermula seawal 10 pagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ni sebab bukan selalu tau ada Karnival macam ni. Apa salahnya sesekali happykan anak-anak dengan reward ni. Mesti diaorg happy.
Hall A boleh masuk banyak kali tapi Hall C cuma sekali masuk
Dapatkan tiket secara online di www.upinipinstore.comataupun di pintu masuk dewan C nanti ketika hari karnival
Instagram : @upinipinofficial
No comments:
Post a Comment