Kadang-kadang pening jugak kepala fikir nak makan kat mana kan? Tambah-tambah kalau dari satu family tu ada pelbagai citarasa.
Macam Eyza ngan hubby pun selera tak sama. Eyza ni penggemar Spagethi tapi Hubby pulak memang selera dengan Nasi je. Kebanyakan kedai kalau jual western mesti tak ada Nasi dan kalau kedai tomyam pulak mesti tak ada Western.
Kalau uolls pun ada masalah macam Eyza ni, Eyza yakin yang lepas ni uolls takkan ada masalah nak pilih tempt makan ikut selera masing-masing.
Kredit : Sally Samsaiman |
Alanna's Kitchen yang terletak di Pandan Indah ni memang tempat kegemaran Eyza lepak. Spagethi Carbonara kat sini sedap. Hari Rabu tempohari, Eyza dengan geng-geng blogger yang lain lepak kat sini untuk cuba resepi baru kat Alanna's ni.
Arabic Lamb Mandy (RM 18.90)
-Nasi sedap, daging kambing lembut dan cukup rasa rempah. Kena pulak dengan salad timun dan tomato. Memang best la. Tak sedar boleh habis sepinggan.
Beef Stew + Mandy Rice (RM 17.90)
-Beef Stew ni datang dalam set tau. Selalunya Beef Stew akan dihidangkan dengan Nasi Putih tapi kat sini unik sebab dihidangkan dengan Nasi Mandy. Daging lembut dan stew penuh dengan rasa rempah. Semuanya cukup rasa.
Carbonara Seafood (RM 17.90)
- Yang ni palinggggg Eyza suka. Hahaha. Nampak tak berapa banyak g tu. Eyza kalau datang sini memang akan order Spagethi Carbonara je. Sebab Spagethi kat sini tak muak langsung. Resepi kuah Carbonara tu adalah dari owner kedai ni sendiri tau. Memang lain la dari tempat yang Eyza pernah makan. Seafood pun banyak. Pendek kata memang tak kedekut la.
Grilled Sambal Fish (Seabass) + Rice (RM 12.90)
- Grilled Sambal Fish ni agak pedas tau. Tapi, pedas-pedas sedap. Ikan ni kita meratah saja pun sedap. Kalau tak tahan pedas sangat boleh request supaya tak pedas sangat. Sambal ikan ni ada rasa masam-masam manis. Ditambah pulak dengan isi ikan yang fresh memang best la set ni.
Shish Tawook Grill Chicken + Rice (RM 12.90)
- Set ni Eyza paling suka ayam ni sebab cukup rasa rempah perap dia. Ayam pun lembut dan tak kering. Berbaloi dengan harga.
Kredit : Sally Samsaiman |
Bolognese Cheesy Rice Ball (RM 10.90)
- Ha.. menu ni agak unik dan rasanya Eyza tak pernah jumpa lagi kat Restoran lain. Dalam bebola besar ni ada Nasi dan Cheese yang bila kita potong Cheesenya akan meleleh. Dan apa yang bestnya, bebola ni kita makan dengaan kuah Bolognese. Lain dari yang lain.
Waffles with 2 scoop Ice Cream (RM 10.90)
- Ni pun kegemaran Eyza kat sini. Waffle yang sedap dan garing dihidangkan pulak dengan Aiskrim homemade memang best la. Eyza paling suka Aiskrim Green Tea kat sini. Sedap tau. Kita boleh piih perisa Aiskrim selera masing-masing.
Abalone Scallop Porridge (RM 28.90)
- First time Eyza makan Scallop dengan Abalone ni. Sedap rupanya.Abalone dengan Scallop ni kan mahal sebab tu tak pernah try. Tapi, kat Alanna's ni semangkuk bubur ni cuma berharga RM 28.90. Dah la portion banyak. Boleh share 2 orang kalau camtu.
Blueberry Cheese Cake
Lemon Cheese Cake
Cappuchino Mousse Cake
- Penggemar desert macam Eyza kena try Kek kat sini. Semua Kek kat sini tak ada bahan pengawet. Setiap hari akan dijual kek yang berbeza. Maksudnya, hari-hari kek akan dibuat baru.
One Scoop Ice Cream
- Kalau just nak desert yang tak terlampau heavy, boleh jugak order Aiskrim saje. Macam Eyza bagitau tadi, setiap Aiskrim kat sini dibuat sendiri oleh owner kedai ni tau.
Terliur tak? Kalau terliur boleh terjah Alanna's Kitchen. Kat sini jugak ada wifi. Kalau nak makan sambil layari Internet, kat sini la tempatnya.
Untuk keterangan lanjut boleh layari :
FB : Alanna's Kitchen
Instagram : Alanna's Kitchen
Waze : Alanna's Kitchen
alahai sedapnya..
ReplyDeleteMemang sedap. bila-bila nnt try la kat sini. :)
DeleteI may not know Eyza but as a Muslim i wish you to have your baby soon. Ya Allah, kau tunaikan lah permintaan Eyza. Amin.
ReplyDeleteAmin. Thanks Adam. Moga Allah yang dapat membalasnya. :)
Deletewahhhh! teringin tgk carbonara tuuu!
ReplyDeleteSally punya favorite mmg Carbonara dia...selalu kalau g makan sana mesti ambik carbonara..hahaha :D
ReplyDeleteSedap kan? Jom repeat. :)
Delete