5 Barang yang diidamkan dari LAZADA untuk Tahun 2017! - Blog Eyzamiel

25.1.17

5 Barang yang diidamkan dari LAZADA untuk Tahun 2017!

Eyza ni tiap-tiap tahun ada Azam dan angan-angan. Ada yang berjaya Eyza capai dan ada yang tak. Untuk angan-angan yang tak berjaya tu, Eyza akan cuba berusaha jugak untuk dapatkan.Orang kata tak salahkan kalau kita berangan. Mana la tahu angan-angan akan jadi kenyataan satu hari nanti.Sebab tu la,sempena Tahun baru 2017 ni, Eyza ada angan-angan lagi dan angan-angan tu ialah nak dapatkan 5 barang yang Eyza idamkan dari LAZADA.  

Eyza selalu jugak godek-godek web LAZADA ni. Macam tak percaya je bila LAZADA ada buat sale sempena Tahun Baru Cina 2017 ni. Rambang mata dibuatnya. Cuba uolls tengok dekat http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/ mesti akan tergoda macam Eyza jugak. Tahun ni adalah tahun ayam, harap-harap ada la tuah Eyza untuk dapatkan barangan ni. Macam peribahasa Melayu, Tuah Ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Hihihi. 


Nak tau tak apa yang Eyza nak sangat-sangat untuk tahun ni? Jom Eyza senaraikan satu-satu.

1. Canon SX710 20MP 30x Opticat Zoom (Black)

Dah lama Eyza nak sangat ada kamera ni. Sebagai seorang Blogger, kamera adalah salah satu benda yang penting untuk Eyza.Kalau pergi event atau review produk nak la gambar nampak cantik. Bukan setakat ambik gambar je. Nanti client pun tak suka. Jenuh la dok survey sana sini. Nak cari ikut macam Eyza nak dengan harga yang berpatutan. Survey punya survey, Eyza minat dengan Kamera Canon SX710 20MP 30x Opticat Zoom (Black) ni. 
Eyza suka dengan kamera ni sebab kamera ni 20.3 mp dan boleh connect wifi. Senang sangat. Terus je masuk ke dalam Handphone.Pastu dah boleh terus update blog. Mudah kan?

Link kat sini


2. Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S

Ha.. yang ni pulak Eyza ingat nak belikan untuk Mama kat kampung. Washing Machine kat rumah dah rosak. Kesian mama, kena basuh dan perah baju sendiri. Kalau ada Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S  ni, dapat la Mama berehat. Mesin basuh ni dicipta dari mesin keluli tahan karat.Tahan lama la kalau macam tu.
Kenapa 7kg je? Sebab tak ramai pun kat rumah kampung. Mama ngan ayah je. Tak banyak sangat baju yang hendak dibasuh. Eyza teringin sangat nak hadiahkan mesin basuh ni kat mama. Harap-harap dapat la tercapai impian yang satu ni.

Link kat sini


3. Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L (Brown)

Memandangkan Eyza ni jenis yang masak setiap hari Eyza nak sangat Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L (Brown) ni.Hubby Eyza jenis yang suka makan Sup Tulang dan kalau ada pressure cooker ni dapat la Eyza masak dengan cepat walaupun hari bekerja. Kekadang sian hubby, kena tunggu lama untuk makan sup tulang sebab nak tunggu daging tu lembut. Kalau ada pressure cooker ni, dapat la kenyangkan perut hubby dan buat dia happy selalu.
Eyza suka Pressure Cooker jenama Philips ni sebab tahan lama, tak melekat,mudah nak baca sebab skrin kat periuk ni besar,mudah nak guna,ada timer untuk 24 jam dan ianya juga buatkan kita senang dan dapat makan makanan yang menyihatkan.

Link kat sini



4. New Women Casual Shoes Lace-up Sneakers Fashion Breathable Flats Running Shoes

Ni lagi satu wishlist Eyza tahun ni. Tahun ni Eyza ada rancangan nak pergi bercuti tapi secara 'backpackers'. Bila sebut 'backpackers' mesti sinonim dengan jimat. Bila jimat pulak mesti sinonim dengan kena naik turun kenderaan awam. Ha.. ni la gunanya Sneakers ni. Supaya kaki Eyza tak sakit dan juga selesa sepanjang Eyza bercuti nanti. New Women Casual Shoes Lace-up Sneakers Fashion Breathable Flats Running Shoes ni best sebab ianya berkualiti tinggi, Fesyen dan rekabentuk khas serta ringan dan lembut. Kasut ni jugak sesuai untuk kasual, berjalan dan berlari. Wow. Nak guna pergi jogging la sebab salah satu azam tahun ni adalah nak kurus. Harap-harap la berjaya.

Link kat sini


5. SKG MY610 Juicers & Fruit Extrctors (red)

Dah lama sebenarnya Eyza dok ushar nak beli SKG MY610 Juicers & Fruit Extrctors (red) ni tapi tak jugak beli lagi. Kan azam tahun ni nak kurus. Nak la banyak minum juice supaya cepat kenyang. Sebab tu la nak sangat-sangat juicer. Lagi satu Eyza suka juicer ni sebab bilah dibuat dari keluli, terbina dengan ciri-ciri keselamatan dan yang paling best ialah kita akan dapat 30% lebih jus dari juicer biasa. Yes! Itu yang Eyza cari.

Link kat sini

Ni la 5 barang yang dah lama Eyza idamkan nak beli. Tapi, memandangkan kewangan tak berapa mencukupi, kita tangguhkan dulu la. Kalau la semua yang Eyza idamkan ni jadi kenyataan, bestnya la. Harap sangat semua ni dapat tercapai dalam waktu terdekat.

Setelah dikira-kira harga 5 barang ni, rupa-rupanya memang "ONG" la. Jumlahnya sama dengan Tahun 2017. Tak percaya? Jom kita kira.

1. Canon SX710 20MP 30x Opticat Zoom (Black) - RM 1010.00
2. Midea Fully Automatic Washing Machine 7kg MFW-701S - RM 451.00
3. Philips HD2139 Pressure Cooker Electric 6.0L (Brown) - RM 325.00
4. New Women Casual Shoes Lace-up Sneakers Fashion Breathable Flats Running Shoes - RM 92.00
5. SKG MY610 Juicers & Fruit Extrctors (red) - RM 139.00

TOTAL: RM 2017

Ngam-ngam orang kata. Semoga tahun 2017 ni akan memberikan kita kebahagian dan kesihatan yang baik. 


Ada yang teringin ke dengan barang-barang yang Eyza pilih ni? Ala.. tak susah pun. Buka je web http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/ macam-macam uolls boleh shopping. Sementara SALE ni memang berbaloi la kita nak beli apapun kat sini.

Selamat Tahun Baru 2017 dan Gong Xi Fa Chai.


2 comments:

  1. Replies
    1. Eyza pun suka. Tambah2 pressure cooker tu. Dah lama idamkan. Hihihi

      Delete