August 2014 - Blog Eyzamiel

28.8.14

Makan Kenduri di Dewan Perdana Felda

Thursday, August 28, 2014 4
Makan Kenduri di Dewan Perdana Felda
Sabtu minggu lepas aku dapat jemputan kenduri kawen.. Membe opis.. dia buat kat Dewan Perdana Felda... Meriah sangat.. Aku gi ngan hubby, achik ngan Ida..Pukul 6.30 aku gerak dari rumah sebab nak singgah HUKM dulu.. nak lawat membe opis aku masuk wad..Pastu terus gerak gi Dewan Perdana Felda...

Awal plak kitaorang sampai..membe2 lain langsung tak nampak muka lagi... whatsap diaorang.. ada yang kat rumah lagi.. so, aku n gang masuk la dulu.. masa nak masuk, nampak membe aku datang.. so, kitaorang masuk la sama-sama.. sampai kat kaunter.. check dulu nama untuk tahu table mana.. ok, dah dapat.. terus masuk..


Acara wajib mestila bergambar dulu.. Tema malam tu Batik, Baju Melayu dan Tradisional...tu yang hubby terpaksa pakai baju melayu malam-malam.. kalau tak, jangan harap la dia nak pakai... tapi.. aku agak frust sebab baju aku ngan hubby tak sama kaler.. sebab apa? panjang citernya.. hahaha.. 


Masuk dalam.. kami dapat tingkat atas.. yeay.. bestnya.. tempat kami memang stategik..menghadap terus ke pelamin.. privacy dan yang paling penting dekat dengan tempat persalinan pengantin... tak la sesak macam kat bawah.. selesa giler la tempat kami....

Majlis ni memang Grand... Biasa la majlis protokol.. mula2 ketibaan pengantin.. bacaan doa.. merenjis dan pastu baru bole makan... Ada jugak artis jemputan...ramai gak la... tapi yang paling aku suka ialah Haziq AF tu.. suara  dia memang sesuai menyanyi lagu-lagu untuk kenduri kawen..sedap..


Kami dapat meja no 98.. sementara tunggu membe yang lain sampai.. bergambar la lagi....


Makanan pun sedap...Ada rendang daging, ikan sweet sour, udang galah butter, dalca, kari daging ngan ayam berempah... desert plak ada aiskrim tapai.. first time aku rasa.. sedap gak la..puas makan sebab lauk berlambak-lambak..tu pun, banyak lagi lauk kat meja kitaorang.. semua dah tak larat makan.kenyang sangat-sangat...

Pengantin perempuan tu la membe opis aku... tak sempat pun jumpa ngan dia sebab dia sibuk.. masa aku datang tu aku ada nampak kereta TV3.. maybe nanti masuk rancangan Nona atau Mahligai Cinta kut.. agak-agak aku la sebab ada orang interview dia..Aku suka sangat ngan baju dia.. Cantik...


Dah makan kenyang.. sambung bergambar...


Kami lagi..hihihi...


Selesai majlis.. terus nak balik.. semua dah mengantuk.. maklum la dah makan kenyang..hihihi..


Doorgift.. Macaron..

 

Aku suka photobooth kat wedding ni.. diaorang tangkap gambar..sekeping lekat kat guestbook dan sekeping lagi dia bagi kita untuk kenang-kenangan.. kalau korang nak tengok gambar-gambar yang lain.. korang terjah je FB Rosebay Creative PHOTO BOOTH..


Gambar yang diambil kat Photobooth.. memang happening.. Frame gambar tu pula sebenarnya kad kawen dia..kiranya kad ni 2 dalam 1.. habis kenduri bole buat frame gambar.. tak la membazir...

Untuk Cik Kiah.. eh.. pasni kena panggil Puan Kiah la.. Selamat Pengantin Baru untuk awak n suami..Moga berkekalan hingga ke Jannah.. Amin..

Kepala Pening sebab jalan Jammed..

Thursday, August 28, 2014 2
Kepala Pening sebab jalan Jammed..
Adoi.. dari pagi tadi sampai la sekarang ni.. kepala aku berdenyut-denyut jer.. sakit betul  ni... rasa macam nak balik tido jer.. 

Nape aku sakit kepala? sebab.. Sekarang ni kan tengah ada Raptai Untuk Perbarisan Hari Merdeka.. Opis aku pulak memang dekat sangat ngan Dataran Merdeka.. jammed teruk pagi tadi.. Tension i... semalam aku tak rasa jammed sebab aku tak masuk opis..hari ni..rasakan.. hahaha..

Kalau ada yang kata.. ala.. dah tau jalan tutup, nape keluar lambat? HELLO.. aku keluar awal tau tak.. 6.45 pagi aku dah kuar..padahal aku masuk kerja pukul 8...selalunya kalau jammed pun pukul 7.15 dah sampai opis.. so, aku dah bajet baik punya la.. sekali tak sangka plak sangkut jugak dalam jammed..

Cerita balik hal pagi tadi, sebab dah tau  banyak jalan tutup.. aku pun decide guna Tol Loke Yew.. tak kisah la bayar 2 ringgit.. janji cepat sampai opis... Mula-mula jalan ok... lancar... tapi.. bila sampai jer kat Muzium Negara.. mula-mula aku tengok.. jalan tak tutup lagi.. aku pun cam happy la.. tapi.. bila aku nak masuk jer susur kiri tu.. Polis dah tak kasi sebab semua kereta-kereta yang terlibat dengan perbarisan dah nak gerak pergi Dataran.. sobs.. sobs..sob.. Why Me?.. naper time aku nak lalu?.. masa tu baru pukul 7.10 pagi... nak tak nak aku terpaksa ikut jalan Parlimen... Ya allah.. rasa nak menangis tengok kereta.. jammed.. tak bergerak... dah la keta aku manual.. sampai sakit kaki aku... Masa tengah tersangkut dalam jammed tu.. dengarla bunyi ambulan.. la.. rupa2nya, ada orang eksiden plak kat depan.. aku dah gigil.. aku bukannya bole tengok eksiden ni.. tetiba rasa ngeri walaupun orang tu cuma cedera ringan jer.. Dah lepas dari lokasi eksiden tu pun still jammed jugak.. dekat 1 jam weh aku sangkut dari muzium ke opis..padahal kalau x jammed tak sampai 10 minit pun.. 

Hari ni..Punch card merah.. bebudak opis aku pun ramai yang masuk lambat hari ni.. nak buat macam mana.. n yang paling kesian adik aku la.. pukul 9 baru masuk opis.. dia naik bas.. bas sangkut jammed.. dah la kena berdiri.. sabar je la chik...nak buat macam mana...

Kesudahannya dengan semua kejadian pagi tadi.. kepala aku dah rasa macam nak hentak kat dinding jer.. sakit sangat-sangat.. esok ingat nak kuar 6.30 pagi plak.. kalau jammed jugak, tahun depan aku keluar pukul 6 pagi.. huhuhu..

25.8.14

Kalau korang nak cantik, minum la B'Vite... meletops uolls..

Monday, August 25, 2014 5
Kalau korang nak cantik, minum la B'Vite... meletops uolls..
Korang.. suka tak kalau cantik? Mesti la kan? semua orang nak cantik.. jangan kata orang lain, aku pun sama.. kalau jerawat naik jer, aku dah mula risau.. macam-macam yang aku buat untuk kecutkan jerawat..hihihi..obses sangat..padahal.. dah muka tu jenis banyak jerawat.. nak buat macam mana kan...

Ha.. ni aku nak citer pasal satu produk yang tengah meletup-letup gak la kat pasaran.. Produk dari Legacy Secret.. ala.. company yang sama keluarkan Harum Malam tu.. Produk ni diperkenalkan dengan nama B'Vite..






Memandangkan sekarang ni banyak sangat produk tiruan di pasaran..Pihak Legacy Secret telah memperkenalkan ciri-ciri keselamatan bagi membezakan antara produk original dan tiruan. Lepas ni, senang la kita nak tahu, yang mana satu yang asli kan..

Antara cara mengenal pasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret


1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah


2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari



3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan




Kalau tak pasti, korang boleh tgk video kat bawah ni..


PERINGATAN !!!
      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.



Ok, dah tau kan macam mana nak check? Sekarang ni, aku nak citer pulak tentang produk ni...

B’Vite ( 6x Stem Cell ) merupakan campuran minuman botani yang bahan-bahan utamanya mengandungi :
 ~Epal Swiss
 ~Tomato
 ~Daun Durian Belanda
 ~Anggur
 ~Aloe Vera
 ~Cranberry
 ~Bilberry
 ~Goji
 ~Argan
 ~Ros Alp
 ~Acerolla
 ~Seaweed
 ~Delima
 ~Blackcurrant
 ~Comfrey Root

Bukan sahaja Packaging yang cantik dan menarik, B’Vite juga dapat membantu anda menyelesaikan masalah kulit dalam masa seawal 3 minggu !!



Antara fungsi B’Vite adalah :
~Mencantik dan melicinkan kulit wajah
~Memutih dan memudarkan parut
~Mampu menegangkan kulit wajah 
~Mengurangkan dan menghilangkan noda bekas jerawat
~Menyamarkan bintik pigmentasi (bintik hitam/tanda bekas luka)
~Menyingkirkan toksin dan racun dalam tubuh badan
~Membantu melembut dan menghaluskan kulit wajah
~Membuat kulit anda kelihatan lebih segar dan sihat
~Mengencangkan kulit sehingga melambatkan kedutan
~Kaya dengan Anti oksidan
~Menyihatkan dan seterusnya membuat kulit kelihatan putih kemerahan


B'Vite ni jugak bukan setakat untuk kecantikan..untuk kesihatan pun boleh..

Disamping itu juga, B’Vite mampu membantu mengelakkan penyakit seperti :
~Menstabilkan Kolestrol
~Mencegah STROKE
~Mencegah penyakit jantung
~Memelihara daya tahan tubuh Anti aging (Menjaga kekenyalan Kulit ) + Menambah Colagen
~Membantu masalah pencernaan
~Membantu tubuh detox

Cara Makan B’Vite :
Waktu pagi : 2 sudu besar sebelum sarapan.
Untuk kesan yang lebih cepat boleh makan 2 sudu besar di waktu pagi dan 2 sudu besar sebelum tidur untuk 3 bulan pertama.


Ada 2 cara untuk korang minum B'Vite ni.. rujuk gambar kat atas tu....

Cara Pertama :
1. Minum terus dari botol.. tapi agak-agak la yer..jangan telan habis plak sebotol.. :)

Cara Kedua:
2. Tuang atas sudu, (aku suka pakai sudu plastik)  
3. pastu minum.. telan 2 sudu B'Vite..

PERINGATAN!
  • Perlu disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka.
  • Minum banyak air kosong.
  • JAUHI DARIPADA KANAK-KANAK
Harga Sebotol Isipadu Minimum 250ml :
RM33.00 (WM)       |        RM35.00 (EM)        |      BRD 18.00 (BRUNEI)       | SGD 18.00 (S’PORE)
 Untuk maklumat lanjut, bole tengok kat sini:
Facebook Page : Legacy Secret Trading

Facebook : Wanita Perfect

22.8.14

Hari Berkabung Untuk Malaysia #Tragedi MH17

Friday, August 22, 2014 2
Hari Berkabung Untuk Malaysia                     #Tragedi MH17

Allahhuakbar.. Sebak rasa hati ni bila mengenangkan Tragedi MH17.Hari ini, 20 jenazah (17 didalam keranda dan 3 abu) akan tiba di KLIA. Kepulangan yang dinanti oleh kaum keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.


Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan yang hari ini adalah Hari Berkabung Malaysia.


Tapi.. ada jugak yang aku tengok langsung tak sensitif dengan Tragedi ini.. Ada segelintir yang datang ke pejabat dengan baju yang colourful dan terang-benderang macam nak pergi Pasaraya.. Erm.. aku pun tak tahu kenapa.. Samada mereka tak sensitif, tak ada baju warna suram atau... kat rumah tak ada tv untuk tahu perkembangan terkini.. Wallahu'alam..

Mati itu Pasti..cuma dengan cara bagaimana? Hanya Allah saja yang tahu... Semoga mereka semua tenang di sana.. 

Gambar : kredit google & denaihati

21.8.14

Baju Raya Plus Size ~ Online

Thursday, August 21, 2014 5
Baju Raya Plus Size ~ Online
Sebenarnya kan.. aku sepatutnya buat entry ni sebelum Raya hari tu.. tapi... disebabkan tahap kemalasan dan terlupa..aku hutang entry ni.. Sori..sori..sori sesangat..


Takpe-takpe.. raya kan sebulan..kalau tak sempat nak beli sebelum raya, korang bole la beli baju untuk raya haji plak..

Hari tu kan aku ada janji nak bagitau kat mana aku beli baju raya online.. Ha.. ok..ok.. kali ni aku promise.. aku bagitau yer... hihihi...

Sesapa yang follow FB aku mesti dah nampak baju raya aku.. bagi yang belum nampak.. meh sini aku nak share sikit (macam la ada orang nak tgk baju ko tu cik kak oii).. tak kisah la ada ke tak ada.. aku tetap nak share jugak...

Ok.. Mula-mula aku nak share baju ni...


Aku suka sangat dengan design ni.. masa bukak je page butik ni dan nampak baju ni... aku dah jatuh CHENTA.. hihihi.. aku antara orang terawal yang order.. Pre Order pun sanggup tunggu.. janji aku dapat.. dan bila dah dapat.. aku suka sangat.. sedap pakai.. dan cantik untuk Plus Size macam aku... pada mata aku la..hihihi..



Butik ni kira antara kesukaan aku jugak kalau aku nak beli online.. dah banyak jugak la baju aku beli kat situ... antaranya.. baju ni..


Ramai yang suka dengan baju ni.. aku sebenarnya beli dengan skirt.. cari2 gambar penuh takde.. ni jer yang ada.. takpe..kalau korang nak tengok lebih detail dan apa lagi yang cantik.. terjah jer blogshop tu.. dijamin semuanya cantik dan up to date kata orang..

                                                       FB     :    EQueen Plus Size Full   
                                                       Blog   :    equeenplussize.com

Pastu, aku terjumpa plak ngan satu lagi blogshop yang jual Baju plussize gak.. kat sini pun banyak gak pilihan yang memang cantik...

Aku pun terbeli la satu baju yang buat aku termimpi-mimpi.. aku nak beli kaler biru asalnya..tapi size aku dah habis.. tapi, disebabkan aku nak jugak dengan design tu.. aku pun beli la jugak..tapi warna Dusty Pink... Aku siap buat kad ahli lagi..seumur hidup cuma RM 20 jer.. berbaloi.. aku ni tak pandai sangat nak tengok ukuran-ukuran ni sebab dah biasa beli baju saiz 48 jer.. last-last aku salah pilih saiz.. baju aku tu besar sangat sebab aku gi pilih saiz 3. padahal aku pakai saiz 2 pun dah muat.. Ingat nak hantar tailor untuk alter tapi sebelum tu aku saja je la PM ngan admin kedai ni.. dan.. apa yang aku tak sangka sangat-sangat.. dia kata aku bole pulangkan baju tu untuk diaorang alter..FREE OF CHARGE.. wah bestnya.. nasib baik aku lom hantar tailor luar.. so, aku cuma perlu keluarkan duit pos dan bagi ukuran ajer.. dah siap, diaorang pun pos semula kat aku.. Happynya.. bila pakai.. memang sedap sangat..mmg saiz aku la.. aku memang puas hati... servis pun cepat..


                                                       FB      : Kznabihah Boutique
                                                       Blog   :  www.kznabihah.com

Dan yang last ni.. adik aku yang bagitau.. aku dah lama teringin nak ada kebaya kimono ni.. tapi kebanyakkannya semuanya saiz kecik-kecik... tapi yang ni, walaupun free saiz, tapi orang yang comel cam aku pun bole pakai..


Baju ni aku blom pakai.. nak pakai hari sabtu ni utk gi wedding... tapi, adik-adik aku dah pakai.. semua muat.. adik aku yang pregnant tu pun muat gak..memang selesa la... Aku dah pakai masa try..memang cantik.. nanti kalau pas wedding, InsyaAllah aku tunjuk pic aku pakai lak yer..

                                                           FB   : Butik Inhanna
                                                           Blog : http://inhanna.com/v1/

Ni la antara butik-butik online yang selalu aku habiskan duit.. Kalau korang nak tengok pattern lain yang cantik-cantik..klik jer kat nama butik tu.. Banyak pilihan tau.. So, untuk semua yang Plus Size diluar sana..pasni jangan risau dah kat mana nak beli.. kat 3 butik ni pun dah cukup buat kita rambang mata tau.. 

Notakaki : Aku tak dapat apa-apa income pun dari semua blogshop ni.. aku cuma nak share ngan korang tempat yang best untuk shopping Plus Size aje yer.. Selamat Bershopping... :)

19.8.14

Bertambah orang baru dalam family aku..

Tuesday, August 19, 2014 6
Bertambah orang baru dalam family aku..
Alhamdulillah... 2 hari lepas aku dah jadi Mak Long... Adik aku yang aku citer kat sini dah selamat bersalin.. Dapat baby girl.. kira ni cucu pertama la dalam family aku..maunya tak happy..Yeay.. adik aku hantar gambar kat whatsapp family.. comelnya.. mata sepet macam anak cina.. geram betul.. tak sabar nak balik tengok..minggu ni tak boleh balik sebab ada hal..maybe Hari Merdeka nanti baru balik..lagipun cousin aku kawen time tu.. senang sikit.. 

Tahun depan, aku dapat sorang lagi anak menakan.. wife adik aku, Ida pun dah pregnant.. due dalam bulan Januari tahun depan.. tak tau la kalau baby nak kuar awal.. sebaya la anak alang ngan angah nanti..

Aku tumpang happy dengan adik-adik aku..bole la aku tumpang kasih sayang anak-anak diaorang lepas ni.. 

Dan nak mintak tolong korang.. doa-doakanlan agar satu hari nanti sampai rezeki untuk aku ada anak sendiri.. Amin..




Terima Kasih Nuffnang..

Tuesday, August 19, 2014 1
Terima Kasih Nuffnang..

Alhamdulillah.. banyak iklan dok menari kat blog aku ni.. Rezeki..  ada 5 iklan semuanya.. Iklan Invest Smart Campaign , Iklan B.liv Brand Visibility , Iklan iH Media Liese , Iklan IKEA-SISAN dan Iklan Macau Tourism.. Yeay.. aku ada target.. tak lama jer lagi target aku dah nak tercapai.. pastu, baru la aku nak cash outkan duit dalam akaun Nuffnang ni.. TQ Nuffnang sebab bagi iklan-iklan yang banyak dan best.. Harap-harap, pasni lagi banyak la iklan lain datang bertandang yer..

15.8.14

Sambutan Hari Raya Bahagian Farmasi, JKWPKL&P yang ohsem!

Friday, August 15, 2014 8
Sambutan Hari Raya Bahagian Farmasi, JKWPKL&P yang ohsem!
Semua orang dah update citer raya.. aku jer takde citer raya... sebab.. aku tak gi beraya pun.. duduk kat rumah jer .... mak mertua aku tak sihat.. tak pergi beraya mana-mana pun.. baju raya pun aku tak pakai masa pagi raya ..so, takde la gambar raya aku... Sob..sob..sob.. sedih tau..

Tapi kan.. nasib baik kesedihan aku terubat bila opis aku buat open houseopis.. dapat gak la aku nak rasa suasana raya ramai2 n meriah ni..Kesian aku kan? hahaha..

Aku paling suka kalau opis buat sambutan macam ni..meriah..dan paling penting, takyah kerja..walaupun separuh hari..hahaha..dasar ngelat kan?

Dah kata sambutan raya..mesti la tema pun baju raya kan? Aku pakai baju yang ada jer... recycle balik baju sebab hari tu aku dah pakai pergi raya umah sedara ayah aku.. kira tak baru la sangat..dah pakai 2 kali..


 Ni la bajunya...kita selfie dulu..

Kami mula majlis pukul 11 pagi.. sebelum tu, ada Mesyuarat Pagi dulu... Banyak la isu berbangkit..Nasib baik la Meeting kali ni aku tak kena hentam.. kalau tak, habis mood nak beraya....hahaha... Dah habis meeting, kami pun gerak ke Bilik Seminar.. Yeay.. makan time.. tapi sebelum tu.. macam biasa la..kita bergambar dulu..



Aku, Maira, Syida dan Azie..


Tengah-tengah selfie.. tetiba tengok, terselit pulak kumbang kat situ...

 Aku ngan Maira.. kat opis jiran.. kat rumah pun jiran.. pusing-pusing tang tu jugak..


 Kali ni kami tak guna set karaoke.. terus je guna Band.. Diaorang ni semua team Farmasi..memang terbaik la...



Pengacara Majlis.. sedondon warna purple.. memang ceria la  diaorang ni..


Ucapan dari TPKN Farmasi


Majlis ni jugak sempena dengan pertukaran Penolong Pegawai Farmasi (yang baju hijau dalam gambar atas ni) kat tempat aku..dia dapat tukar ke Hospital Kuala Lipis... sedih plak time ni..nanti dah kurang sorang ahli band farmasi..

 Selain dari Majlis Perpisahan, kami jugak raikan Hari Lahir untuk mereka-mereka yang lahir Bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos... Ramai sangat sampai ada yang tak masuk dalam gambar...


Ni la cenderahati untuk Birthday Gurl'z n Boy'z.. Fridge Magnet..

Lepas dah potong kek semua bagai.. tiba la masa untuk makan... Aku awai-awai ambik sate dulu.. sedap sangat.. beli kat Selayang..memang tiap-tiap tahun pun kami beli sate kat situ..


Hari tu kan.. aku ada la cakap yang aku nak makan ketupat palas..ye la, kalau raya kat penang..memang sah-sah la ada..tapi, sebab tahun ni aku raya kat Sarawak.. x de.. cuma ada lemang jer.. Tapi kan.. nasib baik.. untuk jamuan kali ni ada ketupat palas.. terubat sikit rindu aku nak makan ketupat palas mak aku..

Korang cuba tengok betul-betul gambar kat atas tu.. korang rasa-rasa aku tengah buat apa? Hahaha..yang ni lawak..membe aku ajak gi nyanyi.. mula-mula aku malu-malu..pastu, ntah macam mana aku bole ikut diaorang nyanyi sekali.. Menggigil-gigil tangan aku pegang microphone.. tak pernah-pernah aku menyanyi depan orang ramai-ramai camtu.. selalu nyanyi kat karaoke jer.. tu pun ngan membe rapat atau family jer.. Dah habis nyanyi, aku siap fikir.. Ya Allah.. malunya..apa yang aku buat ni..hahaha..























Walau apapun.. sambutan ni tetap meriah...kenyang betul makan... Harap-harap tahun depan lebih meriahla yer.. :)