Nak kulit cantik berseri? Guna la Safi Balqis White Trilogy - Blog Eyzamiel

3.8.14

Nak kulit cantik berseri? Guna la Safi Balqis White Trilogy

Rasanya tak terlambat lagi kut aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.. kosong-kosong yer.. :)

Raya kan sebulan.. banyak la open house kan? Bila nak pergi open house ni, kita mesti nak penampilan yang cantik dan menarik.. bukan setakat pakaian jer yang nak kena nampak cantik... kulit muka pun kena la jaga supaya berseri jer untuk kita pergi open house...

Ha.. sebut tentang penjagaan kulit muka.. Meh sini aku nak citer tentang satu produk ni.. Sesapa yang dah lama follow blog aku ni mesti tau kan yang aku dulu ada masalah jerawat yang kronik..Bila pakai Safi Balqis Perfect 10.. terus masalah jerawat tu ok... klik sini untuk baca..

Sekarang ni Safi dah keluarkan produk baru pulak... Safi Balqis White Trilogy... Duta terbaru ni Hanis Zalikha.. Blogger yang sekarang ni dah jadi artis tu.. aku memang suka tengok kulit Hanis... bersih tanpa jerawat... 

Ala.. Bukan susah pun nak ada kulit yang cantik macam Hanis... Guna jer Safi Balqis White Trilogy.. InsyaAllah..masalah jerawat akan berakhir...

Sekarang ni.. Safi Balqis Perfect 10 dah takde.. dah digantikan dengan Safi Balqis White Trilogy... kiranya fungsi dipertingkatkan la...  Apa itu White Trilogy? Ha.. Baca kat bawah ni..

Pengenalan Safi Balqis White Trilogy:

Safi Balqis White telah diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dari dalam. Diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah. Nano BioWhite berfungsi melambatkan proses pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. See, hebatkan? Sememangnya produk dirumus khas untuk mencerahkan kulit.

Kelebihan Safi Balqis White Trilogy:

Memudarkan pigmentasi, menutup cela, menyamaratakan tona kulit, menghidratkan kulit, melindungi dari sinaran UV, mengekalkan lembapan, mencerahkan kulit, menghaluskan kulit, melembutkan kulit dan melindungi kulit dari radikal bebas. Hasilnya, kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

Proses pencerahan kulit melalui Safi Balqis White Trilogy:

3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi
3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 Minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

Ni la antara rangkaian barangan di bawah Safi Balqis White Trilogy....Ada pencuci muka, Krim BB , Toner , Krim Pelembap Siang dan Serum. Harga yang ditawarkan pun murah.. semua orang mampu untuk gunakan produk ni..


Langkah 1: Membersih

Buih Pembersih Muka - membersih dengan lembut tanpa menghakis sambil mencerahkan kulit dengan sempurna dan selamat.

Cara Guna :
 Gosok pada tapak tangan dengan sedikit air sehingga berbuih. Urut dengan lembut pada muka kemudian bilas.

Harga :
50 gm - RM 6.70 (S/M) / RM 7.10 (S/S) , 100 gm - RM 11.20 (S/M) / RM 11.80 (S/S)


Langkah 2: Menyegar

Penyegar - penyediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar tanpa alkohol ini mencerah sambil mengetatkan pori wajah.

Cara Guna :
 Tuangkan sedikit pada kapas dan sapukan dengan lembut di muka.

Harga :
100 ml - RM 8.20 (S/M) / RM 8.60 (S/S)


Langkah 3: Memelihara

Serum - bertekstur ringan yang mengandungi molekul yang mampu meresap jauh ke dalam sel kulit dengan cepat.

Cara Guna :
Sapukan pada muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum menyapu krim pelembap muka.

Harga :
20 ml - RM 25.90 (S/M) / RM 26.80 (S/S)


Langkah 4: Melembap

Krim Pelembap Siang SPF20 PA++ - memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

Cara Guna :
Sapukan pada muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing. Gunakan selepas gunakan serum.

Harga :
45 gm - RM 18.50 (S/M) / RM 19.30 (S/S)


Langkah 5: Menyerikan

Krim BB SPF30PA++ dengan vitamin E - bertindak menutup cela, melembapkan kulit serta menyamaratakan tona sebelum menggunakan solekan. Ia digunakan sebagai asas solekan dan pelindung uv.

Cara Guna :
 Ratakan pada wajah dan leher selepas menggunakan pelembap muka.

Harga :
20 gm - RM 19.90 (S/M) / RM 20.70 (S/S) 


So, kalau korang semua nak cerah berseri sempena Bulan Syawal ni.. Bole la cuba rangkaian Produk Safi Balqis White Trilogy... Pastu, baru la rasa confident bila nak pergi beraya.. Produk ni boleh dibeli di Watson, Guardian dan semua pasaraya dan rasanya kedai runcit pun ada jual gak..senang nak cari uolls..harga pun murah.. memang berbaloi la..


Ok.. Jom pergi beraya... Bye..

Nak tahu lebih lagi tentang produk ni? klik bawah :

122 comments:

  1. Teringin nak guna pencuci muka yg ni... ramai yg kata bagus, tapi ena ni still tak ada keberanian nk try... kulit muka sensitive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kulit jenis sensitif gak.. tapi, alhamdulillah yang ni serasi.. tak tahu la kulit Ena serasi ke tak nnt.. kalau produk yang sekarang ni ok, teruskan jer.. tak payah tukar-tukar lagi.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Eyza hari tu pakai sebab jerawat.. Alhamdulillah ok.. cuma tipu la kalau kata xde jerawat langsung..kkdg naik jugak..tapi, tak la seteruk dulu..

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Syira.. InsyaAllah, kalau akak nak sewa nnt akak contact yer.. ;)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tak berani la nak jamin betul2 putih..cuma kulit akan jadi cerah sikit la.

      Delete
  5. Memang betul tu..kalau pakai berterusan elokla muka tu

    ReplyDelete
  6. Trus bli set blh kan..atau kna bli separate?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kisah.. kalau bole.. beli satu2 dulu.. tengok serasi atau tak..kalau ok baru beli satu set..tapi, terpulang la.. ni pendapat saya jer.. :)

      Delete
  7. Saya pakai yg cream kecantikan tu ok kan buat siang ari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krim kecantikan tu mmg pakai siang.. ala-ala foundation la tu.. x yah pakai foundation lagi..

      Delete
  8. kalau nak cerah memang kene pakai semua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya.. bergantung pada kulit masing-masing gak..

      Delete
  9. Kalau kulit saya ruam dan berminyak, sesuai ke pakai produk ni? Ke sesuai pakai yang lagi satu yang untuk mengawal jerawat dan kulit berminyak (warna oren) tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti sebenarnya.. kena tgk kesesuaian kulit.. ada gak orang yang kulit berminyak dan berjerawat.. sesuai pakai ni..ada yang sesuai pakai warna oren.. macam eyza dulu masa pakai safi balqis, eyza lagi sesuai pakai yang untuk cerah, jerawat hilang.. bila pakai yang untuk kulit berminyak, terus datang balik jerawat.. eyza pun x brani nak cakap mana satu lebih sesuai..

      Delete
  10. sis saya dah pakai safi rania....tp skg muka naik jerawat lak pastu parut yer lmbt lak sembuh jd sy ingt nk tukar pakai safi trilogy ni @ sy patut guna safi rania....kot2 yer ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun pakai Safi Rania agak tak sesuai.. muka jadi kusam.. saya tak berani nak rekemen awak guna produk yang mana sebab kkdg ada yang muka sesuai pakai rania.. ada yang sesuai pakai Balqis..

      Delete
    2. boleh terus tukar ke kalau sy nak pakai safi balqis ni?or nak tggu seminggu dulu baru tukar?akak dulu mcm mana?

      Delete
    3. rasanya jangan pakai terus..biar muka free dalam sehari dua.. pastu, baru pakai Safi Balqis.. bagi neutral balik kulit muka..

      Delete
  11. hi...skrg sy pakai safi rania gold...tetapi jerawat dan parut hitam xhilang.boleh ke pakai safi tilogy ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. awak dah lama ke pakai safi rania gold? tgk pada kulit muka jugak.. ada yang sesuai Rania, dan ada yang sesuai balqis.. macam eyza, eyza sesuai balqis.. Rania tak sesuai..

      Delete
  12. Replies
    1. Awak.. Safi Balqis ni bole jer beli kat Pasaraya atau farmasi Guardian ke watson ke.. ada jer.. tapi, kalau awak nak try.. nnt saya akan buat giveaway.. salah satu hadiahnya set safi balqis.. rajin2 la jenguk sini.. nnt join la giveaway tu yer.. :)

      Delete
  13. saya memang dah lama jadi pengguna safi. start dari safi balqis, perfect 10, n skrg da SBWT. Alhamdulillah memang berhasil..da hampir 6 tahun guna produk safi, yang penting kena rajin dan yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Produk Safi memang best kan.

      Delete
  14. salam perkenalan kak ^^

    saya berminat la nak cuba produk ni..tapi tak pasti nak try yg biru ni or yg oren? sekarang saya pakai sabun al-razi n end up byk jerawat dan itam plak tu kua.. so yg mne satu ptut saya cuba?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Saya tak berani nak suggest awak pakai yang biru atau yang oren sbb saya tak pernah pakai yang oren.. lagi pulak, kulit kita berbeza.. tapi, setakat ni saya mmg serasi dgn yang biru jer..

      Delete
  15. Assalamualaikum kak. Dulu saya pakai safi balqis perfect 10 ,muka oke jeh jerawat tkde mmg sesuai sgt dgn muka. tapi bila keluaran safi balqis perfect 10 dah gnti dgn SBWT, naik jerawat kat muka. macam mana ye? ke sbb saya tak tggu sehari dua bru tukar produk lain? kalau bintik hitam tuh agaknya boleh hilang ke? atau jerawat yg dah lama ad kat muka bila guna SBWT hilang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      maybe ada sesetengah orang tak sesuai dengan safi WT ni.. sebab kandungan dia dah berbeza... kalau rasa tak sesuai, baik berenti jer dik.. sebab takut nnt makin teruk plak..

      Delete
    2. Kita ada masalh yg sma..dulu guna Perfect 10 ok.muka licin..skang try yg baru..jerawat naik makin terok..try acne facial beribu2..sbulan dua lpas tu jrawat jd makin terok..mna la nak cari safi yg lama ni..sbb dh tak da keluaran da...

      Delete
  16. Assalamualaikum... kak saya dah gune pencuci safi wt nii....... jerawat saya semangkin berkurangan.... tetapi kesan jerawat susah nak hilang.... macam mana nye kak... produk safi wt yg mana nye saya kene cuba untuk hilangkan kesan jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan jerawat memang susah nak hilang dik.. akak pun macam tu.. tapi akak ada pakai serum jer sekarang.. Alhamdulillah dah makin kurang walaupun tak sepenuhnya..

      Delete
  17. Assalamualaikum... kak saya dah gune pencuci SBWT yg ni....jerawat semakin berkurangan tapi kesan jerawat yg lama masih ade.... macam mananye kak... produk SBWT biru yg mana untuk menghilangkan kesan jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Kesan jerawat mmg susah nak hilang.. muka akak pun still ada kesan jerawat.. sekarang ni akak pakai serum utk parut jer..

      Delete
  18. Salam.
    Klu mse wktu siang. Klu tknk kua, kne pkai ke krim siang?? Dn klu kua, slps pkai krim siang elok tk pkai bedak trus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... eyza kalau kat rumah tak pakai pun krim tu.. lepas cuci muka biar jer.. cuma malam pakai krim malam sebelum tido... kalau kuar, pakai krim siang, pastu sapu bedak terus.. no hal..

      Delete
  19. Safi mmg bagus..lme la nk berkesan.bpe bln la gak almost one year.tpy dlu sye jerawat rse 70%..but now 5/10%..wow amazing la.nmpk perubahan .n pastikan kulit neutral dlu pastu tnggu satu minggu or 3 ary tnpa ap2 produk before tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kena neutralkan dulu kulit baru pakai... n lagi satu Safi ni lambat sbb ianya bukan produk pengelupasan.. takpe..biar lambat asal selamat kan.. :)

      Delete
  20. Wah saya juga pakai ini barang (y) bagus sangat kualitasnya . Tapi kalau kirim ke Indonesia berapa kira - kira biayanya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti plak brapa harganya.. di indonesia tak ada yer? kalau awak berminat, saya boleh tlg belikan dan kirim ke sana. nnt sya try semak harga posnya ya..

      Delete
  21. Wah saya juga pakai ini barang (y) bagus sangat kualitasnya . Tapi kalau kirim ke Indonesia berapa kira - kira biayanya ?

    ReplyDelete
  22. Saya beli pembersih muka safi balqis white trilogy yang 100 gram punya dengan harga rm9.20 sahaja di speedmart hehe :)

    ReplyDelete
  23. Warna oren tu tak ok ke ? Sebab sebelum ni saye pakai garnier macam makin terok . Lagi kalau saya selsema hidung saya naik jerawat . Muke saya sekarang terok maybe sebab saya suke picit jerawat sampai jadi kudis . eyza rase sesuai tak saya pakai yg oren tok hilangkan semua kesan terok pade muke ?

    ReplyDelete
  24. Warna oren tu tak ok ke ? Sebab sebelum ni saye pakai garnier macam makin terok . Lagi kalau saya selsema hidung saya naik jerawat . Muke saya sekarang terok maybe sebab saya suke picit jerawat sampai jadi kudis . eyza rase sesuai tak saya pakai yg oren tok hilangkan semua kesan terok pade muke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza tak berani nak cakap pasal yang warna oren tu eyza tak pernah try lagi.. dia ikut kesesuaian muka.

      Delete
  25. SBWT ni sesuai utk kulit muka yg cmne?? normal ke? brminyak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyza pun tak brani nak cakap sesuai untuk kulit macam mana.. tapi, eyza mmg kulit yang berminyak...

      Delete
  26. Nk tnye, boleh ke kalau pki pencuci muka yg wrna biru tapi tak guna penyegar? Harap jawab ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, eyza ms pakai safi ni.. mmg jarang sangat pakai penyegar.. sampaikan kadang2 x pakai pun.. sebotol tahan sampai berbulan-bulan sebab x pakai.. rasanya ok jer kalau tak pakai..

      Delete
  27. Nk tnya . klau pkai krim malam tnpa pkai serum boleh ke ? Ke wjib pkai serum sblum pkai krim malam n siang ?

    ReplyDelete
  28. slm. nak tny sikit. kalau nk hilangkan bintik2 hitam kene guna gel pengelupasan ke? kalau ye, bile ye perlu pakai? selepas pakai pelembab atau selepas pakai krim bb?. thanks

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. Akak, saya bru je pakai produk SAFI, sebelum ni xpenah pon pakai ...bru2 ni sy ade beli losyen dgn syampu, best sgt bau dia, n produk ni memang bagus. halal dan yakin sgt ngan SAFI berbanding produk lain, dh mula suka ngan produk safi ^_^

    akak, yg SBWT, kalau sy pakai toner, krim pelembap ngan bb cream dlu boleh ke? sbb skrg sabun pencuci dengan serum saya dah ade produk lain...ke xboleh campur2?? nk tny pasal SBWT, sy ade beli losyen badan ekstra lembapan WT botol kaler pink, tp ade kemusykilan sikit, sbb sy ade search kat SAFI website tp xde plak produk ni yg botol kaler pink tp semua botol biru...yg sy beli ni mmg safi ke tiruan kak?? sy nk pakai barangan malaysia dan halal skrg, dh xnak pakai brg2 yg syubhah ni, nk cari keredhaan Allah dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan...harap akak dpt beri pencerahan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      betul la tu cara awak pakai...pasal campur produk tu akak x pasti plak.. sebab akak sekarang dh x pakai SAFI.. tapi pendapat akak, better pakai satu set jenama yg sama...

      untuk yang warna pink akak tak pasti sama ada tiruan atau tak.... tapi nnt akak try tanya kat HQ yer kalau diaorang dpt bagi jawapan.nnt kalau dah ada jawapan, akak share... :)

      Delete
    2. Akak eyza dah tak pakai SAFI lagi? Boleh tak akak share akak pakai skincare apa skrg please.. :)

      Delete
    3. Akak eyza dah tak pakai SAFI lagi? Boleh tak akak share akak pakai skincare apa skrg? :)

      Delete
    4. Sekarang akak pakai produk Seqybeauty. Alhamdulillah serasi.

      Delete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So Far, saya pakai pelembap tu sebelum ni ok.. x berminyak..

      Delete
  32. X gune krim safi yg dalam bekas kecik tu k

    ReplyDelete
  33. Sy umr 18 tahun. Sy pakai produk safi rania sejak form 3 lgi. Alhmdullah ok . Tp mmg kesan jerawat lmbt hilang eh kak? Ade kesan hitam ckit. Ke sy perlu tukar ke safi balqis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu akak tak sure sbb akak pakai safi Rania sekejap jer.. tak sesuai..lebih sesuai ngan safi Balqis..

      Delete
  34. Aslmualaikum..kalau dah pakai produk ni mcm mne kita nak tahu ianya ianya sesuai?dan bagus tuk kulit kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      kalau kita pakai sesutu produk.. pastu muka jadi gatal2 atau makin trk.. baik berenti dulu.. maybe tak sesuai..

      Delete
  35. Produk safi balqis perfect 10 yg lama xjual lagi kee.. produk baru ni mcm x memuaskan .saya pakai dah 3 bulan. Muka saya lebih teruk dari dulu. Berminyak, xblent , kusam Minta penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Safi Balqis Perfect 10 mmg dh takde jual dik... Bergantung pada kulit muka jugak sebenarnya.. ada yang sesuai yang lama n tak sesuai yang baru.. kalau rasa tak sesuai... baik adik stop dl.. takut makin trk plak nnt..

      Delete
  36. Hi Akak, saya beli Safi Balqis White Triology pembersih muka & pembersih dan penyegar. Saya nak kena pakai yg mana satu? Or pakai dua dua pun boleh?? Sbb dua dua cleanser

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya 1 dah cukup.. cuma kalau dh dua-dua ada, adik boleh selangselikan penggunaan.. Pendapat akak baik pakai yang pembersih+penyegar.. senang.. 2+1

      Delete
  37. Akak nak tanya, mana nak pakai dulu eh,pencuci muka 2in1 , pelembap muka hydragel, serum and bb krim? :)

    ReplyDelete
  38. Akak, berapa lama ye akak ambil masa cerahkan kulit ni. klau pakai pencuci muka, serum pencerah, dgn krim kecantikan boleh x ?

    ReplyDelete
  39. Akak pls bagi tips yg safi ni untuk kulit cerah. Kulit saya gelap dan kusam. Saya mintak akak suggest mcm mana nak cerah pakai safi ni.

    ReplyDelete
  40. Akak, berapa lama ye akak ambil masa cerahkan kulit ni. klau pakai pencuci muka, serum pencerah, dgn krim kecantikan boleh x ?

    ReplyDelete
  41. Sis pakai safi balqis utk kulit normal ke (bekas biru) or yang warna oren tu.. ? Kompius :) sbb muka saya berjerawat

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  44. hai kak..sy pakai yg oren..tp boleh ke kalau nk pakai serum yg biru tu? :DD

    ReplyDelete
  45. Salam..nak tanya ni..saya baru je mengunakan produk sbwt ni..tapi banyak ruam keluar kt muka?..gatal sgt2..adakah ni kesan pakai sbwt atau kesan cuaca yg tidak menentu sekarang?..ada tak kes macam saya sebelum ni???..mohon penjelasan secepat yang bole please..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure pulak utk kes macam awak ni... sebab masa saya pakai dulu xde la naik ruam2 camtu.. maybe jugak faktor cuaca kut..

      Delete
  46. Akk satu set blh dpt berapa?? Sy mmg tgh pakai safi. Cuma selalu beli satu satu. Jrng jumpa yg satu set trs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun dah lupa berapa harga satu set tu dik. tapi rasanya tak sampai 100...

      Delete
  47. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete
  48. boleh tak kalau saya pakai krim kecantikan tu saja. pencuci muka saya yg tutup pink tu tpi brand safi jugak lah. mcmmana ye. ok ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole.. sebab krim kecantikan tu macam foundation je.

      Delete
  49. boleh tak kalau saya pakai krim kecantikan tu saja. pencuci muka saya yg tutup pink tu tpi brand safi jugak lah. mcmmana ye. ok ke

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum kak. Lately, kulit muka sy berjerawat. Boleh tlg suggest tak produk apa yg berkesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. akak dulu pakai Safi Balqis muka ok. Tapi ikut kesesuaian muka jugak. try pencuci muka dulu. kalau sesuai teruskan.

      Delete
  51. Assalamualaikum . nk tnya, kalau pakai krim bb tnpa pakai bedak tk pe ke ? Kiranya kalau nk kluar pakai krim bb tu je. Ke akan beri apa2 kesan ? Hrp bls :)

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum. Nak tnya, kalau pakai krim bb tnpa pakai bedak tk pe ke? Kiranya sbelum kluar pakai krim bb je .ke akan beri apa2 kesan?

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum. Nak tnya, kalau pakai krim bb tnpa pakai bedak tk pe ke? Kiranya sbelum kluar pakai krim bb je .ke akan beri apa2 kesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Bole je sebab BB Cream tu dah ada pelindung UV

      Delete
  54. assalam rase macam nak pakai lah BB krim 2 tapi saya guna pencuci muka safi warna oren boleh ke pakai bb krim warna biru???

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Akak tak pernah cuba pakai yang oren tapi kalau adik nak try bole je. kalau tak sesuai berhenti.rasanya takde effect apa2.

      Delete
  55. Assalam rase macam nak guna lar BB krim 2 tapi saya guna pencuci muka warna oren boleh ke saya guna BB krim 2??? ye la warna dy kan lain...

    ReplyDelete
  56. assalam...akk saya tanya saya guna sabun cuci muka wannar oren tpi sye nah pakai krim BB wannar biru boleh ke???

    ReplyDelete
  57. assalam rase macam nak pakai lah BB krim 2 tapi saya guna pencuci muka safi warna oren boleh ke pakai bb krim warna biru???

    ReplyDelete
  58. Kalau ta p jenjalan n dduk rumah pon kne slalu pakai ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam rumah just pakai pencuci, penyegar dan pelembap je. Tapi kalau tak nak pakai pelembap pun boleh.

      Delete
  59. Kalau ta p jenjalan n dduk rumah pon kne slalu pakai ke ??

    ReplyDelete
  60. kalau x pakai krim pelembap siang tu x pe ke ?

    ReplyDelete
  61. klau x pkai krim pelembap siang tu x pe ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je, tapi akak suka pakai sebab muka moist sikit

      Delete
  62. Saya dari indonesia , saya pakai produk balqis tapi hanya cream saja . Tapi cream sudah habis jika mau belik dengan akak bisa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Wenny,

      Akak boleh saja tolong belikan tapi maybe postagenya akan jadi mahal nanti. Akak pun tak pasti berapa harga pos.

      Delete
  63. Assalam, akak ape bezanya warna biru dan warna oren tu? Boleh hilangkan sunburn x? Sbb kulit muka saya cpt sunburn?

    ReplyDelete
  64. Kak toner tu blh pkai mse bile

    ReplyDelete
  65. Salam, saya dah umo 18 n tak pernah pakai apa apa produk. Now rasa mcm dah berminyak sikit. So skrng saya nak try safi haha sebab rasa mcm oke. Akak prefer untuk pakai apa sebagai permulaan ye?
    Thanks ~

    ReplyDelete
  66. Malam akak nak tanya kalau tuk wajah yang ada jerawat boleh tak guna ni.

    ReplyDelete
  67. Malam akak nak tanya kalau tuk wajah yang ada jerawat boleh tak guna ni.

    ReplyDelete
  68. Malam akak nak tanya kalau tuk wajah yang ada jerawat boleh tak guna ni.

    ReplyDelete
  69. Kalau nak guna safi balqis white trilogy cleanser and toner ni kena cuci muka dgn pencuci muka dulu ke atau blh terus guna je ?

    ReplyDelete
  70. Boleh ke guna perfect 10 utk kulit kombinasi?

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum..jika nak beli produk safi bisa contact kat mana?thanks kak

    ReplyDelete
  72. Akak kalau muka berjerawat bgus pakai yg mne

    ReplyDelete
  73. Untuk kulit berjerawat dicadangkan pakai yang warna oren.. tapi akak dulu pakai yang safi biru ni je.. Alhamdulillah sesuai..

    ReplyDelete