::Bahagiakah Tanpa Zuriat:: - Blog Eyzamiel

23.12.11

::Bahagiakah Tanpa Zuriat::

Bahagiakah Tanpa Zuriat... tu la tajuk Semanis Kurma semalam... Bahagiakah? Yup.. aku bahagia... walaupun kami belum dikurniakan zuriat, tapi kami terasa semakin lama semakin sayang... kami saling melengkapi antara satu sama lain... kami saling menasihati antara satu sama lain.. kami saling berkongsi rasa antara satu sama lain...

Bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok Rancangan tu semalam.. Meh sini aku share sikit tips2 yg Ustazah & Ustaz bagi... Antaranya:

- Walau apapun usaha yang kita buat, jangan sesekali kita lupa untuk berdoa kepada Allah...
- Banyakkan beristiqfar dan bersedekah..
- Jangan dengar kata negatif dari orang lain.
- saling meyokong antara satu sama lain.
- Banyakkan bersedekah pada bayi baru lahir.

Ustaz jugak ada bagi cara2 nak bagi anak angkat jd muhrim dengan kita:

- anak angkat yg hendak diambil mesti berumur kurang dr 2 tahun.
- mesti disusukan oleh kita sehingga 5 kali kenyang
- kalau selepas kita dah makan ubat pun susu tak nak keluar, kita bole mintak kakak @ adik perempuan sebelah isteri susukan (kalau anak angkat lelaki), begitu jugak sebaliknya....

Antara surah2 yang Ustazah bagi untuk kita amalkan ialah:
- surah Ali-Imran ayat 38
- surah Mariam ayat 4-6
- surah An-Anbiya ayat 89
- surah As-Saafat ayat 100
- surah Marian ayat 100
- surah mariam ayat 5

Dan petua:
- tiap2 hari minum air suam campur dengan madu asli...

Semoga semua ini dapat membantu kita yang inginkan zuriat... Moga2 kita semua berjaya.. Amin...

3 comments:

  1. InsyaAllah.. pahit itu akan manis akhirnya... rezeki itu perancangan Allah, sama juga mcm jodoh..

    ReplyDelete
  2. Tgk jugak smlm..best ustaz tu ckp..insyaAllah bila Allah dh tentukn waktu yg sesuai nnt akan ada juga rezeki eyza..bahagia tu pilihan kita..kita yg menjadikannya bahagia or tak kan?

    ReplyDelete
  3. xtengok plak cite nie. nnti tggu kat youtube la. a'a yup..bahagia :)

    ReplyDelete