December 2011 - Blog Eyzamiel

31.12.11

::SBPA::

Saturday, December 31, 2011 3
::SBPA::

Sekarang ni sana sini orang dok bercerita tentang SBPA ni... ada yang cakap dia untung dan ada yang rugi.. Bagi aku, aku tetap dapat untungnya sebab gaji aku naik.. walaupun tak sebanyak gaji orang2 yang lebih berpangkat tinggi, tapi aku tetap bersyukur.. ade la jugak dr xde langsung....

Minggu ni kat opis aku, meriah sangat2.. meriah ngan staff2 yang datang serbu opis untuk ambik Borang SBPA dan borang pencen 60.



Nak serahkan borang SBPA pun dah macam nak amik APC.. hi..hi..hi...

Aku pun dah selamat hantar borang-borang tu.... Tahun depan, dapat gaji baru... Bestnya....

Kawan-kawan, apa pilihan anda? :)


28.12.11

::Rumah Sewa::

Wednesday, December 28, 2011 0
::Rumah Sewa::
Sekarang ni mood nak update blog dah lari ke laut.. Sebab? Sebab aku tengah risau.. Risau cari rumah sewa yang baru... Rumah sekarang ni owner nak duduk balik.. Dulu dia kena transfer ke Terengganu, sekarang ni dia dah dapat tukar balik KL.. So, apalagi.. kelam kabut la aku ngan hubby dok cari rumah sewa... pening kepala aku.. ingat x nak stress, tapi bila fikir2 stress pulak... ish..ish..ish... Dah la kat Ampang ni sewa rumah mahal yang amat... pastu, nak dijadikan citer, time aku cari ni la xde pulak yang kosong...

Kalau ikut plan asal, tahun baru ni aku n gan hubby akan balik Penang, tapi bila dah jadi camni.. Tak jadi balik la jawabnya... So, masa cuti ni kena la kami packing barang walaupun belum dapat rumah...

Nota: Kalau ada sesapa yang tau ade rumah sewa area Ampang, tolong la roger2 aku yer...

23.12.11

::Bahagiakah Tanpa Zuriat::

Friday, December 23, 2011 3
::Bahagiakah Tanpa Zuriat::
Bahagiakah Tanpa Zuriat... tu la tajuk Semanis Kurma semalam... Bahagiakah? Yup.. aku bahagia... walaupun kami belum dikurniakan zuriat, tapi kami terasa semakin lama semakin sayang... kami saling melengkapi antara satu sama lain... kami saling menasihati antara satu sama lain.. kami saling berkongsi rasa antara satu sama lain...

Bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok Rancangan tu semalam.. Meh sini aku share sikit tips2 yg Ustazah & Ustaz bagi... Antaranya:

- Walau apapun usaha yang kita buat, jangan sesekali kita lupa untuk berdoa kepada Allah...
- Banyakkan beristiqfar dan bersedekah..
- Jangan dengar kata negatif dari orang lain.
- saling meyokong antara satu sama lain.
- Banyakkan bersedekah pada bayi baru lahir.

Ustaz jugak ada bagi cara2 nak bagi anak angkat jd muhrim dengan kita:

- anak angkat yg hendak diambil mesti berumur kurang dr 2 tahun.
- mesti disusukan oleh kita sehingga 5 kali kenyang
- kalau selepas kita dah makan ubat pun susu tak nak keluar, kita bole mintak kakak @ adik perempuan sebelah isteri susukan (kalau anak angkat lelaki), begitu jugak sebaliknya....

Antara surah2 yang Ustazah bagi untuk kita amalkan ialah:
- surah Ali-Imran ayat 38
- surah Mariam ayat 4-6
- surah An-Anbiya ayat 89
- surah As-Saafat ayat 100
- surah Marian ayat 100
- surah mariam ayat 5

Dan petua:
- tiap2 hari minum air suam campur dengan madu asli...

Semoga semua ini dapat membantu kita yang inginkan zuriat... Moga2 kita semua berjaya.. Amin...

22.12.11

::Terharu dengan Hubby::

Thursday, December 22, 2011 8
::Terharu dengan Hubby::

Terharu sangat bila bukak fb tadi.... Tak sangka hubby akan post kat Wall dia camtu.. Maybe sebab aku suka sangat nangis dan cerita pasal orang lain yang mengandung...

Nota: tak sabar nak tengok Semanis Kurma malam ni....

21.12.11

::Det Station Ampang::

Wednesday, December 21, 2011 2
::Det Station Ampang::
Aduh... nape la mood malas nak update makin menjadi-jadi sekarang ni.... Nak citer pasal ape yer...
Ok, aku nak citer tentang tempat makan yang best kat tempat aku.... Det Station... Kat sini, xde la jual macam-macam makanan... tapi, dia punya Nasi lemak Ayam Panas ngan Char Koay Teow memang best....



Aku ngan hubby suka jugak la lepak kat situ.. selalunya, hubby akan pesan Nasi lemak Ayam... Aku pulak Char Koay Teow spesial...

Char Koay Teow yg mabeles...

Nasi Lemak ayam yang best...
Tapi, aku ngan hubby ni, memang jenis yang kuat makan.... Lepas jer kitaorang makan kat situ... bole pulak masing2 bungkus pulak nak makan kat rumah.. Buruk lantak kan? :) Bila part bungkus ni, aku ngan hubby akan tukar pulak.. aku tapau Nasik lemak Ayam, hubby pulak Char Koay Teow Spesial....

Macammana nak diet kan? :)

17.12.11

::Dah tak was-was lagi::

Saturday, December 17, 2011 0
::Dah tak was-was lagi::
Siti Nor Bahyah Mahamood kini memasuki tahun kedua bergelar Jurucakap Halal Safi menegaskan pengguna Islam tidak perlu was-was dengan penggunaan aneka produk kecantikan berjenama Safi.

Tadi masa aku bukak FB, ade mesej dari Zana...  Zana suruh aku baca satu artikel kat Utusan Malaysia Pasal keraguan aku tentang Safi Rania... dan Alhamdulillah, sekarang ni dah tak was-was lagi.... Thank's Zana...

Sesiapa yang ade keraguan macam aku, baca la Artikel berkenaan halal haram Safi Rania Gold kat Utusan Malaysia ni...


14.12.11

::Safi Balqis ke Safi Rania?::

Wednesday, December 14, 2011 6
::Safi Balqis ke Safi Rania?::

Tahun depan umur aku dah 30... OMG, dah nak masuk three series... Rasa macam baru lepas sekolah.. hi..hi...

Sesapa yang baca blog aku ni dari mula mesti tau kan yang aku dulu ada masalah jerawat yang kronik.... lepas aku pakai Rangkaian penjagaan muka jenama Safi Balqis, Alhamdulillah..masalah aku selesai...

Mengenangkan tahun depan dah masuk umur 30, aku ingat nak la try Safi Rania pulak..mana la tau, pasni cantik cam Rozita Che Wan pulak... hi..hi..hi... Tapi, perasaan takut tak serasi tu tetap ada... Sekarang ni tengah 50/50 samada nak pakai Safi Rania ke tak.. Ade sesapa yang pakai Safi Rania? Macammana? Berkesan tak?

12.12.11

::Aktiviti semalam & hari ni::

Monday, December 12, 2011 3
::Aktiviti semalam & hari ni::
hari ni aku dapat cuti... Untuk yang kerja kat Selangor ajer... Walau aku cuti, tapi tetap tak bole gi tengok Ombak Rindu.. Sebab apa? Hubby pulak yang ade kat Melaka nun.. Nak gi tengok sorang memang la tak best... Pagi tadi, hubby gerak gi Melaka, aku pulak gi opis... Malas la nak dok umah... Boring gak.. Buat keja jap, pastu boring pulak... Kul 3 dah balik... tengok kereta hubby dah kotor sangat, aku bawak la dia gi mandi dulu.... Dah bersih baru balik umah....

Semalam pun tak dapat tengok Ombak Rindu.. Aktiviti semalam lagi padat.. apa yang aku plan ada yang jadi ada yang tak.... Nak tau apa plan aku? ha.. Ni dia...

~ Kenduri kahwin kat Ampang (Pergi)
   * Gerak dari rumah pukul 1 lebih... Best sangat sebab dapat jumpa kawan2 lama masa aku kerja kat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.Borak-borak dengan diaorang semua... Dalam pukul 3 baru gerak....

~ Tesco (Pergi)
   * Balik dari kenduri, singgah jap kat Tesco sebab nak beli Towel...

~ Tutti Frutti (Tak Pergi)
    * Sebab dah petang, dan masih ada destinasi nak dituju... Hubby tak nak pergi... Ala.. aku nak pg sebab dapat diskaun 50%.. Nak tau apa hubby cakap? Dia kata, kalau nak diskaun gak, hari lain pun bole... Tapi aku bayar separuh, dia bayar separuh.. dapat la diskaun 50%... Geramnya... aku tengah marah, dia buat lawak pulak...

~ Besday Party & Kenduri Akikah anak kawan aku (Pergi)
   * Keluar je kat Highway Rawang, pg cuci kereta dan terus gerak ke Puteri Heights... Walaupun agak lambat dan khemah pun dah dikemas, Alhamdulillah..sampai gak... Hepi sangat sebab dapat jumpa Kak Tin ngan baby2 nya... Agak lama jugakla  kami  tak jumpa...

~ Mydin KL (Pergi)
   * Plan ngan hubby nak singgah Mydin jap sebab nak beli toto ngan barang2 keperluan untuk rumah sewa hubby kat Melaka... Habis shopping kat sini dah pukul 8 lebih...

~ Melaka (Tak Pergi)
   * Sebab dah agak malam dan hubby pun dah penat..Kitaorang tak jadi pergi Melaka.. sebab tu la hubby gi sorang2 hari ni....

Tu je la, aktiviti aku untuk 2 hari ni... Yang paling Best bila dapat jumpa kawan2 lama...

10.12.11

::Tutti Frutti 50%::

Saturday, December 10, 2011 2
::Tutti Frutti 50%::


Dear Froyo fans!

Come and enjoy 50% off your delicious Tutti Frutti froyo this weekend (10th & 11th Dec'11) at our latest Ampang Jaya outlet! Details as follows:

Address: No.4, Lorong Kolam Ayer Lama 1, Ampang Jaya, 68000 Selangor. Located next to International School KL (ISKL) and the same row as 7 Eleven.
Opening hours 10am-10pm.

*Offer valids at this particular outlet and for this weekend only!

Hope to see u there!!
Untuk keterangan lanjut.. sila ke sini..

nota: so, apa lagi kawan-kawan... jom la kita serbu Tutti frutti... Hari ini dengan esok jer ade diskaun ni....

9.12.11

"My Great Cuti Cuti Cinta Contest"

Friday, December 09, 2011 2
"My Great Cuti Cuti Cinta Contest"

Entry ni dah lama dok asyik terperap dalam draft...memandangkan hari ni agak free.. aku pun sambung la buat contest ni....

Erm... tempat yang paling Best dan paling great setakat ni yang aku pg ngan hubby adalah SABAH... Memula ingat nak citer Sarawak, tapi disebabkan Sarawak kampung hubby, itu dah tak bole kira percutian kan? sebab tu la aku ubah ke Sabah....

Ok, kami bertolak dari KL pada  6 Mac 2009.. Kami pergi 5 hari 4 malam...
kami pergi naik Air Asia....Aku dah tempah tiket Air Asia dari bulan Dis 2008.... Masa tu takde sale..harga dia bole tahan la jugak.... Kami pergi redah jer.. tak pakai travel ajen pun... mula-mula masa sampai kat Airport, kami ambik teksi ke Tune Hotel.. Tune Hotel ni terletak dalam shopping Mall 1Borneo... Sepanjang kat sana kami sempat pergi Kundasang, Ranau, Kaki Gunung Kinabalu, pekan Nabalu, Poring Hot Spring, Pasar Filiphina, Pulau Manukan, Pantai Tanjung Aru dan kawasan-kawasan siktar Bandar Kota Kinabalu....Kos yang terlibat? Tak berapa ingat.. tapi rasanya termasuk tiket flight kami habis dekat 4 ribu jugak la.... Sebenarnya, aku dah pun buat entry tentang percutian ni dulu.... Untuk cerita yang lebih detail, bole rujuk sini ...

Percutian ni adalah percutian yang Best dan great bagi kami suami isteri sebab sepanjang percutian ni kami bole berdua-duaan tanpa gangguan kerja.... Tutup henpon... pueh hati... Dan yang paling best, sebab aku dah lama teringin nak pegi sana... tak sangka pulak hubby tunaikan....













Sebahagian gambar2 kat sana....

Ok, yang pertama dah selesai....

B) Kemudian jawab soklan mudah ini :
i) Berikan tempat CUTI CUTI CINTA yang pnstoberi pegi utk 
*bulan Januari
 - Kekda gi Sabah
*bulan Julai
- Kekda gi Cameron Highlands
 
*bulan Oktober 2011
- Kekda gi Hong Kong

ii) Lengkapkan ala-ala slogan ini - Saya suka blog pnstoberi kerana blog Pnstoberi penuh dengan info-info tentang tempat percutian dan tempat makan yang Best.Bole jadi tempat rujukan untuk saya bila nak pergi cuti-cuti Malaysia....

K, selesai....

7.12.11

::3 BE Menari-nari::

Wednesday, December 07, 2011 1
::3 BE Menari-nari::

Hepi sebab 3 BE yang tengah menari-nari kat blog aku ni merupakan BE terlama dan penyumbang terbanyak untuk blog aku... Harap-harap la lepas ni, makin banyak BE yang menari kat blog aku ni... :)

Ultimate Cheesy 7 bites

Wednesday, December 07, 2011 0
Ultimate Cheesy 7 bites


Lunch semalam aku n geng decide nak try Pizza yang baru tue... Ultimate Cheesy 7 Bites... Aku ni pulak memang penggemar cheese... memang sesuai la Pizza ni ngan aku.....







Pizza ni Cheese semata-mata..kalau nak tambah topping lain kena charge 3 ringgit... Kami tambah Hawaian Chicken... Tapi, sebab cheese terlampau banyak, tak rasa langsung topping tu....

Kesimpulan: Pizza ni terlalu muak sebab banyak sangat cheese... aku lebih suka pizza biasa jer....Sedap.... :)

Nota: Akhirnya Cik P datang dengan banyaknya... Dah 2 hari perut meragam.... Mudah2an cycle kali ni akan berjaya...

5.12.11

::Nak datang? cepat la sikit!::

Monday, December 05, 2011 0
::Nak datang? cepat la sikit!::


Perut dah mula sakit-sakit... ni tak lain dan tak bukan..... Cik P nak datang la tu... Nak datang, datang la cepat... Dah tak tahan menanggung sakit perut ni....

4.12.11

::Frust gara-gara Ombak Rindu::

Sunday, December 04, 2011 2
::Frust gara-gara Ombak Rindu::
Pagi tadi aku ngan hubby dah plan, nak pegi tengok Filem Ombak Rindu kat Mid Valley... Tapi, lambat pulak kuar dari rumah tadi.. ni semua gara-gara aku nak tengok Melodi dulu... Pas habis Melodi baru kuar rumah... Pastu, hubby tukar plan.. gi Wangsa Walk Mall aje sebab dah malas nak gi Mid Valley... Ok la.. kat situ pun ada panggung wayang...

Muka orang hepi sebab nak gi tengok Ombak Rindu....

Dah sampai Wangsa Walk.. terus naik atas.. gi cari tiket dulu... tengok2 yang tayangan waktu petang semua dah habis... tinggal yang pukul 7 lebih ngan 9 lebih je.... takpe la.. kami pun beratur jugak... nak amik tiket yang pukul 7 lebih.. Beratur punya la panjang... elok sampai jer kat kitaorang.. budak yang jual tiket tu cakap yang tiket kul 7 lebih hanya tinggal 1 jer... ala, takkan aku nak tengok sorang pulak.. nak amik tiket kul 9 lebih cam lama sangat sebab masa tu baru pukul 2 lebih.... Last2, kami tak jadi tengok.. Frust sangat... Terpaksa la tunggu minggu depan pulak..

kat kaunter tiket....
Dah tak boleh tengok Ombak Rindu... hubby ajak gi main boling pulak.. ok la, ingatkan bole la main.... Budak yang jaga boling tu suruh tulis nama dulu..pastu, nanti dia panggil..aku pun tulis la nama.. aku orang yang ke 19 tengah tunggu lane kosong...tunggu punya tunggu tak jugak dipanggil..perut pun dah berbunyi... hubby suh cancel je sebab dia dah lapar... so, terpaksa la cancel....


Nak main boling pun ramai orang....
Kami turun bawah... cari tempat makan... mula2 hubby ajak makan kat Secret Recepi... Tapi, sekali lagi hampa... FULL House.... Jalan lagi... tengok kat Popeyes, ada tempat kosong.. bole la...


Makanan kami...

Aku amik ayam goreng....

Strawberry Chesecake...
Dah lepas makan kat situ, hubby ajak gi sekali lagi kat SR... Pun masih penuh..memang takde rezeki hubby nak makan kek kat SR....Suh tapau tak nak pulak...

Sempat beli CD DVD kat Wangsa Walk... tengok wayang kat umah jer la...
Kitaorang pun terus keluar dari Wangsa Walk, gerak pulak ke Carefour..... Pegi sana sebab nak beli langsir untuk umah sewa hubby kat Melaka... Tapi, xde pulak langsir yang hubby berkenan..

Pastu, hubby ajak gi makan mee kari kat The Chicken Rice Shop... Tapi, lagi sekali hampa sebab Mee Kari takde pulak...terpaksa la tukar dengan laksa nyonya...

Kiut tempat simpan sudu ni...

Aku yang dah kepenatan....
Kuar dari Care4, gerak ke Tesco pulak...Gi cari langsir lagi...... Pastu, baru balik ... Kepenatan....