sabah lagi... - Blog Eyzamiel

17.3.09

sabah lagi...

disebabkan sekarang ni aku free sikit, leh la aku story pasal aktiviti aku kat sabah...

1st day (6hb):~
ambik teksi dari rumah sampai kl sentral, pastu naik skybus ke LCCT sbb aku dah beli tiket bas online so senang la sikit.check in awal. org mmg ramai tul, x tau diorg ni sume nak gi mana. tp yg pasti pelancong lebih byk dr org kita.dr kl ke kk lebih kurang 2 jam lebih. sampai je sana, jam dah kul 6. amik teksi terus gi hotel. disebabkan org keja opis dah balik, so terpaksa la bergelut ngan jammed. sampai hotel, check-in, mandi & solat, terus je gi 1 borneo (sbb hotel yg aku dok ni dalam hypermall 2) cari mknn. lapar woo.. x tau nak mkn ape. last2 abg J pilih nak makan kat The Chicken Rice Shop. pas makan ape lagi balik hotel terus je tido.

2nd day (7hb):~
kat sana kalau kul 6 dah terang benderang. so, aku ngan abg J x tau nak buat ape hari ni, jd kitaorg pun tipon la travel agen. so, diaorg cdgkan kami ambik pakej kinabalu. aku ngan hubby setuju je la sbb nak gi sendiri pun susah gak. bayaran rm 320.00 ( sorg 160.00). tp mmg berbaloi la sbb pemandu pelancong kitaorg best sgt. mula2 kitaorg pg ranau, kundasang, pekan nabalu, poring hot spring and last skali gunung kinabalu la. x rugi woo. rasa cam nak gi lg. damai je kat sana. balik hotel kul 5.30.mandi, solat, pastu gi makan. malam ni kitaorg nak cuba mkn kat food court dalam 1 borneo gak. ok gak la makanan kat situ. dah kenyang terus balik hotel.

3rd day (8hb):~
disebabkan kitaorg rasa cam dah tahu sikit jln2 kat sini, kitaorg terus ambik shuttle 1 borneo ke bandar kk. kat bandar kk ni, kalau hari ahad ada tamu (mcm pasar tani kalau kat tmpt kita), dah habis ronda2 kat situ masuk plak ke pasar philipine. rambang mata aku tgk kristal ngan mutiara yg murah2. byak gak la yg aku shopping kat sini. antaranya:


kuih cincin



semua brg2 kering



cenderahati utk kwn2


kristal ngan mutiara

dah habis shoping, cousin abg J call bgtau yg dia pun ada kat kk. jumpa dia kat warisan squre. dia ngan tunang pun bwk la kitaorg gi pantai tanjung aru. Actually dia polis kat labuan. dr labuan ke kk kena naik feri lebih kurang 3 jam. then, diaorg hantar kitaorg balik hotel. kebetulan time 2 stacy AF buat pelancaran album dia kat 1 borneo, ramai la manusia kat situ. malas aku nak gi tgk, sesak sgt. malamnya kitaorg makan TCRS lagi.

4th day (9hb):~
pg lagi aku ngan abg J amik shuttle terus ke city. then ambik cab ke jetty. kitaorg ambik pakej ke Pulau Manukan. naik speed boat lg. teruja aku tgk air laut dia yg jernih amat. bila kita mandi, ikan2 akan dtg dekat ngan kita. mmg x rugi pg pulau kat sini. kul 4 kitaorg gerak balik dr sana. hujan lak time tu, aku ngan hubby x henti2 mengucap sbb bot dah terumbang ambing. mcm2 aku fikir. tp Alhamdulillah aku selamat sampai kat jetty. ambik cab terus balik hotel. malamnya kitaorg cuba makan steamboat kat sini. murah je. satu kepala rm 20.00. mcm2 pilihan. balik 2 Mr. J bungkuskan TCRS utk makan kat hotel. dia x boleh kalau x mkn nasik.

5th day (10hb):~
check-out hotel. gi sarapan. then tggu teksi ambik kat hotel utk gi terminal 2 Kota Kinabalu. awal sampai sana. flight plak delay. so, aku ngan abg. J gi jalan2 ang mkn kat food court. sempat lagi kitaorg beli Lobster kat airport. ok gak la harga dia. sampai kl kul 7 lebih.hujan lebat tuk. dekat kul 9 baru sampai rumah. syukur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment