Blog Eyzamiel

25.1.18

Hilangkan double Chin dengan Dolly V Shape

Thursday, January 25, 2018 1
Hilangkan double Chin dengan Dolly V Shape
Lepas keguguran hari tu badan Eyza ni macam dipam-pam.. Bulat je.. Double Chin tak payah cakap la bukan setakat double rasanya dah triple chin dah pun.. Hahaha..

Tercari-cari jugak produk yang boleh hilangkan triple chin Eyza ni.Akhirnya Eyza jumpa Dolly V Shape . Yeay. Ni pun sebab terpengaruh tengok MUA Bellaz pakai la.


Dolly V Shape Facial Lifting Mask ni dapat membantu menghilangkan double chin dan pipi tembam dengan cepat, berkesan dan selamat.

Kalau kita jenjalan kat Korea kita akan nampak gadis-gadis kat sana sangkut mask putih ni dekat dagu.Ingatkan topeng muka yang disangkut kat situ, rupanya mask nak bagi dagu runcing.


Dolly V Shape ni terbukti berkesan. Ianya juga dapat buat kita jimat duit dan masa sebab dengan pakai mask ni je kita dah tak perlu pembedahan untuk cantik. Dalam masa seminggu je kita dah boleh nampak kesannya. Dan yang paling best ada kelulusan KKM tau!


Dolly V shape ni berasaskan Hidrogel yang memberi kesan Cooling Effect dan mengurangkan saiz lipid lemak di bahagian pipi dan bawah dagu dengan cepat dan ianya juga mengandungi ekstrak hedera helix yang bertindak sebagai nutrien untuk memecahkan lemak di bahagian itu.

Ala.. lebih kurang macam kita pakai bengkung la... sama je cuma  yang ni proses bakar lemak tu lagi cepat tapi jangan risau sebab ianya tak panas langsung sebab kat dalam tu ada hyloronic acid untuk mempertahankan kelembapan.


Untuk yang kulit sensitif pakai 30 minit hingga 1 jam sahaja tapi kalau kulit normal boleh pakai tidur semasa mask ni akan lebih cepat bertindak waktu kita tidur dan esoknya lepas bangun baru kita bukak. Best je rasa. Kalau terasa gatal sikit normal tau sebab gel sejuk bawah dagu tu tengah buat kerja.


Kalau nak kesan cepat boleh pakai 5 hari berturut-turut iaitu sekeping sehari.Better pakai waktu nak tidur sebab ianya sejuk dan tak sedar pun dah pagi.

Dolly V Shape ni buatkan kulit pipi dan dagu jadi lembut disamping bertindak membakar lemak. Kiranya bonus 2 dalam 1 la.


Cara nak pakai pun senang sangat. Cuma tarik je lapisan bawah tu dan letak dekat dagu biar terletak cantik je.Yang lekuk tu letak bawah dagu ye jangan silap pakai pulak. 

Ni Eyza share cara MUA Bellaz pakai mask ni. 


Sekotak ada 5 mask. Sekeping mask untuk sekali guna je tau.Kiranya sekotak boleh tahan untuk 5 kali penggunaan.

Sekotak cuma berharga RM 70 je. Wow. Murah kan?

Tengah murah ni boleh la beli nak hilangkan double chin kat muka ni. Moga kita semua makin cantik untuk tahun 2018 ni.

Cara pembelian senang je.Pilih je salah satu cara kat bawah ni.

Whatsapp : +60166677083
Instagram : @rznbeauty_official2


23.1.18

Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Kedua)

Tuesday, January 23, 2018 4
Girls Trip ke Jogja / Yogyakarta (Hari Kedua)
Hari kedua di Jogja. Bangun seawal 6 pagi, siap-siap terus turun breakfast kat hotel. 


Pilihan makanan kat sini pun boleh tahan. Puas hati la makan. Alhamdulillah kenyang.


Selesai sarapan, terus gerak ke Merapi dulu. Perjalanan ke sana agak jauh jugak la. Bila sampai, kena tukar naik jip untuk teruskan perjalanan ke kaki Gunung Merapi.

Gunung Merapi / Merapi Mount


Nak tau tak sebab apa kena naik jip? Ha.. sebab jalan nak naik tu semua dipenuhi dengan batu hasil daripada letusan gunung berapi.

Cuba tengok video ni betapa kuat jip ni bergoyang.. Hahaha..


Destinasi pertama kami ialah Rumah salah seorang penduduk yang musnah dalam letusan gunung berapi pada 5 Nov 2010. Sepanjang tour kat sini, akan ada jurugambar yang akan ikut kita. So, kalau nak gambar cantik posing la comel-comel.

Rumah Asal

Rumah selepas letusan gunung berapi

Kat sini kami dibawa melawat sekitar rumah yang dah musnah.





Batu Alien


Naik lagi ke atas, ada batu menyerupai muka manusia. Penduduk kat situ panggil batu alien.

Dekat sini pemandangan cantik sangat. Rasa tak puas ambik gambar.


Sebenarnya tempat Eyza ambik gambar kat bawah ni tinggi jugak. Kena panjat tangga untuk naik. Ada 2 spot bergambar disediakan. Ada orang yang akan tolong kita ambik gambar. Bagi je handphone atau kamera, kita posing diaorang tangkapkn gambar. Kat sini kena bayar 5 ribu rupiah untuk upah ambik gambar. 



Dah selesai posing, kami naik jip semula untuk turun ke bawah. Sampai kat tempat van tunggu, diaorang akan bagi kita tengok gambar-gambar yang dah ditangkap tadi. Terpulang la pada kita nak beli ke tak. Sekeping 15 ribu rupiah. Eyza cuma beli 2 keping je sebab jimat duit. Hihihi.


Turun tu dah tengahari, semua pun dah lapar. Supir kami iaitu Mas Rudy bawak kami makan dekat Bale Kambang. Cantik tempat makan ni. Konsepnya pondok dan bawah pondok tu ada kolam ikan.Dekat situ ada jugak peniaga yang jual hasil kraftangan.Eyza terbeli bag kat situ. Unik.


Menu yang kami order boleh tahan banyak. Alhamdulillah.. dah kenyang terus sambung perjalanan ke Gereja Ayam.


Gereja Ayam


Bagi peminat cerita Ada Apa dengan Cinta mesti ingat gereja ayam ni kan. Untuk ke sini, supir parking kat bawah dan kami tukar naik jip sebab jalan berbukit dan curam. Untuk naik jip kami kena bayar seorang 7 ribu rupiah. Tiket ni tak termasuk dalam pakej sebab kalau tak nak naik jip boleh je jalan kaki. Macam kami yang dah letih ni, better la bayar naik jip je.Hihihi.


Tiket masuk dh dibayar oleh Mas Rudy, so kami just masuk je. Uniknya kat sini, tiket masuk ni sekali dengan ole2 iaitu ubi kayu goreng. Lepas melawat boleh redeem ubi kayu ni.


Kat sini tak ada apa sangat. Cuma kalau kita naik ke atas, kita dapat ambik gambar cantik macam dalam AADC.


Candi Borobudur


Kami sampai kat sini dalam pukul 3 lebih.. Kat Indonesia ni cepat malam. Candi ni ditutup pukul 5, sampai je memang tak buang masa explore. Tiket Masuk dibayar oleh Mas Rudy dan masa masuk tu kami dibagi air mineral sorang sebotol. Dari pintu masuk ke Candi Borobudur kena berjalan lebih kurang 1 km dan lepas tu kena mendaki tangga batu naik ke atas.


Mengah jugak la sebab tinggi macam tangga batu caves tu. Tapi yang ni lagi mencabar sebab dibuat dari batu dan laluan sempit. Tapi satu kepuasan bila ko berjaya sampai kat atas tu. Cantik tengok Sunset. 




Pukul 5 je, diaorang buat pengumuman untuk tutup. Jom la kita menapak turun.


Sebelum ke pintu keluar, ada tayangan 4D.  Mula-mula Eyza malas nak naik, tapi dh semua nak .. jom la kita naik. tu pun kami pilih yang paling tak seram.. Konon je tak seram tapi menjerit bagai nak rak semua.. Hahaha..



Sepanjang laluan nak keluar, ada banyak peniaga yang jual di tepi2 tu.. Better jangan beli sebab mahal..lagi satu depan lagi ada kedai dan harga jauh lebih murah.. Masa kat situ, Eyza terbeli jugak key chin dengan penjual tepi jalan.. Tu pun sebab Eyza tak sampai hati n akak tu sampai sanggup tunggu Eyza keluar toilet. Gigih betul. Last2 sampai 50 key chain Eyza beli. Gila. Apa nak buat dengan key chain banyak2.

Seterusnya kami ke tempat jual helmet. Comel2 helmet kat sini. Jangan tanya sama ada kami berjaya bawak balik ke Malaysia ke tak. Hahaha..


Malioboro


Sebelum makan malam, sempat la minta Mas Rudy bawak ke Malioboro untuk cuci mata.

Mas Rudy cuma bg sejam untuk shopping.. Apa lagi, shopping dengan cepat la. Dah la kat sini murah-murah. Rambang mata betul. Malam ni kami shopping light2 je sebab esoknya nak shopping lagi. Simpan duit dulu.





Selesai shopping barulah rasa lapar. Kami ke Ayam Penyet Surabaya lagi. Kali ni tak tapau tapi makan situ.



Selesai makan, badan pun dh melekit jom la kita balik hotel..


Hasil shopping sehari je ni.. 

Selesai Hari Kedua.. Nanti kita sambung lagi..

Link Berkaitan : Hari Pertama di Jogja

Kira-kira hari Kedua:

Merapi
Toilet - 2 ribu  (60 sen)
Upah tangkap Gambar - 5 ribu ( RM 1.50)
Selipar - 30 ribu (RM 9.00)
Gambar 2 keping - 30 ribu (RM 9.00)

Bale Kambang
Bag Batik - 50 ribu (RM 15.00)

Gereja Ayam
Jip - 7 ribu (RM 2.10)

Borobudur
Masuk 4D - 30 ribu ( RM 9.00)
Key Chain - 50 ribu (RM 15.00)

Malioboro
T-shirt besar 5 helai - 100 ribu (RM 30.00)
T-shirt budak 4 psg - 100 ribu (RM 30.00)
Air Mineral - 3 ribu ( RM 90 sen)

Jumlah belanja hari kedua : RM  122.10

22.1.18

Hadiahkan Set Wangian Enchanteur untuk orang tersayang!

Monday, January 22, 2018 1
Hadiahkan Set Wangian Enchanteur untuk orang tersayang!
Setiap kali sambutan Hari Lahir atau Hari Ibu kita mesti pening kan fikir nak bagi hadiah apa dekat orang yang kita sayang.

Apa kata Eyza suggest korang bagi Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris sebagai hadiah. 

Ada 5 set hadiah yang boleh kita pilih iaitu:
1) Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)
2) Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie & Adore)
3) Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie)
4) Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie & Charming)
5) Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Romantik)


Eyza pun dh ada 1 set.. Ikutkan hati macam nak semua je sebab cute dan wangi plak tu. Dah la didatangkan dalam packaging yang cantik. Eyza ada Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)


Kedua-dua wangian floral ni melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik yang dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana janji temu malam yang indah. 

Set ni sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dlm botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben Enchanteur Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.


Kedua-dua wangian ini digubah di dalam kotak yang begitu cantik bersama Menara Eiffel Enchanteur Paris.


Mon Amie jika diterjemahkan bermaksud My Friend (sahabatku) , memberikan wanita aroma yng menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar.


Belle Armour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta) , satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.

Set hadiah ini mengandungi 15ml wangian dan boleh didapati secara ekslusif di farmasi Watsons seluruh negara.

Enchanteur Paris Miniature EDT Gift Sets berharga RM 34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). Enchanteur Paris Mon Amie Gift Set dijual dengan harga RM 23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). Manakala Enchanteur Miniature Guft Sets dijual pada harga RM 34.90 di Semenanjung Malaysia & RM 36.70 di Sabah & Sarawak.