Blog Eyzamiel

17.11.17

A&W Malaysia mengadakan Promosi Chicken Fiesta

Friday, November 17, 2017 4
A&W Malaysia mengadakan Promosi Chicken Fiesta
Hi uolls!

Eyza dulu kalau pergi Petaling Jaya je mesti nak singgah makan A&W kat sana. Masa student dulu, Eyza pernah la lepak-lepak minum Float kat A&W ni sambil buat assignment.

Sekarang ni dah kerja dekat KL, kalau teringin nak makan tak payah dah nak pergi jauh-jauh. Pergi je A&W Batu Road, ala yang dekat Jalan Tar tu. Selama ni Eyza tak tahu pun yang A&W tu cawangan Batu Road, selama ni dok panggil A&W Jalan Tar je.Hihihi.

Ala.. tak kisah la Jalan Tar ke Batu Road ke yang penting tempat yang sama dan A&W kan.


A&W (Malaysia) Sdn Bhd adalah restoran makanan segera atau "Quick Service Restaurant" yang pertama di buka di Malaysia dan lokasinya adalah di Batu Road, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dibuka pada 31 Oktober 1963. Lama kan A&W dah bertapak kat Malaysia ni. Tak hairan la kalau ianya ada peminatnya yang tersendiri.


Setelah sekian lama A&W bertapak di negara ini, A&W terus kekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sampai sekarang macam RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle,Beef Coney (dulu dikenali dengan Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang rasanya sedap dan tak pernah berubah dari dulu sampailah sekarang.

Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Beef Coney

Chicken Poppers

Salah satu produk yang Eyza suka kat A&W ni dah tentulah Aroma Chicken.Aroma Chicken ni ada 2 jenis iaitu Spicy Aroma Chicken (pedas) dan Golden Aroma Chicken (biasa) dan ianya ada keistimewaan yang tersendiri berbeza dari ayam goreng yang lain. Penggemar ayam mesti sependapat dengan Eyza sebab Ayam Goreng dekat A&W ni diperap dengan herba istimewa dan dimasak secara sempurna sebelum dihidang kepada pelanggan.Eyza suka ayam goreng yang pedas sebab pedasnya lain dari ayam goreng jenama lain. A&W akan hidangkan Ayam yang dimasak sempurna dengan waktu menunggu tidak lebih dari 30 minit. Makan panas-panas best tau!


7 November hari tu, A&W mengadakan promosi Chicken Fiesta sebab nak memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.Sempena Chicken Fiesta ni, Golden Aroma Chicken (GAC) dan Spicy Aroma Chicken (SAC) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam dan 9 ketul ayam bermula dengan harga RM 15.45 sahaja.





Selain dari makanan yang best, Eyza gerenti ramai yang berminat dengan RB Mug bila datang A&W. Sekarang ni, korang tak payah rasa berat hati nak tinggalkan mug cantik tu lepas makan dekat Restoran A&W sebab korang boleh bawak balik rumah. Apa???? Betul ke? Yes!! Betul la.


Buat pertama kalinya, A&W Malaysia tawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W.

Tawaran ni berlangsung dari 11 Oktober 2017 dan akan berakhir hujung tahun ni. Kalau uolls berminat dengan Mug yang berharga RM 49.90 satu ni korang boleh dapatkan di semua Cawangan A&W yang berdekatan dengan segera, sementara stok masih ada.A&W Limited Edition Mug 2017 ni bersaiz besar (20oz) dan didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar utama A&W Mug di seluruh dunia. 


Terliur tak tengok gambar makanan dekat A&W ni? Ha...kalau terliur tunggu apa lagi. Jomlah kita ke mana-mana cawangan A&W di seluruh Malaysia untuk kita rasai rasa Ayam Goreng dan RB Float yang sedap.

Maklumat lanjut boleh layari:

10.11.17

Petite Perfume Enchanteur Paris, comel dan tanpa Alkohol

Friday, November 10, 2017 4
Petite Perfume Enchanteur Paris, comel dan tanpa Alkohol
Eyza ni jenis yang kalau duduk rumah ke, keluar ke tetap kena pakai perfume. Bukannya apa, Eyza rasa lagi confident dan best bila bau wangi sentiasa ni.

Kadang-kadang bila kita seharian keluar berjalan, kita akan rasa berpeluh dan bau tak sedap kan? Takkan la kita nak usung je botol perfume dalam handbag kalau keluar. Berat kut!

Ha.. tapi sekarang dah tak payah nak risau sebab Enchanteur dah keluarkan Roll On Perfume yang comel je. Kita boleh letak dalam handbag dan bawak ke mana-mana.


Bagus la Enchanteur ni sebab memahami perasaan semu wanita dekat Malaysia. Enchanteur Paris Petite Perfume bersaiz 9 ml dan didatangkan dalam 4 bau yang berbeza iaitu Jolie (Biru), Cheri (oren), Belle Amour (Pink) dan Adore (ungu cair).

Jolie
Lovely - Be the apple of his eye and stay lovable with the endearing blend of pear,rose and honey.

Cheri
Darling - Steal Hearts and be the centre of attention with the delicious, sweet scent of Apple, Cherry Blossom and Vanilla.

Belle Amour
Beautiful Love - Be his Amour with a loving blend of Apple Melon, Blackcurrent and Parisian Pink Rose.

Adore
Adorable - Leave a lasting impression with the sensual scent of Wild Jasmine, Pink Mimosa and Golden Pear.
Encanteur Paris Petite Perfume ni Halal dan boleh dipakai solat. Tak perlu lagi nak ragu-ragu sama ada solat sah atau tak sebab pewangi ni adalah tanpa Alkohol.

Harga sebotol Petite Perfume ni ialah RM 9.90 (semenanjung) & RM 10.40 (Sabah/Sarawak).

Ianya boleh dibeli di Watson, Guardian, Aeon Wellness, Mydin, Psaraya besar, Pasaraya kecil dan kedai runcit.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:


9.11.17

Gantikan gula putih dengan Pemanis Stevia SweetRoyale dari Pharmaniaga

Thursday, November 09, 2017 3
Gantikan gula putih dengan Pemanis Stevia SweetRoyale dari Pharmaniaga
Eyza ni bukanlah penggemar minuman manis. Tapi bohong la kalau Eyza kata tak minum langsung. Kadang-kadang bila perasaan teringin nak minum manis datang, Eyza tetap akan minum cuma Eyza hadkan pengambilan gula. Eyza takut jugak sebab dalam family Eyza ada sejarah kencing manis.Orang kata lebih baik mencegah dari mengubati kan?

Tapi, sekarang ni Eyza dah tak risau kalau nak minum minuman manis sebab ada Pemanis Stevia SweetRoyale dari Pharmaniaga iaitu syarikat Farmaseutikal yang terbesar di Malaysia.


SweeRoyale adalah pemanis stevia yang diadun rapi menjadikan ia sesuai untuk korang yang gemarkan rasa manis seakan gula tanpa kalori tau!. 


Dan kalau nak beli pastikan yang original tau sebab sekarang ni banyak sangat Stevia palsu sampai takut dibuatnya.Sebab tu la Eyza guna SweetRoyale keluaran Pharmaniaga ni.

SweetRoyale ni bukan saja kita boleh guna untuk buat minuman tapi jugak kita boleh masukkan dalam apa jua hidangan kegemaran korang.


Umum pun tahu kan yang gula putih yang biasa kita beli kat pasaraya tu memang tak sihat untuk tubuh badan kita kalau kita ambik berlebihan. Tapi, masih ramai lagi yang tak ada kesedaran untuk bertukar kepada Pemanis Stevia.


Bancuh je air kegemaran korang dengan sepeket (2gm) SweetRoyale, korang akan dapat rasa manis yang secukupnya macam kita masukkan 2 sudu gula putih.

Rupanya artis pun dah ramai yang bertukar kepada SweetRoyale ni. Rugi pulak sebab Eyza baru nak mula. Kenapa la tak tahu pasal produk ni awal-awal.



Cara penggunaan :
Guna satu sachet pemanis SweetRoyale untuk rasa manis setara dua sudu teh gula.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan ianya mudah dibawa kemana-mana kerana dah dipekkan kecik-kecik. Boleh je masukkan dalam poket atau handbag. Nak minum je baru koyakkan dan campur dengan minuman.


Dalam sekotak ada 40 sachet pek 2 gm. Memang jimat sangat. Kiranya kita boleh minum 40 gelas minuman kegemaran dengan hanya sekotak.

Eyza tahu mesti ada yang was was nak gunakan pemanis SweetRoyale ni dalam minuman. Jangan risau tau sebab pemanis ni disahkan HALAL  (MS 1500:2009)


Sekotak cuma berharga:

 RM 15.90 
(beli di online store-harga tak termasuk postage)

RM 17.00
(Beli di Farmasi RoyalePharma dan harga boleh berubah mengikut promosi)

Tengahari tadi Eyza sempat singgah farmasi RoyalePharma yang terletak di Quill City Mall. Selain dari Quill City Mall ada jugak cawangan di:
- Seksyen 7, Shah Alam
- My Town
- Vista Alam
- Laguna Merbok
- Bangi

Kalau nak beli online pun boleh. Masuk je website www.royalepharma.com

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

*Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan laksatif.

7.11.17

Jom serbu Web Traveloka! Ada Flight Kempen "Make 11.11 Fly!"

Tuesday, November 07, 2017 3
Jom serbu Web Traveloka! Ada Flight Kempen "Make 11.11 Fly!"
Hai uolls!

Zaman sekarang ni serba serbi mahal. Nak beli apa pun nak kena fikir banyak kali sebab tu la Eyza asyik dok tengok harga tiket Flight je. Nak cari harga yang berbaloi dan terbaik.

Dah lama betul Eyza tak pergi bercuti kat Luar Negara. Rasa tepu dah ni asyik kerja je. Hahaha. Tapi bila semak tiket flight, terus telan air liur. Mahal!Ahkak rasa sayang duit kalau beli tiket Flight mahal-mahal ni.

Eyza suka pergi melancong tapi kena cari tiket Flight yang murah dan mampu poket sebab nanti kat sana boleh shopping banyak sikit. Hahaha. Dasar perempuan kan? Tak habis-habis nak shopping.

Kalau uolls jenis suka berjimat cermat, Eyza suggest uolls tempah dekat web Traveloka. Eyza memang suka tempah kat sini sebab kita dapat bandingkan harga dalam satu laman web je. Lagipun Traveloka rajin buat harga murah.


Buat yang tak tahu, Traveloka ni ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia tenggara yang menawarkan lebih 100,000.00+ laluan dan 100,000.00+ hotel di Asia Pasifik. Yang bestnya Traveloka ni berusaha untuk menawarkan kadar penerbangan dan hotel dengan kadar lebih rendah setiap hari tau! Kiranya Traveloka ni memudahkan kita untuk tempah Flight atau hotel setiap hari.

Sebelum ni kalau Eyza nak beli tiket Flight mesti Eyza kena bukak satu-satu laman web syarikat penerbangan. Kadang-kadang bila kita dapat yang paling murah, bukak balik ke web tu dah tukar harga sebab kita banyak buang masa nak check satu persatu. Tapi dengan Traveloka ni senang sangat. Kita masukkan lokasi, tarikh dan berapa orang pastu terus search je. Nanti web Traveloka akan keluarkan semua senarai Syarikat Penerbangan, No Flight, Tarikh siap dengan harga sekali. Kita pilih je yang mana berkenan di hati dan poket. Senang kan? Satu laman web je dah cukup untuk kita tengok semua tiket Flight yang ditawarkan.

Lagipun Eyza suka beli kat Traveloka sebab ianya tak ada cas macam kita beli dekat Web Syarikat Penerbangan. Kalau kita beli kat Web Syarikat penerbangan, bayar guna perbankan online pun kena cas RM4. Kat Traveloka tak payah bayar tau RM 4 tu. Boleh buat beli Air Mineral atas Flight. Jimat kan.

Sana sini orang dok cerita yang  11/11 ni merata-rata ada SALE!!Wah.. Best ni.. Eyza dah la  suka kalau bab-bab dapat jimatkan duit ni.Dengar-dengar TRAVELOKA pun akan lancarkan Sale untuk Kempen Khas untuk Flight!!! Sale ni sempena kempen "Make 11.11 Fly!" .

Yeay.. Eyza suka sangat. Memang ditunggu-tunggu ni. Ikut plan macam nak pergi SEOUL lagi. Kenapa Seoul? Tak tahu la. Rasa pergi hari tu macam tak puas je. Kali ni nak pergi lama sikit. Nak lajak sampai Busan kalau ada rezeki.

Hari tu Eyza dah pergi dengan kawan-kawan. Kalau boleh kali ni nak bawak Chinta Hati kita pulak. Dah lama tak Honeymoon. Anniversary tahun ni pun celebrate kat rumah je sebab husband kita busy. Takpe.. sebagai isteri mithali kita sabar je sebab husband janji tahun depan nak gi bercuti.

Sementara nak tunggu Kempen "Make 11.11 Fly!" ni berlangsung. Eyza dah try ushar dekat Laman Web Traveloka. Nak la tengok harga Flight ke Seoul, Korea.

Tak sangka ahkak. Murahnya tiket ke Seoul. Ni belum start kempen "Make 11.11 Fly!" kalau dah start nanti lagi terkejut la tengok harga yang ditawarkan.

Sebelum ni Eyza pegi Seoul, harga tiket untuk seorang je dah cecah seribu lebih. Tu yang dok fikir banyak kali kalau nak ke Korea lagi. Tapi dengan Traveloka ni Eyza rasa memang berbaloi sangat sebab kita boleh check tiket Flight paling murah dan kita ada banyak pilihan kat sini. Bukan hanya satu airlines je kita boleh tengok.

Tak sabarnya nak beli tiket Flight. Nak honeymoon ngan hubby. Eyza memang suka kalau travel, tempah Flight dan hotel kat Traveloka. Memang berbaloi sangat sbb kita dapat tawaran harga yang murah dan mampu poket la orang kata.

Eyza bukan setakat nak tempah Flight kat sini untuk ke Korea tapi jugak nak tempah sekali dengan hotel. Lagi senang dan jimat. Tak perlu dah nak pergi dua tiga web untuk beli dua benda penting ni kalau kita nak travel.

Traveloka memang memudahkan Eyza. Tengok guest house kat sini pun harga berpatutan dan cantik. Terus Eyza dah mark guest house mana Eyza nak duduk nanti.

Eyza kalau travel memang akan beli tiket pergi balik siap-siap sebab mudah.Tak perlu dah nak balik nanti baru nak beli tiket, nanti akan jadi kelam kabut.Husband Eyza pulak jenis yang kalau travel dia nak semuanya tersusun. Tak nak ada masalah masa kat Negara orang nanti.

Selain Seoul, Eyza ada jugak dok ushar tiket ke Bali. Ingat Anniversary tahun depan nak pergi honeymoon kat sana pulak. Dah lama teringin nak jejakkan kaki ke Bali, tapi belum ada rezeki. Sebab tu la Eyza tak sabar nak tunggu "Make 11.11 Fly!" ni. Mesti murah. Nak grab terus je ni. Malas nak tangguh-tangguh dah. Sementara ada promo baik beli terus je.


Eyza dah dapat bayangkan kalau ke Bali, Eyza tak nak lepaskan peluang untuk melawat Tanah Lot dan makan malam romantik dekat Jimbaran.

Nak tempah tiket Flight kat Traveloka ni senang sangat. Mula-mula kita bukak laman web Traveloka dan Register kalau yang belum ada akaun. Yang dah ada akaun just Log in masuk je.


Lepas tu boleh klik dekat Flight. Bolehlah pilih destinasi dari mana dan ke mana, tarikh pergi dan balik, berapa orang dan Seat Class. Lepas tu klik Search Flights untuk dapat harga yang paling berbaloi dan murah.


Nanti akan keluar jadual harga dan penerbangan yang kita boleh pilih. Macam Eyza yang suka berjimat ni, dah tentulah pilih yang paling murah. Janji sampai dengan selamat sudah. Hihihi.


Dah pilih


Nampak tak jumlah total yang tertera. Senang kan? Kita dah boleh bajet berapa jumlah yang kita kena bayar tanpa caj tersembunyi tau. Kalau tertera banyak tu, itu je la yang kita kena bayar. Kalau kita terlebih bayar nanti Traveloka akan inform kita balik.


Lepas dah cornfirm, isi la butir-butir yang diperlukan.


Untuk pembayaran pulak, senang je sebab kita boleh bayar guna online banking. Sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada online banking macam Maybank2u, Cimbclicks, iRakyat dan banyak lagi la. Kalau takde, sila pergi bank apply sekarang untuk kemudahan di masa depan gitew.

Oklah, kalau takde online banking, boleh jugak guna Debit/Kredit Card. Takde jugak? Takpe, boleh bayar secara Cash uolls. Ha! Betul ke? tak pernah-pernah kan web boleh bayar cash? Dengan Traveloka semuanya boleh.Traveloka bagi can tau kalau nak bayar Cash dengan MOLPAY. Nak bayar kat mana? Ala.. pergi je mana-mana  7 Eleven yang ada sticker Molpay. Tapi rasanya macam semua 7 Eleven ada je Molpay ni. Tunjuk skrin yang ada kod bar dan bayar je kat kaunter. Senang kan? Takde alasan lagi tau nak beli tiket Flight dekat Traveloka ni.

Dah settle semua, Traveloka akan hantare-Ticket tau. Ha.. dah tak payah nak cari Cyber Cafe la, Printer la untuk print.Takdelah risau tiket tertinggal ke apa nanti. Kalau takde internet pun kita boleh akses e-Ticket tu tau. Ala.. nak mudah print screen je sesiap.

Traveloka juga sediakan perkhidmatan bantuan 24/7 tau. Kalau ada masalah contact je Customer Service diaorang dengan cara Email, Phone dan live Chat.

Lagi satu, kalau nak mudah, boleh je muat naik aplikasi Traveloka kat smart Phone masing-masing. Lagi senang nak booking kalau melalui apps ni.



Bila terasa nak booking je terus buka apps ni. senang sangat sebab kita semua sekarang ni pakai smartphone kan? Tak payah susah-susah nak cari laptop bagai dah kalau nak booking.


 Eyza yakin ramai yang sama macam Eyza kan tak sabar nak tunggu Kempen Traveloka "Make 11.11 Fly!" ni. Mesti harga lagi murah dan berbaloi sangat. So, uolls save the date 10/11/2017 hingga 12/11/2017 ni tau. Plan awal-awal percutian korang supaya tak kelam kabut nanti.


Untuk maklumat lanjut boleH layari:

Harap apa yang Eyza kongsikan ni dapat bantu uolls buat perancangan untuk beli tiket Flight murah ye. Selamat Menempah tiket!