Blog Eyzamiel

19.4.17

Drypers / Lampin Pakai Buang dan Baby Wipes jenama Goo.N Friend boleh dibeli di Lazada dengan harga kombo lebih jimat

Wednesday, April 19, 2017 0
Drypers / Lampin Pakai Buang dan Baby Wipes jenama Goo.N Friend boleh dibeli di Lazada dengan harga kombo lebih jimat

Sekarang ni rumah Eyza meriah sangat sebab anak buah Eyza 2 orang tinggal dengan eyza. Takde la sunyi rumah.

Bila dah ada anak kecik kat rumah ni, Eyza kena la jugak ambik tahu susu apa diaorang minum, drypers apa diaorang pakai, apa yang diaorang suka dan apa yang diaorang  tak suka.

Sebut pasal drypers/lampin pakai buang, baru-baru ni Eyza ada nampak satu jenama dekat Lazada ni. Harga pun berpatutan. So, Eyza pun semangat nak bagi anak buah Eyza try.


Drypers ni jenama Goo.N Friend  edisi Doraemon. Kiut sangat. Anak-anak buah Eyza pun happy bila nampak Drypers ni. Semangat diaorang nak pakai.



Ada macam-macam saiz iaitu dari saiz S hingga la ke XXL Anak buah Eyza ni dua-dua pakai saiz XL. So, memang senang la. Boleh share. Yang saiz XL sesuai untuk 12 hingga 17 kg. Diaorang ni pulak memang suka jenis pant. Yang kakak dah pandai pakai sendiri, sebab tu dia prefer yang Pant. Sarung je terus.





Antara kelebihan Drypers Goo.N Doraemon Edition ni ialah:

~ Corak kartun Doraemon yang menarik sesuai untuk kanak-kanak
~ Fleksible dan senang untuk kanak-kanak bergerak
~ Lebih selesa dan kering
~ Lembut dan selesa
~ Pengudaraan yang baik sesuai untuk kanak-kanak yang senang kena ruam lampin
~ Nak buka? Just koyak je. Senang kan?

Selain dari Drpers, jenama Goo.N juga ada juga Baby Wipes. Senang satu jenama ada macam-macam barang. Siap ada bekas bentuk kepala Penguin lagi. Satu pek ada 55 helai.



Baby Wipes ni:
~ Tak menyebabkan elergi
~ Tak mudah kering
~ Lembut
~ Boleh digunakan seluruh badan
~ Bebas Alkohol, Paraben dan pewangi

Kat mana nak beli? Kat Lazada la. Ada pelbagai diskaun. Kalau beli set kombo lagi banyak yang kita boleh jimat.Nak tahu detail boleh layari :

https://www.facebook.com/GOONDiaperMY/


18.4.17

Persediaan ke Korea pada Musim Bunga / Spring

Tuesday, April 18, 2017 2
Persediaan ke Korea pada Musim Bunga / Spring
Assalammualaikum...

Annyeong haseyo

Eyza ni bukan la peminat tegar K-Pop. Cerita Korea pun Eyza tengok kalau kebetulan buka TV. Tapi, Rancangan Running Man memang kegemaran Eyza. Suka sangat tengok. Kalau ada kat TV tu jarang la Miss tengok.

Eyza dah lama pendam hasrat nak ke Korea. Asyik tengok Sally Samsaiman je pergi. Mana boleh jadi macam ni. Hihihi 

So, berbekalkan angan-angan nak pergi Korea tu, Alhamdulillah 9 hingga 13 April hari tu Eyza dah dapat jejakkan kaki kat Seoul, Korea. Sekarang ni dekat Korea tengah Musim Bunga. Ikutkan hati nak pergi time Winter sebab cita-cita dari kecik nak main Snow. Tapi, sebab lambat sangat nak tunggu Winter, kita pergi la time Spring dulu. Ada rezeki kita pergi time Winter pulak ye.


Eyza pergi ni dengan Travelling Buddies. Eyza ambil pakej Bajet je. Bayar je semua kat diaorang. So, part tiket train (dekat Korea), makan dengan penginapan dah settle. Cuma tiket Flight je Eyza kena beli sendiri. Pastu bawak la duit poket sikit untuk shopping kat sana. Nanti next entry Eyza cerita detail siap dengan bajet ye.

Untuk Entry ni Eyza just nak cerita tentang persediaan sebelum ke Korea Musim bunga ni.

Mula-mula kena pastikan bawak :
1. Jacket Tebal / Winter Coat
2. Gloves (Eyza tak bawak,  just masukkan tangan dalam poket jacket)
3. Thermal Clothes
4. Toiletries
5. Sport Shoes / high Cut Atau Any Comfortable Shoes
6. Passport (Paling Penting ok!)
7. Poket Money
8. Lotion @ Baby Oil untuk kulit kering
9. Travel Umbrella atau Rain Coat
10. Wet Tissue atau botol air sebab kat sana toilet takde paip air
11. Baju yang bersesuaian dengan cuaca sejuk
12. Sunblock (Eyza dah surnburn sebab tak bawak sunblock)

Ha.. Rasanya tu je la yang paling penting. Benda-benda sampingan lain kalau nak bawak boleh je. Ikut kemampuan uolls nak usung bag harung dari satu stesen ke satu stesen la kalau pergi backpackers macam Eyza.

Nanti Eyza sambung lagi ye cerita tentang aktiviti dan kos Eyza ke Korea. Bye.


14.4.17

Forte8 produk untuk kesihatan dan kecantikan masa kini.

Friday, April 14, 2017 2
Forte8 produk untuk kesihatan dan kecantikan masa kini.
Dua tiga menjak ni Eyza asyik dengar tentang produk-produk kesihatan yang mengandungi racun. Takut rasa nak cuba produk-produk kecantikan yang banyak kat pasaran.

Bila ada membe recommed produk Forte8, mula-mula Eyza macam ragu-ragu jugak nak cuba. Tapi bila Eyza tahu yang Forte8 ni selamat diminum dan mengikut standard penyulingan serta mendapat kelulusan dari Pusat Racun Negara (NPC) terus Eyza  nak cuba. Lagipun produk minuman kesihatan memang tak perlu ada kelulusan KKM. Jangan pulak nanti cari no kelulusan KKM pulak. Forte8 selamat diminum dan mengikut standard penyulingan. PRN 2016/86 adalah no rujukan NPC untuk rujukan uolls.



Forte8 ni adalah rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang yang dihasilkan daripada ramuan bahan-bahan semulajadi yang selamat dan terbukti berkesan serta mampu memberikan yang terbaik untuk penggunanya.


Packaging pun cantik. Didatangkan dalam kotak keras dan disusun kemas. Dalam sekotak mengandungi 15 paket dan dalam setiap paket ada 10gm serbuk Forte8.


Fungsi Utama Forte8 adalah ianya dapat :
1. Menguatkan sistem imunisasi tubuh
2. Mengurangkan toksin dalam darah
3. Mengimbangi gula dalam darah
4. Mengurangi Kadar Kolesterol tidak baik
5. Mengurangkan Kadar tekanan darah tinggi
6. Mencegah Keradangan (alergik)
7. Mengurangkan sakit sendi, kepala dan kekejangan badan
8. Mengurangkan jerawat
9. Mencerahkan kulit
10. Menegangkan kulit
11. Meningkatkan daya ingatan
12. Melawaskan sistem pencernaan
13. Membantu penyerapan Nutrien
14. Meningkatkan tenaga/kecerdasan
15. Mencegah serangan asma
16. Membantu sistem pernafasan
17. Memperbaharui sel-sel dalam tubuh
18. Mengimbangi hormon
19. Mengurangkan keguguran rambut
20. Meguatkan otot rahim wanita


Eyza suka minuman kesihatan yang guna buah-buahan sebab rasanya sedap. Forte8 ni dihasilkan dari 8 jenis bahan utama iaitu Kulit Manggis,  Biji Prune, Buah Delima, Buah Kurma, Biji Aprikot, Buah Mengkudu, Biji Epal dan Soya.


Forte8 ni memang sesuai untuk orang-orang macam Eyza yang cepat letih ni. Bila minum kita akan kembali rasa bertenaga. Sejak umur dah makin meningkat ni, Eyza memang perlukan makanan tambahan.


Ianya dalam bentuk serbuk dan cara nak minum pun senang je.

Cara Pengambilan Forte8
1. Bancuh 1 sachet Forte8 dengan 100ml suhu bilik
2. Minum sebelum tidur
3. Bagi pengambilan 2 sachet sehari adalah 1 sachet selepas sarapan dan 1 sachet sebelum tidur.


Minuman ni tak boleh dibancuh dengan air suam atau air panas sebab nanti akan menghilangkan khasiat. Forte8 juga tak sesuai untuk ibu mengandung  tapi sesuai untuk bayi 6 bulan sehingga dewasa.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

atau hubungi:
03-61515405
019-6961511
016-2468679

Penafian : Kesan setiap orang adalah berbeza. Jika rasa tak sesuai Eyza sarankan uolls stop pengambilan produk ni. Kalau rasa sesuai boleh teruskan. Kesan setiap orang tak sama kan. Yang penting produk ni memang selamat diminum kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi.

13.4.17

Cara Aktifkan Kad Maybank melalui Maybank2u Untuk Pengeluaran Antarabangsa

Thursday, April 13, 2017 2
Cara Aktifkan Kad Maybank melalui Maybank2u Untuk Pengeluaran Antarabangsa
Kalau kita ke Luar Negara, masa tu la kita akan jadi rambang mata. Macam-macam nak beli. Ye la, bukan selalu kan kita ke sana.

Kalau kita bawak duit yang cukup takpe la, ni tetiba tengok syok dok shopping baru teringat yang duit nak makan esok pun dah takde padahal lagi 2 hari baru balik Malaysia. Tak ke haru macam tu.

Sebab tu la orang kata sediakan payung sebelum hujan. Macam Eyza, Eyza akan aktifkan kad bank supaya boleh guna dekat Negara lain.

Hari tu Eyza dah explain cara tukar kad CIMB kan? Kali ni Eyza nak bagitau cara tukar kad Maybank pulak.


Untuk Maybank pun lebih kurang je step yang perlu diikut.

1. Login Maybank2u
2. Pilih Card Management

3. Pilih Overseas ATM Facility

4. Pilih Kad ATM dan tukar ke "Activation"

5. Tukar tarikh ikut berapa lama kita nak gunakan Kad di Luar Negara, klik Continue


6 . Request Tac, dah dapat masukkan Tac dan klik cornfirm

7. Dah berjaya. 

Ok, lepas ni dah tak perlu risau nak berbelanja dekat luar negara. Kita boleh je keluarkan duit kat mana-mana negara yang kita pergi tapi pastikan dalam akaun ada duit la ye. Hihihi.

Selamat Bercuti!