Blog Eyzamiel

18.8.16

IJM Land Half Marathon meriah dengan penyertaan diluar jangkaan.

Thursday, August 18, 2016 1
IJM Land Half Marathon meriah dengan penyertaan diluar jangkaan.
Ahad lepas Eyza ke Dataran Centrio di Seremban 2 untuk memeriahkan IJM Land Half Marathon 2016. Meriah betul. Ramai yang sertai acara ni. 


Ni bukan kali pertama tau IJM Land anjurkan Half Marathon, rupa-rupanya tahun ni adalah tahun kelima acara ni diadakan. Wah.. nampak sangat Eyza baru tahu tahun ni..hihihi.. biasa la seorang Eyza.


Tahun lepas penyertaan hanya berjumlah kira-kira 1500 peserta tapi tahun ni betul-betul diluar jangkaan sebab dapat 6000 penyertaan. Wah.. Rakyat Malaysia memang best. 


Acara larian macam ni dapat eratkan silaturrahim antara kawan-kawan dan keluarga. Ada peserta yang datang satu keluarga. Kiranya, selain dapat sihatkan badan acara ini juga boleh menjadi acara tahunan untuk keluarga.


Sesi larian bermula pukul 5.30 pagi dan berakhir  pukul 8.30 pagi dengan acara kemuncaknya adalah Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang.


Antara tetamu VIP yang hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Hj. Abdul Halim B Abdul Latif, Yang diPertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Soam Heng Choon , Ketua Pengarah Eksekutif IJM Corporation Berhad dan ACP Tuan Muhammad Zaki bin Harun, Ketua Polis Daerah Seremban.


Tahun ni sebanyak 6 kategori dipertandingkan dan kebanyakkan peserta adalah dari generasi Muda. Hebat sangat semua peserta-peserta ni sebab berjaya habiskan larian sejauh 5km dan 21km.

Selain itu, IJM land juga telah menyumbangkan dana bagi membantu Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysian Lysosomal Disease Association (MLDA)



Ini pulak antara pemenang untuk 6 kategori yang telah dipertandingkan.



Tahun ni jugak, ada 'Challenge Trophy' . Trofi ini adalah untuk peserta dengan larian terpantas dan menjadi orang pertama yang sampai digarisan penamat. Yang bestnya, untuk lelaki dimenangi oleh Peserta untuk acara Senior Citizen dan yang wanita dimenangi oleh peserta dari Women Open. Memang mantap!


Ramai betul budak-budak sekolah join aktiviti ni. Bagus. Selain dapat menyihatkan badan, ianya dapat menggalakkan anak-anak muda ni menjalani gaya hidup sihat.


Selain itu, pihak penganjur juga telah menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah. Kitaorang yang x join ni pun berdebar-debar nak tahu siapa la yang dapat hadiah iphone plus 6s dengan TV Plasma.Akhirnya, dua2 hadiah paling best ni dimenangi oleh budak muda. Wah...best betul. 



Terima kasih juga untuk semua penaja yang menaja acara ini. Antara penaja yang terlibat ialah BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, Mc Donalds dan Spine & Joint. Selain itu, ianya ditaja bersama dengan media cetak Sin Chew Daily, SEHAT Medical Wllness Centr, Technical Partner The Event Crew (TEC) dan official apparel, Reverse.


Untuk tahun ni dah berjaya dengan bergaya. Kita jumpa lagi tahun depan pada 13 Ogos 2017. 

Kredit : http://www.khirkhalid.com/?m=1

Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.ijmlandrun.com/

13.8.16

Majlis Doa Selamat Dan Pelancaran Filem "M.O.X-Misi Operasi X"

Saturday, August 13, 2016 1
Majlis Doa Selamat Dan Pelancaran Filem "M.O.X-Misi Operasi X"
Minggu lepas Eyza sempat hadir untuk Majlis Doa Selamat Dan Pelancaran Filem "M.O.X-Misi Operasi X".


Filem M.O.X ini dihasilkan dibawah Syarikat Wallworld Pictures Sdn. Bhd dan mendapat kerjasama dari Kementerian Sains & Teknologi dan Inovasi 'MOSTI' di bawah naungan Datuk Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI. Filem ini bercorak Aksi dan Sains selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk budaya 'STI' (Sains, Teknologi dan Inovasi) dikalangan masyarakat terutamanya generasi muda.


Filem yang hebat, mesti la kena ada Pengarah yang hebat jugak. Filem ini diarahkan oleh Dato Zulkeflie M Osman. Setelah sekian lama baru la Dato Zulkeflie buat 'comeback'. Lebih kurang 10 tahun juga la jalan cerita ini dikaji sebelum setuju ianya dijadikan filem.



Di Majlis ini juga diserahkan polisi Insuran. Ye la, filem aksi ni. Mesti la kena ada polisi Insuran untuk cover setiap aksi 'stunt' yang dilakukan.


Majlis Pelancaran pun dibuat ala-ala James Bond. Terkejut Eyza bila bunyi pistol meletup. Hahaha.. Rasa macam real.


Dalam Filem ni, kita akan nampak kelainan sebab pertama kali Ebi Kornelis (AF5) dipilih menjadi hero  Filem setelah sekian lama menyepikan diri dari bidang seni dan kini Ebi akan berganding dengan aktress dari Indonesia iaitu Tya Ariffin yang menjadi heroin. Ebi memegang watak sebagai Don Pedro banyak membuat persiapan bagi menjayakan filem ini.


Sinopsis Filem M.O.X

M.O.X mengisahkan tentang seorang agen rahsia persekutuan  iaitu Don Pedro memikul tanggungjawab dalam Misi baru yang diberi kepadanya untuk mencari dan menghapuskan dalang dari sebuah organisasi haram yang sering mengancam keselamatan dan kestabilan negara  serta dunia. 
Mereka juga menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pertubuhan pengganas Antarabangsa yang berpusat di luar negara. Menggunakan senjata canggih untuk mengawal ekonomi dunia, mereka juga cuba menghapuskan Don Pedro dari menjadi penghalang pada kegiatan-kegiatan jahat mereka.
Kecenderungan Don Pedro dalam usaha menyekat kegiatan-kegiatan haram mereka telah membuatkan Don Pedro menjadi buruan. Berjayakah Don Pedro mempertahankan kekasihnyaFifi? Apakaha peranan Zeera falam misi berbahaya Don Pedro?

Semuanya akan terjawab bila kita menonton sendiri Filem ni nanti.

Filem ni dah pun mulakan penggambaran pada 28 Julai 2016 dan ianya dijangka selesai penggambaran pada awal September 2016. InsyaAllah filem yang menelan belanja lebih dari 3.6 juta ini akan ditayangkan pada tahun 2017.

Mesti ada dah yang tak sabar nak menonton Filem ni kan? Ha...jom kita tengok teaser dulu.


Malaysia dah lama tak ada filem-filem aksi macam ni. Kalau kita suma tengok cerita James Bond atau Mission Imposibble, cerita ni ala-ala cerita penyiasatan penuh aksi tu. Jom kita sama-sama menyokong Filem kita, Filem Malaysia. Jangan ingat orang kita tak boleh hasilkan filem yang setanding dengan negara luar.


Eyza sendiri bila tengok Teaser pun dah rasa tak sabar nak tunggu Filem ini ditayangkan sepenuhnya kat pawagam nanti. 



Sebelum balik, Eyza sempat tengok diaorg 'setup' tempat utk shooting. Dato Zul dan krew semua sporting. 


Harap penggambaran filem ni berjalan lancar dan dapat ditayangkan segera. Can't Wait!

9.8.16

Street Churros jual Churros Sedap dari Korea

Tuesday, August 09, 2016 8
Street Churros jual Churros Sedap dari Korea
Masa mula-mula kat Malaysia ni pemes ngan Churros, Eyza sanggup cari merata tempat jual makanan ni. Lama jugak la dok cari baru jumpa dekat CM. Tapi kat situ, dia buat Churros kosong tapi ada pencicah coklat dan karamel. Eyza pilih coklat. Rasa? Agak tak menepati selera Eyza. Dah la mahal. Sejak dari tu rasa malas nak makan Churros lagi. Takut dapat yang tak sedap. 

Tapi kan..  Persepsi Eyza tentang Churros terus berubah bila Eyza try Churros dekat Street Churros yang terletak di  Ground Floor, IOI Mall Putrajaya. Street Churros ni memang famous dekat Korea. Ni adalah outlet pertama kat Malaysia. Eyza rasa bertuah pulak sebab menjadi antara orang terawal yang dapat rasa.


Eyza suka tengok susun atur dalam kedai. Dah la tu, setiap staff pakai uniform yang cantik dan kemas. 


Kita boleh take away atau makan kat sini. Kalau nak makan kat sini, mereka ada sediakan meja ala-ala bar. Boleh makan sambil chit chat dengan member-member.


Eyza suka ketiga-tiga air ni. Milk Tea Latte, Green Tea Latte dan Cocoa Latte.


Untuk penggemar air panas, jangan risau tau sebab mereka juga ada sediakan air panas.



Eyza siap order 2 air. Satu Green Tea Latte dan satu lagi Passion fruit. Kedua-duanya ada rasa berbeza dan sedap. Kalau nak tau rasa macam mana kena cuba la.

Kat sini setiap Churros dihidangkan panas-panas. Customer order baru diaorang akan masak. Memang sedap. Dah la rangup di luar lembut di dalam. Tengah taip ni pun rasa terliur. Uwaa...Nak Churros lagi.

Ada 3 jenis Churros yang dijual di Street Churros ni.

1. Original Churros
~ Ianya Unik sebab bentuk Churros ni macam bentuk U tapi versi cantum. Ada 3 jenis perisa iaitu Cinnamon, Cheese dan Chocolate. Tiga-tiga sedap. Tapi yang paling Eyza suka dan Win di tekak Eyza ialah Perisa Cinnamon. Sedap Weh. Dah la rangup di luar lembut di dalam. Buat Eyza rasa tak cukup satu tau. Harga pun murah je. 1 cuma berharga RM 4.90.



2. Filling-Chu
~ Churros yang ni unik sikit sebab dalam Churros ada perisa. Kita boleh pilih sama ada nak filling coklat, Cream Cheese atau blueberry. Yang ni pulak berharga RM 7.90

Kredit : Emi

3. Ah-Chu
~ Yang ni adalah gabungan Churros dan Aiskrim serta dihiasi dengan topping. Kita boleh pilih salah satu dari 3 topping untuk dipadankan dengan Ah-Cu ni. Ada topping Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry. Bagi yang tak suka topping, boleh je request yang plain. Harga untuk plain RM 7.90 dan RM 8.90.untuk yang ada topping.



Eyza puas hati sangat dapat makan Churros sedap ni. Dah tak perlu nak pergi Korea. Rasa nak repeat lagi. Sape nak ikut? Hihihi.

Kredit : Sally

Untuk keterangan lanjut, boleh layari:

8.8.16

Mengatasi Masalah Penghadaman dan Sembelit dengan Zinnia Inner Cleanse

Monday, August 08, 2016 0
Mengatasi Masalah Penghadaman dan Sembelit dengan Zinnia Inner Cleanse
Eyza cukup memyampah kalau sembelit. Perut jadi tak selesa. Bahaya tau sembelit ni. Takut jadi buasir. Kang tak memasal sakit lain pulak datang.

Nasib baik la Eyza jumpa dengan produk Zinnia Inner Cleanse ni. 


Ianya dipek 10 kapsul dalam 1 papan. Kecik je. Senang nak bawa kemana-mana. Masukkan dalam handbag je.Tak berat pun.

Sekotak ada 30 biji. Sehari sebiji je. So, sekotak tahan untuk sebulan. Eyza suka kalau dalam bentuk kapsul, senang. Dah tak perlu bancuh.


Zinnia Inner Cleanse ni bukan saja untuk sembelit tapi untuk masalah penghadaman pun bagus.

Zinnia Inner Cleanse diformulasi dari 100% herba.


Kita akan nampak kesan selepas 8 hingga 12 jam selepas makan. Minggu pertama tu memang tak digalakkan keluar rumah sangat sebab kita akan kerap buang air besar iaitu 2 hingga 4 kali sehari. Lepas tu, ianya akan jadi normal iaitu sehari 1 hingga 2 kali je membuang.

Kalau makan ubat-ubat herba ni memang kena ambil air putih banyak. Zinnia Inner Cleanse ni bukan Julap tau. Tapi, ianya adalah produk  herba untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang.

Apa yang buat Eyza teruja bila harga Zinnia Inner Cleanse ni amat berpatutan. Cuma berharga RM 68 untuk stok selama sebulan. Jimat kan?

Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Instagram : @vtox2u
FB : vtox2u