Blog Eyzamiel

25.9.15

Cuti-Cuti Langkawi : Hari Kedua (4 hari 3 Malam)

Friday, September 25, 2015 3
Cuti-Cuti Langkawi : Hari Kedua (4 hari 3 Malam)

Ok, untuk Hari Kedua ni kami decide nak gi Island Hoping.... Pkl 9 pagi sampai pkl 1 tghr kami kat Pulau.. Setengah hari jugak la.. sampai kulit pun tukar kaler.. hihihi...

Bole baca kat sini...


Balik dari Island Hoping... Sampai kat Chalet, singgah kedai dulu.. beli maggi... dua-dua dah penat.. so, lapik perut makan maggi je la dulu... 


Dah puas berehat-rehat kat bilik... Petangnya kami ke tepi Airport.. nak makan Laksa... Berderet gerai laksa kat situ... pilih je.. sebelum ni aku dah pernah makan laksa Power ...  So, kali ni tak nak lagi makan laksa power sebab tak sedap... kami singgah kat 1 gerai laksa ni.. kat situ ada Ayam Golek..sebab Hubby teringin nak makan ayam golek.. aku ok je la makan kat situ...

Laksa dia xde la sedap sangat.. tapi ok la nak dibandingkan dengan Laksa Power.. hihihi..
Ayam Golek dia sedap... x cukup setengah ekor..
Nampak Unik ABC dalam kelapa ni.. aku pun order la.. tapi.. sayang sangat.. tak sedap.. air gula macam xde rasa je...
Tapi.. yang bestnya kat sini bila kita makan sambil menghadap laut.. memang heaven.. 

Dah kenyang makan... kami balik ke Pantai Cenang...


Lepak santai tepi Pantai je sambil dok tengok orang naik Parasailing.. aku teringin sangat nak naik.. Tapi..... hubby x bagi sebab dia seriau.. dia takut aku jatuh... Adoi... banyak kali aku merayu pun tak lepas jugak... terpaksa la pendam je hasrat tu... tapi rasa frust sangat tau.... 




Muka senyum dalam frust tak dapat naik Parasailing... huhuhu..
Sementara nak tunggu gi Makan Malam... aku ngan Hubby jalan-jalan plak kat dalam The Zone.. datang sini sebab aku nak cari Aiskrim gulung.. Hubby plak nak survey harga rokok...

Alhamdulillah.. tercapai hasrat nak makan Aiskrim gulung Langkawi...



Dah puas berlegar-legar dalam The Zone tu.. kami pun terus gerak ke Pekan Kuah sebab nak makan malam kat sana.. dulu-dulu masa hubby dok Langkawi dia suka makan Seafood kat kedai makan depan hotel Bella Vista ni.. sedap n murah jugak harga kat sini...

Ni la kedainya.. kedai orang Kelantan kalau tak silap aku..
Sotong goreng tepung...
Kailan Ikan Masin
Siakap Stim Limau.. sori terbalik plak gambar.. :)

Alhamdulillah... dah kenyang... balik Pantai Cenang.. jalan-jalan kejap terus balik Chalet... Tido... ;)

Bajet:
~ Island Hoping utk 2 orang = RM 60.00
~ Sarapan sebelum Island Hoping = RM 7.00
~ Bayaran Masuk Tasik utk 2 org = RM 4.00
~ Toilet di Tasik Dayang Bunting seorang = RM 1.00
~ Beli gambar Island Hoping = RM 10.00
~ Maggi Cup = RM 4.40
~ Makan Kat Tempat Laksa = RM 26.00
~ Aiskrim Gulung = RM 10.00
~ Beli roti & air = RM 13.40
~ Makan Malam di Pekan Kuah = RM 49.00

Total : RM 184.80

* Bajet ni hanya sekadar perkongsian jika ada yang nak buat rujukan.. bukan niat nak menunjuk atau riak.. aku cuma bercuti dengan bajet yang murah sahaja.. sesuai untuk sesiapa yang nak pergi Cuti-Cuti Bajet...

24.9.15

Selamat Hari Raya AidilAdha

Thursday, September 24, 2015 3
Selamat Hari Raya AidilAdha

Salam AidilAdha..

Tahun ni aku raya kat perantauan.. Kat KL sajo sebab hubby kerja.. So, sebagai Isteri Mithali (ye ke?) .. aku buat keputusan utk raya ngan hubby kat sini.. Cian dia kalau raya sorang.. So, raya la kami berdua di KL tahun ni.. takde masak2 rendang bagai.. makan kat kedai je sudah.. hahahah..

Selamat Hari Raya Qurban uolls...

23.9.15

Aiskrim Gulung di The Zone Langkawi

Wednesday, September 23, 2015 0
Aiskrim Gulung di The Zone Langkawi
Sebelum gi Langkawi hari tu aku ada baca blog Cik Epal.. dia citer pasal Aiskrim gulung ni.. Sebagai pencinta Aiskrim .. wajib untuk aku try... hahahah...


Masuk The Zone terus cari stall Aiskrim ni.. nasib baik jumpa.. Banyak jugak perisa ada..tapi aku time tu rasa macam nak makan masam-masam sikit.. aku pun order la perisa Mixberry... Hubby tak nak sebab dia sakit gigi time tu... so, dapat rasa 1 perisa je la..


Kusyuk aku dok tengok adik tu buat Ais Krim gulung tu.. mula-mula letak berry.. pastu letak cecair macam susu tu...


Gaul-gaul.. sambil pecah-pecahkan buah tu...


Uli lagi...


Pastu, tarik bagi jadik nipis...


dan gulung.... cam magik plak dah siap...


Akhirnya.. bila dah siap gulung... susun-susun dalam bekas dan tabur Mixberry...


Tara.. dah siap.. cantik kan?

Aiskrim tu sedap cuma Mixberry yang ditabur tu masam sangat...  kalau nak beli lagi pasni.. nak mintak kurangkan mixberry tu la...

22.9.15

Ayam Goreng bercitarasa Korea Di Restoran Pelicana Chicken

Tuesday, September 22, 2015 6
Ayam Goreng bercitarasa Korea Di Restoran Pelicana Chicken

Sape kat sini Peminat Makanan Korea? Ha.. ni aku nak bagitau ni.. Baru-baru ni aku sempat la merasa Ayam Goreng dari Restoran Pelicana dekat Atria Shopping Gallery.


Restoran Pelicana ni dah lama bertapak kat Negara Korea. Dari tahun 1982 lagi tau... Dah 33 tahun.. Sebaya ngan aku.. hihihi... Restoran ni mula dengan memperkenalkan ayam goreng terbaik style Korea dengan disalut sos istimewa. Sekarang ni, dah tak perlu susah-susah ke Korea sebab Pelicana Chicken dah bukak Francais kat Malaysia khas untuk peminat makanan Korea.


Hidangan terbaru yang diperkenalkan oleh Pelicana Chicken ialah Garlic YangNyeom Chicken...




Kami jugak ditunjukkan demo macam mana ayam tu disalut.. nampak senang je... tapi hakikatnya.. jenuh jugak nak salut satu-satu.. hihihi..

Rasa Bawang putih segar yang dimasak dengan sos unik menambahkan rasa sedap ayam tu.. dan untuk menyerlahkan rasa bawang putih, hirisan bawang putih kecil ditabur atas hidangan..


Ni la hasilnya selepas disalut dengan sos bawang putih...
Selain dari Perisa Garlic YangNyeom Chicken ni.. ada banyak lagi perisa... Ayam yang juicy disalut dengan pelbagai perisa unik.. erm.. sedapnya...


Ada 5 jenis hidangan ayam Peli YangNyeom Chicken ni:

~ Peli NyangNyeom Chicken Original
~ Garlic YangNyeom Chicken
~ Peli NyangNyeom Chicken Hot n Spicy
~ Peli NyangNyeom Chicken Charcoal BBQ
~ Peli NyangNyeom Chicken Spring Onion

Harganya pulak sangat berpatutan iaitu RM9.50 untuk 4 ketul ayam , RM18.90 untuk 8 ketul dan RM32.90 untuk 14 ketul ayam.


Peli NyangNyeom Chicken Original
~ Hidangan ni tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.. rasa sos yang sedikit manis memang sesuai untuk orang yang tak gemarkan makanan pedas..


Peli NyangNyeom Chicken Hot n Spicy
~ Hidangan yang pedas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.. Bagi penggemar makanan pedas macam aku.. aku rasa yang ni memang kena ngan tekak aku..pedas yang agak terasa la.. hahaha.. ramai yang tak tahan makan yang ni.. tapi aku suka... baru 'kick'..


Peli NyangNyeom Chicken Charcoal BBQ
~ Hidangan ni sesuai untuk yang suka pedas tapi tak terlalu pedas.. kiranya pedas light2 la.. ala.. ala2 pedas Blackpepper je...


Peli NyangNyeom Chicken Spring Onion
~ Hidangan ni pun sesuai untuk kanak-kanak.. tak pedas dan sosnya manis2 gitu..



Ini pula ialah Pelicana Ramen... Yang ni harganya cuma RM13.90... Tak pedas... kuahnya rasa berlemak tapi kalau x silap aku pakai susu.. so, kiranya ni menu sihat jugak la... Kuah Ramen ni mempunyai rasa masam manis dan set ni dihidangkan bersama Ayam crispy Pelicana.


Pure Chicken Breast Salad yang berharga RM 12.90.. ni memang aku recommed sangat untuk penggemar sayur dan sesiapa yang berdiet dan tak nak makan berat.. Salad ni memang mengenyangkan sebab ada tomato, daun salad, ayam goreng, telor rebus, mayonis dan sos khas Pelicana.


Ni pulak antara pilihan air yang ada... 

Chocolate Frappe
Manggo Frappe
Pina Colada (campuran nenas & Kelapa) memang sedap yang ni.. Wajib try kalau makan kat sana...

Untuk keterangan Lanjut boleh layari:


Alamat:

Pelicana Chicken
Atria Shopping Gallery
Level 3, Lot T23A,
Damansara Jaya,
Petaling Jaya,
Kuala Lumpur.

Tel: 03-77334300