Blog Eyzamiel

25.8.15

Painting Potret Giveaway by Azhafizah

Tuesday, August 25, 2015 5
Painting Potret Giveaway by Azhafizah






















Cantik kan? Nampak real... harap-harap la aku dapat jadi salah seorang pemenang.. :)

Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger.
1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah 
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di bawah.

3 gambar yang menepati ciri² gambar yang terbaik akan di painting potret. Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye. Senang je kan syarat² dia. So jemputlah join beramai²

Contest bermula dari 22 Ogos-30 Ogos 2015, 11:59pm

Ni gambar yang aku pilih untuk join contest ni...


Nak join jugak? klik je sini

Majlis Kurnia Syawal Utusan Karya Meriah Sangat

Tuesday, August 25, 2015 6
Majlis Kurnia Syawal Utusan Karya Meriah Sangat
Penghujung Syawal tempohari... kami Geng Terjah Event dapat jemputan ke Majlis Kurnia Syawal Utusan... kiranya ni Open House kumpulan Utusan la.... Gigih aku n gang naik KTM ke Bangi.. kat sana Eina ngan Acul bawak kami ke Utusan...

 Sampai je sana.. tengok.. ramainya orang.. artis pun ramai... segan plak rasanya... hahahah.....



 Dah nama pun blogger kan... mesti la lagi banyak bergambar dari makan... hahaha... kenyang bergambar je....





Banyak giler makanan kat sini... diaorang buat konsep gerai... sampai tak termakan dibuatnya.... tak tau nak pilih yang mana... semua nampak sedap..


 Aku suka sangat kambing kat sini... lembut n juicy.... teringat-ingat lagi sedapnya kambing tu... Yummy.. ;)


 Ayam golek pun sedap.. tapi x bole lawan ngan kambing golek la...


Tak banyak pun artis yang aku bergambar... segan... semua cantik-cantik.. aku je selekeh... ye la.. pakai baju kerja trs datang sini....


















Apapun... TQ Eina &  Utusan Karya sebab sudi jemput i ... harap-harap kita Geng Terjah Event akan tetap utuh dan dapat gi event sama-sama lagi.. ;)

#Gengterjahevent

20.8.15

Driver teksi kurang ajar!

Thursday, August 20, 2015 1
Driver teksi kurang ajar!


Hati aku tengah PANAS! MENDIDIH! MENYIRAP! semua ada la... aku geram ngan satu teksi ni... Macam biasa la pagi-pagi aku kuar umah nak gi opis... disebabkan opis aku kat Area Bukit Aman.. aku plak dari Muzium Negara... aku kena lalu satu bulatan depan KTM ni... aku dah dalam bulatan.. dah bagi signal nak ke kiri.. tup..tup.. aku dengar bunyi berdentum... teksi dari susur kiri nak masuk bulatan tu dah hentam belakang kereta aku... Ya Allah... Buta ke apa... Dah tu yang paling aku bengang.. dia bole pusing stereng n  blah camtu jer... WTF!

Aku selalu geram ngan driver teksi... bawak macam jalan dia sorang.. suka hati dia jer nak berenti ambik penumpang.. tak kira kat mana.. dah la tak bagi signal.... 

Nasib baik aku sempat toleh n ambik no plat dia.. aku tanya pandangan membe2.. ada yang kata patut report.. ada yang kata tak perlu sebab teksi ni memang susah claim insuran.. alih-alih kita balik yang kena.. erm... buntu aku wei... tak tau nak buat camne.. patut la driver teksi KL ni kurang ajar.. rupanya diaorang kebal camtu... pihak berkuasa patut kena pantau diaorang ni....

tapi aku ada baca kat blog ni.. dia kata teksi memang susah nak claim.. nak tak nak kena keluar duit sendiri la.. dah la keta laki aku..  nangis!

*Tapi bukan semua pemandu teksi kurang ajar, ada yang baik n berhati-hati bawak kereta.. cuma sebahagian je bawak macam jalan bapak dia...


19.8.15

Texas Steak House di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras

Wednesday, August 19, 2015 8
Texas Steak House di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras
Sape suka makan Western? Aku suka sangat.. tapi.. nak cari restoran western yang sedap dan harga berpatutan memang susah sikit la.. kalau ada pun mesti mesti harga mahal...

Hari tu aku teringin nak makan.. nak gi Station 21 cam malas plak nak redah KL.. so, hubby bawak aku makan kat TEXAS STEAK HOUSE area Bandar Tun Hussien Onn... kami pergi bertiga ngan adik aku...


Masa mula-mula sampai.. aku dah suka tengok konsep kedai ni.. ala-ala koboi gitu....



 Banyak jugak pilihan makanan kat sini...



Durian Belanda & Jus Tembikai
Epal Asam Boi
Spagthi Seafood

Black Pepper Steak
Chicken Chop






















Rating : 4 bintang / 5

Apa yang aku bole cakap.. sedap dan berbaloi.. ;)