Blog Eyzamiel

15.4.15

Shopping Barang Sephora di Zalora

Wednesday, April 15, 2015 10
Shopping Barang Sephora di Zalora

Hari tu aku dah citer yang nak beli barang Sephora kan? Ya Allah.. Rambang mata tau bila tengok barang-barang Sephora ni.. tapi, sebab bajet pun tak berapa besar.. ni je la yang sempat aku sambar dulu.. hihihi... Yang lain, bulan depan plak....

Aku ni memang jenis yang tak sabar nak tunggu barang-barang ni sampai.. Bila sampai jer.. happy giler... excited nak try... Masa aku beli tu, aku terlupa nak tukar cara bayaran.. last-last terklik Cash On delivery.. Bila abg courier tu hantar, baru la aku bayar.. ok la.. janji barang selamat sampai.. ye dak.. hihihi...


Zalora akan packing dalam kotak camni.. so takyah risau rosak ke apa.. InsyaAllah.. terjamin selamat sampai dengan sempurna...


Ni la barang yang aku beli tu... ada 4 jenis je.. Sephora Bubble Bath & Shower Gel - Blueberry , Nano Lip Liner No. 13 - Belle Beige , Sephora Eau De Toilette - Blueberry dan Sephora Rouge Shine Lipstick No. 28 - Just Married..

Aku kan memang dasar tak sabar.. malam tu jugak aku pakai Shower Gel Blueberry tu.. Ya Allah.. Bau dia sweet giler.. rasa wangi blueberry tu.. lepas mandi.. badan rasa fresh jer...

Lepas mandi sembur EDT Blueberry.. wah memang wangi tido malam tu.. hihihi...

Esoknya nak keluar pg IKEA, pakai BB Cream Seqy Beauty.. blusher sikit.. pastu lukis bibir pakai lip liner Belle Beige dan sapu Shine Lipstick Just Married.. Aku suka sangat dengan lipstik ni.. warna memang sesuai dengan aku.. 

Just Married
Belle Beige
Disebabkan EDT tu kecik comey jer.. aku bole simpan je dalam handbag.. senang.. kalau rasa-rasa dah busuk... sembur jer.. 



Yeay.. aku puas hati dengan produk Sephora..  Tq Zalora mudahkan aku nak shopping produk Sephora ni.. tak yah susah2 nak cari parking bagai.. Nak try jugak? Klik Zalora..

13.4.15

Sedapnya coklat di Dip N Dip

Monday, April 13, 2015 7
Sedapnya coklat di Dip N Dip
Sabtu hari tu adik aku sibuk la dok ajak pegi IKEA.. ok jugak la.. aku pun memang nak beli cadar IKEA.. so, aku setuju je la.. kali ni pg IKEA aku terpaksa drive sendiri sebab hubby kerja.. nasib baik la sebelum ni dh pernah drive pg E-curve sebab even MAPS hari tu.. so, dah tau jalan la.. jadi no hal...

Memandangkan IKEA ni kalau weekend memang padat.. aku keluar awal.. pkl 10 pagi dah terpacak depan IKEA.. gigih tau.. masa ni pun dah ramai orang.. Alhamdulillah.. rezeki jugak dapat parking betul-betul depan pintu IKEA.. so, takyah jalan jauh-jauh..

Dah sampai IKEA, adik aku ajak gi makan Dip N Dip plak.. Dah lama teringin katanya.. aku ingat nak makan meatball... ok la.. aku pun suka coklat gak.. so, jom la kita ke The Curve.. cari Dip N Dip.. sebelum ni aku dah pernah pg Bangsar.. tapi kat sana parking agak hazab sikit.. so, tak jadi makan time tu.. ni kira 1st time la kami nak try...

Dah masuk dalam The Curve.. jenuh jugak la kami dok mencari.. mana Dip N Dip ni.. La.. rupa2nya.. kedai ni ada kat tengah2 antara The Curve dan E-Curve.. patut la tak jumpa..hihihi..

Weekend kedai ni bukak pukul 11 pagi.. disebabkan masa tu awal lagi.. kami pun merayap jalan2 dulu.. ngam-ngam pukul 11 kami dah terpacak depan kedai... first customer lagi..hahaha...



Sampai sana... tengok menu je dah tak tau nak order apa sebab semua nampak best.. bagi penggemar coklat macam kami..kedai ni memang heaven la...



Tapi.. kalau korang tengok harga.. memang agak tertelan ailio la... agak pricey sikit.. tapi kalau untuk kepuasan tekak.. apa salahnya kan...




Aku suka dengan susun atur Restoran ni.. Cantik n sweet like coklat.. hihihi... kat sini dimainkan lagu2 arab yang lembut-lembut gitu.. aku baca kat blog, ada yang cakap yang kat Bangsar pasang lagu kuat-kuat sampai nak sembang pun susah... ntah la.. aku tak pernah makan kat bangsar.. so, aku tak tahu,, kalau kat cawangan The Curve ni memang santai.. kalau tak nak duduk dalam aircond.. bole lepak2 kat luar.. free air gitu...


Setelah penat buat pilihan... cewah.. penat la sangat kan.. hihihi... kami sepakat pilih ...

Triple Chocolate Crepe - RM 17.00 ++
Triple Chocolate Crepe - Folded Crepe Topped With Three kinds Of Belgian Chocolate. 

Pendapat Aku :
- Gabungan 3 jenis coklat tu memang sedap tapi crepe yang bawah tu sebenarnya rasa dia macam lempeng... nipis plak tu... so, aku rasa macm tak puas makan.. macam aku just makan coklat semata..

Waffle Stick - RM 10.00 ++
Waffle Stick - A Classic waffle on the Stick, dipped in your choice of belgian Chocolate.

Pendapat Aku :
- Waffle sedap.. Coklat sedap... Memang gabungan yang terbaik.. waffle ada rasa crunchy.. i like...

Polo Juice - RM 15.50 ++
Polo Juice - Gabungan Lemon n Mint

Pendapat Aku :
- Dalam gambar lain, Realiti lain. :) Pastu dia blend semua.. rasa macam lain macam.. tapi, bila kita minum.. memang ada rasa fresh dan kombinasi tu macam kena plak untuk elakkan muak coklat.


Chocolate Fondant Cake - RM 13.50 ++
Chocolate Fondant Cake - A Sweet Chocolate Cake with a chocolate inside. Topped with melted chocolate and served with ice-cream.

Pendapat Aku :
- Yang ni memang Terbaik! gabungan kek keras kat luar, cair kat dalam..pastu makan plak ngan krim dan aiskrim.. Fuh.. memang terangkat.. memang recommed sangat.. tak menyesal order ni.. sedap.

ada coklat cair di dalam... heaven...


Bil kami pada hari itu... RM 64.96.. Agak pricey.. tapi berbaloi aku rasa sebab sedap dan mewah dengan coklat... Keseluruhannya.. kami memang puas hati sangat dengan makanan, layanan dan suasana santai kat sini...pasni boleh datang lagi n try yang lain plak...

Selain dari cawangan di The Curve.. ada jugak di 3 tempat lain seperti yang tertera di gambar bawah.. selamat Mencuba.. :)




10.4.15

Movie Animation Park Studios (MAPS) yang pertama di Asia akan dibuka di Malaysia.

Friday, April 10, 2015 2
Movie Animation Park Studios (MAPS) yang pertama di Asia akan dibuka di Malaysia.


Sape suka tgk Kartun BoboiBoy? Yeay.. aku sure ramai yang suka kan.. Bukan setakat budak-budak.. Aku pun suka tengok gelagat Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Fang.

Hari Rabu tempohari, aku sempat la pergi event yang ada kena mengena jugak dengan Boboiboy ni.. Excited tau..  Maunya tak excited...  Dapat jumpa Boboiboy kut.. hihihi... Event ni kat e-Curve Damansara .... Event start pukul 2.30 .. pukul 1.30 aku dah sampai... Alhamdulillah jalan ok.. tak jammed.. nasib baik waze ada.. kalau tak.. memang sesat barat la jawabnya.. :)

Sampai je sana, perkara pertama mesti la bergambar... sebab awal kan.. sempat dok posing merata... nasib baik jumpa ngan Ayue.. takde la segan sangat sorang-sorang..



So, dah sampai awal.. kita makan la dulu.. sedap plak makanan kat sini... meriah.. ke sebab aku yang lapar?.. ye la.. tak sempat lunch, trs gerak ke sini...








Kat sini aku dapat tengok Kokotiam Tok Aba.. Nak juga rasa.. apa yang bestnya Koko Tok Aba sampai jadi rebutan dalam Kartun Boboiboy tu.. ;)


Bila dah rasa... Amboi.. sedapnya.. Rasa Hot Coklat yang memang sedap.. aku ni dah la hantu coklat.. memang kena dengan tekak la... Kalau korang nak rasa jugak pun bole.. ada jual kat Pasaraya... kalau tak silap aku, kat Tesco ada... Bab harga.. tak sure la plak...

Pukul 2.00 petang dah makin ramai jemputan yang datang.. pelakon kanak-kanak Mia Sara dan Raikal pun ada... 2.30 petang.. majlis pun start.... Yasmin Hani jadi pengacara.. Ya Allah.. Cantik sangat dia ni tau.... Putih melepak gitu... suka tengok dia.. Masjlis dimulakan dengan Ucapan dari En. Ramelle Ramli ...



Satu lagi kejayaan tercatat dalam sejarah MAPS seiring dengan pengumuman kerjasama di antara MAPS dan siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.


 Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu MAPS? Ok.. lupa plak nak bagitau...

Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia. Ia bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarikan yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.


“Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean.


Berlangsung sejajar dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy di MAPS. Pada majlis tersebut, jemputan media turut dipertontonkan video dan ilustrasi seni tentang sedikit bayangan terhadap BoBoiBoy 4D Ride kelak.





Aku yang baru tengok lakaran MAPS ni pun dah rasa teruja.. memang tak sabar nak tunggu Taman Tema ni dibuka.. Macam-macam ada dalam ni.. Macam tak sangka ianya akan dibuka di Ipoh, Perak. Tak perlu passport dah kalau nak melawat tempat best ni sebab cuma dalam Malaysia saja.


Yeay.. akhirnya.. acara yang paling aku tunggu-tunggu.. kemunculan Boboiboy, Gopal , yaya dan Ying. Siap menari lagi.. kiut sangat.


Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak  boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D.  Kokotiam Tok Aba juga antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di Kokotiam.

Rakyat Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi pertama Asia, MAPS.






Aku sebagai rakyat Malaysia memang berbangga sangat.. Lepas ni.. kita dah tak perlu ke negara orang untuk pergi Taman Tema yang hebat-hebat.. Dalam negara pun dah ada pasni...

Untuk keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com / Facebook www.facebook.com/mapsperak.

Last but not least.. terimalah aksi berpeluk dari aku.. hihihi.. jangan mare...



26.3.15

Sewa Van Murah untuk ke KLIA2

Thursday, March 26, 2015 0
Sewa Van Murah untuk ke KLIA2

Salam..

Lama aku tak menulis.. Lately ni tak berapa sihat.. lagipun.. ni baru balik bercuti ngan family..  Hari tu.. masa nak pergi bercuti.. merata la aku dok cari perkhidmatan van untuk hantar kami satu family ke KLIA2.. Mula-mula plan.. nak buat macam sebelum ni jer.. nak parking kat TBS dan naik bas.. tapi, mengenangkan aku bawak mak ayah aku.. kesian plak kat diaorang.. pastu, aku tukar plan nak parking kat Airport jer.. bila kira-kira balik rugi la plak.. ye la.. kami semua 10 dewasa.. mesti kena bawak 2 biji kereta.. parking sehari dah 46 ringgit.. 2 kereta dah jadi sehari 92 ringgit, kali plak ngan 4 hari.. menangis nak bayar.. tu blom masuk minyak dr rumah nak ke Airport...

Disebabkan plan tu tak berapa nak bajet sangat. aku pun try la cari perkhidmatan Van sewa untuk hantar dan ambik kami satu Family kat Airport... merata aku dok survey.. paling murah pun aku dapar RM 450.00 pergi balik (250.00 utk pergi- kena cas extra sebab pkl 3 pagi ,  200.00 utk balik).. aku macam nak dah ambik jer.. tapi.. dok fikir balik.. try la lagi..mana tau rezeki.... search  lagi kat google.. akhirnya aku jumpa website ni.. KADTRAVELINK ... 

Try Whatsapp ... cepat jer dia balas... tanya punya tanya.. dia bagi aku harga RM 300.00 untuk pergi balik.. takde extra cas untuk tengah malam.. Biar betul ni? Pucuk dicita ulam mendatang... aku terus booking...  last minit booking.. nasib baik masih kosong... Aku memang puas hati sangat ngan perkhidmatan dari KADTRAVELINK ni.. Pukul 2.30 pagi dia dah whatsapp aku... dah sampai bawah rumah.. padahal janji pkl 3 pagi.. memang terbaik la servis dia... Masa balik pun, kitaorang sampai je kat Airport van dah ada.. tak perlu dok tunggu2.. Hantar sampai bawah rumah...

Aku memang recommed sangat-sangat untuk sesiapa yang nak pergi Airport secara berkumpulan.. bole contact En. Khairul (No. Fon : 019-9660606) bole whatsapp jer.. memang dia akan balas nanti..

Ok.. itu jer nak share.. esok sampai lusa ada kursus kat Melaka.. makin sepi la blog ni x berupdate.. hihihi...