Sape suka tgk Kartun BoboiBoy? Yeay.. aku sure ramai yang suka kan.. Bukan setakat budak-budak.. Aku pun suka tengok gelagat Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Fang.
Hari Rabu tempohari, aku sempat la pergi event yang ada kena mengena jugak dengan Boboiboy ni.. Excited tau.. Maunya tak excited... Dapat jumpa Boboiboy kut.. hihihi... Event ni kat e-Curve Damansara .... Event start pukul 2.30 .. pukul 1.30 aku dah sampai... Alhamdulillah jalan ok.. tak jammed.. nasib baik waze ada.. kalau tak.. memang sesat barat la jawabnya.. :)
Sampai je sana, perkara pertama mesti la bergambar... sebab awal kan.. sempat dok posing merata... nasib baik jumpa ngan Ayue.. takde la segan sangat sorang-sorang..
So, dah sampai awal.. kita makan la dulu.. sedap plak makanan kat sini... meriah.. ke sebab aku yang lapar?.. ye la.. tak sempat lunch, trs gerak ke sini...
Kat sini aku dapat tengok Kokotiam Tok Aba.. Nak juga rasa.. apa yang bestnya Koko Tok Aba sampai jadi rebutan dalam Kartun Boboiboy tu.. ;)
Bila dah rasa... Amboi.. sedapnya.. Rasa Hot Coklat yang memang sedap.. aku ni dah la hantu coklat.. memang kena dengan tekak la... Kalau korang nak rasa jugak pun bole.. ada jual kat Pasaraya... kalau tak silap aku, kat Tesco ada... Bab harga.. tak sure la plak...
Pukul 2.00 petang dah makin ramai jemputan yang datang.. pelakon kanak-kanak Mia Sara dan Raikal pun ada... 2.30 petang.. majlis pun start.... Yasmin Hani jadi pengacara.. Ya Allah.. Cantik sangat dia ni tau.... Putih melepak gitu... suka tengok dia.. Masjlis dimulakan dengan Ucapan dari En. Ramelle Ramli ...
Satu lagi kejayaan
tercatat dalam sejarah MAPS seiring dengan pengumuman kerjasama di antara MAPS
dan siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.
Berucap
pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli
berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama
MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia
merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.
Movie
Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak merupakan antara projek paling unik dan
mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai &
pelancongan di Malaysia. Ia bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan
termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia,
pertunjukan aksi (stunt) kereta
secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai
menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua
peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap
sepanjang tahun.
“Animasi
Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais
ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia,
DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana
para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama
karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The
Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif
Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean.
Berlangsung
sejajar dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy,
Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini
telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy
di MAPS. Pada majlis tersebut, jemputan media turut dipertontonkan video dan
ilustrasi seni tentang sedikit bayangan terhadap BoBoiBoy 4D Ride kelak.
Aku yang baru tengok lakaran MAPS ni pun dah rasa teruja.. memang tak sabar nak tunggu Taman Tema ni dibuka.. Macam-macam ada dalam ni.. Macam tak sangka ianya akan dibuka di Ipoh, Perak. Tak perlu passport dah kalau nak melawat tempat best ni sebab cuma dalam Malaysia saja.
Yeay.. akhirnya.. acara yang paling aku tunggu-tunggu.. kemunculan Boboiboy, Gopal , yaya dan Ying. Siap menari lagi.. kiut sangat.
Dengan
penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia
mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik
berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy.
Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy
dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara
eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya
kanak-kanak boleh melawat BoBoiBoy
Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman
seperti seorang superhero dengan teknologi 3D.
Kokotiam Tok Aba juga antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia
akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya.
Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di
Kokotiam.
Rakyat
Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan
produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi
pertama Asia, MAPS.
Aku sebagai rakyat Malaysia memang berbangga sangat.. Lepas ni.. kita dah tak perlu ke negara orang untuk pergi Taman Tema yang hebat-hebat.. Dalam negara pun dah ada pasni...
Untuk
keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com / Facebook www.facebook.com/mapsperak.
Last but not least.. terimalah aksi berpeluk dari aku.. hihihi.. jangan mare...
Assalam aiza,
ReplyDeleteni kalo my boboboy dapat pi ni mesti sooookaaaaaaaaa sangat he3
Jangankan boboiboy awak.. eyza pun teruja..hihihi...
Delete