Blog Eyzamiel

27.4.19

4 sebab kenapa perlu shopping sempena Ramadan ni di LuLu Hypermarket KL

Saturday, April 27, 2019 1
4 sebab kenapa perlu shopping sempena Ramadan ni di LuLu Hypermarket KL

Tak lama je lagi dah nak bulan Ramadan. Bila tiba je Ramadan, kita mesti akan buat persiapan. Tak kira la persiapan untuk menyambut Ramadan ataupun Raya. Selalunya ramai yang suka buat persiapan dua-dua ni serentak supaya tak kelam kabut nanti.

Untuk persiapan menyambut Ramadan dan Raya tahun ni, Eyza cuma ke Lulu Hypermarket je.Kat sini senang sebab semua yang kita nak ada di bawah satu bumbung je. Tak perlu nak penatkan badan pergi survey 2,3 tempat.

Nak tahu tak 4 sebab kenapa Eyza suka shopping dekat LuLu Hypermarket? Ha.. ni la sebabnya:


Jualan Ramadan 
(1 Mei - 10 Jun 2019) - Storewide


Destinasi membeli-belah muktamad di mana pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga 70% OFF pada fesyen, kasut, beg tangan, elektronik / IT, telefon bimbit, isi rumah, perabot rumah, mainan & bagasi. Di samping itu, juga penjimatan besar pada produk harian, barang-barang segar, barangan runcit makanan & barangan bukan makanan.



Lulu dikenali kerana mempunyai pilihan luas kurma berkualiti terbaik dari seluruh dunia, yang diimport secara eksklusif untuk memenuhi keperluan bulan suci ini.


Anda boleh mendapatkan Ajwa, Kudhri, Mejdoul atau kurma premium lain dengan harga yang sangat baik di sini, serta barangan roastery lain untuk buka puasa.

Jangan lupa untuk mencuba makanan istimewa tempatan, India & Arab & makanan pencuci mulut dekat sini. Sangat sedap! Ini cara yang sempurna untuk persiapan awal anda untuk tempoh perayaan yang akan datang.

Bazar Raya (sehingga 21 Mei 2019) - Kawasan Promosi, Aras 2


Tempat di mana anda boleh mencari semua yang anda perlukan untuk Raya di bawah satu bumbung. Dapatkan penjimatan hebat dengan barang-barang promosi Must-have Raya seperti barangan isi rumah & barangan rumah, elektrik, elektronik, kasut & bagasi.




Jenama besar seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi turut serta. Terletak di Kawasan Promosi, Tingkat 2, ini adalah masa yang tepat untuk memberikan rupa baru ke rumah anda untuk Raya yang akan datang! Jangan ketinggalan tawaran hebat ini!






Peraduan Dream Drive (1 Mei - 1 September 2019)


Selepas Peraduan "Shop & Win" yang berjaya tahun lepas, Lulu Hypermarket terus mengadakan pertandingan yang sama, dan kali ini dengan hadiah yang lebih baik. Pada tahun ini, 2 Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah Lulu.

Apa yang perlu anda lakukan ialah membelanjakan RM75 & ke atas dalam satu resit tunggal dari Lulu Hypermarket & Department Store semasa tempoh promosi, dapatkan kupon cabutan bertuah anda.

Isikan butiran anda, jatuhkan ke dalam kotak undian bertuah dan anda akan berlari untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini. Semudah itu!

Untuk pemilihan pemenang, akan ada 2 sesi, yang pertama akan diadakan pada 5 Julai dan yang lain akan pada 6 September 2019. Pelanggan boleh merujuk kepada jawatan promo FB Lulu, poster di dalam rumah & perkhidmatan pelanggan untuk butiran mengenai terma & syarat.

Promosi Mingguan (pada hujung minggu)

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran hebat mengenai makanan segar, makanan panas, roti & barangan runcit, serta item terpilih dari kategori lain dalam promosi hujung minggu khas ini. Cepat kerana LuLu Hypermarket memberi tawaran istimewa untuk semua orang!




Eyza kalau setiap kali bersahur perlu ada Milo dan conflakes. Kalau rasa jemu makan nasi, memang cornflakes la yang Eyza cari. Bila tgk kat LuLu ni, 2 barang yang memang Eyza suka waktu Ramadan murah, apa lagi terus la beli. Rugi tak amik peluang ni.




Untuk 3 hari ni iaitu bermula semalam hingga la esok (26-28 April 2019), korang boleh dapatkan Baju, Kasut, Bag Wanita, Saree dan Churidar dengan potongan 40%. Memang berbaloi sangat.







Masih sempat nak grab peluang diskaun 40% ni. Rugi kalau tak rebut. Banyak boleh jimat ni.

So, Untuk persiapan menyambut Ramadan dan Raya Eyza just shopping dekat sini je. Apa kata korang pun ke sini. Selamat Menyambut Bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:


24.4.19

Buffet Ramadan 2019 : Laman Kayangan, Shah Alam menghidangkan makanan Malaysia dan Thailand

Wednesday, April 24, 2019 0
Buffet Ramadan 2019 : Laman Kayangan, Shah Alam menghidangkan makanan Malaysia dan Thailand

Bulan Ramadan adalah  bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Seperti tahun-tahun sebelumnya  Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan.

Kalau korang memang mencari buffet Ramadan sekitar Shah Alam, kat sini la tempat yang wajib korang datang.


Majlis prebiu buffet Ramadan yang diadakan pada 15 Mac 2019 ( 08 Rejab 1440H ) bertempat di  Laman Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini.






Terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.



Juga menampilkan pelbagai menu yang menarik dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.


Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara terkenal tanahair iaitu Adriana Adnan.

Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi

En Azahari
019-2331351

Pn Hasmal
019-2503090 / 012-2533973

Follow di Facebook: Buffet Ramadhan Malaysia
Instagram: @buffetramadhanmalaysia

Harga Bufet Ramadan 2019

Early Bird ( pembelian awal sehingga 28 April 2019 )
RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)

  1. BELI 50 MEJA
PERCUMA :
  • 5 MEJA
  • 5 PAX
  • 5 SETTING MEJA VIP
  • 500 CENDERAHATI ISTIMEWA
  • 5 HAMPER
  • 1 BACKDROP 10’X10’
  • PENGGUNAAN PA SYSTEM & PROJECTOR
  • DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA.

  1. BELI 40 MEJA
PERCUMA :-
  • 4 MEJA
  • 5 PAX
  • 4 SETTING MEJA VIP
  • 400 CENDERAHATI ISTIMEWA
  • 4 HAMPER
  • 1 BACKDROP 10’X10’
  • PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
  • DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

  1. BELI 30 MEJA
PERCUMA :-
  • 3 MEJA
  • 5 PAX
  • 3 SETTING MEJA VIP
  • 3 HAMPER RAYA
  • 1 BACKDROP 10’X10’
  • PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
  • DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

  1. BELI 20 MEJA
PERCUMA :-
  • 2 MEJA
  • 5 PAX
  • 2 SETTING MEJA VIP
  • PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
  • DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

  1. BELI 10 MEJA
PERCUMA :-
  • 1 MEJA
  • 5 PAX
  • DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

#bufetramadan #Ramadanbuffet #bufetramadanshahalam #lamankayanganshahalam #ramadan2019

21.4.19

Murah dan segar di Segi Fresh Market

Sunday, April 21, 2019 1
Murah dan segar di Segi Fresh Market

Eyza ni memang sejenis suka masak dari beli kat luar. Tapi kekadang tu beli la jugak bila dah jemu makan masakan sendiri. Walaupun Eyza berdua je dengan Husband, balik kerja je mesti masak. Simple-simple pun jadi la. Perut kami berdua je pun yang nak makan. Kekadang satu lauk pun dah cukup.

Selalu Eyza akan beli barang dapur untuk stok sebulan terus kecuali barang basah je Eyza akan beli 2 minggu sekali. Tiap-tiap kali nak beli barang basah mesti pening nak beli kat mana sebab mana-mana pun harga memang rasa nak menangis rasanya. Kekadang, beli sikit-sikit pun dah dekat 200 ringgit. Mau tak parah. 

Tapi tu dulu la. Sekarang Eyza dah tahu port untuk beli barangan basah yang murah. Ha.. sebab Eyza dah tau so Eyza kena share la ngan korang sekali. Tak nak la jimat sorang-sorang je.


Port jimat tu ialah dekat Segi Fresh Market.. Serius Eyza cakap, dah lama giler Eyza tak jejak pasar borong. Bukan sebab apa, sebab malas nak bersesak dengan orang dan malas bangun awal sangat untuk ke pasar borong.


Segi Fresh ni ala-ala pasar borong jugak la sebab harga yang ditawarkan standard harga pasar borong. Silap2 kat sini murah lagi. Lepas dah tahu je kat Segi Fresh ni murah, lagi la Eyza tak jejak dah ke Pasar Borong. Beli kat sini je senang.


Nak pegi pagi, petang atau malam semua boleh. Tapi kalau malam tu jangan la sampai lepas pukul 11 malam pulak. Memang tutup la jawabnya.


Eyza ni sejenis suka beli ikan. Terpaling suka ikan mabong dengan ikan kembung. Goreng makan dengan Nasi Panas-panas, picit cili api dengan kicap pun dah boleh buat makan bertambah.

Ikan kembung sekilo RM 7.90 dan Ikan Mabong sekilo RM 13.90. Allah.. Murah sangat ni. Terus Eyza borang 2kg setiap jenis.  


Tambah-tambah Bulan Ramadhan dah nak dekat ni. Memang wajib la ada stok barang basah kat rumah ni. Nak masak untuk Sahur dan berbuka pun senang. 




Kalau datang Segi Fresh ni mesti rambang mata. Rasa nak borong je semua. Eyza pergi baru ni, Eyza banyak memborong Udang. Fresh udang dia. Bukan Eyza je yang borong, kawan-kawan lain pun berebut nak ambik udang. 2 kg terus Eyza ambik. Boleh masak banyak kali. Puas hati la.



Daging dengan ayam pun ada kat sini. Eyza tak beli ayam kali ni sebab ada lagi kat rumah. Tapi Eyza memborong Lamb. Bayangkan Eyza ambik Lamb Chop 6 keping besar-besar. Berbaloi la. Isi pun banyak. Puas makan.




Telur, Sayur, buah pun murah kat sini. Sebab tu la Eyza kata, kalau datang sini boleh penuh satu troli. 





Selain barang basah, barang-barang keperluan rumah yang lain pun ada. Kiranya, korang tak perlu pergi dua tempat untuk beli barang dapur. Semua ada dekat Segi Fresh ni.


Eyza hari tu nasib baik datang sorang je, malas nak borong sangat. Kalau datang ngan husband, silap-silap Eyza pun memborong penuh troli. 



Eyza just beli Ikan Merah seekor, Udang 2kg, Ikan Kembung 2 kg, Ikan Mabung 2 kg, Lamb Chop 6 slice, Ikan Tenggiri sebesar tapak tangan 3 slice, Sayur-sayuran dan air. Cuba teka berapa total Eyza bayar. Lebih kurang dalam RM 150 je tau. Berbaloi sangat untuk stok 2-3 minggu ni.



Tentang Segi Fresh

Segi Fresh ni adalah dibawah Segi Group iaitu kedai runcit rantaian yang telah ditubuhkan selama lebih dari 20 tahun dalam pemborongan, peruncitan, perdagangan, logistik dan pelaburan hartanah.

Dengan falsafah perniagaan dan konsep inovatif baru digabungkan dengan ciri-ciri tradisional "pasar segar", SEGIFRESH telah menjadi perintis dalam industri ini dengan memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang baru untuk peniaga dan pelanggan. Sebagai pakar dalam perniagaan runcit/borong, SEGIFRESH adalah 'Pusat Pengedaran' yang menjanjikan barangan SEGAR dengan HARGA yang kompetitif, KEMUDAHAN membeli-belah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan PERKHIDMATAN yang terbaik..
Nilai-nilai Teras SEGI:
1. Segar
2. Pelbagai Pilihan
3. Harga
4. Kemudahan
5. perkhidmatan 
 MISI SEGI:
- Synergy dalam kerja pasukan
- Kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan and kualiti
- Berkembangan dalam pembangunan peribadi & keusahawanan
- Integriti dalam semua keputusan

Eyza memang syorkan golongan peniaga datang beli kat sini sebab kalau beli borong lagi murah. Dah la murah, bertambah-tambah murah. 

Bulan Ramadhan pun dah tak lama dah, so boleh la beli barangan segar dengan harga murah dekat Segi Fresh ni. Bukan saja surirumah yang suka, peniaga-peniaga pun mesti suka membeli belah barangan segar kat sini.

Dengan 32 cawangan yang ada, Segi Fresh memang pilihan ramai orang.

Nak tahu maklumat lanjut dan cawangan terdekat? Boleh layari web, ig dan fb seperti dibawah:


Untuk pembelian online boleh layari : http://segifresh2u.com