Blog Eyzamiel

12.4.18

Buffet Ramadhan 2018 : Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail

Thursday, April 12, 2018 1
Buffet Ramadhan 2018 : Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail
Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail| Alhamdulillah.. Tahun ni adalah tahun kedua Eyza dapat jemputan untuk Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail.

Restoran Rebung ni cukup sinonim dengan Masakan Tradisional Dapur Melayu disamping resepi yang diilhamkan oleh Selebriti Chef Malaysia iaitu Dato' Chef Haji Ismail yang juga adalah pemilik restoran ni.

Tahun ni Buffet Ramadhan di Restoran Rebung bertemakan "Baazar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail".

Di majlis ni juga, Chef Ismail sempat tunjukkan kami cara-cara buat Nasi Ulam. Sedap tau. Rugi tak cuba.



Kat bawah ni Eyza sertakan video demo Chef tengah buat Nasi Ulam yang sedap ni.


Ok, dah kata temanya ialah Baazar Ramadhan, dah tentu la kat sini berkonsepkan bazar atau gerai. Ada pelbagai seleksi makanan yang sedap-sedap.

Restoran Rebung mengetengahkan makanan kaki lima atau "Hawker Food". Kalau kita ke Baazar Ramadhan, mesti rambang mata sebab ada macam-macam makanan. Ha.. macam tu la konsep kat Rebung ni.

Dekat sini, terdapat 9 bazar dan setiap bazar mewakili satu negeri di Malaysia dan makanan yang sinonim dengan negeri tersebut. Antara makanan yang popular di Baazar Ramadhan dan ada di Restoran Rebung ialah Roti Jala, Murtabak, Mee Goreng Mamak, Char Koay Teow, Ayam Percik, Bubur Lambuk, Buah Melaka @ Onde-onde, aneka ikan bakar serta air asam dan macam-macam lagi la makanan yang best. Setiap satu bazar tu ada keunikan yang tersendiri dan makanan pulak di masak panas-panas dekat bazar.


















Eh.. nanti dulu.. bukan tu je menu yang ada kat sini, ada lauk pauk utama yang dihidangkan di sini. Terdapat lebih dari 80 jenis hidangan bermula dari pembuka selera sampailah ke pencuci mulut. Ha.. ada orang kalau berbuka mesti ada nasi. Kita jadi tak tahu nak pilih lauk apa sebab banyak sangat pilihan dan semuanya sedap!

Ada antara menunya yang sangat jarang kita jumpa di mana-mana kedai macam Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu dan lauk pauk kampung yang lain. 

Hidangan utama boleh dimakan dengan Nasi Putih, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi beriani atau Nasi Hujan panas. Lauk pauk pula ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Pari Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Rebung dan Perut, Ayam Percik, Sambal Belacan dan Ulam-ulaman.











Air pun ada 5 jenis iaitu 3 jenis sejuk dan 2 jenis panas. Untuk minuman Panas, Restoran Rebung menyediakan Teh Tarik Rebung dan Kopi 'o'. Manakala untuk air sejuk akan berubah setiap hari. Antara air yang ada dekat sini ialah Cendol, Mata kucing, Barli Limau, Cincau, Sirap Selasih, Sirap Bandung, Bandung Soda dan lain-lain.


Penggemar dodol boleh makan dodol puas-puas dekat sini.


Untuk tahun 2018 ni, Restoran Rebung juga kini beroperasi di Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia untuk sepanjang bulan Ramadhan ini.

Restoran Rebung masih kekalkan harga macam tahun-tahun sebelum ni iaitu RM79.50 nett untuk dewasa dan RM 53.00 nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi:

No. Tel : 03-22763535 / 03-22762525
Email:restoranrebungchefismail@gmail.com

11.4.18

Pelbagai Pilihan Makanan Western di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Wednesday, April 11, 2018 0
Pelbagai Pilihan Makanan Western di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras
Makanan Western di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras| Eyza baru je niat nak diet. Tapi bila dapat peluang pergi makan dekat Restoran Western lepas tu kat sini ada jugak Seafood, buat Eyza rasa tergugat. Tak jadi la diet hari ni. Esok-esok kita sambung diet. Hahaha.

Eyza ni dah la penggemar Seafood dan Western food. Susah tau nak cari kedai western yang ada juga seafood sebab kebanyakkan kedai Western mesti hidangkan Daging, Kambing atau Ayam. Tapi.. dekat Blue Cafe, bukan saja ada daging dan ayam tapi jugak ada Seafood. Best wey.


Restoran Blue Cafe ni terletak di Bandar Mahkota Cheras. Ala.. tak jauh pun dari Aeon Cheras, belakang Aeon je pun. Senang sangat nak cari.

Restoran ni sebenarnya dah lama pun buka tapi sebelum ni ianya dikenali dengan nama "Grey N Blue Cafe" tapi sekarang ni pemiliknya dah 'rebranding' dan renovate semula dan namanya ditukar ke Blue Cafe. Kalau dah ada nama baru, dah tentu la ada menu baru. Eyza yang tengok menu je pun mula-mula dah terliur. Belum rasa lagi. Nak tau apa menu best kat sini? Jom kita tengok.


Belum apa-apa lagi kami dah dihidangkan dengan pelbagai jenis air yang buat Eyza sendiri rambang mata. Tak tau nak pilih air yang mana satu. Tapi, disebabkan Eyza masih dalam pantang, kita pilih la air panas. Tengok air ais tu but Eyza tergugat sebab warna menarik dan paling penting rasanya pun sedap. Ada Rosy Special, Strawberry Soda, Blue Lagoon dan Peach Mojito. Ada lagi tau. Pergi sana dan try semua air yang menarik ni baru best.




Air panas pun tak kurang sedapnya. Ada Rosie Cafe Latte, Cafe Latte, Hot Chocolate dan Mint Hot Chocolate. Tu baru sikit, ada macam-macam lagi pilihan air panas yang boleh kita cuba. Eyza minum Hot Chocolate dan Mint Chocolate. Sedap sangat. Rasa koko dia mewah dan tak puas nak minum. Beza dua-dua ni cuma Mint ada rasa pudina sikit. Apapun dua-dua Eyza suka.

Rosie Cafe Latte

Cafe Latte

Hot Chocolate

Mint Hot Chocolate

Menarik x? Ha.. tu baru air. Jom kita tengok makanan apa yang ada kat sini. Eyza sambil menaip pun terliur. 

Seafood Platter 
-Set ni lengkap dengan lala, ikan dory, udang,sotong, fries, spagethi dan indomie. Satu set ni boleh makn dalam 3  @ 4 orang sebab portionnya banyak. Berbaloi dengan harga RM 36.90 tu. Jimat kan?

Mix Grilled Platter 
-Eyza ni memang penggemar Cheese. Dalam set ni ada Udang, Ikan dory dan Ayam. Eyza suka udang tu sebab atas dia ada cheese. Yummy!

Fish and Chip
- Yang ni Eyza tak sempat rasa dan tak boleh komen sedap ke tidak. Tapi kalau tengok pinggan licin je. Hihihi.

Grilled Chicken Chop
-Ayam dia juicy dan tak kering. Sedap cicah dengan sos blackpepper tu.

Cheese Chicken Chop
-Eyza apa je yang ada cheese semua Eyza suka. Rasa ayam dia juicy dan tak kering. Best sebab cheese banyak.

Chicken Rendang Pizza
-Menu ni boleh dikatakan menu pilihan ramai. Roti lembut dan kena pulak rendang tu dibuat Pizza. Sedapnya. Eyza memang suka dengan Chicken Rendang Pizza ni. Nanti nak repeat cari menu ni.

Spaghetti Vongole
-Yang ni best sebab penuh dengan siput lala atas spagethi ni. Kuah pun x pedas. Budak-budak pun boleh makan.

Chicken QQ Noodle
-Eyza suka kombinasi ayam grill dengan indomie ni. Makan pulak dengan sos tu memang best la.

Smoked Duck Pizza
-Korang kena try Pizza ni sebab first time Eyza makan dan Eyza jatuh cinta. Cheese banyak dan kombinasi dengan itik tu memang best la.

Smoked Duck Aglio Olio
-Ha.. ni pun satu lagi menu yang memang Eyza suka. Spagethi sedap ditambah pulak dengan smoked Duck, memang best la. Eyza suka betul itik tu sebab daging itik tu berjus dan tak kering.

Lamb Shoulder
-Yang ni Eyza tak sempat nak makan. Tengok-tengok je dh habis. Kalau dah semua serang macam piranha tu maknanya sedap la makanan tu.

Oblong Beef Burger
-Bagi penggemar burger, boleh cuba set ni.

Tiramisu
-Favourite selamanya. Tiramisu kat sini antara yang terbaik Eyza pernah makan. Tak rugi la order.

Brownies 
-Eyza suka Brownies + Ice Cream. Sedap tau! Walaupun Eyza tak boleh makan Aiskrim, Eyza just makan brownies je. Tak manis sangat dan dalamnya ada kacang. Best.

Eyza ada juga buat video untuk semua menu yang ada. Boleh tengok kat channel Youtube Eyza.


Ha.. dah tengok kan menu? Menarik betul. Ruang dalam restoran ni pun selesa. Ada 2 tingkat. Kita boleh pilih nak makan dekat bawah atu dekat atas. Dekat bawah simple je macam kedai makan yang lain tapi dekat atas best sikit. Ada pilihan tempat duduk yang boleh kita pilih.




So, kalau korang mencari tempat makan western yang best area Bandar Mahkota Cheras, bolehlah singgah ke Blue Cafe.

Maklumat Lanjut:
BLUE CAFE
No. 7-2, Jalan Temenggung 25/8,
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras, Selangor.

No. Telefon : 03-90113891

FB : Blue Cafe
IG : Blue Cafe

4.4.18

Misi Kurus 2018 dengan DEWITA BIKINI BODY GOALS

Wednesday, April 04, 2018 6
Misi Kurus 2018 dengan DEWITA BIKINI BODY GOALS
Misi Kurus 2018 dengan DEWITA BIKINI BODY GOALS|Eyza ni tiap-tiap tahun azam nak kurus tapi still macam ni jugak. Badan makin dipam-pam ada la. Bukan senang tau nak kurus. Nak gemuk je senang. Hihihi.

Sebab tu la Eyza rasa happy sangat bila jumpa dengan DEWITA BIKINI BODY GOALS ni.


Eyza pilih produk ni sebab Eyza rasa ianya berkesan untuk turunkan berat badan. DEWITA ni adalah sejenis supplement dalam bentuk serbuk dan kena bancuh dengan air sejuk untuk buang toksin dan hancurkan lemak-lemak jahat dalam badan.

Minuman ni ada campuran seperti:
🌼 Mango Africa
🌼 Green Coffee
🌼 Garcinia Cambogia
🌼 White Kidney Bean
🌼 Yogurt
🌼 Mix Berries
🌼 Lemon Extract
🌼 Cranberry Extract
🌼 Rasberry Extract


Fungsi DEWITA #bikinigoals :
- Dapat mengempiskan perut yang buncit akibat kerak usus
- Membakar lemak berlebihan secara berkesan dan cepat
- Meningkatkan metabolisma badan tertumpu pada pinggang, perut & kedudukan di mana lemak berkumpul
- Mengurangkan lemak dibahagian abdomen, dagu,peha, kaki & lemak dagu
- Menghalang selera makan secara semulajadi tanpa berdiet
- Membantu mencerahkan kulit
- Membuang toksin dalam badan


Produk ni bukan FAT BURNER atau PELAWAS tau! Ianya selamat dan Halal.


Cara nak bancuh pun senang je. Just ambik DEWITA dan bancuh dalam 150 ml air sejuk atau boleh campurkan dalam jus. Minum sebelum tido. Eyza malas nak bancuh-bancuh bagai. Just letak dalam shaker dan shake-shake uolls! Sebab tu la nampak berbuih seba  Eyza terlebih shake. :)


Produk ni sesuai untuk lelaki atau perempuan yang ada masalah berat badan berlebihan. Ibu menyusu pun boleh ambik tapi pastikan bayi dah berusia 6 bulan ye. Untuk wanita hamil atau dalam haid tak digalakkan ambik produk ni.


Kalau korang cari supplement bagi membantu kurangkan berat badan bolehlah try DEWITA ni. InsyaAllah raya nanti bergetah uolls.

Harga : RM 120 (SM) / RM 130 (SS)

Untuk pembelian atau maklumat lanjut boleh layari:


atau

whatsapp @ Call : 014-3308448 / 0139986080


*Bagi kesan optimum digalakkan mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kesan kepada setiap orang adalah berbeza. Untuk hasil yang lebih cepat, disarankan lakukan juga senaman.

Gugur lagi buat kali kedua (6 Minggu)

Wednesday, April 04, 2018 20
Gugur lagi buat kali kedua (6 Minggu)
GUGUR LAGI BUAT KALI KEDUA / Assalammualaikum dan hai korang. Dah baca entry Eyza pasal eyza mengandung lagi buat kali kedua? Kat situ Eyza ada bagitau yang ada sesuatu yang buat Eyza risau. 


Ye! Buat kali kedua Eyza gugur lagi. Allahhuakbar! Subhanallah! Eyza cuba kuat kali ni. Lebih kuat! Eyza Redha atas Ujian Allah pada kami.

22 Mac 2018
Pagi tu Eyza bangun tidur dan nampak ada darah kat pantyliner. Hati dah mula rasa tak sedap. Tapi, Eyza gagahkan juga pergi kerja sebab baca kat Internet ada yang cakap tu tanda-tanda nak menempel. Ok, siap-siap pergi kerja walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.

Dalam pukul 10.00 pagi, Eyza dapat rasa macam darah banyak keluar. Hati dah tak sedap dan terus drive balik ke rumah ambik husband dan kitaorang pergi Klinik Sri Permaisuri sebab member suggest pergi situ. Masa sampai dah nampak ramai orang. masuk je dalam, nurse cakap kena tunggu sebab ada 12 orang lagi patient. Maybe dalam  sejam atau lebih kena tunggu. Hubby tak nak. Kami pun keluar dan cari Klinik dekat sekitar Cheras. Kebanyakan klinik tak buat scan. Lepas tu, nampak Klinik Putrijaya dekat area ni. Takde orang. Ok. tanya dia ada buat scan? Nurse cakap ada. So, Eyza proceed nak check kat situ.

Masuk jumpa Doktor, cerita sikit-sikit kat dia n dia scan. Tau tak apa doktor cakap? Eyza tak mengandung. Ha???? Dia kata dah scan xde baby pun. Rahim pun tak ada tanda-tanda macam mengandung. Padahal, dia godek 2,3 kali dah cakap macam tu. macam tak ada effort pun nak check. At least ko suruh buat upt ke apa untuk sahkan. eyza pulak dah blur plus risau memang tak terfikir nak buat UPT kat situ. eyza tunjuk UPT yang Eyza buat sebelum tu kat Doktor, Dia pandang macam tu macam tu je. Pastu decide Eyza tak mengandung.Tanya doktor, perlu ke Eyza ambik Duphaston, dia kata tak mengandung buat apa nak ambik. Eyza pun keluar dari bilik Doktor dengan muka sedih dan confius. Check ala kadar macam tu, tanpa ubat apa terus kena bayar RM 68.00. Bayar je la.Ok, dapat MC sehari, tu pun lepas Eyza tanya. Kalau tak memang dia tak bagi.Eyza memang tak suggest korang scan pregnancy kat sini. Huhuhu.

23 Mac 2018
Eyza decide ambik cuti untuk berehat dekat rumah sebab darah masih keluar. Lagi banyak dari semalam. Buat UPT still positif. Eyza just baring je apa pun tak buat. Sambil tu dok fikir jugak, betul ke aku tak mengandung tapi UPT POSITIF.

24 Mac 2018
Sama jugak macam semalam, still bleeding. eyza just baring je seharian.

25 Mac 2018
Still sama. Darah turun tapi macam dah tak banyak.

26 Mac 2018
Eyza rasa macam tak sedap hati. eyza decide ke HUKM. Buat UPT. Tapi masa tu tak dapat kencing. Air kencing sikit sangat-sangat. Nurse buat UPT dia kata negatif. Ok, masa ni Eyza rasa tak mengandung la ni. Tapi eyza still ada rasa loya dan sakit kepala. Pastu alah bau masakan n bau vape. Lepas ke HUKM Eyza masuk opis sebab dapat time slip je.


27 Mac 2018
Pagi ni still bleeding. pergi kerja macam biasa. Pagi tu ok, dok happy-happy dengan kawan-kawan. Petangnya dalam pukul 2.30 makin banyak bleeding dan perit sakit macam masa gugur yang first. Eyza dah rasa tak sedap hati sebab kalau period tak macam ni.Eyza terus minta kebenaran bos ke Klinik Kesihatan Tanglin.Bila sampai sana, daftar semua tunggu turn. Lepas nombor dah dipanggil, jumpa Nurse untuk saring sebelum jumpa doktor. Cerita semua kat Nurse, dia dah risau. terus dia bawa eyza pergi makmal untuk check urine. Dapat je result, keputusannya posiif. Terus masuk bilik Doktor. Doktor pun risau bila positif tapi bleeding banyak. doktor terus bagi surat rujukan ke Hospital. Eyza minta nak ke HUKM je.

Balik tu, terus pergi toilet sebab nak kencing. Terasa ada benda keluar. Eyza teringat yang masa gugur first, doktor suruh bawa kalau ada yang keluar macam ketulan. Eyza pun ambik letak dalam bekas nak bawak ke Hospital.Bentuk macam hati ayam tu.Lepas tukar pad semua, Eyza ajak husband makan dulu baru ke Hospital sebab Eyza tak makan tengahari tu.

Selesai makan, terus ke Hospital. Lepas jawab soalan lebih kurang dengan student barulah Doktor check Eyza. Eyza kena TVS Scan (Scan ikut bawah). Doktor masukkan muncung itik, dan check kat bawah.Lepas tu Doktor cakap ah clear. Semua dah keluar sendiri.Tiub dua-dua ok. masa ni, Eyza hanya mampu bersyukur sebab bukan mengandung luar rahim. Sedih memang la sedih, tapi Eyza fikir positif sekurang-kurangnya Eyza masih ada harapan untuk mengandung lagi.Kalau mengandung luar rahim, Eyza kena operate. takutnya. Eyza bersyukur Allah lindung eyza untuk ujian yang lagi berat.

Lepas ambik darah, Doktor pun terangkan yang Eyza dah gugur. Masa tu kandungan Eyza baru masuk 6 minggu.Menitik juga airmata. Bohong la akalu tak sedih, 10 tahun kami tunggu cahayamata ni. tapi Allah sayangkan kami dengan anak-anak kami. Takpelah.. Sekurang-kurangnya ada 2 anak syurga kami nanti tunggu kami kat Syurga.

Doktor bagi MC 3 hari je sebab dia kata gugur bawah 10 minggu.Nasib baik la MC tu sampai Jumaat, Sabtu Ahad tu memang cuti. dapat la rehat. Isnin tu masih tak sihat, so Eyza ambik Cuti Rehat. Gugur kali ni Eyza hilang banyak darah dan muka pucat giler sampaikan Doktor suh continue makan Obimin.

Sekarang ni pun Eyza masih berpantang. Datang kerja pun pakai stokin, makan pun masih jaga. Ais memang tak sentuh langsung. Dah 2 anak syurga Eyza. Doakan Eyza masih ada peluang untuk dapat zuriat satu hari nanti.