Blog Eyzamiel

8.10.16

WePrint tawarkan perkhidmatan mencetak gambar berkualiti tinggi

Saturday, October 08, 2016 1
WePrint tawarkan perkhidmatan mencetak gambar berkualiti tinggi
Zaman sekarang ni kebanyakan dari kita suka sangat tangkap gambar guna phone kan? Pastu, nanti lama-lama memory phone pun penuh. Apa kata kita print je semua gambar-gambar tu. 

Eyza jenis yang suka bergambar. Lagipun sekarang ni macam dah jadi trend, ada je photobooth kat mana-mana event. Suka pulak bila kumpul gambar-gambar dari mesin gambar ni.


Sebab tu, gambar yang Eyza sayang dalam phone Eyza nak print macam dekat photobooth tu. Sekarang ni dah mudah dengan WePrint. Ianya merupakan mesin gambar yang berkualiti tinggi dan ianya boleh dicetak terus dengan aplikasi Wechat dalam masa 60 saat je. Wow! Memang Best. WePrint ni dah ada di Malaysia sejak tahun 2015 tau. Kiranya dah setahun la.


Dan, apa yang lagi best ialah gambar yang kita print tu boleh siap kurang dari seminit. Wah.. cepat kan.


Ikut je step by step macam kat atas tu. Terus siap. Lagipun sekarang ni, ramai yang suka perkhidmatan macam ni. Senang.

Sejak dibawa masuk ke Malaysia, WePrint telah banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar dan mencetak beribu-ribu gambar tak kira la dalam Majlis apapun.


Eyza dah dapat gambar yang Eyza cetak dengan WePrint. Eyza suka sebab gambar yang dihasilkan cantik je sebab guna kertas yang berkualiti.

Jom tengok apa lagi perkhidmatan yang WePrint buat.



Dan, Eyza nak bagitau berita baik ni. Untuk pembaca blog Eyza, Uolls boleh dapatkan diskaun 10% dengan cara scan je kod QR kat bawah ni pembelian WePrint.



"What can we print for you? Free instant high quality photos!" 

Kalau uolls berminat dan nak keterangan lanjut boleh layari :
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.
Contact number: 019-985 8151 (Elaine)
Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

5.10.16

Jangan Lupa Singgah ke Penang 3D Trick Art Museum jika Ke Pulau Pinang.

Wednesday, October 05, 2016 1
Jangan Lupa Singgah ke Penang 3D Trick Art Museum jika Ke Pulau Pinang.
Eyza ni nama je kampung kat Penang. Tapi, banyak lagi tempat best kat Penang yang Eyza belum explore.Kalau balik kampung, lebih suka explore tempat makan.hihihi. Tapi, kekadang rasa rugi je. Orang lain datang jauh-jauh ke Penang nak melancong, Eyza boleh tak pergi mana-mana. So, jom la kita gi cari tempat best nak berjalan.

Salah satu tempat menarik yang jadi tarikan sekarang ni kat penang ialah Penang 3d Trick Art Museum. Muzium ni terletak di Lebuh Penang, dekat dengan Padang Kota Lama. Kalau bawak kereta, parking je dekat Padang Kota Lama dan jalan kaki je ke Muzium ni. Dari Padang Kota, kita kena menyeberang jalan untuk ke bangunan Chinese Chamber. Trick Art Museum terletak tak jauh dari situ.

Untuk masuk ke Muzium ini, harga yang dikenakan sangat berpatutan.

MYKAD
Dewasa (13 tahun ke atas) - RM15.00
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas - RM10.00

TANPA MYKAD
Dewasa (13 tahun ke atas) - RM25.00
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Emas - RM15.00


Kalau tengok dari luar nampak biasa je. Tapi try masuk dulu.Macam-macam yang kita boleh explore. Muzium ni terbahagi kepada 2 tingkat. Banyak gambar-gambar menarik yang kita boleh jadikan prop bergambar. Untuk mula explore muzium ni, kita bermula dengan tingkat bawah.

Anak buah Eyza ni sibuk nak ambik guli dalam tangan budak ni. hihihi

Belajar main gasing ke?

Bukan main santai atas batang kelapa tu.

Jom Terbang.

Lepak di Taman Fantasi
Ada pelbagai gambar yang menarik. Untuk yang tak pandai pose atau tak tahu nak pose macam mana, jangan risau tau sebab akan ada staff yang akan membantu dan akan beritahu pose macam mana yang menarik dan sesuai. Nak minta tolong diaorang ambikkan gambar pun boleh. Memang best. Takde la gambar kita ambik nanti kaku beku je.hihihi.

Jom Jalan-Jalan

Eh..Eh.. Michu jadi kecik.

Hi Saya Afiq.

Ibu nak naik tikar terbang jap.

Jom naik Bukit Bendera

Eh..Eh.. Michu senget.

Alamak.. kena hati-hati ni.
Kami tak takut pun.

Comel tak kami.
Kalau datang kat sini, jangan lupa bawak kamera tau.Benda wajib tu. Nanti rugi.

Untuk sesiapa yang inginkan pengalaman bergambar dengan lukisan 3D yang menarik, bolehlah berkunjung ke Penang Trick Art Museum.

Penang Trick Art Museum
10, Lebuh Penang,
Georgetown,
10200 Pulau Pinang.

Tel: 04-2631628

Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat - 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu hingga Ahad - 9.00 pagi hingga 8.00 malam

Facebook : Penang Trick Art Museum
Instagram : Penang Trick Art Museum


2.10.16

Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad

Sunday, October 02, 2016 2
Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad
Alhamdulillah. Pada 23 dan 24 September hari tu, Eyza bersama-sama media yang lain dapat join Kembara Media Sempena 50 Tahun Felcra Berhad ke Lumut, Perak. Eyza memang teruja nak join Kembara ni sebab ada ramai Blogger dan wartawan yang turut serta. Terima kasih pada Halim dari Hai Blogger yang sudi bagi peluang ni.


Ni pengalaman pertama Eyza join Konvoi macam ni. Sebelum ni, kalau konvoi ramai-ramai just nak pergi kenduri kahwin je. Hihihi.

Bila sebut Felcra, mesti ada yang tak berapa tahu kan fungsi sebenar Felcra ni. Ye la, kalau nak dibandingkan Felda dan Felcra, ramai yang lebih mengenali Felda kan? Walaupun Bapak Mertua Eyza kerja dengan Felcra, tapi tak pernah sekalipun Eyza tanya dia tentang Felcra ni. Tapi, bila Eyza join Kembara ni, barulah Eyza tahu banyak peranan Felcra dalam membantu anak bangsa kita.

FELCRA atau nama lainnya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Ok, berbalik tentang Kembara Media ni, seawal jam 9 pagi kami semua dah berkumpul di R&R Sg. Buloh. Eyza tumpang Blogger Achik Huda. Kira macam Co-Pilot la.


Setelah selesai tampal sticker Kembara Media, bermulalah Konvoi Kembara kami. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, kami sempat singgah untuk kaum Adam menunaikan solat Jumaat dulu di Masjid Nur Sa'adah.

Selesai solat, kami pun teruskan Kembara ke Felcra Lekir yang kini dikenali dengan nama Kampung Aman Jaya. Teruja Eyza bila sampai sini. Meriah betul sambutan penduduk dekat sini. Siap ada paluan kompang bagai. Rasa macam VIP pun ada.


Kami juga dihidangkan dengan lauk pauk yang sedap-sedap belaka. Dah la dapat makan best, kami juga dihidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku dan rambai. Tercapai hajat kami nak makan durian.


Selesai makan, kami dibawa bersiar-siar keliling kampung dengan menaiki traktor yang dihias cantik. Pengalaman pertama untuk kami ni. Pakcik Hamzah banyak bercerita tentang jerih perit diaorang sebelum Felcra ni berjaya. Sekarang ni, Banyak kemajuan yang penduduk kampung ni capai. Boleh dikatakan, kebanyakan peneroka Felcra ni semua ada bisnes. 


Pakcik Hamzah ni merupakan salah seorang Ketua Kampung kat sini dan beliau memiliki bengkel membaiki jentera. Wah. Memang hebat.


Sebelum balik, kami semua dibekalkan dengan Ikan Bilis. Bukan sekilo, tapi rasanya lebih dari 3 kilo tu. Rezeki betul.

Selesai di Felcra Lekir, kami pun bertolak ke tempat penginapan iaitu di Swiss Garden Beach Resort.  


Sempat la kami melepak kat pantai sebelum bersiap-siap untuk Networking Dinner Bersama Felcra Berhad. Majlis malam tu, dihadiri oleh Pengerusi Felcra iaitu Datuk Bung Mokhtar Raden. 



Eyza macam biasa la, kalau part cabutan bertuah memang tak bertuah. Hihihi. Tapi, kami semua tak balik dengan tangan kosong. Dapat kain pasang dari Jakel. Dah la dapat warna kegemaran. Happy la.

Selesai Dinner, semua dah penat. Balik bilik tido.

Esoknya, seawal jam 6.30 pagi kami semua dah berkumpul di Lobi.

Kredit: Yazid Izzat
Selesai Check Out hotel, kami semua bertolak ke Seberang Perak untuk ke Pusat Komersial Pembenihan Padi. Tak sangka Eyza, rupanya Felcra Berhad ada kawasan penanaman padi lebih kurang 80,000 hektar yang terletak di Seberang Perak.

Selesai sarapan, kami dibawa ke bendang untuk melihat padi ditanam secara moden menggunakan Transplanter. Dengan menggunakan mesin ini, kira-kira 3000 benih padi dapat ditanam dalam sehari.


Kredit : Felcra

Eyza rasa teruja diberi peluang untuk naik transplanter ni. Dan yang lagi best, Eyza berpeluang pandu Transplanter dan tanam padi cara moden ni. 

Kredit : Felcra
Kredit : Felcra
Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan ELA Gyrocopters. Di Malaysia ni, hanya Felcra satu-satunya yang menggunakan ELA Gyrocopters untuk menyembur racun. Ianya boleh terbang serendah 2 meter. Juruterbang yang ditugaskan membawa ELA Gyrocopters ini merupakan anak peneroka Felcra. Bangga sangat.

Selesai tanam padi, kami semua bertolak pulak ke Felcra Seberang Perak. Felcra Seberang Perak mempunyai Koperasi Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak. Koperasi ini dimiliki oleh Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak dan anak-anak anggota koperasi. Di bawah koperasi ini, telah banyak yang dapat dicapai seperti penubuhan Stesen Minyak Shell, Coop Mart, Coop Cafe, Bengkel Kejuruteraan dan banyak lagi.


Bermula dengan saham hanya berjumlah RM 35,000 dan 5 orang pekerja, kini koperasi telah berkembang dengan Modal Syer Saham terkumpul telah berjumlah RM 4,211,155.72. Wow. Banyak tu.

Selesai melawat kawasan sekitar koperasi, kami dibawa pula untuk melawat Rumah Generasi Kedua iaitu Taman Felcra Jaya.


Ada 4 jenis rumah yang ditawarkan untuk generasi kedua ni. Harganya pulak, sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran sekarang. Rumah ini hanya dibuka untuk anak-anak peneroka Felcra. Bagi yang bujang tu, boleh beli tapi kena kahwin dengan anak peneroka Felcra dulu la.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra berulang kali mengingatkan anggota Felcra supaya tidak menjual tanah pertanian yang ada sebab ianya merupakan harta yang tidak ternilai.


Sebagai acara penutup Konvoi Kembara Media ni, kami dijemput makan tengahari dulu. Semua lauk pauk sedap sangat. Ada Patin Masak Tempoyak, Ayam Bakar, Masak Lemak Udang, Ulam-Ulaman dan yang paling best ada Ikan pekasam. Betul-betul membuka selera.


Banyak pengalaman yang dapat Eyza kutip sepanjang Kembara Media ni. Selama ini, Eyza ingatkan Felcra hanya tertumpu pada Kelapa Sawit, tapi tekaan Eyza tu salah. Sebenarnya Felcra merangkumi Kelapa Sawit, Padi dan juga Getah.

Kredit : Felcra
Moga Felcra makin pesat membangun dan makin ramai anak-anak Felcra yang berjaya tak kira dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

1.10.16

Cabaran 7 Hari Sarapan Bersama Susu Dutch Lady PureFarm

Saturday, October 01, 2016 2
Cabaran 7 Hari Sarapan Bersama Susu Dutch Lady PureFarm
Eyza dulu suka sangat skip breakfast. Kekadang dah nak dekat lunch baru nak makan.Tapi lepas tu mula la perut masuk angin. Rasa tak selesa. 

Sekarang ni, busy macam mana pun Eyza akan pastikan Eyza ambil sarapan walaupun dengan sekotak Susu.

Sebenarnya sarapan dengan susu sangat bagus untuk sistem pencernaan. Eyza ni boleh dikatakan peminat susu tegar. Dekat rumah, memang Eyza akan pastikan ada stok susu dalam peti ais tu. Bebila nak minum ambik je dan terus minum.

Sebab tu, Eyza teruja giler bila Dutch Lady (M) buat kejutan dengan hantar susu dan sarapan untuk Eyza sempena  kempen Sarapan 7 hari bersama Susu Dutch Lady. Wow. Macam tau-tau je Eyza ni penggemar susu.


Packaging pek sarapan ni betul-betul menarik. Sweet sangat sebab Pihak Dutch Lady sanggup buat kejutan kat opis. Sampaikan bebudak opis semua tanya macam mana boleh dapat. Semua nak.hihihi.


Boleh tahan berat jugak pek sarapan ni. Bila bukak, dekat dalam tu ada sarapan untuk Eyza dan 7 kotak susu Dutch Lady Pure Farm. Wah.. patut la berat. 


Eyza sangat berbesar hati sebab diberi peluang untuk sama-sama menyahut cabaran 7 hari Sarapan Dutch Lady ni. Siap dibekalkan 7 kotak Susu Dutch Lady PureFarm untuk 7 hari sarapan.

Jom kita tengok menu sarapan Eyza untuk 7 hari sempena Cabaran ini.

Untuk hari Pertama, Sarapan Eyza ditaja oleh Dutch Lady (M). 

Menu #day1
- Sandwich Tuna lengkap dengan Tomato, Salad, Mayonis dan Oat yang dibancuh dengan Susu Dutch Lady dan ada buah Strawberry serta tak ketinggalan sekotak susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk.


Menu #day2
- Untuk hari kedua, Eyza cuma bersarapan dengan 2 ketul karipap kentang, seketul pau kacang dan sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. Kenyang sampai lunch. Badan pun rasa bertenaga je nak buat kerja-kerja kat pejabat.


Menu #day3
- Untuk hari ketiga, Eyza ada konvoi ke Perak. Singgah sarapan di R&R Sungai Buloh. Walau mana pun Eyza pergi, Eyza mesti pastikan Susu Dutch Lady PureFarm sentiasa ada dalam handbag. Sebab konvoi ni memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari, Eyza pun decide nak sarapan berat sikit. Eyza sarapan Nasi Lemak Bungkus dan Sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. 


Menu #day4
- Hari keempat, Eyza ada trip ke Pusat Penanaman Padi dan kat sini kami dihidangkan dengan Sarapan Ala Desa. Wah. Macam-macam sarapan ada.Eyza ni memang tak boleh minum kopi. Nanti sakit kepala. Nasib baik Eyza bawak Susu Dutch Lady PureFarm ni. Eyza sarapan Nasi Lemak dengan ikan masin, Kuih Cucur Badak dan kuih tepung pelita bersama sekotak Susu Dutch Lady PureFarm.Menu #day5
- Untuk hari kelima. Eyza cuti sebab hari Ahad. Masa ni dah balik rumah. Mood rajin sampai, so Eyza buat Nasi Goreng Cili Padi bersama telur mata kerbau, sebiji Epal Merah dan Sekotak Susu Dutch Lady Pure Farm. 


Menu #day6
- Hari keenam, Eyza sarapan simple je sebab dah plan tengahari nak makan heavy. Eyza ambil Yogurt Blueberry Dutch Lady dan sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. So Yummy.


Menu #day7
- Hari ketujuh, Eyza cuma sarapan Semangkuk Dasto Granola yang terdiri dari pelbagai bijirin dan sekotak Susu Dutch Lady PureFarm. Sedap plak kombinasi Granola dan susu ni. Tak cukup semangkuk tau.hihihi.


Bagi yang tertanya-tanya kenapa perlu ambil Susu untuk Sarapan, ni Eyza nak bagitau apa khasiat susu yang buat Eyza suka sangat.

10 Khasiat susu (kredit: Blog Ni)
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)
Alhamdulillah. Sejak Eyza amalkan minum susu setiap hari ni, Eyza dah kurang sakit sendi dan badan rasa bertenaga je sepanjang hari.

Jom mulai hari ni, kita ubah pemakanan dengan ambil sekotak Susu Dutch Lady Untuk sarapan pagi.Sebab apa kena ambil Susu jenama Dutch Lady? Sebab Susu Dutch Lady adalah Susu No.1 untuk sarapan anda.


Untuk keterangan lanjut, boleh layari:
Facebook : Dutch Lady