Blog Eyzamiel

11.1.16

Makan Seafood Di The Manhattan FISH MARKET

Monday, January 11, 2016 5
Makan Seafood Di The Manhattan FISH MARKET
Aku ngan hubby memang penggemar Seafood. Sebulan sekali kami akan pegi Kuala Selangor untuk beli Seafood yang fresh dan murah. Kalau dah sebut Seafood tu mesti la Udang, Sotong dan Ketam yang paling kami suka. Cuma kalau kat sana, tak ada la Lobster atau Seafood yang jarang dijumpai. Hari tu teringin nak makan Lobster, kami pegi Kota Kinabalu untuk makan. Jauh kan? Memang keja giler betul.

Bila aku dapat tau yang kat The Manhattan Fish Market ada jual Lobster dan pelbagai makanan laut yang fresh, memang teruja la. Lepas ni dah tak perlu pegi jauh-jauh lagi semata-mata nak makan Seafood. Pegi je mana-mana Cawangan The Manhattan Fish Market.Macam-macam Seafood ada.


Hari tu, aku makan dekat Cawangan Nu Sentral. Tempat makan santai dan cozy. Sesuai untuk makan dengan kawan-kawan, pasangan atau keluarga. Jujur aku cakap, ni first time aku makan kat sini. Dan untuk pengalaman pertama aku ni, aku dah jatuh cinta dengan menu Seafood kat Restoran ni. Memang kena repeat lagi datang sini pasni.

Makanan Laut di The Manhattan Fish Market ni diterbangkan jauh tau untuk sampai ke Malaysia. Walaupun jauh dia terbang, tetap fresh uolls.


Kalau tak tahu nak buat pilihan, jangan risau. Staf dari The Manhattan Fish Market akan suggest Seafood yang paling best untuk korang.


Kat depan kedai, tersusun bermacam-macam makanan laut yang segar. Pilih je. Harga makanan kat sini sangatla berpatutan dengan kualiti dan kuantiti yang akan kita dapat.


Kalau korang makan Seafood kat sini, aku recommed korang try air Citrus Mint. Memang gandingan yang serasi. Aku suka sangat air ni. Ada rasa masam, manis dan segar dari Mint. Sebenarnya cawan dia besar, yang aku punya ni mula-mula nak rasa je. Minum yang kecik, bila dah minum tak cukup plak. Terus order yang besar pulak lepas tu. 



Kat sini mereka sediakan Lobster dengan cara Grill atau kukus saja.Ada 4 sos yang kita boleh pilih untuk hidangan Lobster ni. Aku sempat rasa 3 jenis sos yang sedap untuk Lobster ni iaitu Honey BBQ Flaming Sauce, Ebiko Flaming Sauce dan Spicy Flaming Sauce.

Lobster yang belum dimasak


Dah siap dimasak
Selalunya kan, kalau pegi mana-mana restoran Seafood mesti takut nak ambik Lobster kan? Bukannya apa, takut harga yang mahal tu. Tapi, kat sini, harganya memang mampu makan. Nak tau tak berapa ringgit seekor Lobster ni? Ha.. Seekor Lobster yang dah siap dimasak ni cuma berharga RM 48.65 termasuk gst.



Ni pulak King Crab. Raja tau. Hihihi. Tengok je la badannya yang berduri tu. Memang Raja la. Aku suka King Crab ni. Isi dia padat. Setiap inci ada isi.Sedap plak tu. Puas hati. 




Yang ni pulak Spanner Crab. Spanner Crab ni banyak isi cuma agak tawar sikit. Tapi jangan risau sebab hidangan ini didatangkan dengan 2 jenis sos yang akan membuatkan hidangan ni jadi lebih menarik. Disertakan dengan sos Garlic Butter dan Spicy Dip. Aku suka Sos Garlic Butter. Siap kitaorang minta resepi lagi camne nak buat sos tu.hihihi.



Spanner Crab ni cuma berharga RM 59.25 termasuk gst.


French Crab ni pulak padat dengan telur ketam. Kalau korang jenis yang suka makan telur ketam, memang ni la pilihan yang paling terbaik. Tapi, aku tak berapa suka yang ni, aku asyik terbayang King Crab je.hahaha.




Kalau nak udang kecik sikit pun ada kat sini. Aku suka perisa Garlic Butter dan Cajun Spice. sedap.


Selain dari hidangan kat atas tu, ada juga makanan lain yang tak kurang hebat dan sedap.

Sweet Alabama - rasa kacang dan coklat .. sedap cuma aku rasa tak sesuai makan ngan seafood sebab berlemak.
Chocolate Mashmellow
Icy Hot Fish Banana - Sedap sangat, aku suka yang ni.

Aku memang suggest korang makan Seafood kat sini. Segar dan harga berpatutan. Kalau korang nak booking atau nak tahu Seafood ni semua ada stok atau tak kat Restoran, bole je pm kat Facebook The Fish Manhattan. InsyaAllah, nanti diaorang akan balas.

Website : www.manhattanfishmarket.com
Facebook & IG : MFM.My
Twitter : @MFMMalaysia


kredit gambar : Sally


10.1.16

Pencuci Muka Dashing Men, Keperluan lelaki aktif masa kini.

Sunday, January 10, 2016 0
Pencuci Muka Dashing Men,  Keperluan lelaki aktif masa kini.
Dari zaman aku sekolah lagi jenama Dashing ni dah ada kat Malaysia. Dulu-dulu, zaman sekolah bebudak lelaki akan beli bedak dashing pakai gi sekolah bagi gantikan deodarant. Tu pun dah wangi dah. Ye la, masa tu mana la mampu nak beli purfume bagai. Aku suka bau Bedak Dashing sebab bau dia maskulin tapi bau best. Kekadang aku pun suka curi-curi pakai bedak ayah aku.rilek je bau maskulin gi sekolah.  hahaha.

Seiring dengan masa, Dashing pun dah keluarkan pelbagai rangkaian produk di bawah jenama mereka dan yang terbaru ni Dashing keluarkan Pencuci Muka khas untuk lelaki.


DASHING salah satu produk nombor 1 Malaysia yang bergabung dengan Manchester City Football Club telah menghasilkan produk yang menjanjikan kepuasan dan bakal memberikan pengalaman yang tidak akan dilupai oleh semua peminat sukan di Malaysia. Selain daripada pencuci muka Dashing juga mempuyai produk lain seperti  EDT, Deodoran, Mandian Badan, Gel rambut dan juga Bedak talkum.

Zaman sekarang lelaki juga mempunyai komitmen seperti wanita dimana kebersihan diri sentiasa dijaga supaya tuan punya badan nampak lebih kemas dan bakal dikelilingi oleh ramai orang. Siapa sangka lelaki yang dikatakan Macho hampir semuanya menjaga perapian diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Contoh Lelaki yang menjaga penampilan dan personaliti mereka adalah seperti Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan juga David Silva.

Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk terbaru pencuci muka mereka yang di inspirasikan  oleh Manchester City Football Club. Rumusan produk pencuci muka ini khas untuk kulit dan cuaca di Asia. Kandungan produk telah dipilih dengan baik untuk masalah kulit yang biasa di alami oleh kaum lelaki di  Malaysia. Walaupun pencuci beraksi dengan Hebat namun ianya lembut pada kulit. 


Terdapat 5 jenis pencuci muka Dashing yang dapat mengatasi masalah-masalah kulit lelaki masa kini.

Icy Fresh 


Mengandungi Ice Glacier Water untuk menyegarkan dan penghidratan kulit. Membuatkan kulit segar dan sensasi penyejukan kulit yang tahan lama. Mengatasi masalah kekeringan kulit wajah.


Acne Free

Diformulasikan dengan Zinc & Clay untuk melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat di kulit wajah. Kulit bertambah licin & sihat serta bebas dari Jerawat.


Extra White

Diformulasikan dari Swiss Alpine Plants, Dashing EXTRA WHITE memberikan anda kulit yang lebih cerah dan tona kulit yang sekata serta mengatasi masalah kulit muka yang disebabkan oleh UV.


Oil Clear


Dirumuskan dengan ramuan rahsia Bamboo Charcoal yang berkesan menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah menjadikan kulit wajah bebas minyak.


WHITENING SCRUB


 Ingin mendapatkan kulit yang flawless? Boleh cuba Dashing WHITENING SCRUB. Diformulasikan dari Sea Salt yang membersihkan as well as exfoliates kulit wajah anda yang bermasalah. Mencegah masalah liang roma, membuang kekotoran dan bintik –bintik hitam (blackheads) pada kulit wajah anda.

Aku bagi 5 jenis pencuci muka ni kat hubby n suh dia pakai. Dia paling suka yang Charcoal sebab muka dia memang jenis berminyak. Dia kata lepas dia pakai Pencuci Dashing ni muka dia dah kurang minyak dan nampak lebih bersih. Ye la, kerja site. Balik kerja dah legam. Dengan pencuci Dashing ni nampak la cerah sikit. Nak ambik gambar dia untuk testimoni dia tak nak pulak. Malu katanya. Takut glamer nanti. Pulak! Perasan sangat ni. hahaha.

Apa kata korang try? dan untuk para isteri apa kata belikan Pencuci Muka Dashing ni untuk husband tersayang. Hensem untuk kita jugak kan?

Kesemua Pembersih Muka Dashing yang disenaraikan boleh didapati dengan harga RM6.90 untuk 50 g dan RM10.90 untuk 100 g.


Maklumat lanjut bole layari Facebook Dashing. Klik Sini


8.1.16

Viral: Fizo Omar vs Emas Putih

Friday, January 08, 2016 0
Viral: Fizo Omar vs Emas Putih

Minggu ni kecoh pasal kes Fizo Omar dan Blogger Uzu.. Mesti korang dah tau kan? Kalau tak tau, korang bole klik kat link bawah ni.



Ni Ulasan Fizo tentang isu ni:

Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.

"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.

"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.



Ni pulak ulasan Uzu:

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.

kredit: Mstar

Pendapat Aku:

Sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka masuk campur hal orang lain. Tapi bila jadi macam ni kat Uzu, kami yang blogger2 ni terkesan sama. Ingat senang ke jadi blogger? Bila review positif orang kata bodek sebab makan free. Bila review negatif orang marah. Tapi, secara jujurnya aku setuju dengan Uzu. Tu cuma pendapat peribadi dia sebagai seorang customer. Bukan niat dia nak benda ni viral atau menjatuhkan orang lain. Tapi kalau orang salah tafsir niat kita, siapa la kita nak halang kan?

Lagipun bila aku baca balik review uzu tu.. tak ada pun macam nak menjatuhkan.. siap dia bagi cadangan untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan. Maybe cara penerimaan Fizo lain. Erm.. dah la tu.. malas nak komen lebih-lebih. Harap kes ni dapat selesai dengan segera. Peace No war!


5.1.16

Bestnya bercuti di BEST WESTERN PREMIER THE HAVEN, IPOH

Tuesday, January 05, 2016 2
Bestnya bercuti di BEST WESTERN PREMIER THE HAVEN, IPOH
Bulan lepas adalah bulan yang sangat-sangat stress bagi aku.. Macam-macam yang aku kena handle.. Sampaikan aku rasa macam nak lari je dari kesibukan Kota Kuala Lumpur ni.... Tapi nak pegi mana?  Erm.. nak ajak hubby, dia pun busy.. adoi la.. bertambah stress pulak bila pikir...

Pastu, disaat-saat aku memang perlukan ketenangan dan percutian yang santai.. Ayue Idris offer aku gi bercuti dengan rakan-rakan blogger di  The Haven Ipoh... Yahoo.. pucuk dicita ulam mendatang.. memang tak tolak la offer tu.. hihihi..



The Haven Ipoh ni berkonsepkan Condotel iaitu Condo + hotel dan bertaraf 5 Bintang.. wow..  Kalau dah bertaraf 5 Bintang tu mesti korang fikir harga dia mahal kan? Eh takla.. harga masih berpatutan dan setimpal dengan ketenangan yang korang akan dapat kat sini. Ianya kini beroperasi di bawah Rangkaian Best western International (BWI) setelah dinaik taraf .


The Haven terdiri dari 3 Tower iaitu Tower Acacia, Banyan dan Cycas.Ketiga-tiga tower ini mempunyai 26 tingkat dan 512 unit. 150 unit diuruskan oleh The Haven dan selebihnya untuk Resident dan untuk dijual. Kalau la dapat beli sebiji.. Heavennya rasa.. hahaha.. tapi, apa bole buat.. berangan je la...

Aku sebilik dengan Ayue, Sally dengan Siti dan Nomi dengan husband tercinta. Honeymoon gitu. Aku dengan Ayue dapat Suite. Wah. Bila masuk je dalam bilik, teruja aku rasa.. cantik kut.. dan lagi best bila lepak kat Balcony.. Bole nampak pemandangan hijau dan mendamaikan yang sangat cantik. Hilang semua masalah aku kat KL..  Tenang sangat-sangat..






Dapur pun ada.. tapi kalau korang stay sini seminggu atau lebih baru la bole masak.. tapi jangan risau bab makan.. makanan kat The Haven sedap.. dah tu mementingkan kesihatan plak tu.. NO MSG tau.







Suite kami ni ada 1 bilik dan 1 bilik air.. siap ada Bath Tub lagi.. sesuai untuk sesapa yang nak honeymoon.. bole berendam lama-lama..hihihi..



Dari bilik air bole terus nampak katil.. tapi jangan risau, ada blind untuk tutup cermin tu.. takde la seksi sangat..




Setiap bilik dibekalkan iron dan iron board.. dah tak perlu call room service minta diaorang hantar..

Cantikkan Suite ni? Kat sini ada 7 jenis Suite. Yang membezakan setiap suite adalah bilik dan pemandangan. Ada pemandangan Lakeview dan Horizon View... Tapi aku suka Lake View.. Pemandangan dia ohsem...

Pemandangan One (1) & Two (2) Bedroom Suite
Pemandangan  2+1 Lakeview Standard
Pemandangan  2+1 Lakeview Deluxe

Pemandangan 2+1 Lakeview Suite & 3 Bedroom Suite

Pemandangan 3+1 Bedroom Premier Suite - Living Room

3+1 Bedroom Premier Suite - Bathroom

Ni pulak harga bilik kat sini..




Pool kat sini unik sebab berbentuk Kuda Laut dan ada 5 level serta berkeluasan 60 meter. Sebab apa dipanggil 5 level? sebab ada Jacuzzi Pool, Infant pool, Leisure Pool, Lap Pool dan Infinity Pool. Best o.. Puas la kami berendam dalam tu. swimming pool ni dibuka sampai pukul 10 malam tau.. Bole berendam puas-puas..


Kalau nakkan kelainan dengan berjacuzi dalam swimming pool memang The Haven la tempat yang best. InsyaAllah.. kalau ada peluang nak datang sini lagi.. tak puas tau duduk sini setakat 2 hari 1 malam.. 

Best Western Premier The Haven, Ipoh

Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel: +605 220 9000
Fax: +605 220 9011

Email: reservations@bestwesternhaven.com.my
Website: www.thehavenresorts.com

GPS Coordinates:
Latitude N - 4°38'14.2
Longtitude E - 101°9'43.2

Check-in from 15:00 | Check-out until 12:00
*Pets are not allowed.