Blog Eyzamiel

10.9.15

Island Hoping (Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pulau Beras Basah)

Thursday, September 10, 2015 2
Island Hoping (Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pulau Beras Basah)
Walaupun aku dah 3 kali datang Langkawi... tapi sekali pun aku tak pernah pegi Island Hoping.. selalunya datang jalan-jalan n shopping jer... So, disebabkan kali ni aku datang ngan hubby.. So, kami decide nak gi Island Hoping sebab salah satunya nak pegi Pulau Dayang Bunting....


Aku beli Tiket Island Hoping ni kat Amzar Motel je... senang.. malas nak survey2.. lagipun tunggu je depan motel...

Ada 2 waktu korang boleh buat Island Hoping ni... Pagi n petang... Aku ambik pagi... Sebelum pukul 9 pagi aku dah terpacak depan Amzar Motel... Dengan tak makan apa-apa.. semangat tau nak pegi naik Speed Boat.....

Dalam pukul 9.05 pagi ada van yang sampai... dia collect resit n suh kitaorang naik van untuk dia bawak pegi Jetty... setiap orang ada sticker tau untuk membezakan tempat mana korang beli tiket... sticker kami kaler pink...

Sampai Jetty.. beli makanan dulu... nak makan kat Pulau nanti... Dalam 20 minit jugak la tunggu.. baru la diaorang panggil utk naik bot.. Kat situ ada banyak bot.. semua tengah stanby nak pg Pulau....

Masa nak berjalan ke tempat bot.. akan ada orang tunggu untuk ambik gambar kita.. tapi selalunya candid je sebab dia tak bgtau.. nasib baik aku tengok dia tangkap gambar orang depan.. So, bila time aku sempat lagi aku buat Peace.. hihihi...


Dalam Bot kami cuma ada 2 couple dari Malaysia... kami n partner sebelah... yang lain2 semua pelancong dari Arab...


Masa kami sampai kat Jetty.. hujan turun renyai-renyai.. aku dah risau dah.. takut laut bergelora.. Tapi kami Tawakal je pegi sbb abg bot tu kata bole...


Masa ni hujan rintik-rintik.. langit nampak gelap...

Satu pesan aku.. kalau nak naik speed boat jangan la pakai selendang licin macam aku pakai ni... habis tunggang langgang tudung.. hahaha...


Mula-mula naik bot tu cam takut je.. melambung-lambung kami semua... hahaha... tapi nasib baik abg tu pro.. lama-lama rasa best plak dok melompat-lompat....


Happy sangat aku bila dapat tengok sendiri depan mata Pulau Dayang Bunting yang orang dok sebut-sebut tu... Cantik sangat.. dengan air laut yang biru.. SubhanAllah.. 


Bila dah pandang depan mata... memang nampak macam perempuan mengandung yang tengah baring...  Unik...



Kat sini kami diberi masa sejam je.. tak cukup masa sebenarnya sebab nak mendaki je dah ambik masa.. nak mandi lagi.. agak rushing la...


Untuk masuk ke Pulau Dayang Bunting ni.. kena bayar seorang 2 ringgit.. so, jangan lupa bawak duit ye...


Dah bayar... boleh masuk dalam n mula mendaki untuk ke Tasik...


Kat sini banyak monyet.. so, hati-hati.. jangan bawak bag plastik.. nanti kena sambar ngan monyet.. aku bawak bagpack.. semua sumbat dalam tu...


Bole tahan letih gak la nak memanjat sebelum sampai ke Tasik.. tapi.. bila dah sampai.. hilang semua rasa penat... Teruja beb.. Cantik sangat... Kuasa Allah kan... Macam pelik ada tasik kat tengah laut... tapi memang unik sangat...


Mula-mula aku ingat nak celup kaki jer.. pastu tengok ramai yang mandi... macam best jer.. tapi aku ni tak pandai berenang.. takut gak.. nasib baik ada tempat nak sewa Life jacket.. so, aku pun sewa la satu.. Hubby tak payah sebab dia memang terer berenang...


Kami memang dah pakai siap-siap baju untuk mandi.. so, apa lagi.. takyah tukar.. terus jer terjun ... walau pakai life jacket.. aku tetap penakut.. dok kat tebing-tebing je.. hubby je dok riang gembira berenang ke sana sini...



Selain mandi, ada jugak aktiviti lain kat situ.. kalau suka santai-santai sambil romantik bole la naik bot kayuh-kayuh tu... tapi aku tak sure plak berapa harga aktiviti lain.. sebab aku ada masa tak banyak.. so, kitaorang terjun je mandi manda dalam tasik..



Kat sini ada ramai jugak yang cuma pakai bikini.. malu weolls tau... hahaha.. dan yang paling tak bole blah... ada sorang awek ni.. mandi pakai t-shirt elok je ... naik atas.. trs bukak t-shirt.. toing... pakai bra jer.. terjojol la benda yang tak sepatutnya...  perah-perah t-shirt kat situ n pg tukar baju.. keluar dari bilik persalinan.. tengok2.. rupanya pakai tudung... huhuhu.. tertanjat gegirl... rasanya dia lupa kut tu tempat public sebab tu dengan selambanya bukak baju untuk diperah kat depan orang ramai... hahaha...


Aku ngan hubby tak tukar baju pun.. terus je pakai baju tu sebab kami nak ke Pulau Beras Basah plak.. nak mandi laut...


Perlu diingatkan.. sebelum turun bot.. nanti diaorang akan bgtau no bot.. so, kena ingat tau sebab nnt balik.. diaorang akan tanya bot no berapa.. sebab semua bot nampak sama.. jangan silap naik bot tau...




Perjalanan kami diteruskan ke tempat Helang berkumpul.. Banyak.. dok berlegar-legar.. Abg Bot tu lempar kulit ayam.. laju je helang-helang tu sambar..


Aku pakai kamera henpon je.. tak nampak sangat helang-helang tu...



Selesai kat situ, kami pun dibawa ke Pulau Beras Basah... n lagi satu, kalau sesapa nak kencing atau berak.. baik buang siap-siap masa kat Pulau Dayang Bunting sebab kat Pulau Beras Basah ni takde toilet ye.. kalau ada yang nak lepaskan hajat kat sini.. pepandai la masuk hutan..hihihi...






Mula-mula aku ingat tak nak mandi laut.. tapi, bila hubby terjun.. aku pun rasa nak join.. maka basah la lagi sekali sebab kami mandi laut plak.. yang bestnya.. air laut dia tak panas.. seronok la mandi.. jernih je airnya...




Kat sini pun kami tak tukar baju.. sbb takde toilet kan... so, baju yang kami bawak tu bole pakai jalan-jalan nnt.. jimat baju.. 


Dalam pukul 1 petang.. Bot datang n kami pun balik ke Jetty.. Sampai je kat Jetty.. diaorang yang ambik gambar kita masa mula-mula tu dok panggil suh tgk balik gambar... Nasib baik ok gambar aku ngan hubby.. So, kitaorang beli buat kenang-kenangan.. murah je pun.. RM 10.00..


Selesai Citer Island Hoping.. Cost aku akan letak kat entry pasni... :)

9.9.15

Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™

Wednesday, September 09, 2015 2
Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™
Syarikat kesihatan mata global, Bausch + Lomb memperkenalkan inovasi bio terbaru, Biotrue® ONEday, kanta lekap pakai buang harian premium. Diinspirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel ™, satu inovasi yang menggabungkan hidrogel konvensional dengan hidgrogel silikon yang bakal menjadi bahan pakai buang harian generasi akan datang.


Diinpirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday oleh Bausch + Lomb mengandungi 78% kelembapan; bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan luar kanta ini direka menyamai lapisan lipid air mata, yang menghalang dihidrasi kanta sambil menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka. Ini membolehkan mata bernafas untuk menjadikan ia selesa, sihat dan berwarna putih selama lebih 16 jam, mengatasi jenama kanta lekap paling laris di negara ini. 


Menyedari ramai pengguna kanta lekap mengalami kekeringan mata yang tidak selesa dan pandangan kabur selepas penggunaannya dalam tempoh yang lama terutama apabila menggunakan komputer, kanta lekap Biotrue® ONEday dihasilkan untuk bersesuaian dengan gaya hidup aktif penggunanya dengan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan dan bentuk optik selepas pemakaian dalam tempoh yang lama. Optik definisi tingginya yang unik mengurangkan lingkaran cahaya dan silau selain memberikan pandangan jelas dari setiap jarak – dekat, tengah dan jauh bagi mengelak pemakainya menghadapi pandangan kabur. Sebagai kegunaan harian, pengguna tidak lagi perlu membersih dan merendamnya setiap hari, sesuai untuk mereka yang sibuk.


Sebagai tambahan, Biotrue® ONEday ditambah dengan perlindungan UV untuk melindungi mata daripada sinaran ultralembayung (UV) yang boleh menyebabkan kerosakan mata untuk jangka panjang. "Bausch + Lomb komited untuk meneruskan inovasi dalam kanta lekap dan penyelesaiannya, dan hari ini pengenalan kanta lekap Biotrue® ONEday menjadi satu lagi langkah penting untuk membantu orang ramai melihat dengan jelas,” kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch + Lomb, Singapure & Malaysia.


Sempena pelancaran kanta lekap Biotrue® ONEday di pasaran Malaysia, Bausch + Lomb juga akan mengadakan kempen viral Facebook ‘Bausch + Lomb Care for Your Eyes’ mulai 11 Ogos hingga 30 September. Ia adalah ‘Senaman Mata’ mudah untuk membantu otot mata anda menjadi lebih fleksibel. Apabila anda membuat senaman mata, ia membantu untuk menguatkan otot dan meningkatkan tumpuan


Peserta boleh merakamkan versi senaman mata ‘tromboning’ mereka sendiri dan memuat naik ke halaman Facebook, #BauschAndLombMalaysia & #careforyoureyes dan mencabar tiga rakan lain untuk melakukan perkara yang sama. Setiap video yang dimuat naik sepanjang kempen dua bulan itu, Bausch + Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysia Association for the Blind). MBA menyediakan perkhidmatan dan peluang dalam pembabitan dan integrasi dalam masyarakat selain menggalakkan pencegahan menjadi buta. 


Mengenai Bausch + Lomb
Bausch + Lomb, Valeant Pharmaceuticals International, Inc. adalah pertubuhan kesihatan mata global yang memberi fokus kepada melindungi, meningkatkan dan memulihkan penglihatan orang ramai. Teras perniagaan kami termasuklah farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta, alat pembedahan oftalmik dan instrument. Kami membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan satu daripada portfolio produk paling menyeluruh dalam industri yang boleh didapati di lebih 100 negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. Adalah satu daripada 43 pejabat globalnya yang mengedarkan jenama kesihatan mata pengguna dan professional seperti Biotrue®, PureVision, SoftLens, Lacelle, Renu dan banyak lagi.

Kanta lekap Biotrue® ONEday, berharga RM 125 sekotak yang mengandungi 30 keping dan boleh didapati mulai 10 Ogos 2015 di semua kedai optikal di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution boleh didapati dalam pak berkembar (355mlx2) berharga RM61.50. 



Tampil segar dan manis sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh

Wednesday, September 09, 2015 0
Tampil segar dan manis sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh

Tahukah anda, membersih muka secara berkala dapat mengurangkan habuk dan kotoran daripada tersumbat ke dalam liang pori wajah? Namun, membilas wajah dengan air sahaja tidak mencukupi! Menggunakan sabun badan untuk membersih wajah?! Oh tidak! Pastikan anda mendapatkan pembersih muka kerana ianya diformulasi khas agar sesuai dengan tekstur kulit wajah. 

Kini, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia memimpin gadis menyusuri fasa perubahan diri agar kulit wajah kelihatan segar dan bermaya sepanjang hari dengan SAFI Fruity Fresh.

Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Mulakan pagi anda dengan gel pembersih muka SAFI Fruity Fresh. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas  ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza Safi Fruity Fresh, ia memberikan anda aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.


Reka bentuk produk yang unik dan trendy, serta rona yang ceria ini amat selari dengan jiwa gadis muda yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan. 


Variasi SAFI Fruity Fresh Anggur yang berwarna hijau ini amat sesuai dengan personaliti gadis yang ringkas dan “down to earth”. Rona yang tenang dan mendamaikan ini menjadikan seorang gadis mudah didekati memandangkan si dia sentiasa tampil yakin bersahaja. 


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)

100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00

Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. 

Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih sepanjang hari! 

Untuk si gadis yang aktif, variasi SAFI Fruity Fresh Lemon yang berwarna kuning ini pasti menambah keceriaan anda sepanjang hari. Warnanya yang terang memberikan pesona inspirasi dan semangat agar tampil cerah dan yakin di mana sahaja. 


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)

100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00

Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. 

Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!


Bagi si manis yang gemarkan personaliti lembut dan ayu, variasi SAFI Fruity Fresh Strawberi yang berwarna merah jambu ini amat sesuai dijadikan teman di sisi. Warna kegemaran majoriti gadis ini menyerlahkan sifat mesra dan ayu agar selesa bergaul bersama rakan sebaya. Kadangkala, gaya tidak semestinya berlebihan. 



Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)


100ml: RM9.90 & 50ml: RM5.00

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. 

Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!


Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan manis sepanjang hari. 

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


7.9.15

Cuti-cuti Langkawi : Hari Pertama (4 hari 3 malam)

Monday, September 07, 2015 5
Cuti-cuti Langkawi : Hari Pertama (4 hari 3 malam)
Salam Korang...

Cuti Merdeka hari tu pergi mana? Sape yang follow Instagram aku mesti dah tau kan... Aku pergi Langkawi lagi... Ha? Again? hahahah...

Tapi ni lain... kali ni aku pegi ngan hubby... kiranya ni percutian sempena Anniversary aku hari tu yang jatuh masa hari raya.. sebab raya takde pegi mana.. so, kitaorang tunda sampai la Cuti Merdeka..... Kenapa pilih Langkawi? ada la sebabnya.. nanti aku citer...

Kami pergi 30/8 dan balik 2/9 .. kiranya 4 hari 3 malam kami berhoneymoon kat sana... walaupun pengantin lama... honeymoon kena selalu... hahaha...

Macam biasa... kami akan parking kat TBS dan naik bas ke KLIA2.. tapi, memandangkan hari Ahad.. parking TBS penuh... huhuhu... terpaksa berpusing-pusing cari parking.. kat situ je kitaorang dah banyak buang masa.. nasib baik kuar umah pukul 11 pagi.. xde la rushing sangat sebab flight kami pukul 3.05 ptg....


Alhamdulillah.. berkat kesabaran dok pusing-pusing kat situ.. kami pun dapat la parking.... Naik atas, beli tiket ke KLIA2.. sekarang harga JetBus dah naik.. Dah RM10.00..  tapi takpe.. still murah lagi...

Sampai KLIA2.. masih ada masa lebih kurang 2 jam lagi.. Perut pun dah lapar.. kami makan je KFC kat airport.. tu pun ramai orang.. terpaksa menunggu orang habis makan... lama jugak la aku ngan hubby dok berlegar depan KFC tu sebab meja penuh...

Settle makan, terus masuk dalam sebab aku dah buat web check in.. Bag pun xde nak masuk kargo... terus masuk je la.. kali ni kami dapat Pintu K2.... First time aku naik kat Pintu K.. selalu asyik kat Pintu J je... Boleh tahan jauh jugak nak menapak Pintu K ni...




 Lama jugak la Flight delay.. Pukul 3.55 petang baru gerak.. tak tahu la kenapa... maybe sebab jerebu kut... 

Alhamdulillah... tak sampai sejam aku dah sampai Airport Langkawi..... Happynya.. padahal baru je tahun lepas datang ngan kawan-kawan... maybe kali ni happy lain macam sebab datang berdua je ngan hubby... 


 Sampai je Airport.. aku terus telefon Orang Kereta Sewa... Kali ni aku masih setia ambik dengan Sham Sibah .... sebab apa? sebab harga lebih murah dari tempat lain, friendly dan kereta pun best.. takde masalah.... Kalau ikutkan aku sewa kereta Honda.. tapi, masa kat Airport.. aku dapat kereta Lancer.. Yeay... happy sebab aku tak pernah naik Lancer... hahahah...


Ni la kereta sewa kami.... Tip Top... dalam siap ada Leather Seat.. puas hati la..


Dah settle ambik kereta.. kami pun terus gerak ke Pantai Cenang... 2 malam kami  stay kat Amzar Motel Pantai Cenang.. dan semalam lagi kami stay kat Resort World Langkawi.. aku saja je ambik kat Pantai Cenang sbb malam-malam happening kat sana.... Meriah...

Motel Murah di Pantai Cenang

Hubby terkejut tengok Pantai Cenang sekarang dah makin Happening n sesak... ye la.. dah lama dia tak pergi Langkawi... Macam-macam ada katanya...

Sebenarnya, tujuan kami ke Langkawi sebab..
1. Nak berhoneymoon sambil menyambut Belated Anniversary
2. Nak rehat sebab hubby baru je siapkan projek yang agak mencabar jugak.. sampaikan asyik stress dan x cukup rehat... Alhamdulillah.. dah berjaya serahkan pada UiTM
3. Nak pergi Mandi kat Tasik Dayang Bunting (salah satu usaha aku n hubby untuk tahun ni) 
4. Hubby dah niat nak sembahyang kat Masjid yang dia buat dulu kat Langkawi

Sebenarnya hubby pernah duduk sana dekat Setahun jugak la untuk siapkan Masjid di Langkawi.. dan Alhamdulillah... hubby dapat kembali dan bersembahyang kat Masjid tu selepas beberapa tahun... Bangga hubby dok citer pasal apa yang dia buat sampai Masjid tu gah berdiri dan cantik camtu.. Aku pun bangga dengan dia dan Syukur semua yang kami hajatkan nak buat kat sana tercapai...

Ok, dah lepas Check In kat Amzar Motel.. kami lepak2 je dalam bilik.. Penat rasanya... Malamnya baru kami keluar makan... hubby bawak pegi makan kat kedai TomYam yang dia suka makan dulu.. Tak jauh pun dari Cenang.. Anis Seafood kalau tak silap aku...


 Makanan dia ok la.. boleh tahan sedap.. harga pun tak mahal sangat macam kat Cenang... dan satu yang uniknya pasal Kedai ni sebab dia ada jual Fruit Coctail.. tak pernah lagi aku jumpa Kedai Tomyam jual Fruit Coctail camni... sedap plak tu..


 Siap ada Cornflakes ngan Aiskrim.. So, Yummy.... 


 Dah kenyang.. kami parking kat Hotel dan jalan-jalan sekitar Cenang... saja nak rasa-rasa cam pelancong...


Masa jalan-jalan tu nampak la lori ni.. tengok ramai orang beli Burger.. aku ngan hubby pun order la 2 Oblong daging.. buat kudap-kudap dalam bilik nanti takut lapar...


 Selesai beli Oblong.. balik bilik... sebab penat sangat.. malam Merdeka kami sambut kat bilik je.. tak tahu la ada sambutan ke tak.. lepak-lepak tengok tv sambil makan Oblong... Oblong dia Rasa bole tahan... sedap.. cuma sos Blacpepper dia sikit sangat.. x kick..


So, habisla untuk Hari Pertama.. Nanti aku sambung lagi yer.. ;)

Bajet:
~ 2 Tiket Flight beli time promo pegi balik = RM 134.18 (termasuk add on bag waktu balik - 20kg)
~ JetBus di TBS ke KLIA2 = RM 20.00 (2 orang)
~ Kereta Sewa & Minyak (4 hari 3 malam) = RM 254.00
~ Amzar Motel = RM 150.00 (2 malam)
~ Makan = RM 40.50
~ Oblong = RM 10.00 (2 biji)

Total : RM 606.68

* Bajet ni hanya sekadar perkongsian jika ada yang nak buat rujukan.. bukan niat nak menunjuk atau riak.. aku cuma bercuti dengan bajet yang murah sahaja.. sesuai untuk sesiapa yang nak pergi Cuti-Cuti Bajet...