Blog Eyzamiel

3.7.14

Rashidun Caliph Conference 2014

Thursday, July 03, 2014 0
Rashidun Caliph Conference 2014
 

Alhamdulillah... 28 Jun hari tu, aku dan beberapa rakan blogger diberi kesempatan dan peluang untuk ke NZ Garden, Jalan Ampang bagi menghadiri Majlis Pelancaran Persidangan Rashidun Caliph 2014. Persidangan Rashidun Caliph ini dianjurkan oleh Tathweer Sdn Berhad.
Tathweer Sdn Bhd adalah sebuah organisasi yang baru ditubuhkan dan berpusat di Petaling Jaya, Selangor dan diterajui oleh 4 orang anak tempatan ini memberikan perkhidmatan yang mencapai tahap piawaian global dalam aspek komunikasi interaktif, pengurusan majlis, pemasaran dan pengembangan keusahawanan.
Tathweer adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud, 'Revolusi' iaitu menyediakan suatu platform unik untuk merapatkan jurang antara kita dengan mencipta idea-idea baru yang tidak lari dari teras objektifnya iaitu untuk membawa keamanan dan harmoni di alam semesta ini.

 Terdapat 4 orang penting dalam pengurusan Tathweer Sdn Berhad...





Majlis dimulakan dengan bacaan doa agar majlis berjalan dengan lancar.


Antara blogger yang hadir bersama Orang Kuat Persidangan ini.
Nak tau apa dia Persidangan Rashidun Caliph? Ha.. Meh sini aku citer...

  • Persidangan Islamik yang bakal mengambil tempat di PWTC hujung bulan Ogos ini memfokuskan kepada elemen persepsi terhadap Islam pada hari ini yang banyak menimbulkan persoalan dari segi bagaimana umat Islam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam. 
  • Aspek yang dibincangkan bakal menerapkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini, dan usaha untuk mengkaji semula pemahaman mereka terhadap konsep Islam dari segi konteks peradaban kontemporari; menimbangkan antara keutamaan;membangunkan suatu kaedah yang boleh diterima pakai untuk diinterpretasikan; dan bagaimana kita boleh menguasai semula prinsip Islam berkaitan mentaati perintah dan suruhan Allah s.w.t melalui keadilan sosial dan kemanusiaan keseluruhannya. 
  • Bertemakan "Past Experience-Future Lessons", turut mengetengahkan 3 topik yang menjadi kunci utama, iaitu :
       a) Righteous Caliph (Kalifah Soleh)
       b) Righly Guided (Mendapat Petunjuk)
       c) Righteously Guided (Bimbingan Yang Adil)
  • Persidangan selama 1 hari ini juga, bakal menampilkan barisan 6 orang panel penyampai dari pelbagai negara dan berbeza latarbelakang, namun mempunyai asas tauhid yang sama, yang bakal berkongsi pentas bertukar-tukar idea dan buah fikiran berkenaan topik yang dibincangkan. 
6 panel yang dijemput adalah nama-nama yang memang sudah terkenal di peringkat Antarabangsa. Mereka adalah :-

Semua orang boleh mnyertai persidangan ni... Muslim dan bukan muslim juga dijemput hadir... Persidangan ini juga boleh dihadiri secara perseorangan ataupun secara berkumpulan...

Tiket untuk menyertai Persidangan ini hanya berharga RM200.. Nak Diskaun? Ha.. ni ada berita baik.. untuk 300 pembeli pertama, mereka hanya perlu membayar RM 150 untuk harga tiket..berbaloi kan? Tiket-tiket boleh dibeli disini..

So, apa tunggu lagi.. jom la kita beramai-ramai menyertai persidangan ini.Banyak ilmu yang dapat kita kongsi bersama..

Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari Tathweer.com


2.7.14

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2014

Wednesday, July 02, 2014 1
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2014
Sekejap je rasanya dah masuk hari ke 4 kita berpuasa...  Alhamdulillah.. Setakat ni aku blom tinggal puasa lagi.. harap2 'tentera jepun tak datang menyerang tahun ni'....

Korang dah bayar Zakat Fitrah? Macam aku, dulu masa bujang ayah aku yang bayarkan.. bila dah kerja pun ayah aku akan bayarkan tapi aku pun akan bayar jugak.. so, jadi 2 kali bayar la... dan sekarang bila dah kahwin... hubby yang dok bayar.. kerja aku cuma ingatkan dia suruh bayar ajer...

Tak tahu berapa kadar Zakat Fitrah tahun ni? Jangan risau.. kat bawah ni aku dah sertakan untuk rujukan korang.. senang.. tengok siap2, pastu bawak duit jer gi bayar.Ok, aku dah mudahkan korang.. Jangan lupa pergi bayar pulak yer.. :)






1.7.14

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Tuesday, July 01, 2014 2
Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Nile.com.my yang merupakan online shopping Malaysia yang menjual  baju muslimah , pakaian , kasut , beg , barang2 gym , buku , kelengkapan rumah/dapur dan sebagainya akan mengadakan giveaway bagi Hari Raya AidilFitri ini . 

Di bawah merupakan hadiah bagi giveaway ini :

2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

RM 300 tu sape yang tak nak kan? tambah-tambah bila dekat nak raya ni... Aku kalau dapat RM 300 ni, aku nak bawak mak ayah aku bukak puasa kat luar.. makan best-best sikit.. apa yang diaorang nak makan, masa ni la aku nak tunaikan.... pastu, kalau ada duit lebih, aku nak beli baju raya untuk diaorang dan bawak diaorang jalan-jalan kemana aje yang diaorang nak pegi...dan kalau masih ada lebih jugak, mestila aku bagi kat diaorang...buat duit raya.... kalau tak dapat RM300 dapat RM 100 pun takpe.. tetap aku boleh bahagiakan mak ngan ayah aku... :)

K, itu je harapan aku kalau menang ni... harap-harap menang la yer...

kalau korang pun nak join jugak..klik jer sini..

Beli ikan di Jalan Pasar,Pudu

Tuesday, July 01, 2014 1
Beli ikan di Jalan Pasar,Pudu
Sabtu lepas aku ada jemputan event kat NZ Garden Jalan Ampang (nanti aku citer tentang tu yer)... balik tu dalam pukul 1 tengahari, aku ngan hubby pegi pulak ke Jalan Pasar, Pudu.. Ya Ampun... hari sabtu kan... jalan jammed teruk..tengahari pulak tu.. yang mana kerja, mesti dah balik.. hari sabtu kan kerja separuh hari jer... Sampai jer sana, tengok kiri kanan... ramainya orang..parking pun tak ada.. 2,3 kali jugak la pusing.. last2 masuk jugak la parking berbayar... tapi kan... mahal sangat bayaran parking kat situ... mengalahkan harga parking kat jalan TAR.. sejam 5 hinggit, pastu jam berikutnya 4 hinggit... kalau masuk 2,3 jam.. jenuh gak la nak membayar... aku cakap ngan hubby, kita gi beli dalam masa sejam jer... hahaha..dasar isteri kedekut..padahal bukan keluarkan duit aku pun...

Ops..lupa plak nak citer apa yang aku buat kat sana... sebenarnya kan... hari tu kawan hubby ada bagi akuarium.. hubby apa lagi..berkobar-kobar la.. hobi baru katanya... jadi, sebagai tulang belakang dan pemberi semangat untuk hubby, aku pun teman la dia gi beli ikan untuk akuarium dia tu... Bukan tak nak pergi kedai ikan, tapi kat sini meriah sikit...pastu banyak pilihan..nak yang besar, kecik, hitam, putih, berkaler semua ada... aku survey2 dulu..pastu baru beli... kat sini kita bole beli yang dah siap pek atau kita pilih dan mintak diaorang pek...harga ikut bajet la.. ada yang harga 0.80 sekor sampaila beribu sekor..pandai2 pilih la...






Survey punya survey.. akhirnya kami beli 8 ekor ikan dulu utk percubaan pertama ni.. aku pun tak tau ikan apa...ikan emas kut sbb kaler oren.... hubby beli dengan makanan sekali... ikan 8 ekor RM 18.00... makanan ikan pulak RM 5.50.. so total : RM 23.50.. tapi, tokey tu bagi diskaun 50 sen.. bayar 23 ringgit jer...


Balik tu, hubby terus semangat.. cuci akuarium ngan pasang apa yang patut...


Ni la hasil kerja hubby... paastu baru teringat.. "ala, kalau beli pokok kan best, xde tempat diaorang nak main..mesti bosan"... hubby gelak sebab aku cakap macam tu.. kelakar ke? erm..ntahla..konfius aku...