Blog Eyzamiel

23.8.13

Moh kita ke Club House Bukit Mahkota, Umah PnStoberi ngan IKEA

Friday, August 23, 2013 4
Moh kita ke Club House Bukit Mahkota, Umah PnStoberi ngan IKEA
lama betul aku x update.. memandangkan hari ni aku agak rajin.. aku update la... aku malas la nak citer tentang raya kt kg.. sebab? xde gambar pun.. terlampau seronok beraya sampaikan x teringat langsung nak amik gambar... hihihi...

memandangkan citer awal2 Syawal xde.. aku citer la pasal 10 Syawal... Apa? Citer 10 Syawal baru hari ni nak update... Lantakla.. dasar pemalas...

Bulan Syawal ni ramai yang buat kenduri merangkap Open House.. So, yang mana dapat pg..kita pg la.. yg x dapat.. terpaksa Minta Maaf banyak2...

10 Syawal hari tu aku dapat jemputan kenduri.. kat Club House Bukit mahkota... Hubby xde.. so, aku pg bujang je la ngan adik n bakal adik ipar aku...


Macam biasa la.. kalau dah siap, x sah kalau x bergambar...
Kitaorang gerak dalam kul 12 lebih.. sampai je sana ngam2 pengantin pun sampai..

Bakal adik Ipar.. Ida

Ngan Adik Aku.. Acik..

Gambar ngan pengantin xde.. gambar kitaorang je... balik dari kenduri terus gerak ke sentul plak..Umah Kekda.. kekda ada buat makan-makan sikit..  jammed teruk dari Sg. Besi ke Duke... nasib baik bila masuk je Duke..jalan dah ok.. memandangkan aku x pernah gi umah kekda.. aku pun terus la whatsap tanya arah jalan.. aku masih x dapat imagine jalan yg mana... ye la, sebelum ni hubby yg bawa...Nasib baik gak la membe Ida pernah dok Sentul..dia la yang bgtau jalan nak ke sana dengan detailnya..hihihi... Alhamdulillah, akhirnya dapat gak jumpa ngan PuanStoberi... selama ni kami hanya kenal di alam Blog ngan FB jer... Alhamdulillah, Allah permudahkan...

Terserlah ke'besar'an aku di samping kekda yg kecik molek tu...
 Kekda masak Laksa ngan Nasi Ayam.. sedap.. tambah2 lg laksa.. memang kena ngan selera aku yg mmg suka makan laksa ni..

Balik dr Umah Kekda, ingatkan nak balik terus.. tapi, tetiba plak Ida ajak gi IKEA.. makan Meatball katanya.. dah terus dari DUKE gerak ke damansara.. Ke IKEA kita... ramai gak orang.. nasib baik parking senang gak la..kitaorang parking kat IKANO...

Dah sampai IKEA, beratur punyala panjang kat Food Court.. tapi, sebab dah alang2 pergi kan.. beratur gak la.. pas makan Meatball terus gerak balik sbb malamnya Ida nak pg Open House kat Klang pulak...



1st time makan Meatball IKEA sbb sblm ni aku gi sana mesti bulan puasa.. tu yg x sempat merasa..

tu baru seharian beraya.. perut pun dah penuh.. balik tu mmg kepenatan.. tapi, best.. sbb dapat pg semua tempat yang mmg nak pg... Minggu ni pun ada banyak gak kenduri ngan Open House.. x tau la dapat pg ke tak sbb minggu ni akan jadi minggu yang sibuk utk aku sbb nak pindah rumah.. smlm baru dapat kunci.. minggu ni nak basuh rumah..n kalau sempat angkat barang sekali.. InsyaAllah.. bulan depan dah duduk umah baru..horey..



19.7.13

Nukilan Dayana

Friday, July 19, 2013 0
Nukilan Dayana



"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..


Kredit : Sini


Tambahan :
Setelah aku masukkan entry ni..aku ada baca kat ROTIKAYA yang bagitau puisi ni bukan Dayana yang tulis....

UPDATE-1: Puisi yang sudah popular di laman sosial ini BUKAN hasil tulisan Noor Dayana sendiri. Seorang wanita tampil memberikan penjelasan seperti berikut.
bukandayana

sekarang ni tak tau mana satu yang betul.. walau apapun.. harap Dayana sabar dan tabah...


18.7.13

Bapa Mertua kesal Ashraf Muslim berkahwin sebelum Mahkamah buat keputusan

Thursday, July 18, 2013 0
Bapa Mertua kesal Ashraf Muslim berkahwin sebelum Mahkamah buat keputusan
Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.

Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.
Dia tarik balik permohonannya kerana dia telah bernikah di Thailand pada Ahad lepas, 7 Julai.
Kami sekeluarga tersangat menyesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini dijalankan kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.
Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting.
Dia pulang ke sini pun tidak memberitahu dia telah berkahwin kepada isterinya.
Tambah Lokman, Noor Dayana, 26,  hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok.
Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.
Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap Dayana dapat bersabar dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya. 
kalau nak tau macam mana rupa isteri baru Ashraf.. ha.... klik sini...
Kredit: Beautifulnara
Notakaki : Walau apapun alasannya, aku rasa Ashraf x patut buat Dayana macam tu..kalau la alasan dia sbb anak, lagi la aku rasa sanggggggaaaattttttt marah.... pada aku yang masih blom boleh bagi zuriat pada hubby, aku amat2 rasa sedih bila dengar macam ni.. harap2 jangan la perkara ni terjadi pada aku.... kalaulah aku kat tempat dayana, tak taula apa yg aku nak buat...sedih giler....

12.7.13

Walk For Health 2013

Friday, July 12, 2013 1
Walk For Health 2013


Akhirnya..acara yang aku tunggu-tunggu datang jugak..hihihi.. Acara apa? ala.. Walk for Health... yang macam aku join tahun lepas... Lautan Merah..   aku tau ni pun dari Blog SetiaKekalAbadi @ Salmi Khairil.. Tahun lepas pun aku bole tau program ni melalui Blog Salmi ni jugak la...

Best woo join program ni... Macam2 acara.. kalau x caya.. Jom terjah masa aku join tahun lepas.. klik je kat sini..   Aku pun blom isi borang..baru nak kumpul geng..baru best gi ramai2... Acara ni percuma je tau.. jangan risau... siap dapat T-shirt lagi...

Macam mana nak join? Macam ni....

Hubungi Pihak Penganjur:

Sekretariat MICCOS 2013
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
No. 15 Aras 6-13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 PUTRAJAYA
MALAYSIA
No. Tel: 603-8880 3300
Telefon Terus: 603-8887 8340 / +603-8880 3427
Faks: 603-8887 8341 / +603-8880 3441
Emel: miccos@mpic.gov.my 

atau cara yang paling senang...

Korang bole jer layari :

Facebook MICCOS :  https://www.facebook.com/Miccos2013
ataupun korang boleh gak layari laman web : www.miccos.com.my / http://www.mpic.gov.my

Ha..klik jer kat situ...ada borang siap ngan info  lengkap lagi.. So, apa tunggu lagi..jom la kita join beramai-ramai...

pastu, ada yang laaagiiiii best... apa? haaaa.....

Hari ni pulak masa aku buat BW kat blog Salmi.. ada entry baru..Bole dapat hamper dari MICCOS. Nakkkkkk... ha..panjangnya nak tu kan.. hihihi... So, dah alang2 kita join..jom la kita try test tgk..mana la tau, ada rezeki dapat hamper ni...

Ha..ni la hampernya..bestkan...
kredit: Blog Salmikhairil

Ha..ni pulak bag Kenaf..
Kredit : Blog Salmikhairil


Caranya mudah jer... Jom kita follow step by step...

Cara nak Join:
1. Buat entry ringkas mengenai Program MICCOS & WALK FOR HEALTH 2013.
~ DONE (entry yg kat atas tu)


2. Pastikan link www.miccos.com.my  ,  www.mpic.gov.my  &
 www.facebook.com/miccos2013 dimasukkan dalam entry yang dibuat

~ DONE (ada gak dalam entry tu)

3. Sila tag link blog daku dalam entry tersebut.

~ DONE (dah tag)

4. Sila tinggalkan nama, emel dan link entry di ruangkan komen

~ Done (dah tgglkan)

5. Sekiranya terpilih anda akan dihubungi.

OK, TQ.