Blog Eyzamiel

17.8.11

::Nuzul Al-Quran::

Wednesday, August 17, 2011 0
::Nuzul Al-Quran::


Alhamdulillah.. sekali lagi kita semua diberi kesempatan untuk menyambut Nuzul Al- Quran... dan... Alhamdulillah jugak sebab hari ni Selangor cuti...bermakna aku pun cuti.. tapi, bila mengenangkan kerja yang bertimbun kat opis tu, rasanya jap lagi aku gi opis kut... nak siapkan apa yang patut... lagipun kalau ot hari ni kan dapat triple (ikhlas ke idak buat kerja ni?)hi..hi..hi... ni la orang kata, sambil menyelam minum air.....

Pada semua muslimin dan muslimat, selamat Menyambut Nuzul Al-Quran, selamat beribadah dan menambah pahala di bulan mulia ini serta selamat bercuti untuk negeri2 yang bercuti hari ni....


Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

12.8.11

::Sekolah Dalam Hospital::

Friday, August 12, 2011 2
::Sekolah Dalam Hospital::
Hari Khamis tempohari isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman datang opis aku sempena Pelancaran Program Sekolah Dalam Hospital...
Aku pulak salah sorang urusetia yang ditugaskan untuk menyambut ketibaan Puan Sri...
Agak gementar jugak sebab ni 1st time aku nak jumpa dengan Puan Sri....


Urusetia bergambar sementara menunggu ketibaan Puan Sri...


Gambar kami lagi.. kami semua memang pantang tengok kamera, mula la nak posing...


Tengah bersiap sedia menyambut Puan Sri...


Adik2 yang comel dan bersemangat patriotik... cantik baju bendera tu...


Akhirnya, Puan Sri tiba juga... bila tgk live Puan Sri lebih cantik berbanding tengok di TV....


Puan Sri sedang bersalaman dengan kami... gambar aku tgh bersalam fotografer x amik pulak.. nasib baik ade gambar ni...


Ketua2 jabatan sedang bersalam ngan Puan Sri sambil diiringi oleh Datin Pengarah....


Tengah melawat bilik darjah yang digunakan untuk belajar oleh pesakit kanak2 di sini...


Selesai sudah lawatan Puan Sri...

Tapi, aku tabik la ngan Puan Sri ni...
dengan adanya program ni, tak ada la pesakit-pesakit kanak-kanak yang ketinggalan dalam pelajaran sebab di hospital pun mereka boleh belajar.. siap ade cikgu lagi.. semoga Program ni dikembangkan ke hospital-hospital lain pulak nanti....


Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

::Shopping di Jalan TAR::

Friday, August 12, 2011 2
::Shopping di Jalan TAR::

Tadi aku ngan membe aku buat plan nak gi shopping kat Jalan TAR hari ni...
So, tengahari tadi, dengan semangat berkobar-kobar...
Kitaorg pergi sana..
Mula2 yang nak pergi bertiga ajer...
Last minit dah jadi 10 orang...
Terpaksa bawak 2 kereta...
pastu, parking kat LRT Pandan Indah dan naik lrt gi sana...
Sampai sana, kami semua berpecah mencari haluan masing-masing....
kalau tak, mesti x sempat shopping semuanya....
Nasib baik lom dapat bonus, takde la ramai sangat orang bershopping hari ni...
Agak selesa la kami semua nak shopping...

Aku cuma beli tudung untuk aku,mak dan adik2, pastu shopping benda2 untuk raya sikit-sikit..
Biasa la kalau gi sana, tengok ini nak beli, tengok itu nak beli...
tapi mengenangkan aku naik lrt, terpaksa la aku kawal sikit pembelian..hi..hi..hi...
terlampau syok bershopping, tak sedar yang jam dah kul 2 lebih...
pastu aper lagi, terus gegas gi lrt...
last2 hari ni terbabas masuk opis...
kul 3 baru sampai....
nasib baik la cc aku memahami (tapi x tau la kalau dia marah dalam hati)... hi..hi..hi...
Nasib la kan, nak buat macam mana...
Dah memang anak buah dia ni jenis yang tak makan saman.....




 

11.8.11

::Cuti Raya::

Thursday, August 11, 2011 4
::Cuti Raya::

Korang dah isi borang cuti raya ker?
Aku?
Dah,pagi tadi...
Nasib baik tahun ni banyak cuti Umum...
Takde la banyak sangat cuti aku kena amik..
Aku apply 3 hari jer...
Maknanya, aku cuti dari 27 Ogos sampai la 5 september...
6 September baru masuk keja..
Bole la aku raya puas-puas...
Tahun ni giliran kami beraya kat Penang sebab tahun lepas dah balik Sarawak...
Nasib baik aku raya Penang tahun ni sebab adik aku yg keja PPUM x dapat balik sebab kena keja malam raya...
Kalau tak,sian mak aku.... :)

P/s: Kat opis, dari hari ke-5 puasa lagi ramai dah bukak lagu raya...
ni yang buat mood nak keja x de..
sekarang ni mood raya jer..... :)